thirty one

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kaki kau laju melangkah ke satu arah dimana katil Chanyeol berada. Di situ terdapat sekujur tubuh yang di selubungi selimut tebal, langsung tiada pergerakkan, yang menyakinkan kau bahawa lelaki itu masih hidup hanyalah bunyi hembusan nafas seakan dengkuran yang keluar darinya. Timbul idea nakal, cara bagaimana ingin mengejut lelaki itu dari tidur yang lena. Langkah pertama adalah duduk di sebelahnya di atas katil, lalu menarik perlahan lahan selimutnya sehingga wajahnya terdedah kepada cahaya matahari yang masuk melalui tingkap, yang sengaja dibuka luas. Tindakan kau itu berjaya membuatkan dahinya berkerut dan matanya sedikit terbuka, tetapi hanya sebentar sahaja kerana sesaat kemudian dia kembali memejamkan matanya dan di bawah kesedaran menarik selimut yang berada di tangan kau, melindungi wajahnya daripada silau mentari. Tidak lama kemudian, bunyi hembusan berat nafasnya kedengaran, menandakan rancangan pertama kau gagal. Jadi sampai masanya untuk kau menjalankan rancangan kedua, ianya sama seperti tadi tetapi kali ini kau terus melemparkan selimut tersebut ke atas lantai. Kau 'smirk', mungkin rancangan kau akan berjaya kerana kali ini tiada lagi benda yang boleh digunakan oleh lelaki itu untuk melindungi wajahnya.

 

"Haishh…" satu keluhan keluar dari mulutnya dan badannya mula bergerak. 'smirk' di wajah kau bertukar menjadi senyuman yang lebar sambil bersorak bangga di dalam hati, mengucap tahniah untuk diri sendiri kerana akhirnya berjaya mengejut lelaki itu.

 

"What?!" Namun senyuman kau mati tatkala melihat kerutan di dahinya menghilang dan kembali kelihatan tenang, biarpun wajahnya kini kian panas, masih lagi disimbahi sinar mentari yang semakin meninggi.

 

Kali ini kau pula mengeluh setelah dua rancangan kau tidak berjaya. Chanyeol seolah olah mengishtiharkan perang keatas kau kerana masih lagi berdegil, tidak mahu mengalah. Ingin sahaja kau menggoncang badan lelaki itu, menampar kedua belah pipinya dan menarik kakinya sehingga dia terjatuh ke atas lantai. Bagaimanapun, kau terpaksa mengakui rupa Chanyeol ketika tidur tersangatlah comel, abaikan rambutnya yang tidak terurus dan kesan air liur di pipinya, kau tidak pedulikan semua itu kerana di mata kau, dia sudah cukup sempurna bagi seorang manusia. Mimik mukanya ketika tidur kelihatan tenang tidak ubah seperti bayi , ingin sahaja kau hujani wajahnya dengan beribu ciuman.

 

Oleh kerana itu merupakan kali pertama kau melihat wajahnya ketika tidur, kau menggunakan kesempatan itu untuk meneliti setiap inci wajahnya dan tidak semena mena satu lagi idea nakal menjelma di fikiran kau.

 

Kalau secara ganas tidak berjaya, mungkin mengejutkannya secara lembut akan membuahkan hasil. Tetapi sebelum kau menjalankan rancangan itu, kau menjeling kearah pintu, memastikannya sudah tertutup rapat. Dan setelah pasti ianya selamat, kau 'slowly but surely' naik keatas katil dan baring di sebelahnya. Setelah berada dalam kedudukan yang dikehendaki, satu keluhan nafas dilepaskan, cuba menenangkan hati dan jantung yang berdegup laju, perkara yang selalu berlaku setiap kali kau berada dekat dengannya.

 

"Chanyeol…baby…" lembut sahaja suara yang keluar daripada mulut kau, tidak pasti jika Chanyeol dapat mendengarnya. Tetapi dengan kedudukan kau yang rapat dengannya, memungkinkan lelaki itu menyedari kewujudan kau di situ.

 

Timbul rasa cemburu di hati, tatkala jemari menyentuh kulitnya atau lebih tepat lagi pipinya, kulitnya tersangat lembut dan halus bagi seorang lelaki. Sedikit demi sedikit Kau dapat merasakan wajah mulai panas, bila menyedari jari jemari bermain terlalu lama di pipinya. Tapi siapa yang boleh salahkan ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome