033

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Ruang gelap di tenungnya tanpa sebarang sebab. Kosong, gelap. Itulah juga yang difikirnya apabila mengenangkan nasibnya selepas ini. Kosong tanpa Sehun, gelap tanpa harapan mahu selamat. Yeri memejamkan matanya. Setitik air mata keluar jatuh dan mengalir di pipi kirinya. Orang kata, mengikut psikologi, air mata yang keluar dari mata kiri dahulu merupakan air mata kesedihan. Yeri pasrah.

Sepatutnya dia gembira. Akhirnya dia dapat peluang untuk menamatkan hidup hitamnya setelah dibunuh nanti. Namun, sekarang hidupnya semakin cerah. Dia tidak sanggup membiarkan Sehun hidup berseorangan tanpanya sedangkan dia sudah berjanji akan membalas perasaan lelaki itu. Dia mahu hidup. Tetapi dia reda apabila mengetahui peluangnya untuk selamat kian menipis.

Yeri tersentak sedikit apabila tubuhnya ditarik. Air matanya deras bercucuran apabila badannya diseret kasar. Sakit. Dia memandang si pelaku. Dia tahu bentuk badan itu. Mengikut apa yang didengarinya ketika kedua-dua penculik itu berbual, lelaki itu bernama Changmin. Dia kasar dan kejam. Tidak seperti seorang lagi yang lebih berhati perut. Nama lelaki itu juga tidak dia ketahui kerana lelaki itu jarang bercakap. Tubuhnya dipaksa berdiri. Namun, kakinya tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Dia diikat di sebuah tiang. "Kau tunggu sini," pesan Changmin sebelum beredar.

"Jang Yeri," hilai tawa seorang perempuan membuatkan Yeri terbangun daripada lenanya. Dia masih dalam keadaan berdiri dan terikat.

"Siapa kau?" bisik Yeri kasar. Perempuan itu ketawa lagi. Yeri membulatkan mata. Suara itu cukup dikenalinya.

"Ni akulah. Do Yeonsoo," Yeri memberontak apabila mendengar nama itu. Dia marah. Dia tidak kesah jika dirinya diperlakukan seperti ini oleh Yeonsoo kerana mereka tiada pertalian tetapi Yiryung, Yiryung merupakan kakak iparnya yang perlu dia hormati.

"Apa alasan kau buat kami macam ni?" jerkah Yeri. Yeonsoo tersenyum.

"Kau tak tahu atau buat-buat tak tahu? Kau dah lupa? Sehun tolak aku mentah-mentah sebab kau. Kyungsoo oppa. For the first time in my life, dia tengking aku sebab aku lebih prefer Min Ah unnie daripada Yiryung. Kau berdua dah rampas dua lelaki yang aku sayang," ucap Yeonsoo membuatkan Yeri ketawa perlahan.

"Pathetic. Kau buat semua jenayah-jenayah berat ni sebab lelaki. Kau membunuh sebab lelaki. Hati kau hitam sebab lelaki. Kau menangis sebab lelaki. Kau sanggup rendahkan maruah kau sebab lelaki," ujar Yeri membuatkan Yeonsoo mengetap giginya menahan geram. Ikutkan hatinya, dia ingin sahaja menikam Yeri bertubi-tubi sekarang. Namun, dia mahu perempuan itu mati secara perlahan-lahan dengan penuh seksaan.

"Bawa perempuan jalang lagi seekor tu ke sini," arah Yeonsoo. Yeri merengus kasar apabila mendengar nama panggilan Yeonsoo kepada Yiryung.

Selang beberapa minit, Yiryung pula diheret masuk ke tempat yang sama. Dia juga diikat di tiang sama seperti Yeri. Apabila melihat wajah Yeonsoo, muka Yiryung tidak berubah. Tanpa sebarang perasaan.
"Kau. Aku dah agak," Yiryung berkata sambil memandang tepat ke arah Yeonsoo.

"Good. Tak perlu susah-susah aku ulang penjelasan aku tadi," balas Yeonsoo.

"Tergamak kau buat macam ni. Aku kakak ipar kau. Tapi kau tak boleh langsung nak hormat aku," Yiryung berkata sambil merenung Yeonsoo.

"Aku tak hormat perampas," Yeonsoo tersenyum jahat.

"Bila kau nak bunuh kami?" tanya Yeri membuatkan Yeonsoo menepuk tangan. Pisau yang disimpan di poket belakang seluarnya dikeluarkan. Dia bermain dengan mata pisau tersebut.

"Soalan yang bagus. Entahlah, aku pun tak tahu. Maybe sampai kau merayu minta dibunuh? Or maybe sampai kau dah cukup terseksa?" Yiryung mengeluh perlahan.

"Then bunuh aku sekarang," ucap Yiryung membuatkan Yeri menjerit namanya.

"Shin! Apa kau merepek ni?" marah Yeri.

"Aku terlalu sayang dengan Kyungsoo. Bila aku sedar aku takkan dapat jumpa dia lagi, hati aku dah cukup terseksa. Aku dah tak rasa hidup aku ni berguna," luah Yiryung.

"How sweet~ tapi tu tak cukup," balas Yeonsoo. Yiryung dan Yeri menjelingnya. Tiba-tiba, telefon bimbit Yeonsoo berbunyi. Dia melihat nama si pemanggil. 'Oppa'. Dia segera menampal semula pita pelekat pada mulut Yeri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~