Projek Berkawan

Coffee Prince

Seminggu sudah berlalu. Seminggu sudah YoungMin terikat dengan Suzy, yang juga terkenal dengan gelaran singa betina Seoul. Seminggu sudah YoungMin terpaksa mengikut semua kehendak Suzy. Seminggu sudah, YoungMin bertindak seperti patung cendana. Tiada bantahan, tiada alasan, tiada soalan, tiada perbualan yang ada hanya mematuhi arahan.

Walaupun sudah acap kali YoungMin bertekad ingin menghentikan semua ini dengan berusaha menjadi sahabat kepada Suzy. Namun, setiap kali berhadapan dengan gadis itu, segala tekadnya melayang pergi meninggalkan jasad yang masih bernyawa. Mulutnya terasa sangat berat ingin melepaskan kata bagi membuka arena perbualan dengan Suzy. Maunya tidak, tanya sedikit sahaja mula melenting atau mula nak bangga diri. Daripada mulut YoungMin menyumpah-ranah sikap anak gadis En. Bae itu, lebih baik dia berdiam diri sahaja.

Jam sudah menunjukkan pukul 10:20 minit malam, kereta Ferari merah sudah lama berada di hadapan Kafe Soo. Pemiliknya, Suzy sudah membunyikan hon kereta yang cukup bingit sekali untuk memanggil puteranya keluar dari Kafe tersebut. 

“Siapa punya Ferari tu?” MinWoo yang sedang mengelap meja menyoal apabila telinganya sudah tidak tertahan lagi mendengar kereta Ferari itu menjerit nyaring.

“Ferari? Opps, dia dah datang. Mian, korang, aku pergi dulu” YoungMin meminta diri lalu menanggalkan apron hitam yang dipakainya sebelum terus berlalu meninggalkan Kafe Soo dan memasuki kereta Ferari itu.

“Woa~ Untungnya YoungMin dapat naik kereta Ferari”  puji JeongMin spontan apabila melihat YoungMin menaiki kereta mewah dambaan lelaki itu sambil menyiku DongHyun yang sedang mengelap tingkap di sebelahnya.

“Untung apanya? YoungMin tu dah macam boneka jari jemari Suzy dah. Kau tak nampak ke muka dia yang lesu tu? Kau nak jadi macam tu?” Soal DongHyun memberi amaran pada JeongMin. Namun, JeongMin sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata DongHyun dan terus memerhati Ferari yang semakin menghilang dari pandangan itu.

“Ya!” DongHyun yang benggang nasihatnya tidak diendahkan lantas membaling kain yang digunakannya untuk lap tingkap tepat ke muka JeongMin. Sekali gus menyepak jauh angan JeongMin.

“Baik kau tukar tanda 'open' ke 'close', lepas tu lap tingkap ni sebelum aku lap muka kau!” tengking DongHyun lagi.

Kereta Ferari merah yang dihuni YoungMin dan Suzy itu terus memecut menghiasi jalan raya yang terbentang luas di kota Seoul. Walaupun YoungMin kelihatan sangat fokus memerhati setiap sudut di jalanan, namun otaknya ligat memikirkan kemana arah tuju si Suzy kali ini. Bagi menghapus persoalan yang kian bersarang di minda, YoungMin tanpa teragak-agak terus mengajukan soalan kepada Suzy yang berada di sisinya.

“Hari ni cik nak pergi mana?” 

“Kita pergi... Dongdaemun Shoping Complex!” jawab Suzy ceria. Mana tak ceria, si pengarang jantung sentiasa berada di sisi.

Mendengar sahaja jawapan itu, YoungMin menghela nafas berat sebelum mengujar, “Hurmmm... Boleh tak ikut cadangan saya?” Suzy terus mengukir seribu satu garis di dahi apabila mendengar soalan YoungMin itu.

YoungMin sebenarnya bukan ingin membantah, tetapi dia sudah bosan kerana hampir setiap hari mereka mengunjungi tempat-tempat berbelanja dan berhibur sahaja. Setiap hari YoungMin membanting tulang hampir 12 jam di Kafe Soo, sudah pastilah pulangnya dia sangat memerlukan rehat dan ketenangan.

“Okeylah! Up to you” Suzy menerima baik cadangan YoungMin biarpun kedutan di dahi masih jelas kelihatan. 

'Hurmmm... Ini first time dia bangkang cadangan aku, siap bagi cadangan dia pula. Haih~ takpelah, lambat laun dia jadi namja chingu aku juga. YoungMin, nasib baik kau handsome, kalau dah lama aku kerjakan kau!'  omel hati Suzy sementara matanya tidak pernah lepas memandang anugerah terindah Tuhan yang terbentang di hadapannya.

  Mendengar jawapan Suzy, YoungMin pantas menekan pedal minyak yang terletak di tapak kaki kirinya. Stereng di tangannya langsung tidak dilepaskan membiarkan angin malam Seoul menghembus muka di sebabkan  bumbung kereta tidak dibuka. Walaupun terkejut dengan tindakan positif Suzy namun YoungMin sangat bersyukur akhirnya dia boleh lari dari kesibukkan kota dek mengikut kehendak gadis kaya itu.

Perjalanan memakan masa hampir 20 minit, YoungMin menghentikan kereta di sebuah kawasan pedalaman. Memang jauh dari cahaya lampu yang sentiasa menyinari bandar Seoul. Suzy yang tercengang seketika tatkala matanya meliar memerhati keadaan sekeliling yang gelap gelita, dikejutkan dengan YoungMin yang bergegas keluar dari kereta itu.

