twenty two

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

"Are you looking for me?" Suara itu kedengaran terlampau ceria bagi seseorang yang memiliki suara yang 'deep' atau pun garau. Kau hanya mendiamkan diri kerana pemilik kepada suara itu adalah orang yang kau cari cari sebelum ini.

 

"Can i join you ?" Tanpa menunggu jawapan dari kau, lelaki itu terus duduk di sebelah kau. Mata kau tertumpu di tangannya dimana terdapat sebuah kotak berwarna hitam yang dihiasi dengan reben merah di atasnya.

 

"For you..." Chanyeol terus meletakkan kotak itu di riba kau manakala kau hanya melihat lelaki itu tanpa berkelip seakan menunggu arahan yang seterusnya.

 

"Saya tau saya hensem..." kau tertunduk malu apabila diri kau tertangkap merenung lelaki itu. Kini mata kau tertumpu pada kotak yang berada di riba kau, tidak pasti apa yang patut di lakukan ketika itu. Kau dapat merasakan sepasang mata merenung kau dan ianya membuatkan jantung kau berdegup kencang.

 

"That's for tonight..." kata lelaki itu memecahkan kesunyian. Kau tidak tahu nak berkata apa, mulut kau seolah olah terkunci. Kau masih lagi cuba mengawal jantung yang terlalu asyik berpesta, seakan mengejek kau kerana tidak dapat mengawal diri setiap kali lelaki bernama Chanyeol berada dekat di sisi kau. Tetapi apa yang membuatkan kau kecewa adalah apabila lelaki itu kelihatan terlalu tenang di mata kau, tidak seperti kau yang mula merasakan udara semakin berkurangan, menyukarkan untuk kau bernafas dan pada ketika itu, kau menjadi yakin, semua yang kau rasakan mungkin hanyalah bertepuk sebelah tangan. Jadi apa yang kau perlu lakukan ketika itu adalah menarik nafas panjang, cuba kelihatan tenang agar dapat menyembunyikan perasaan yang menghantui kau selama ini.

 

"Thanks...but i dont think i need this..." kau menyerahkan kembali kotak itu kepada Chanyeol tetapi lelaki itu hanya melihatnya, tidak menyambutnya. Kau tidak tahu apa yang lelaki itu sedang fikirkan ketika itu kerana bibirnya tidak lagi mengukirkan senyuman manakala keningnya mula berkerut. Dia seolah olah terasa dengan perbuatan kau itu tetapi kau menolak ketepi kemungkinan itu, kerana apa yang penting pada ketika itu adalah melindungi perasaan kau daripada terus mengharap sesuatu yang tak pasti.

 

"Saya takkan ambil balik benda yang saya dah bagi..." Kau tidak dapat mengelak daripada berasa bersalah apabila suara lelaki itu perlahan menyapa ke telinga kau, dia sepertinya tersinggung apabila pemberiannya tidak di terima tetapi kau sekali lagi membuang jauh rasa bersalah itu.

 

"Okay..." Kau terus bangun kerana tidak mahu terus berada dekat dengan lelaki itu, takut jika kau tidak lagi dapat membendung semua perasaan kau terhadapnya.

 

"Dont go..." chanyeol mencapai pergelangan tangan kau. Kau mengeluh, entah kenapa hati kau menjadi sayu tatkala mendengarnya.

 

"Why ?" Kali ini Chanyeol pula mengeluh, dia kemudiannya perlahan lahan melepaskan pergelangan tangan kau. Dia tidak tahu kenapa kau tiba tiba bersikap dingin dengannya.

 

"Just...wait for me...malam ni...saya ada sesuatu untuk awak..." buat kali pertama untuk hari itu, Chanyeol tidak lagi kelihatan yakin, mulutnya seakan mahu terus berkata kata tetapi seperti ada sesuatu yang menahannya jadi dia menggantikannya dengan menghadiahkan sebuah senyuman untuk kau.

 

"I will..." balas kau perlahan sebelum melangkah menuju ke bilik bersama sebuah kotak pemberian lelaki itu.

 

______

 

"Kau bodoh kalau kau fikir dia sukakan kau y/n..." kau meletakkan kotak itu di atas katil sebelum kau menghempaskan tubuh kecil kau di permukaan tilam. Bibir kau bergetar menahan tangis tetapi airmata tetap laju mengalir membasahi pipi dan mengenai tilam. Kau sendiri tidak tahu untuk apa kau menangis, dan sebab apa yang membuatkan hati kau sakit. Tapi apa yang pasti, semua ketidak tentuan itu membuatkan rasa marah membuak buak, bukan kepada Chanyeol tapi pada diri kau sendiri kerana tidak lagi dapat mengawal diri dari terus berperasaan sebegitu. Kau terus menangis teresak esak sehingga akhirnya kau terlelap dengan lelehan airmata yang masih lagi berdegil mahu mengalir.

 

_____

 

"Omo...what time is it?!" Kata kau sebaik sahaja membukakan mata. Kau terus menjeling jam di tepi katil, yang sudah menunjukkan waktu 11.05 malam.

 

"Chanyeol dah datang ke?" Baru kau teringat akan janji kau pada Chanyeol tatkala m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome