'Rasa' apa itu?

Coffee Prince

“Hish!!! Apa oppa ni?! Peluk cium orang? Orang dah besarlah! Eongmang!!!” rungut Joy sambil meleraikan pelukan yang erat itu lantas mengelap-lap pipi gebunya yang dicium abang sulungnya.

“Ohhh... Awak! Oppa kandung awak cium awak rimas, kalau oppa lain tu cium awak, awak suka?” kata YoungMin yang sudah bercekak pinggang. Mulalah tu dengan segmen abang kepada empat adik perempuan in the house.

“Oppa! Orang mana ada namja chingulah!”Joy menafikan kata-kata YoungMin sambil memukul badan abangnya.

“Ne! Ne! Ara! Ni apahal awak datang Seoul ni?” soal YoungMin seraya menggosok-gosok bahagian badan yang dipukul Joy.

“Tadah!!! Orang dapat biasiswa belajar di Universiti Seoul lah!” beritahu Joy ceria sambil menunjukkan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Seoul dengan tajaan penuh tepat ke muka YoungMin.

“Jinja? Woa~ bagusnya” YoungMin memuji dan mengambil surat itu lalu membacanya.

“Tapi Universiti ni jauh dari tempat tinggal oppa. Jadi, bila ada cuti je, orang boleh jumpa oppa” ujar Joy lagi kepada YoungMin yang masih mengamati surat tawaran Joy. Tiada balasan yang diungkpkan YoungMin kerana matanya sangat fokus meniti setiap huruf dan tanda baca yang tercetak di atas surat tersebut.

“Ya! Oppa! Orang cakap dengan oppa ni!” sekali lagi Joy memukul lengan abangnya. Dia bengang apabila kata-katanya langsung tidak diendahkan.

“Ye! Ye! Mianhae! Oppa dengar, cuma...” YoungMin sengaja menggantungkan ayatnya supaya menimbulkan unsur suspen pada diri Joy.

“Cuma apa?” Joy menyoal penuh rasa ingin tahu sambil matanya menatap wajah abangnya itu.

“Oppa jealouslah!!!!” tiba-tiba YoungMin terduduk di hadapan Joy sekali gus membulatkan mata Joy.

“Oppa pun nak sambung belajar kat Universiti!!! Tapi ujian CSAT oppa tak bagus, oppa tak nak susah kan eomma dan appa sebab tu oppa pindah Seoul. Oppa nak cuba kejar impian oppa, tapi oppa kena mula dari bawah dulu!!!” luah YoungMin di hujung kaki Joy membuatkan muka Joybkian memerah akibat perlakuan YoungMin itu.

“Oppa, bangun! Tak elok lah orang tengok dahlah kita kat luar ni!” Joy menarik abangnya supaya bangkit semula. 

“Ala.. Orang ambil jurusan pengurusan perniagaan pun sebab nak bantu oppa capai impian oppa. Oppa jangan risau, Orang akan sentiasa bantu dan sokong oppa” kata Joy menyakinkan YoungMin. YoungMin yang terharu pantas memeluk tubuh adiknya seerat mungkin. Jantung Joy berdegup laju, dia menolak YoungMin untuk meleraikan pelukan.

“Dah.. Dahlah tu! Or... orang nak pergi daftarkan diri ni” ujar Joy lagi selepas melerai pelukan itu.Entah kenapa dia menjadi gagap ketika berbicara.

“Eh, awak nak pergi dah ke? Tak nak singgah dulu?” YoungMin cuba mempelawa.

“Singgah rumah bujang nak buat apa? Alih-alih makan biskut kering je. Orang kena daftar diri sebelum pukul 8 pagi ni” beritahu Joy diselitkan dengan sedikit sindiran sambil kakinya terus menapak meninggalkan YoungMin. YoungMin yang terpaku dengan tindakan adiknya, diam tak terkata.

Geram apabila YoungMin tidak menghalang langkahnya, Joy memusingkan badannya lalu menjerit.,

“Oppa!!! Oppa tak nak hantarkan orang ke?!!!” YoungMin ketawa mendengar jeritan joy itu. Mulanya dia berasa hairan dengan sikap Joy yang tidak mahu bermanja dengannya seperti biasa tetapi sekarang baru YoungMin sedar si gadis sudah mulai matang.

“Ya! Ya! Tunggu oppa” selepas memakai kasutnya, YoungMin terus pergi menemani Joy untuk ke Universiti. Perjalanan ke sana memakan masa 20 minit dengan menaiki bas. Dalam perjalanan mereka melintasi Kafe Soo, YoungMin pun memperkenalkan Joy pada tempat kerjanya.

“Oppa tak kerja ke hari ni?” Joy menyoal mesra.

“Kerja... Tapi start pukul 10 pagi nanti” beritahu YoungMin seraya mengukir senyuman yang sangat manis. Sekali lagi jantung Joy berdegup kencang apabila YoungMin melemparkan senyumannya. 

Entah kenapa hari ini setiap kali abangnya tersenyum manis atau memeluknya, jantung Joy pasti berdegup kencang. Seolah-olah itulah kali pertama YoungMin memeluk tubuh Joy. Atau... Joy sudah jatuh hati pada abangnya sendiri? Ani! Ani! Ani! Joy mengenggeleng kepalanya, menafikan segala fikiran yang dianggap mustahil. Joy yang mahu menghentikan degupan kencang jantungnya itu pantas mengalihkan pandangan, jauh dari terus memerhati bibir lelaki itu.

Namun malang apabila pemandu bas itu menekan brek secara mengejut, menyebabkan semua penumpang yang berdiri terdorong ke belakang. Begitu juga dengan Joy yang hampir sahaja jatuh tapi YoungMin pantas menyambutnya.

YoungMin yang tangkas itu mendakap tubuh Joy seerat mungkin bagi menggglakkan tubuh gadis itu mengenai lantai bas. Mata mereka bertentangan, hidung mereka bersentuhan. Masa bagaikan berhenti. Joy terpukau lagi. YoungMin tersenyum sangat manis, gembira dia apabila dapat menyelamatkan adik yang tercinta.

“Oppa!!! Apa yang buat ni?! Kita kat public lah!” teriak Joy yang enggan terpukau lagi dek senyuman YoungMin seraya menolak abangnya.

“Joy, waeyo? Awak dengan oppa kan adik beradik, rileklah!” soal YoungMin yang sudah mengukir seribu kedutan di dahi akibat tindakan adiknya seraya memegang bahu Joy.

Apa yang aku rasa? Kenapa aku rasa macam ni? Itulah kata-kata yang membisik hati Joy lantas membiarkan YoungMin menyoal tanpa jawapan. Tidak mahu berfikir bukan-bukan, Joy positifkan diri dengan mengatakan rasa itu terbit kerana dia dan YoungMin sudah lama tidak berjumpa.

“Eh, oppa! Kita dah sampai!” beritahu Joy sebaik sahaja melihat bangunan Seoul United University yang cukup gah sebelum mereka berdua turun dari bas.

“Awak belajar elok-elok! Nanti dah berjaya boleh tolong keluarga. Tolong oppa. Jangan nakal-nakal! Oppa cubit awak nanti, kalau awak nakal tau?” Pesan terakhir YoungMin sebelum berlalu pergi meninggalkan Joy di Universiti itu.

“Hish, oppa ni! Ingat aku ni budak kecil ke?” Joy menyoal sendiri dengan nada manja apabila abangnya sudah hilang dari pandangan.

“Woa~ sweetnya namja chingu! Handsome pula tu! Untung awak!” puji seorang gadis yang entah muncul dari mana menerbeliakkan mata Joy yang lantas ketawa berdekah-dekah sebelum menafikan katanya.

“Annyeong semua kru Kafe Soo! Kadet YoungMin datang bertugas.” ucap YoungMin sambil menaikkan tangannya ke dahi persis seperti pegawai polis yang memberi hormat pada ketuanya apabila melangkah masuk ke Kafe Soo.

“Jo YoungMin! Masuk bilik saya sekarang!” tegas suara Encik Soo dari biliknya memanggil YoungMin yang baru sahaja tiba. Walaupun mukanya penuh tanda soal, tanpa sebarang persoalan YoungMin pantas pergi ke bilik En. Soo.

“YoungMin, mulai hari ni kamu saya pecat” dengan nada bersahaja En. Soo menyampaikan kata-kata yang menikam jiwa dan raga YoungMin.

“Haj...hajiman wa...wae?” YoungMin menyoal gagap. Dia bagaikan terkena renjatan elektrik apabila ayat En. Soo tadi memasuki gegendang telinga.

“Kamu jangan banyak tanya. Yang kamu perlu tahu mulai hari ni, kamu bukan peekerja Kafe Soo. Sekarang, sila keluar” mendengar arahan itu. YoungMin membawa hati yang lara keluar dari bilik itu dan seterusnya keluar dari Kafe Soo tanpa memperdulikan soalan dari rakan-rakannya yang sangat mahukan penjelesan. 

YoungMin melihat papan tanda Kafe Soo yang terpacak di luar untuk kali terakhir dan tanpa disedari air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi. 

“Agaknya apa yang YoungMin tengah buat sekarang ni? Dia rasa bersalah tak?” Suzy menyoal diri sambil tanganya menyisir rambut di hadapan cermin soleknya.

“Suzy, awak nak tahu impian saya? Saya nak buka kafe. Tapi bukan kafe yang biasa-biasa. Saya nak buka kafe yang sangat eksklusif dan sangat popular di seluruh dunia. Saya... orang biasa hadi saya kenalah mula dari bawah. Pertama, saya hanya mampu cari pengalaman dan cari tahu sendiri selok-belok pengurusan kafe. Sekarang ni memanglah nampak macam saya tak capai apa-apa, tapi... kalau takde halangan saya pasti boleh je langkah seterusnya” tiba-tiba penjelasan YoungMin tentang impiannya melintas di minda Suzy.

“Haish! Aku pula rasa bersalah! Aniya!!! Andwae!!! Aku takkan lupa apa yang YoungMin buat pada perempuan tu! Ani!!!” Suzy menjerit melepaskan geram yang terbuku dalam hatinya sambil tangannya menghempas-hempas sikat yang kemas di genggamannya.

.....................................................................................

Andwae - tak mungkin

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~