thirty six

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

"Omo..." tergamam wanita itu sebaik sahaja dia menyedari kewujudan seorang gadis di hadapannya. Bawang putih dan pisau di tangannya di lepaskan lalu terus merangkul tubuh kau.

 

"Sihat ?" wanita itu hanya mengangguk laju, tangannya menyentuh hampir keseluruhan badan kau. Wanita itu tidak henti henti berbicara, dia mengatakan betapa risaunya dia selepas kau melarikan diri. Memikirkan sama ada kau cukup makan atau tidak dan juga dimana kau tinggal, memandang kau tidak mempunyai sedara mara lain selain ibu tiri kau. Setiap bait katanya kau dengar dengan teliti, kau juga merinduinya. Wanita inilah yang banyak membantu kau selama ini. Dia seorang sahaja yang tidak tertipu dengan keramahan ibu tiri kau kerana rumahnya berada di sebelah rumah kau jadi dia dapat mendengar dengan jelas segala sumpah seranah yang ditaburkan pada kau. Setiap pagi ketika kau dalam perjalanan mahu kesekolah, wanita itu akan menunggu di hadapan rumahnya, menahan kau dan memasukkan bungkusan roti kedalam beg sekolah kerana dia tahu perut kau masih belum berisi. Dia jugalah yang akan menyapu ubat pada luka dibadan jika kau dipukul. Semua itu dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan ibu tiri kau kerana wanita itu melarang keras kau daripada berbual mesra dengan jiran sekeliling.

 

Sebenarnya kau masih lagi takut kalau kehadiran kau di situ di sedari oleh ibu tiri kau, sebab itulah kau singgah dahulu dirumah jiran sebelah kau untuk memeriksa keadaan. Namun tanpa kau sempat bertanya, wanita separuh abad itu sudah membuka bicara. Sehari selepas kau melarikan diri, ibu tiri kau telah menceritakan pada jiran jiran sekeliling, bahawa kau telah melarikan diri mengikut teman lelaki, walaupun dia cuba menghalangnya. Dan sudah semestinya mereka percaya akan cerita itu kerana mereka sudah lama tertipu dengan imej ibu tiri kau, pada mereka dia merupakan wanita yang peramah dan cekal dalam mendidik seorang anak tiri yang degil dan tidak menyukainya. Sebab itulah mereka melarang anak mereka dari bermain dengan kau, takut jika kelakuan jahat kau mempengaruhi anak mereka. Dan disebabkan itu jugalah, kau menjadi mangsa buli dan sentiasa mendapat pandangan yang menjelikkan seolah olah kau adalah satu penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.

 

Kau juga mendapat tahu bahawa ibu tiri kau sudah lama tidak pulang ke rumah selepas seminggu kau melarikan diri. Jiran sebelah kau melihatnya keluar bersama seorang lelaki yang hampir sama baya dengan mendiang appa kau dan tiada siapa yang tahu kemana ibu tiri kau pergi. Terdetik di hati kecil kau, berharap agar wanita itu hilang buat selamanya, namun kau membuang jauh keinginan itu kerana ibu kandung kau tidak pernah mengajar anaknya berfikiran jahat.

 

Setelah pasti keadaan selamat, terjamin yang kau tidak akan bertemu dengan ibutiri kau, Kau memberanikan diri untuk kembali ke rumah itu. Dan kau menceritakan tujuan sebenar kau pulang ke situ kepada wanita berkenan kerana dia hairan kenapa kau kembali setelah berjaya melepaskan diri dari cengkaman ibu tiri yang kejam.

 

Sunyi, kelam dan suram itu adalah apa yang kau rasakan sebaik masuk kehalaman rumah kau. Tiada satu bunga menghiasi, hanya rumput hijau meninggi memenuhi ruang. Oleh kerana pintu utama berkunci, kau membuat keputusan untuk masuk melalui tingkap di dapur yang mana sentiasa rosak, tidak pernah di baiki selama kau hidup disitu.

 

"Yes..." sangkaan kau tepat, tingkap itu masih lagi rosak, ini memudahkan pergerakkan kau. Kau memerhati keadaan sekeliling, memastikan tiada siapa melihat kau di situ, tidak mahu mereka menyangka kau adalah seorang pencuri. Setelah pasti keadaan selamat, kau pun membuka tingkap tersebut dan dengan mudah melangkah masuk melaluinya.

 

Pinggan mangkuk kotor memenuhi sinki, menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Kau meninggalkan kawasan dapur lalu menuju ke ruang tamu. Nampaknya bukan kau seorang sahaja yang memecah masuk rumah ini, ada yang dulu merasmikannya berdasarkan laci yang terbongkar dan lantai yang bersepah dengan perbagai barangan. Itu juga mengingatkan kau tujuan utama kenapa kau pulang ke situ. Jadi sepantas kilat kau berlari kembali ke dapur di mana bilik kau berada. Dan seperti sangkaan kau, bilik kau juga menerima nasib yang sama. Pintu almari terbuka luas tetapi kosong kerana kesemua pakaian kau bertaburan di atas lantai. Namun bukan di situ tempat kau menyimpan barangan berharga.

 

Kau menggunakan seluruh tenaga, menolak almari pakaian menjauhi dinding. Sedikit ruang sahaja cukup untuk kau mengambil dompet yang selalu ditempatkan di situ pada setiap malam, di dalamnya berisi sedikit duit dan juga dokumen pengenalan.

 

Setelah dapat apa yang di kehendaki, kau langsung tidak membuang masa. Kaki laju melangkah meninggalkan bilik dan menuju ke tingkap lalu melompat keluar dengan mudah. Kau terus berjalan dan berjalan meninggalkan tempat itu tanpa sekali pun menoleh kebelakang. Kau berjumpa jiran sebelah kau sekali lagi, memeluknya buat kali terakhir sebagai tanda perpisahan

 

"Pergi...buat apa yang kamu nak...jangan balik lagi ke sini..." lembut sahaja wanita itu berpesan. Tanpa kau sedari setitis demi setitis airmata mula mengalir. Entah bila lagi kau akan bertemu lagi dengannya.

 

Hari semakin gelap, masih separuh lagi perjalanan untuk sampai ke dorm EXO. Walaupun kau memiliki wang yang cu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome