Pentas Cabaran

Coffee Prince

"Macam mana dengan nasi goreng mentega yang eomma selalu masak? Oppa kan pernah ajar orang cara nak masak nasi tu,” Joy memberi cadangan sambil dia yang tergesa-gesa berjalan pantas menuju ke dewan kuliah.

“Wah! Bagus idea ni! Kamsahaeyo, nae cheonsa! Mianhabnida, sebenarnya pertandingan dah mula 15 minit lalu. Jadi oppa terpaksa letak ganggang ya? Mianhae. Nanti ada masa, oppa mesej. Annyeong, sarang!” balas YoungMin gembira apabila mendapat idea sebelum memutuskan panggilan.

Joy yang sedang tergesa-gesa, secara tidak sengaja terjatuh dengan sendirinya. Mujur jatuhnya tidak kuat, tiadalah anggota yang cedera tetapi dek kerana itu habis semua kertas yang tadi kemas di pelukkannya berteraburan di lantai. 

Haish! Tidak ingin membuang masa, dia segera mengutip kembali kertas-kertas itu yang jumlahnya kira-kira 50 helai! Sedang dia mengutip, tiba-tiba sesorang datang menghulur bantuan. 

Kim TaeHyung?! Alien? Biar betul apa yang aku nampak ni? Alien tolong aku?! Demam ke apa mamat nih? Ke terkena sampuk malaikat? Atau... ini rancangan terbaru dia untuk kenakan aku?! Buang tabiat! Hati Joy bermonolog. Aneh dengan sikap TaeHyung itu.

Ingin sahaja dia menegur lelaki itu, namun selesai sahaja semua kertas dikutip, TaeHyung terus berlalu pergi. Seolah-olah mereka berdua tidak saling mengenali. Pelik~ 

Nak kejar malas, ah! Lantaklah! Aku salah orang agaknya. Joy cuba meneka. Sementara YoungMin yang sudah pun berada di dapurnya, sudah pun memiloh bahan yang diperlukan. Persoalannya, perlukah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh?

Dia mahu menjadi yang terbaik. Dia mahukan bilik 1Namja, tetapi Ren juga pasti layak untuk bilik itu. Dia tidak mahu sebilik dengam lelaki yang nyata amat tidak menyukainya. YoungMin berfikir agak lama. Memerhati peralatan dapurnya yang masih belum diusik dan kebanyakan peserta yang sudah mula memasak dengan tekun.

 'Hah, aku tahu! Aku masak sambilewa aje kali ni. Biarlah dapat bilik apa pun, asalkan ada bilik. Untuk tugasan yang seterusnya, aku mesti buat bersungguh-sungguh! Yup!' tekad YoungMin yang lantas terus mencapai sudip dan kuali untuk mula memasak.

“Annyeonghaseo, yu gais! First of all saya mewakili pihak penganjur, ingin meminta maaf. Yelah, kem ini sepatutnya pengurusan kafe. Ada yang terkejut beruk, terkejut gorila pun ada. Tetapi sesungguhnya, untuk menjadi pengurus kafe yang terbaik, kamu haruslah mahir dalam setiap bidang kulinari. Faham anak-anak?” Mendengar penerangan HimChan, semua peserta mengangguk tanda faham dan mereka semua membuat bunyi 'O'. Sementara YoungMin sibuk berdoa mengharap dia tidak sebilik bersama Ren.

Okay, setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa, kuasa dua, logaritma, fungsi, delta, alpha dan beta. Saya akan paparkan susunan bilik kamu. Turutan nama adalah nombor kamu. Makna nya, kalau nama kamu yang pertama dalam bilik 1Namja, masakan kamulah yang paling banyak undi.” selang sesaat MC HimChan berkata-kata satu paparan susunan bilik muncul di skrin yang terdapat dibelakangnya.

 

Ren SuWo ong YoongHyun Hui Jun Yano ChaeJIn KimYongJun June YoSeob
MinHyun HanYeong PyeoKi Hyuk SeungMin SeungHi DoJin SangHyun Shah Ricky
JR YunDong Allen JinHoo T.K Khun Joshua Jun Rukh TaeMin
BaekHo Atom JongUp Coups Bobby ChangJo YunHyeong JeongHan Khan YoungJae
YoungMin SunJae ChanYeong YoungJun Ruoyi JaeMin TaeHwan Shin DaWoon TaeHyun

 

1Yeoja 2Yeoja 3Yeoja 4Yeoja 5Yeoja 6Yeoja 7Yeoja 8Yeoja 1Yeoja 1Yeoja
SeolHyun NamJoo Sally SeulGi D.ana TaeHa NaHyun HanJi MinJi NewSun
Hayang InHye WheeIn Cathy Jimin Miso Sandy BaeRi HAYoung Simmy
JinE HyeWon Mimi YoonA Ahn J JaeHi EunJi SuYoung G.na Kareena
SuHyeon EunKyo Kei Hwasa ShuA YeChan YoungJi Hara Irene Kapoor
YoYoung Hana JungHwa TaeKyung SiHyeon SoWon ChanMi IU PilSok

Nana

 

“Wah! Tahniah, YoungMin! Awak dapat masuk bilik 1Namja! Bagusnya!” ucap NamJoo pada YoungMin. Kagum dengan pencapaian lelaki itu.

 “Bilik 1Namja? Awak pun apa kurangnya? Awak dapat nombor 6. Baguslah tu,” balas YoungMin dengan nada yang acuh tak acuh sambil melemparkan senyuman kelat. Langsung tidak ikhlas.

“YoungMin, gwenchanayo? Awak nampak macam tak suka aje,” NamJoo menegur. Hairan melihat wajah lelaki itu yang hampir pucat.

“Ren.” Satu nama yang meluncur perlahan dari bibir YoungMin menimbulkan lagi persoalan.

“Ren? Kenapa dengan dia? Awak risau dia masih tak puas hati pasal pagi tadi ke? Ala... mungkin orangnya memang macam tu. Susah sikit nak mesra. Tapi saya rasa kalau awak berusaha untuk berbaik dengan dia. Lambat-laun hati dia mesti lembut juga. Macam mak saya kata, setiap orang ada sisi baiknya,” NamJoo cuba menyenangkan hati YoungMin seraya tersenyum mesra.

Janganlah sedih! Saya tak suka tengok awak sedih, YoungMin! Getus hati NamJoo sementara matanya tidak boleh beralih dari memandang lelaki itu.

'Memanglah betul. Tapi... kenapa aku rasa risau sangat? Macam nak terlompat keluar jantung aku bila tengok susunan tu. Haih, fikir postif! 29 hari lagi aku perlu berjuang kat sini. Takkan hari pertama aku dah gentar? ANDWAE!!!' 

“Tepat sahaja pukul 6 petang nanti, kamu semua boleh bertolak ke bilik masing-masing. Dalam fail yang telah diedarkan terdapat peta lokasi. So, pandai-pandailah cari sendiri! Oh ya, ketua setiap bilik adalah mereka yang nombor pertama. Setiap ketua sila datang jumpa saya untuk ambil kunci bilik. Ingat erh, kamu semua kena datang balik kat dewan ni pada pukul 8 malam.” beritahu MC HimChan sambil memerhati jarum jam di pergelangan tangannya sebelum dia mula dikerumuni oleh peserta-peserta yang diberi pangkat ketua bilik.

“Bye, YoungMin! Jumpa pukul 8 malam nanti. Saya nak ambil kunci, lepas tu terus pergi bilik. Nak rehat jap. Awak jangan risau tau? Awak pasti boleh buat! Kalau ada apa-apa, ni nombor saya. Call me, ya! Annyeong!” Ujar NamJoo mesra sambil menghulurkan sekeping kertas kecil yang tertera nombor telefonnya lalu kakinya tutut melangkah ke arah MC Kim HimChan sementara dia melambai tangannya.

Huh~ YoungMin menghela nafas panjang sambil menatap kertas itu. Kemudian, apabila jam tepat menunjukkan pukul 6, dia segera melangkah pergi ke biliknya. Bilik 1Namja!

Ketika dia tiba di bilik itu, kelihatan Ren sedang membuka pintu bilik. Bilik 1Namja yang terletak sebaris dengan bolik 2Namja dan 3Namja juga di tingkat paling bawah agar memudahkan peserta untuk ke dewan utama. Untunglah bagi peserta-peserta itu. Okay, berbalik pada Ren tadi.

Pada mulanya, YoungMin memang berasa agak takut untuk mendekati lelaki cantik itu. Tapi... nak tak nak, mereka tetap rakan sebilik. Setelah pintu di buka, Ren hanya berdiri diluar. Entah mengapa dan apa tujuannya. Mungkin dia mahu YoungMin masuk dahulu? Melihat keadaan itu YoungMin terus mendekatinya. Dia melemparkan secalit senyuman pada Ren, sebelum memasuki bilik itu.

Wah! Biliknya agak luas. Lima buah katil bujang ditempatkan, setiap katil mempunyai almari sendiri. Empat katil disusun rapat, manakala katil kelima berada agak jauh dari katil-katil lain. Salah satu dari empat katil itu adalah katil bujang yang bersebelahan tingkap balkoni yang menghadap pantai. Sungguh indah! YoungMin lantas meletakkan barangnya, tanda dia nekad memilih katil itu. 

Apabila selesai menyusun barang-barangnya di almari, YoungMin terus fokus memerhati pemandangan dari tingkap itu. Terdapat sekeluarga yang sedang berkelah, ada juga rombongan sekolah di pantai itu. Suasana yang tenang ini hampir membuatkan YoungMin lupa bahawa tiga lagi rakan sebiliknya, masih tidak kujung tiba.

“Aku tak sangka budak yang langsung tak berpengalaman macam kau boleh sebilik dengan aku.” Tiba-tiba Ren datang menegur YoungMin yang leka dengan pemandangan indah itu dengan kata-kata yang boleh mengguris hati.

YoungMin senyap sahaja. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Kata-kata NamJoo asyik teriang-iang di telinga. Jika YoungMin memberitahu bahawa dia masak sambilewa tetapi masih layak untuk mendapat bilik 1Namja. Pasti dia akan dia anggap puji diri sendiri. Jadi lebih baik YoungMin senyap sahaja dan terus mengukir senyuman mesra.

“Oh, aku tahu! Maybe penganjur rasa simpati dengan kau. Yellah, lepas dengar cerita kau. Jo YoungMin, budak kampung yang cuba mengubah hidupnya ke Seoul. Tanpa sebarang pengetahuan. Apa kau buat kat Annyang? Bertani? Kau ni memang nak melawan takdir kan? Tuhan beri kau macam-macam halangan untuk membuktikan kau memang tak layak untuk impian kau. Kau memang tak serik-serik! Sadis aku tengok kau!”  kata-kata Ren menikam jiwa YoungMin.

Sakitnya!!! YoungMin cuba bersabar sedaya mungkin. Mungkin itu memang perangai dia. Mulut takde insurans! YoungMin senyap lagi. Namun kali ini bibirnya tidak mampu mengukir sebarang senyuman. Ren mula geram dengan sikap YoungMin yang tiada sebarang balas. Kedutan di dahi tanda geram mula terukir.

“Cantik kan? Ini katil yang paling bagus kat sini. Kau pilih katil ni?” Ren menyoal lagi kedengarannya mesra tetapi wajahnya masih masam mencuka. YoungMin tidak membalas, tetapi dia menganguk laju sambil mengukir kembali senyuman manisnya.

“Blah!” Sepatah perkataan yang dikeluarkan Ren itu cukup mengejutkan YoungMin. “Katil yang bagus adalah untuk peserta yang terbaik. Bukan peserta yang cari simpati!” Tambah Ren menusuk lebih dalam jiwa YoungMin.

“Tapi aku dah susun barang kat almari ni. Kau nak katil ni ambillah, tapi aku biarlah barang aku kat almari tu,” beritahu YoungMin dengan nada tenang. Dia tidak mahu cari gaduh. Dia tidak mahu!

“Tak. Aku tak nak! Bila aku duduk sini. Ini bermakna tiada sesiapa boleh gunakan kawasan aku!” ujar Ren menaikkan sedikit nada suaranya.

“Araseo. Aku pindah katil sebelah,” lantas YoungMin mengeluarkan barangnya dari almari katil itu dan menyusunnya di almari katil sebelah.

“Ah, kau tak boleh duduk situ!” Ren mengalang YoungMin. Entah apa lagi masalah dia ni. =.=

“Wae?” YoungMin menggaru kepalanya. Dahinya sudah mula berkerut. Hairan dengan sikap Ren itu.

“Kau ni saja aje kan?! Kau tak tahu lagi ke aku benci kau?! Aku benci kaulah! Budak suka cari simpati! Aku tak suka! Jangan dekat-dekat dengan aku!” Ren menjerit kuat menghamburkan kata benci pada lelaki Annyang itu. 

Hampir gugur jantung YoungMin mendengar Ren berkata begitu. Apa salahnya sampai dilayan sebegini rupa? Adakah menceritakan kisah lalunya merupakan kesilapan? Namun berat mulutnya ingin memajukan perbalahan. Biarlah dia mengalah. Kemudian, YoungMin mengemaskan kembali barang-barangnya lalu membawanya ke katil yang paling jauh dari Ren.

Selang beberapa minit, JR, MinHyun dan BaekHo masuk ke dalam bilik.

