Perang terakhir?

Coffee Prince

Hari itu, dalam pukul 7 malam, kebanyakkan penuntut sudah pulang ke asrama kecuali beberapa orang pelajar yang terpilih dalam program khas anjuran Universiti Seoul untuk menggeratkan hubungan antara junior dan senior.Dan antara pelajar yang terpilih itu termasuklah Joy dan musuh ketatnya, Kim TaeHyung.

Pada mulanya memang berat hati Joy ingin menghadirinya. Namun tiba-tiba niat nakal mengusik tangkai hati Joy. Dia lantas ke bilik kuliah yang akan di gunakan dan melaksanakan rancangannya. 

Kim TaeHyung, aku nak jumpa kau kat dewan kuliah 7. Kita perlu berdamai. Tepat pukul 7 malam.

Selepas membaca, TaeHyung tersenyum gembira. Akhirnya kau menyerah kalah juga! Tepat pukul 7 malam, TaeHyung dengan penuh semangat segera ke dewan kuliah 7. TaeHyung yang tidak pernah lekang dengan senyuman gummynya perlahan-lahan menolak daun pintu dengan perasaan teruja.

Sebaik sahaja pintu di buka, satu baldi tepung jatuh mengenai seluruh tubuh TaeHyung. Wajahnya kini persis seperti seekor hantu cina yang putih melepak. TaeHyung mengelip-kelip matanya. Dia tersentak seketika dengan kejadian ini. 

Walaupun senyuman gummynya masih melekat di bibir namun gunung api di jiwanya sudah meletus. Dia mengenggam buku lima menahan marah sebelum terus keluar membawa tubuh yang dipenuhi tepung gandum. Di luar, matanya pantas mengerling sekeliling meliar mencari tubuh seorang gadis.

“JOY!!!!!!!” TaeHyung teriak sekuat hati apabila melihat kelibat gadis genit benama Joy. “Dasar penipu!!!” sambung TaeHyung. Biarkan dihamburkan semua, dia sudah tak tahan asyik dikenakan oleh Joy.

“Penipu?! Habis kau tu bukan penipu?! Baik sangatlah?!” luah Joy berani sambil mencekak pinggang.

“Woi, apasal kau dengki sangat dengan aku hah?!” TaeHyung menyaol dengan nada suara yang amat tinggi. Sesekali tepung yang memenuhi wajahnya masuk ke dalam mulut namun langsung tidak di kisahkan lagi. Aku dah penat! Aku dah penat! 

“Aku?! Dengki dengan kau? Takde maknalah! Aku cuma nak kau pulangkan gambar adik aku, SuJeong!” balas Joy yang juga menaikkan nada suaranya melawan high note TaeHyung.

“Woi! Kalau betul dia tu adik kau, mestilah kau ada banyak lagi gambar dia! Yang kau dengki nak gambar ni juga pahal?! Kau memang saja kan?!” Tengking TaeHyung lagi. Dari jauh orang mungkin sangka Joy dan TaeHyung sedang melakukan high note battle.

“Ya! Memang itu jelah aku nak! Pulangkan gambar SuJeong!!!” jerit Joy pula.

“Oh, wait! Ataupun kau sebenarnya jelous dengan SuJeong! Kau suka aku. Yeah, aku tahu aku ni handsome, cute dan seumpama dengannya. Tapi malangnya aku suka adik kau, bukannya kau! Kan?! Mengaku jelah!” Joy terkejut beruk mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.

“Michin!” Joy yang geram secara automatik terus menolak topi yang dipakai TaeHyung, sebelum menyambung “Aku nak balik gambar tu untuk elakkan benda yang pelik-pelik. Yellah, tengok muka kau tu! Siap-siap kau guna gambar tu nak mandrem adik aku!!!” 

“Hell~ Kau tengok muka aku ni macam apa?! Aku suka SuJeong, takkan aku nak buat macam tu!” Joy mencemik mukanya mendengar kenyataan TaeHyung.

“Argh! Sekarang bagi aje gambar Su-” kata-kata Joy terhenti apabila bahagian korus lagu BTS 'Just One Day' tiba-tiba diputarkan dari telefonnya menandakan ada panggilan masuk.

SuJeong! Itu nama yang tertera di skrin telefonnya. Selepas mengambil beberapa langkah jauh dari TaeHyung, dia pantas meluncur jarinya untuk menjawab panggilan.

“Annyeong, saeng SuJeong” TaeHyung yang cekap menangkap nama buah hatinya meluncur di bibir Joy segera mengikuti langlah gadis itu dan memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

“Joy unnie, Jney sakit! Unnie balik sekarang jebal! Kitorang kat Hospital Besar Annyang ni” Mata Joy terbeliak. Mulutnya terlopong mendengar setiap butir bicara SuJeong. 

“Urhmmm... SuJeong, mianhae. Kalau nak balik sekarang susahlah. Bas susah nak cari, tambang teksi mahal.” balas Joy bicara sayu. Rasa serba salah menikam diri. SuJeong diam tak terkata. Langsung tiada idea ingin membalas kata lantas membiarkan Joy menyambung,

“YoungMin oppa dah tahu?”

“Dah... YouJung call tadi” jawab SuJeong ringkas. Mungkin dia kecewa.

“SuJeong, janganlah sedih. Itu bukan keputusan akhir unnie. Kalau ada apa-apa, nati unnie call. Inform SuJeong” bicara akhir Joy sebelum talian di putuskan.

“Weh, kau naik kereta aku aje lah!” ajak TaeHyung yang muncul dari belakang Joy secara tiba-tiba mengejutkan Joy.

“Opocot! Oppa kau gangam style!” Joy melatah. TaeHyung ketawa kecil, hatinya terusik geli. “Hish kau ni! Dah lah muka kau tu putih macam hantu cina! Main terkejut kan aku pula! Haih...”

