twenty three

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

Bagi Chanyeol, omma dan noonanya (and all EXO L) merupakan wanita yang paling cantik yang pernah wujud di dunia ini dan kini nama kau juga tersenarai didalamnya. Pada kali pertama dia melihat mata kau, dia mula merasakan jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa dan di perutnya seperti terdapat beribu rama rama berterbangan bebas tetapi Chanyeol tidak pasti dengan apa yang dia rasai ketika itu, fikirnya ianya mungkin rasa bersalah kerana telah melanggar kau akibat kelalaiannya sendiri tetapi sejak dia membawa kau untuk tinggal bersamanya di dorm, sedikit demi sedikit Chanyeol mula mengerti dengan perasaannya. Dengan kajian yang di jalankan melalui internet dan juga bertanya dengan mereka yang lebih berpengalaman seperti TVXQ dan super Junior sumbaenim, akhirnya dia membuat kesimpulan bahawa dia sudah mula menyukai kau.

 

______

 

"kita nak ke mana ni?" Kau mula tertanya tanya apabila Chanyeol hanya menarik tangan kau menuju ke satu arah bertentangan daripada pintu utama dorm. Tetapi pertanyaan kau tidak berjawab, lelaki itu memilih untuk mendiamkan diri dan mula menguatkan genggaman tangannya. Kau menjadi bertambah hairan apabila kaki kau mula melangkah menaiki tangga ketingkat dua dan terus berjalan ke satu arah di mana terdapat sebuah pintu yang jarang di gunakan berdasarkan longgokkan kotak kotak kosong yang memenuhi kawasan itu. Entah kenapa tiba tiba perasaan takut mulai di rasai, membuatkan kau menjadi ragu untuk terus mengikut jejak langkah lelaki itu.

 

"Trust me..." Chanyeol dapat rasakan dilema yang kau hadapi ketika itu apabila kau cuba meleraikan tangan dari pegangannya dan seperti biasa apa yang Chanyeol perlu lakukan adalah senyum dan seperti magik segala keraguan yang kau rasai sebelum ini terus hilang.

 

"I...i am..." kata kau sambil membalas senyumannya. Chanyeol perlahan lahan membuka pintu tersebut dan di sebaliknya terdapat sebuah anak tangga menuju ke satu lagi pintu.

 

"I'm sorry...but you need to wear this." kau tidak berkata apa apabila mata kau di tutup dengan sehelai skarf berwarna hitam dan di ikat di belakang kepala. Keadaan yang gelap membuatkan tangan kau terkapai kapai mencari tempat untuk berpaut. Chanyeol yang menyedari keadaan kau ketika itu terus meletakkan sebelah tangannya di pinggang kau dan membuatkan kau terkesima buat seketika. Kau dapat merasakan hembusan nafasnya kerana kau berada terlalu dekat dengannya. Perlahan lahan kau melepaskan nafas yang tertahan selama ini tapi jantung kau semakin berdegup laju tidak pasti samada di sebabkan mata yang tertutup ketat ataupun di sebabkan oleh lelaki itu. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi seperti pintu di buka dan serta merta angin malam menghembus lembut mengenai ke seluruh badan kau.

 

"Are you okay?" Soal Chanyeol yang risau jika dia membuat kau menjadi tidak selesa tapi hatinya kembali tenang apabila kau mengangguk laju bagi menjawab pertanyaannya.

 

"Can i take this off?" Kau tidak sabar lagi ingin menanggalkan skarf tersebut kerana mata kau sudah mulai pedih. Tak lama kemudiannya telinga kau dapat menangkap suara Chanyeol ketawa dan skarf yang menutupi mata kau mulai longgar.

 

"Wahh..." itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut kau apabila penglihatan kau semakin jelas. Mata kau dihidangkan dengan pemandangan indah bandar Seoul.

 

"Depan saya ni lagi cantik..." kata Chanyeol perlahan sambil matanya tidak lepas dari terus merenung kau yang sedari tadi terlalu asyik berada di dalam dunia sendiri. Chanyeol membiarkan kau buat sementara waktu sebelum dia menyentuh tangan kau agar perhatian kau beralih kepadanya.

 

"Eyes on me..." tetapi kau tidak mengikut arahannya, kau hanya menundukkan kepala, entah kenapa kau merasakan kaki kau kelihatan terlalu comel ketika itu. Angin yang bertiup lembut tidak dapat mengurangkan kepanasan yang mulai menyelinap ke seluruhan wajah kau.

 

"Come this way..." Chanyeol membawa kau ke satu sudut bertentangan dari tempat kau berdiri.

 

"Chanyeol..." di hadapan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome