013

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

"Tempahan atas nama Shin Joonha," Yiryung berkata kepada penyambut pelanggan di restoran mewah tersebut. Pekerja itu mengangguk dan membawa Yiryung ke meja yang telah ditempah. Setelah hampir, Yiryung meminta pekerja itu pergi. Dia membetulkan gaun yang dipakainya. Rambutnya dikemaskan. Ini bukan kali pertama dia ke perjumpaan seperti ini namun dia lebih berdebar kali ini. Yiryung tidak tahu apa sebabnya.

Setelah menarik nafas beberapa kali, dia meletakkan tangannya di dada untuk menenangkan hatinya. Dia perlahan-lahan mengatur langkah mendekati meja tersebut. "Annyeonghaseyo," sapanya setelah tiba.

"Kenalkan, anak saya. Shin Yiryung. Yiryung, ini Encik dan Puan Do. Di sebelah Puan Do, Do Yeonsoo. Anak kedua mereka," Encik Shin berkata. Yiryung tunduk hormat dan menyapa keluarga Do dengan penuh sopan.

"Saya minta maaf. Anak saya lambat sikit," ucap Puan Do dengan sedikit nada rasa bersalah.

"Takpe. Kami faham," balas Puan Shin. Mereka mula berbual tentang hal perniagaan. Yiryung dan Yeri juga mula berbual setelah lama tidak bersua. Yeonsoo pula lebih selesa bermain dengan handphonenya.

"Maaf, kami lambat. Jalan sesak tadi," sapa satu suara. Semua memandang dua orang lelaki yang baru tiba sebentar tadi.

"Eh? Yiryung?" Kyungsoo bertanya dengan penuh terkejut.

"Kyungsoo? B-Baekhyun?" Yiryung bertanya semula. Kyungsoo dan Baekhyun mengambil tempat di kerusi kosong yang tinggal.

"Ini anak saya, Do Kyungsoo. Ini Byun Baekhyun, setiausaha dia merangkap kawan baik dia. Mereka memang selalu berdua. Anyway, kamu kenal Yiryung ke, Kyungsoo?" Encik Do mengerutkan dahi.

"Of course! Dia kawan Kyungsoo. Yeri pun," jawab Kyungsoo. Encik dan Puan Do hanya mengangguk.

"So, apa suprisenya?" tambah Kyungsoo.

"Mulai dua bulan dari sekarang, kamu dan Yiryung akan dikahwinkan. Firstly sebab eomma dengan appa yakin Yiryung boleh jaga Kyungsoo dan sebaliknya. Second, sebagai tanda hubungan baik syarikat kita," jawab Encik Do.

Suasana sepi menemani mereka sebentar sebelum Yiryung dan Kyungsoo bangun dari tempat duduk mereka. "Deh?!" jerit mereka berdua serentak.

"Wow, kamu berdua ada chemistry! Kan Puan Do?" Puan Shin berkata dengan teruja sebelum menepuk tangan.

"Betul tu, Puan Shin," mereka berdua tergelak. Kyungsoo dan Yiryung berpandangan sebelum menelan air liur. Tekak mereka terasa perit. Baekhyun diam menikus. Yeri pula menyertai gelak ketawa Puan Shin dan Puan Do. Yeonsoo pula hanya kelihatan tenang namun, di bawah meja, dia mengenggam erat penumbuknya.

"Sekarang kami nak bincang tentang perkahwinan kamu. Kamu berdua boleh pulang dulu. Tak pun boleh keluar bersama. Yeri dan Baekhyun boleh temankan kamu berdua. Betul tak, Baekhyun?" Encik Do memberi cadangan.

"Eh? D-Deh," jawab Baekhyun. Dia memandang Encik Shin. Lelaki itu hanya menjelingnya. *Inilah penamat usaha kau, Baekhyun*

"So, apa tunggu lagi? Jom!" Yeri menarik tangan Yiryung. Kyungsoo dan Baekhyun hanya mengikut dari belakang.

 

"Shin! Nak pergi mana dulu? Makan jom," Yeri menarik Yiryung ke arah sebuah kafe. Mereka bertiga kini berada di Sungai Han, atas permintaan Yeri.

"Kenyang," jawab Yiryung sepatah. Nadanya dingin dan sangat menakutkan bagi Yeri. Kyungsoo dan Baekhyun hanya senyap. Menyembunyikan rasa terkejut mereka apabila melihat sisi lain Yiryung yang jarang ditunjukkan.

"Kau marah aku ke?" tanya Yeri.

"Taklah! Aku tengah gelakkan kau. Ha-ha. Kau tahu fasal benda ni tapi kau langsung tak beritahu aku. Dalam Red Velvet, kau orang yang paling rapat dengan aku. Sampai hati kau," Yiryung merentap tangannya yang sedang dipegang Yeri. Dia terus meninggalkan mereka bertiga. Yeri mula menunduk dan teresak-esak.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~