“Wah! Tak sangka kita dapat sebilik dengan Ren!” Ujar MinHyun lalu berjabat tangan dengan Ren.

“Yallah! Bertuah kita,” kata BaekHo pula turut bersalaman dengan Ren.

“Mianhae, Ren. Kitorang lambat masuk, tadi semua rasa nak memerut! Tu pasal pergi tandas pun nak berjemaah.” beritahu JR. 

“Eh, sokey lah! Apa-apa pun mulai sekarang kita roomate! Maknanya kita semua kawan,” ucap Ren menyambut mereka mesra. Sementara YoungMin hanya memerhati dari jauh. Seolah-olah dia tidak wujud!

YoungMin cuba mengendahkan perbualan mereka. Selepas siap, menyusun barang YoungMin terus mencapai tuala birunya yang terletak di birai katil lalu segera ke bilik air untuk mandi. Jadi boleh lah dia cepat-cepat beredar dari situ.

“Korang dengar sini,” Ren memanggil tiga orang rakan sebiliknya yang baru tiba itu. “Korang nampak lelaki yang duduk kat katil yang dekat dengan pintu?” 

Semua orang mengganguk kecuali MinHyun yang menoleh ke kanan ke kiri mencari lelaki yang dimaksudkan.

“Mana dia? Kenapa aku aje tak nampak dia? Bilik ni berhantu ke? Omo~ lelaki yang kau maksudkan tu roh ke?” MinHyun yang ketakutan cuba bersembunyi di belakang JR. Sebelum BaekHo yang geram tengok perangai MinHyun, terus mendebik dahi lelaki yang sebaya dengannya itu.

“Lelaki tu duduk kat situ tadi. Sekarang dah berambus pergi mana entah!” jelas Ren. Walaupun nada suaranya tidak tinggi tetapi lenggok percakapannya cukup menggambarkan dia tidak suka!

“Amboi~ Bunyi macam marah jek. Waeyo?” Tanya JR lalu duduk di katil bersebelahan Ren. 

“Yelah. Korang dengar kan cerita dia tadi? Dia sendiri cakap dia langsung takde pengalaman atau pengetahuan. Tapi tup-tup dapat masuk bilik 1. Tak ke pelik? Mustahillah! Dalam 50 orang yang dah lama berkecimpung, dia antara lima yang terbaik?” 

Mereka yang mendengar. Terpaku sebentar. Memikir kembali apa yang diperkata kan Ren.

“Betul juga tu!” BaekHo bersetuju sementara JR dan MinHyun mengangguk tanda setuju.

“Maknanya dia rasuah lah! Dia rasuah penganjur untuk ditempatkan di bilik 1! Oh mai got! Teruknya perangai!” kata MinHyun dengan mimik muka terkejut.

“Entahlah. Aku tak rasa dia rasuah. Sebab dia ada cakap hidup dia susah. Bagi aku ini lebih macam menagih simpati,” Ren menyambung. Menyatakan pandangannya.

“Tapi boleh jadi jugak! Dia kan rapat dengan Bae Suzy? Anak usahawan kaya tu? Aku dengar En. Bae ChiGi dah jatuh bangkrup, ini mesti sebab dia!” tukas JR pula.

“Goat betullah!” MinHyun mencarut.

“Ah~ Tak kisah lah. Yang aku nak kita semua mesti hiraukan dia! Biar dia rasa tersisih, tertekan! Biar dia tahu yang dia tu bersalah!” Cadangan Ren disambut baik oleh mereka bertiga.

Semeemtara di sebelah YoungMin yang berada di lobis sendiri, dia mengenggam tangan kanannya kuat lalu ditekup ke dada. Mengharap anugerah kekuataan dapat dikurinakan-Nya. Ketika tangan kiri menyeluk saku, terdapat kertas yang tertera nombor telefon NamJoo. Gadis yang sentiasa menemaninya disini.

Entah mengapa gerak hatinya sangat kuat terasa ingin menghubungi gadis itu. Tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mahu menyusahkan NamJoo dalam masalahnya.  Namun hatinya sudah tidak tertahan lagi menahan luka yang dicipta oleh kata-kata sembilu Ren yang menikam tajam. Argh! Dia keliru!

Atau... patutkah dia bercerita dengan MinWoo, Suzy, dan ahli keluarganya? Tidak! Tidak mungkin bagi dia untuk ingin menresahkan hati mereka yanh mengharap dia berjaya. Tak mungkin.

Didorong perasaan itu. akhirnya YoungMin bertekad.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~