“Dahlah tu! Sekarang ni kau setuju tak?” TaeHyung menyoal lagi ingin mendapatkan kepastian.

“Bagus jug... Wait! Kau curi dengar perbualan aku?!” soal Joy dengan nada tinggi.

“Curi dengar perbualan kau?! Eh, mana ada... Itu semua khayalan aje tu! Kau yang tulis notis kat papan kenyataan. Kau lupa?” berkedut seribu dahi Joy mendengar percakapan TaeHyung.

“Papan kenyataan?” Joy menyoal bodoh.

“Ya! Ajumha, aku tipu aje lah! Kau ni senang sangat diperdaya. Bahaya orang macam kau ni! Yellah, aku curi dengar! Dah tu aku dengar nama SuJeong, cepat-cepatlah aku pasang telinga” jelas TaeHyung sungguh jujur.

“Ceh, ada udang di sebalik mi! Yellah, aku tumpang kereta kau. Hah, kau ni nak basuh muka ke mandi ke cepatlah sikit” 

“Hish, tak payahlah nak basuh muka ke mandi bagai. SuJeong tengah tunggu tu! Jom! Jom! Kita bertolak!!!” Joy hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat TaeHyung yang penuh semangat membawa diri yang masih dipenuhi tepung itu menuju ke kereta Porshe miliknya.

Haih... Biar betul dia ni? Apasak tiba-tiba baik dengan aku? siap nak hantar bagai? Adakah lepas ini kita akan berbaik? Adakah ini adalah perang terakhir? Hati Joy membentang seribu soalan. Hairan dia apabila Kim TaeHyung baik hati sanggup menumpangkan dirinya.

Sementara itu YoungMin, Suzy dan ayahnya sedang berbincang mengenai hal hutang syarikat.

“Buat masa ni daddy ada 10 juta” beritahu Encik Bae.

 “Satu pekerjaan Suzy boleh dapat 1200. Sehari Suzy buat lima kerja so 1200 darab lima jumlah 6 ribu. Dalam masa 9 bulan ni, Suzy dah kumpul 54 ribu.” beritahu Suzy pula.

“Kalau dicampur dengan saya, kita dah ada 10 juta 108 ribu” kata YoungMin. Untuk pengetahuan, makan minum dan perbelanjaan harian YoungMin dan Suzy masih ditanggung 100% oleh Encik Bae. Oleh itu, keseluruhan gaji mereka memang hanya untuk bayar hutang tersebut.

“Sekarang dah bulan September. Tinggal lagi tiga bulan, rasanya cukup untuk daddy cairkan beberapa aset untuk cukupkan 17 juta.” kata Encik Bae lagi ceria.

“Wah! Bagu-” YoungMin menggantungkan ayatnya apabila lagu kumpulan k-pop terkenal, Miss A, Fly High memecah keheningan dari telefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk.

“Annyeong oppa. YouJung ni. YoungMin oppa boleh balik sekarang? Jebal... Jney unnie sakit. Kami dekat Hospital Besar Annyang ni” beritahu YouJung di hujung panggilan dalam satu nafas sebaik sahaja YoungMin mengangkat panggilan.

“Mywo?! Cheonsa Jney sakit?!” YoungMin jelas terkejut. “Araseo! Araseo! Oppa akan usahakan untuk balik. Tapi awak okay aje kan?”

“Gwenchana...Oppa balik, jebal” ucap terakhir YouJung sebelum mematikan talian.

“Adik awak sakit?” soal Suzy yang terdengar perbualan dua beradik itu. YoungMin menganguk lemah.

“Saya kena balik.” YoungMin ingin mengangkat kaki berlalu dari situ, pantas dihalang Encik Bae.

“Jomlah. Saya hantar. Tapi... kereta mewah dah takde tinggal kereta Proton Saga je buatan Malaysia. Boleh ke?”

 “Eh, takpe! Takpe! Encik nak hantar saya pun dah kira bersyukur sangat-sangat. Gumawo!” balas YoungMin lalu Suzy, YoungMin dan Encik Bae pun berangkat ke Hospital Besar Annyang.

Dalam perjalanan yang memakan masa selama 1 jam setengah itu, tiada bual bicara antara Suzy, YoungMin dan ayah Suzy. Masing-masing sibuk memikir hal sendiri. YoungMin pula sibuk berutus mesej dengan keluarganya untuk mengetahui perkembangan semasa.

“Weh! SuJeong mana SuJeong?” TaeHyung menyoal sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke hospital Besar Annyang.

“TaeHyung! Kau ada rasa nak kena flying kick dari aku tak?”  soal Joy dengan nada sungguh geram. TaeHyung yang dari tadi hyperactive kerana terlalu teruja kini senyap. Bisu seribu kata apabila mendengar amaran Joy.

“Hah, taknak kan?! Jadi senyap!” sambung Joy lagi. Benggang betul aku dengan perangai TaeHyung ni! Bukannya nak simpati dengan Jney! Sibuk dengan SuJeong aje.

“Oppa...” semua ahli keluarga menyambut keatangan YoungMin.TaeHyung yang sudah bosan apabila bayang SuJeong langsung tidak kelihatan, mulai mengambil langkah pergi yntuk merayau-rayau di sekitar hospital itu. Malas dia ingin melihat scene jejak kasih di situ.

Ketika dia melalui di hadapan tandas, pintu tandas itu tiba-tiba terbuka lantas menolak dirinya jatuh ke lantai. Ai! Malang betul nasib aku! SuJeongnya entah ke mana, aku pula kena tolak.

Dia ingin sekali memarahi orang yang membuka pintu itu, namun niatnya terbatal apabila...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~