fifteen

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

Kau hidup bahagia bersama appa dan omma, sebelum semuanya berubah ketika kau berusia 15 tahun. Pemergian omma telah mengubah sejarah hidup kau. Kebahagiaan merupakan perkara yang sangat asing dan semakin hilang dari kamus hidup kau. Perniagaan yang appa diusahakan bersama omma selama ini telah mengalami kemerosotan yang mendadak. Perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan tekanan daripada pemiutang yang saban hari mengganggu membuatkan appa kau mengalami stress yang teruk. Dengan alasan tekanan, dia selalu pulang lewat, dalam keadaan mabuk. Setiap kali ianya berlaku, kau mengambil tindakan dengan menguncikan diri di dalam bilik kerana tak sanggup melihat keadaan appa kau yang sebegitu rupa.

 

Suatu hari appa memperkenalkan seorang wanita lewat 30 an, yang mana merupakan bakal ibu tiri kau.

 

Pada awal kau menyangka semuanya akan berubah menjadi lebih baik tetapi nasib tidak menyebelahi kau, kerana sejak appa kau mengahwini wanita itu, hidup kau semakin terseksa, tidak pernah walau sesaat pun membiarkan kau hidup senang. Dia sentiasa cuba mencari alasan untuk memarahi dan menyeksa jiwa raga kau. Kau masih lagi bersekolah tetapi itu tidak bermakna kau dibenarkan untuk bersosial dengan kawan sekelas dan secara tak langsung menyebabkan diri semakin disisihkan. Kehidupan kau cuma berkisar dengan sekolah dan rumah kerana sebaik kau pulang, kau akan di kunci di dalam bilik dan hanya keluar jika dipanggil. Walaupun kau mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, kau tidak dibenarkan untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi, dengan alasan mereka mahu kau berkerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Sekaligus mengagalkan satu satunya rancangan untuk lari dari cengkaman mereka, harapan musnah begitu sahaja.

 

Tiba pada suatu hari rumah kau didatangi seorang pegawai polis mengkhabarkan bahawa appa kau telah meninggal dunia kerana mengalami kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Kau merasa sangat sedih kerana satu satunya orang yang mempunyai pertalian darah dengan kau sudah tiada lagi di dunia ini. Maka Tinggallah kau bersama ibu tiri yang masih lagi menbenci kau.

_____

 

Sesuatu yang pelik berlaku selepas sebulan kematian appa kau. Pada satu pagi, nama kau dipanggil dan terasa rambut dielus lembut, mengejutkan kau dari tidur yang lena. Sebaik sahaja membukakan mata, kau disambut dengan senyuman, terukir di bibir ibu tiri kau. Hati kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena di sebalik senyuman itu. Wanita itu dengan lembutnya menyuruh kau bangun, membersihkan diri dan memakai pakaian yang sudah tersedia ada. Kau berasa pelik dengan tingkah laku ibu tiri kau itu, kerana sebelum ini dia tidak pernah sekali pun bersikap baik terhadap kau kecuali jika dia menginginkan sesuatu. Kau masih takut dan kurang selesa dengannya, hanya mengikut arahan itu tanpa banyak bicara. Setelah selesai bersiap, kau terus melangkah ke ruang tamu dan mendapati ibu tiri kau bersama seorang lelaki yang hampir sebaya dengan umur appa kau. Lelaki itu menyengih melihat kau tetapi kau tidak mengendahkan lelaki itu dan hanya berdiri bersandar di dinding. Ibu tiri kau mengangkatkan tangannya seolah memberi isyarat, selang beberaoa saat lelaki itu tiba tiba bangun dan memegang tangan kau, malah cuba untuk memeluk. Kau berusaha melepaskan diri tetapi pegangan lelaki itu terlalu kuat. Ibu tiri kau hanya tersenyum sinis memandang, memerhatikan kau yang masih berusaha melepaskan diri daripada pegangan lelaki yang langsung tidak tahu akan identitinya. Dalam kekecohan, Wanita itu mula berbicara, menceritakan rancangannya menjual tubuh kau kep

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome