011

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Tiga bulan kemudian...

 Yiryung menutup komputer riba miliknya sebelum melepaskan satu keluhan berat. Dia meraup wajahnya dan mula mengemas kertas-kertas kerja yang telah dihadapnya selama beberapa jam. Waktu sudah menunjukkan pukul 7 malam. Dia telah berada di pejabatnya satu jam lebih lama dari waktu pejabat berakhir. Setelah selesai mengemas, dia menutup semua suis di pejabatnya sebelum meninggalkannya untuk pulang ke rumah.

Ketika di dalam lif, Yiryung bertembung dengan beberapa orang pekerjanya termasuk setiausahanya, Tae Jaekyung. Mereka berbalas senyuman dan suasana sunyi menyelubungi lif tersebut. "Cik Shin dah nak balik ke? Tak nak join kami makan malam?" Sarang, salah seorang pekerjanya bertanya.

"Boleh ke? Saya tak menganggu?" tanya Yiryung semula. Tiga bulan telah berlalu sejak dia mula mengambil alih syarikat. Dia masih janggal untuk bergaul dengan pekerjanya, bukan kerana status tetapi Yiryung tidak pernah berjumpa mereka walaupun sekali. Sejak kecil, Yiryung tidak suka ke bangunan tersebut. Dia lebih suka duduk di rumah dan ditemani pengasuhnya. Hal ini menjadi penyebab dia susah untuk bergaul dan dia hanya mempunyai bilangan rakan yang sedikit sejak kecil.

"Taklah! Dah tiga bulan cik jadi CEO kami, tapi belum sempat nak raikan, kan? Apa salahnya kita raikan malam ni?" Taemin, pekerjanya yang lain pula menjawab.

"Okey. Jom kita pergi," Yiryung bersetuju. Pekerja-pekerjanya bersorak dan mereka menuju ke kereta masing-masing.

 

"Sorrylah, cik. Restoran murah je kami mampu pergi," Jaekyung berkata dengan nada bersalah.

"Saya tak kisah lah. Makan dekat restoran murah lagi best, tahu tak. Makan tak ada had, tak ada etika, murah, tak payah jaga standard," jawab Yiryung. "Untuk pengetahuan awak juga, saya pernah kerja dekat restoran macam ni lagi. Dapat makanan free," tambah Yiryung membuatkan mereka ketawa.

"Tapi kenapa cik bekerja? Keluarga cik kan kaya?" tanya Sarang.

"Masa tu saya tak matang. Saya keluar dari rumah sehelai sepinggang. Saya cakap saya boleh berdikari. Tapi nak bayar sewa rumah pun saya tak mampu. So, akhirnya saya balik semula rumah keluarga saya. Saya sedar, berdikari tak semestinya jauh dari keluarga," balas Yiryung membuatkan pekerjanya mengangguk dengan penuh kagum.

Makanan dan minuman telah dipesan. Tidak ketinggalan beberapa botol bir dan soju juga dipesan. Yiryung hilang kawalan dan minum dengan banyak. Dia menerima semua pelawaan daripada pekerjanya supaya mereka tidak berkecil hati. Akibatnya, dia mabuk teruk dan mula berkata-kata seorang diri. Apabila waktu sudah menginjak jam 11 malam, mereka semua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

"Cik Shin. Cik mabuk sangat ni. Saya hantarkan balik rumah cik, eh?" pelawa Taemin.

"Betul ni? Jom!" jerit Yiryung dengan teruja. Dia berjalan dengan terhuyung-hayang menuju ke keretanya. Kunci kereta diberikan kepada Taemin. Mereka berdua menaiki kereta tersebut dan Taemin terus menghidupkan enjin sebelum memulakan pemanduannya.

"Rumah cik dekat mana?" tanya Taemin. Yiryung memberikan arahan dan tanpa ragu-ragu Taemin mengikut semua yang dikatakan Yiryung. "Bukan cik duduk dengan keluarga cik dekat mansion ke? Ini apartmen, cik. Cik pasti?" Taemin bertanya apabila alamat yang diberikan Yiryung merupakan alamat sebuah apartmen mewah.

"Betul. Saya tak boleh balik rumah waktu macam ni. Semua dah tidur. Nanti menganggu. Ni apartmen kawan saya," jawab Yiryung dengan suara seperti orang yang masih mamai.

"Kalau macam tu, saya balik dululah cik. Cik boleh naik sendiri kan?" Yiryung mengangguk dan menyambut kunci keretanya yang dihulur Taemin. Taemin kemudiannya menelefon teksi dan pulang setelah teksi tersebut sampai. Yiryung pula sudah masuk ke lif dan menekan nombor tingkat yang ingin ditujunya.

 

"Lawaklah running man ni. Lagi-lagi kalau scene Kwangsoo dengan Jihyo gaduh," komen Baekhyun. Dia, Kyungsoo dan Sehun sedang bergelak ketawa di depan televisyen sambil menonton rancangan aneka ragam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~