twenty nine

NOONA IS MINE!
Please Subscribe to read the full chapter

"Noona...please dont cry.." Tao tidak henti henti mengelap airmata kau yang masih lagi laju bercucuran, tiada langsung tanda tanda yang ianya akan berhenti.

 

"Im sorry..." sekali lagi ayat itu keluar daripada mulut kau, tidak pasti ianya ditujukan pada siapa, cuma mulut kau tidak henti henti mengungkapkan kata kata itu seumpama mantra.

 

Tao perlahan lahan memimpin kau sehingga dia selamat melabuhkan kau duduk di pinggir katil manakala dia pula duduk melutut di atas lantai dihadapan kau. Tidak sekali pun jari jemari melepaskan tangan kau.

 

"Please...its hurt seeing you like this..." Tao masih lagi tidak berputus asa memujuk kau supaya berhenti menangis walaupun dia sendiri semakin sukar untuk menahan airmatanya daripada berguguran. Dia tidak pasti berapa lama lagi dia mampu bertahan.

 

"Please...noona..." getaran di suara Tao itu terus membuatkan kau tersedar bahawa keadaan kau itu telah memberi kesan kepadanya.

 

"Im sorry for not protecting you...." Akhirnya airmata jantannya tidak mampu lagi di tahan, terus meluncur laju membasahi pipinya. Dan kali ini, kau pula mengambil peranan mengesat airmatanya dan dalam masa yang sama terdetik rasa bersalah di hati kau tatkala melihat lelaki di hadapan kau itu tersengguk sengguk menahan sedu.

 

"Shh...its okay..." apa sahaja yang berlaku pada Tao, akan memberi kesan kepada kau dan pada saat kau melihat mata Tao yang berkaca kaca, bersinar di penuhi airmata membuatkan naluri seorang noona tersentuh melihatnya. Hanya satu sahaja yang mampu kau lakukan iaitu beralih kedudukan kau dari katil lalu melabuhkan punggung di lantai dan menarik tubuh sasa lelaki ke dalam pelukan kau sambil mulut kau tidak henti henti membisikkan kata kata manis di telinganya.

 

"Tao..." sebelah tangan kau mengelus lembut rambutnya manakala yang sebelah lagi berada di belakang badannya, mengurutnya dari atas kebawah seakan memberi semangat kepadanya. Buat seketika, Kau dan Tao berada di dalam keadaan sehingga tangisnya berkurangan.

 

"Noona jangan tinggalkan Tao..." perlahan sahaja suaranya berkata kata. Kedua pipi kau di tekup, memaksa kedua mata kau memandang tepat kedalam matanya yang masih lagi menunggu jawapan daripada kau.

 

"Promise me..." kata kata janji bukan sesuatu yang mampu kau berikan ketika itu. Suara manager EXO masih lagi tergiang ngiang di telinga kau,mengarahkan supaya kau segera keluar daripada situ. Jadi apa yang kau mampu buat hanyalah mendiamkan diri, tidak pasti bagaimana mahu menjawab pertanyaan Tao itu. Tetapi keadaan kau itu meresahkan Tao, kesunyian itu menyiksa jiwa raganya kerana dia perlukan kepastian, jaminan yang kau tidak sekali kali akan meninggalkannya walau apa pun yang terjadi.

 

"I dont know..." kau tahu itu bukan jawapan yang Tao mahukan, tetapi kau takut untuk berjanji sesuatu yang tidak pasti. Satu keluhan keras keluar darinya, Tao tidak langsung cuba untuk menyembunyikan kekecewaannya dan semua itu kelihatan jelas tatkala mata kau jatuh di mana kau melihat, kedua tangannya di genggam kuat seolah menahan amarah yang amat sangat.

 

"i hate manager hyung...i hate him so much!" Kemarahannya itu menakutkan kau kerana Tao yang selalunya comel dan manja kini berganti dengan orang yang kau tidak kenali kerana itu merupakan kali pertama kau melihatnya marah.

 

"dia buat ni untuk kebaikan Tao...kebaikan EXO..." kau tidak tahu kenapa kau perlu membela manager EXO sedangkan lelaki itu adalah punca kenapa semua itu berlaku. 'Reputasi EXO' itu yang terdetik di fikiran kau...sebab lelaki itu mahu melindungi EXO, dan keberadaan kau di situ mungkin akan membahayakan mereka. Jadi kau perlu keluar, mesti keluar daripada situ secepat mungkin. Tetapi lain pula yang keluar daripada mulut kau.

 

"But i promise...i will never leave you...and Chanyeol'" nama yang terakhir itu hanya bergema di minda kau, tidak di bibir kau.

 

"Jinjja?" Kau hanya menganggukkan, tidak bersuara kerana takut, takut jika mulut kau akan terus mengeluarkan kata kata janji yang kau sendiri tidak pasti dapat menunaikannya. Tetapi saat kau melihat senyuman yang mula terukir di bibirnya, menggantikan kerutan di dahinya, membuatkan hati kau lega walaupun hanya buat seketika.

 

_____

 

"noona...can I sleep here..." kata kata Tao lebih kepada penyataan daripada pertanyaan jadi kau hanya mendiamkan diri, manakala jari jemari kau sentiasa bergerak, mengusap lembut rambutnya yang terasa agak kasar, mungkin kesan kimia akibat terlalu kerap di warna. Dalam masa yang sama, bibir kau mengalunkan sebuah lagu yang selalu di dendangkan oleh omma kau ketika dia masih hidup. Suara kau tidaklah semerdu mana tapi cukuplah untuk membuatkan Tao hanyut kedalam dunia mimpi, lena di pangkuan kau.

 

"Cute..." itu sahaja yang mampu kau katakan apabila sekali sekala mulutnya terkumat kamit berkata sesuatu dalam bahasa y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aien_lahh
thank you for reading :)

Comments

You must be logged in to comment
sofiaa17 #1
Chapter 31: Terima kasih sebab update hair ni.^____________^
^_^
^_<
sofiaa17 #2
Chapter 27: Wahhhh.....sang at mengasyikkan.....please update soon....^__________________^ ^_^ ^_<
sofiaa17 #3
Chapter 24: OMG......kissing part......>_< terima kasih untuk update hari INI......^___________________________^ ^_< >_^ ^_~ ^_^
sofiaa17 #4
Chapter 23: Wahhh.....so sweet of Chanyeol >_<....Tak sabar untuk chapter seterusnya.....thanks for the update today......
^___________________________________________^
^_^ ^_< >_^ ^_~
sofiaa17 #5
Chapter 22: Terima kasih kerana update.....Looking forward to next chapter.....update chapter seterusnya secepat mungkin ya...^_______________^ ^_^ ^_~
Cute_panda12 #6
Chapter 22: Your Welcome