twenty one

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

Hujan...sesetengah orang menggunakannya sebagai alasan untuk berada di rumah, meringkuk di atas katil dan menyembunyikan diri di sebalik selimut tebal, tetapi lain pula bagi kau, yang lebih suka mendengar dan melihat setiap titisan air hujan yang mengenai cermin tingkap yang menjadi pemisah antara kau dengan dunia luar kerana buat seketika kau dapat merasakan dunia seakan berhenti sekejap, bersama sama menghayati dan menikmati ketenangan yang di rasakan pada ketika itu.

 

"Hujan..." satu suara mengiang di tepi telinga kau, ianya tidak terlalu kuat seperti menjerit dan juga tidak terlalu lembut seperti berbisik.

 

"A'ah hujan......saya suka hujan...oppa suka hujan?" Lay menganggukkan kepalanya sambil menghadiah sebuah senyuman yang terlalu manis bagi kau kerana ianya diiringi bersama satu lesung pipit di pipi kanannya, kehadirannya secara tiba tiba di situ sedikit sebanyak mengejutkan kau yang sedari tadi terlalu asyik melayan perasaan. Kau membalas senyumannya sebelum kembali memandang keluar, di mana sumber ketenangan kau masih lagi rancak menghasilkan bunyi seumpama muzik, bermain di telinga kau pada setiap kali ianya mengenai cermin tingkap di mana kau berdiri ketika itu.

 

"Hujan...gloomy days...best day for writing..." Lay...nama pentasnya manakala Zhang Yixing nama asalnya merupakan seorang pemuda yang pada pandangan kau, agak pendiam dan sentiasa berada dalam dunianya sendiri tetapi dia juga merupakan tempat bercerita, berkongsi idea dan tempat mendapatkan nasihat bagi member EXO yang lain.

 

"Oppa menulis ?" Lay kelihatan sangat comel, setiap gerak gerinya menarik perhatian kau. Dia ketika itu melekapkan pipi kirinya di permukaan tingkap sambil jari telunjuknya menyentuh cermin, mengikut titisan air hujan yang mengalir dan kadang kala dia seakan cuba mengelap air hujan tersebut walaupun agak mustahil kerana ianya berada di luar cermin tingkap.

 

"Saya suka tulis lagu...time like this makes me more whimsical and creative" Lay melabuhkan punggungnya ke lantai dan dia juga membuat isyarat supaya kau juga duduk bersamanya. Pada saat itu baru kau menyedari terdapat sebuah gitar berada di sisi lelaki itu.

 

"Can you play it for me ?" Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut kau manakala Lay hanya memandang kau tanpa berkelip.

 

"Tapi kalau tak boleh...takpa...saya cuma...saya tak pernah...saya..." Lay meletakkan jari telunjuk di bibirnya dan secara automatik menghentikan bebelan kau itu.

 

"This is for you..." Lay mengambil gitarnya dan dalam kiraan satu, dua dan tiga, jari jemarinya mula rancak memetik gitar tersebut lalu menghasilkan nada dan kemudiannya bergabung menjadi sebuah lagu yang tidak pernah kau dengari tetapi setiap petikan gitar itu sangat menenangkan jiwa kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

 

"the title is rain...i made it just for you..." kata Lay sebaik sahaja habis memainkan sebuah lagu.

 

"daebak!" hanya itu sahaja yang mampu kau katakan bagi menggambarkan kehebatan lelaki itu dari sudut pandangan kau yang mempunyai terlalu sedikit pengetahuan tentang muzik tetapi cukup untuk menilai sebuah lagu yang baik.

 

"thank you" ucap Lay, sekali lagi dia tersenyum dan secara tidak langsung memberi peluang pada kau, melihat pipinya mengeluarkan lesung pipitnya yang sangat comel.

 

Lay kembali berdiri, juga menarik tangan kau, bangun bersamanya melihat pemandangan di luar tingkap. Langit sudah pun menghentikan tangisnya tetapi tetap kelihatan murung kerana awan hitam masih lagi berdegil, melindungi langit yang sebelum ini kebiruan dengan cahaya matahari memancar di celahan kepulan awan putih.

 

"shall we dance ?" dengan tidak semena mena Lay menunduk sedikit badannya sambil menghulurkan tangan, lagaknya seperti seorang putera raja, menjemput si puteri supaya menari bersamanya. Kau tanpa berfikir panjang terus menyambut huluran tangannya.

 

"i dont know how to dance..." Lay hanya menganggukkan kepalanya tanda dia memahami kesukaran yang kau hadapi.

 

"saya mulakan dulu..." Lay memegang sebelah tangan kau manakala tangan kau yang sebelah lagi diletakkan dibahunya dan kemudiannya dia melingkarkan tangannya di pinggang kecil milik kau. Lay memulakan langkah manakala kau cuba mengikutnya, sedaya upaya mengelakkan daripada memijak kaki lelaki itu. Lay membisikkan 'left and right...one...two...three' berkali kali di telinga kau, cuba mengajar agar langkah kau tidak terlalu kaku. Semua ini terlalu asing bagi kau tetapi kau tetap mengikut setiap arahannya sehingga akhirnya kau dapat menari bersamanya walaupun tidak sempurna.

 

"not bad" Lay mengakhiri tarian itu dengan memusingkan badan kau dan kemudiannya melepaskan tangan kau sebelum tunduk hormat, sekali lagi tidak ubah seperti seorang putera raja.

 

"i have a good teacher" Lay yang sebelum itu kelihatan manly ketika menari kembali berubah menjadi comel semula sebaik sahaja mendengar pujian yang keluar daripada mulut kau.

 

"now you can dance with Chanyeol" Kau tak faham apa yang Lay cuba sampaikan tetapi kau juga tidak bertanya dengan lebih lanjut kerana lelaki itu terus berjalan membawa gitar bersamanya kembali masuk ke dalam biliknya meninggalkan kau dengan seribu tanda tanya.

 

____

 

Sebaik sahaja habis sesi menari bersama Lay, k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome