030

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Sinar mentari yang masuk melalui celahan langsir yang terbuka sedikit mengenai wajah Yiryung menyebabkan Yiryung terjaga daripada lenanya. Dia memandang sekelilingnya. Apabila mendapati dia berada di dalam biliknya, dia dapat mengagak apa yang Kyungsoo lakukan untuknya. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya masih ada sisa sifat ambil berat Kyungsoo terhadapnya. Yiryung menggelabah apabila teringat dia belum menggantikan balutan luka lecurannya namun apabila menyedari balutan baru di pahanya, senyumannya semakin lebar.

Yiryung mengemas tempat tidurnya sebelum membersihkan diri. Hari ini dia berhasrat untuk membawa Kyungsoo keluar bersiar-siar agar proses penyembuhan kaki Kyungsoo dapat disegerakan. Setelah menyediakan sarapan pagi, Yiryung pergi ke bilik tetamu untuk mengejutkan Kyungsoo. Semasa Kyungsoo sedang mandi, Yiryung berhasrat untuk memilih pakaian yang akan dipakai suaminya. Dia membelek satu persatu baju Kyungsoo tetapi malangnya, satu pun tidak menarik perhatiannya. Dia mengeluh perlahan.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Tanpa memikirkan kakinya yang sakit, Yiryung berlari ke bilik pakaiaannya. Dia tersenyum puas hati apabila dua helai kemeja kotak-kotak yang dibelikan Kyungsoo kini berada dalam pegangan tangannya. Dia kemudian berjalan semula ke bilik Kyungsoo dan melihat Kyungsoo sedang sibuk memilih pakaiannya. "Ermm. Saya nak ajak awak keluar hari ni. Boleh tak awak pakai baju ni?" tanya Yiryung. Kyungsoo terdiam sebelum menjawab.

"Couple shirt? Lame," senyuman Yiryung mati.

"Tapi baju ni awak yang belikan. Mana tahu awak akan ingat something? Awak tak ada keinginan nak sembuh ke?" tanya Yiryung. Kyungsoo mengeluh seketika.

"Okey, fine. Tapi jangan terlalu berharap. Nanti sendiri yang kecewa," Kyungsoo membalas. Ayat terakhirnya dibisikkan perlahan. Wajah Yiryung kembali bersinar.

"Yeay!" jerit Yiryung sambil menepuk tangannya. *Seriously? Macam tu je dia boleh gembira sangat? Kyungsoo menggeleng kepalanya. Dia dan Yiryung kemudiannya menikmati sarapan mereka. Apabila melihat Yiryung mengasingkan taugeh dalam supnya, tanpa disedari, Kyungsoo terus-terusan memerhati perlakuan isterinya itu.

"Aku dah cakap, kalau kau tak suka kau boleh terus buang. Dah, letak semua taugeh tu dalam mangkuk aku,"

*Itu bukan ke suara... Baekhyun hyung?* Kyungsoo mengerutkan dahinya.

Yiryung hanya menurut kata-kata Baekhyun dan meletakkan kesemua taugeh yang terdapat dalam stu itu ke dalam mangkuk Baekhyung. Kyungsoo dan Sehun hanya berpandangan sesama sendiri dan lebih selesa berdiam diri.

"Apa hubungan kau dengan Baek hyung sebelum ni?"  tanya Kyungsoo tiba-tiba. Dia sendiri tidak menyangka soalan itu akan keluar dari mulutnya sendiri.

"Baekhyun oppa tu bekas teman lelaki saya," jawab Yiryung mendatar. Dia tidak berasa apa-apa. Sedih, terkejut mahupun teragak-agak.

" So kau putus dengan dia sebab kau kena paksa kahwin dengan aku?" Yiryung tersengih dan menggeleng. "Then?"

"Awak nak tahu macam mana kita jumpa?" Soalannya dibalas soalan. Kyungsoo tidak menjawab sebaliknya dia merenung Yiryung. "Kalau awak nak tahu, saya boleh cerita. Tapi kalau awak nak kepastian, awak boleh jumpa Suho oppa dan Baekhyun oppa," sambung Yiryung.

"Hurmm," Kyungsoo mengangguk perlahan. Semestinya dia mahu. Sangat mahu.

 

"Wah! Cantiknya cuaca," jerit Yiryung sambil melihat ke luar tingkap kereta. Disebabkan luka kakinya, dia akhirnya memustuskan untuk memakai denim pendek berwarna biru dan dipadankan dengan tshirt tanpa lengan berwarna putih. Kemeja kotak-kotak disarungkan diluar dan dia memakai sepasang flat shoes kelabu di kakinya.

   

Kyungsoo pula santai berpakaian dengan memakai sehelai tshirt lengan pendek ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~