twenty eight

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

"Bangun Tao…masuk bilik…" badan Tao di gerak perlahan sehingga lelaki itu sedar dari tidurnya. Kedengaran rungutan keluar dari mulutnya tetapi sebaik sahaja penglihatannya semakin pulih, bibirnya mula menguntumkan senyuman kerana perkara pertama yang dilihat sebaik sahaja dia mencelikkan mata adalah kau, noona kesayangannya.

 

"Morning noona…" kau tergelak kecil mendengar kata kata Tao itu yang nampaknya masih lagi belum sedar sepenuhnya.

 

"Its not morning yet…come…get up…go to your room…" pada saat Tao mengangkat kepalanya, kau menyangka yang dia akan bangun dan kembali ke biliknya tetapi sebaliknya berlaku, Tao hanya membetulkan kedudukan kepalanya di riba kau sebelum kembali menutup rapat matanya.

 

"Tao-yah…be a good boy…you got a busy schedule tomorow…go to your room please…" jari jemari kau tidak henti henti mengusap lembut rambutnya membuatkan Tao merasa terlalu selesa dan malas untuk bergerak.

 

"Tao bangun!" D.O menggoncang tubuh Tao secara ganas tanpa kau sempat menghalangnya dan Tao tiada pilihan lain selain daripada membuka matanya kerana lengannya sudah mulai sakit kerana D.O masih lagi tidak henti henti menggoyang badannya.

 

"Fine…night noona…" D.O menunjukkan 'thumbs up' sambil tersenyum kearah kau tetapi belum sempat kau membalas senyumannya, perhatian kau teralih apabila terdengar suara Luhan merungut rungut dan menolak Tao keluar daripada biliknya.

 

"Night noona…" ucap Tao sekali lagi dan melangkah laju menuju kebiliknya.

 

"Kids…" kata D.O sambil tangannya laju menjalankan kerja, mengemas segala pembalut makanan yang bersepah di meja dan di lantai. Dan tanpa di suruh, kau meringankan tulang membantu D.O walaupun dia sudah melarang tetapi kau masih berkeras mahu menolongnya.

 

"Night noona…terima kasih sebab tolong saya…" terusik hati kau melihat kesopanan D.O yang tunduk hormat kepada kau sebelum dia beredar dari kawasan dapur.

 

"Mengantuknya…" hidung kau sudah mulai tersumbat dan airmata tidak henti henti mengalir dan semua itu berlaku setiap kali kau menguap kerana terlalu mengantuk. Setelah selesai membersihkan kaunter dapur, kau membuat keputusan untuk kembali kebilik kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

 

"Gelapnya…" kau meraba raba dinding mencari suis lampu kerana  kau dengan 'bijaknya' telah menutup pintu menyebabkan bilik itu gelap sepenuhnya.

 

"Aduh…sakitlah!" Kau mengurut hujung kaki kau yang berdenyut denyut akibat tertendang sesuatu yang di percayai merupakan kaki katil.

 

"Nak tidur…" Kau akhirnya berputus asa untuk mencari suis lampu dan terus mendaratkan diri di atas permukaan katil tetapi nasib malang kau datang menimpa nimpa apabila kepala kau terhantuk pada kepala katil pula.

 

"Apa tu?" Jantung kau berdegup laju, mulut kau mulai kering akibat menganga terlalu lama dan semua itu berlaku apabila kau terdengar bunyi seperti orang ketawa tetapi tidak jelas.

 

"A…a…" kau ingin menjerit tetapi kau tidak mampu untuk bersuara kerana terlalu takut. Dalam fikiran kau mula membayangkan segala adegan cerita seram yang kau pernah tonton yang mana semakin memburukkan keadaan ketika itu.

 

"Saya tak kacau awak…jadi jangan kacau saya…" entah dari mana kau mendapat keberanian, kau terus bangun daripada katil, lalu mencapai sebiji bantal menjadikannya sebagai perlindung. 'Dup…Dup…Dup…' jantung kau semakin laju berdegup apabila mata kau terpandang pada satu sudut di mana kelihatan satu lembaga hitam berdiri tegak tetapi kau tidak pasti sama ada lembaga itu juga melihat kau kerana tidak terdapat sepasang mata berwarna merah seperti didalam filem yang pernah kau tonton.

 

"Chanyeol…help…" itu sahaja yang keluar dari mulut kau tatkala lembaga itu semakin menghampiri kau. Lutut kau berasa lemah tidak ubah seperti jelly membuatkan kau tidak mampu lagi berdiri lalu terduduk di lantai. Bunyi seretan selipar semakin kuat kedengaran, bergema keseluruhan bilik.

 

"Bunyi selipar?" tiba tiba lampu bilik terpasang dan kelihatan seorang lelaki tersengih memandang kau.

 

"Oh no…" Chanyeol tergamam apabila kau terus berlari memeluknya. Bunyi esakkan jelas kedengaran dan dia dapat merasakan tshirt yang di pakainya mulai lembap.

 

"Hey…hey…its okay…it just me…" kau memukul lengannya berkali kali sambil mulut kau tidak henti henti merungut rungut tetapi tidak jelas kerana muka kau masih tersembam di dadanya.

 

"Hate you…" lalu kau melepaskan pelukan dan mula menjarakkan diri daripada Chanyeol.

 

"Hate you…" sekali lagi kau berkata begitu apabila Chanyeol mengambil selangkah mendekati kau. Ketika itu barulah Chanyeol menyedari mungkin gurauannya agak melampau. Rasa bersalah semakin menghantui diri apabila melihat orang kesayangannya kelihatan tidak terurus berdiri di depannya menahan sedu dan sekali sekala mengelap hingus yang meleleh menggunakan lengan bajunya.

 

"What are you doing here?" Suara kau itu menyedarkannya dari terus meneliti rupa kau ketika itu, yang baginya terlalu comel.

 

"Because…i miss you?" Chanyeol 'fanboying' secara senyap tatkala melihat kau cuba menyedut hingus yang meleleh tetapi tidak berjaya lalu mengelapnya menggunakan tshirt Chanyeol sebagai tanda membalas dendam.

 

"Missed me?" Kata kau setelah selesai mengelap bers

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome