one
NOONA IS MINE!Di pagi hari yang cerah, kanak kanak berkejaran, warga tua melakukan aktiviti taichi berjemaah ditaman, ditemani burung burung yang berkicauan dengan riangnya.
Chanyeol adalah salah seorang member kumpulan EXO yang sedang meningkat naik di Korea dan juga di peringkat antarabangsa. Jadual yang senantiasa padat menyukarkan Chanyeol untuk bersama keluarga dan kawan rapatnya, jadi jika terdapat kekosongan di dalam jadual, mereka akan menggunakan kesempatan tersebut dengan sebaik mungkin.
"tunggu saya tau, kejap lagi saya sampai...nae...omma saranghae......arghh...what the hell!!" Chanyeol mengerang kesakitan, telapak tangannya terdapat calar akibat bergesel di permukaan jalan. Oleh kerana Chanyeol terlalu asyik bersembang bersama ommanya melalui telefon, ianya sedikit sebanyak membuatkan Chanyeol hilang tumpuan dan tidak peka dengan keadaan sekeliling dan akhirnya berlaku perlanggaran antara Chanyeol dengan satu objek yang tidak diketahui identitinya. Chanyeol mengomel sendirian sambil memeriksa badannya jika terdapat kecederaan di mana mana terutama wajahnya kerana itu merupakan aset paling penting bagi seorang idol.
"Selamat...muka still hensem and cute!" Chanyeol menilik mukanya menggunakan skrin handphonenya sampai langsung terlupa akan objek yang di langgarnya sebelum ini.
"Mi-mianhae..." Chanyeol menoleh kearah suara yang kedengaran sayu di telinganya. Di situ terdapat seorang gadis terduduk di atas jalan sambil memeluk lututnya. Rasa marah yang dirasai sebelum ini kini berganti dengan rasa bersalah tatkala melihat tubuh gadis itu yang kelihatan bergetar dan juga terdapat luka di tangannya walaupun Chanyeol tak pasti sama ada ianya di peroleh ketika perlanggaran sebelum ini.
_____
"Are you okay?" Chanyeol menghulurkan tangannya tetapi kau te
Comments