Tanpa sebarang soalan, Suzy terus mengikut langkah YoungMin yang pantas berjalan dalam kegelapan memasuki kawasan itu tanpa sebarang rasa takut. Sementara Suzy pula sudah beberapa kali menelan air liur sendiri, memikirkan seribu satu perkara yang mungkin terjadi. 

'Kat mana YoungMin bawa aku ni? Dia nak luahkan perasaan dia kat aku kut... sebab tu dia bawa aku pergi tempat sunyi ni. Ahahaha, aku mesti manfaatkan sepanjang masa dengan dia'  Suzy menduga di dalam hati, penuh harapan.

Setiap langkah yang diambil untuk menerokai semak-samun dan pokok-pokok seperti didalam hutan itu Suzy pasti memeluk lengan YoungMin seerat mungkin. Hatinya berasa bahagia kerana YoungMin tidak menghalang perbuatan Suzy seperti biasa. Biar pun YoungMin teramatlah rimas dengan Suzy yang suka berkepit dengannya, namun dia merelakan kerana menyangka Suzy berada dalam ketakutan.

“Woa~Cantiknya!” Suzy terpegun apabila melihat satu pandangan yang indah yang terbentang luas di hadapannya lalu secara tidak sengaja dia melepaskan lengan YoungMin untuk mendekati padangan itu. Ya, itulah pandangan yang sangat indah dari puncak bukit. Dari puncak bukit itu, jelas kelihatan kota Seoul yang cukup gah! Pun begitu, tiada satu pun bunyi bising boleh sampai ke gegendang telinga mereka. Yang menjadi halwa telinga, hanyalah bunyi tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan daun-daun yang berterbangan.

“Walaupun saya orang baru kat Seoul ni, sebelum cik Suzy datang dalam hidup saya, saya jumpa tempat ni. Jadi setiap kali selepas balik kerja, saya datang ni. Kawasan yang sunyi, ditemani pokok-pokok yang rendang amat menenangkan saya. Tak ramai yang tahu tempat ni, kawan-kawan saya pun saya tak bagi tahu. Maa-” belum sempat YoungMin mahu menghabiskan ayatnya Suzy pantas mencelah.

“Dan... awak bagitahu saya?” soal Suzy yang tanpa disedari perlakataan 'you' dan 'I' sudah hilang dari lidahnya.

'Wah! Nampaknya aku memang orang yang istimewa untuk dia. Gumawo nae sarang!'  sangkal Suzy sekali lagi. Dia sangat pasti YoungMin kini sedang menaruh hati padanya sama seperti dirinya yang menaruh hati pada YoungMin. Buktinya YoungMin, menunjukkan kawasan rahsianya hanya pada Suzy. Sementara YoungMin..,

'Errr... Bukan niat aku nak bagitau dia! Aku terpaksa! Aku terpaksa bagitau dia tempat nilah! Aku tak nak pergi shopping complex lagi, itu je. Suzy bukannya istimewa bagi aku pun' jelas kata hati YoungMin sungguh jujur.

Walaupun pahit namun terpaksa ditelan jua. YoungMin tidak cukup berani untuk jujur mengatakan hal yang sebenar demi menggelakkan Suzy salah faham. Andai sahaja mulutnya selancang Suzy, menutur segala yang terlintas di layar fikirkan sudah pasti di tempat yang indah itu juga menjadi saksi YoungMin menjadi mangsa tamparan Jepun Suzy.

“Tapi cik jangan bagitahu orang lain, jebal!” pinta YoungMin menyusun sepuluh jari.

“Okey... tapi ada dua syarat!” Suzy memetik jarinya sambil menghisi wajah manisnya dengan senyuman lebar.

“Mwyo?” YoungMin menyoal dengan nada bersahaja tanpa menunjukan sebarang ekspresi kejutan.

“First, stop caling me 'cik'! ” YoungMin membulatkan matanya, kali ini terlukislah seribu garis keduatan di dahi lelaki itu.

“Habis tu saya nak panggil apa? Madam? Puan? Sri?” soal YoungMin penuh tanda tanya.

'Haih... aku rasa panggilan cik lah paling hormat. Dia nak aku panggil dia dengan gelaran lebih tinggi ke?'  YoungMin berteka-teki sendiri sementara Suzy sudah ketawa panjang di sudut sana.

“Awak boleh panggil saya apa-apa. Suzy ke, Su ke, nak manja lagi panggilah saya yeobo” beritahu Suzy dengan sedikit aura kegedikannya pada YoungMin.

“Say... saya panggil Suzy jelah, Suzy” balas YoungMin sambil mengukir senyuman cukup tawar. Hatinya terasa geli geleman apabila suzy menyuruhnya memanggil Suzy sebagai 'yeobo'.

'Dah apahal dia ni?! Buang tabiat ke? Tapi... nampaknya macam hati dia dah mula lembut. Hurmmm, baguslah. Tak lama lagi permainan ni tamatlah tu' getus hati YoungMin sebelum mengukir senyuman sinis penuh makna.

“Oh ya, syarat yang kedua?” Suzy tersenyum sangat panjang sebelum memberi jawapan,

“Boleh tak, kalau tempat jadi tempat lepak kita?” YoungMin terpaku seketika mendengar permintaan kedua Suzy itu lantas membiarkan di gadis terus berbicara.

“YoungMin... Awak tak kenal saya lagi. Saya tahu kawan-kawan awak gelarkan saya apa. Tapi saya sebenarnya hanya nak berkawan. Nak juga ada gang sendiri. Nak juga ada tempat lepak sendiri. Saya rasa awak dah tahu yang keluarga saya pernah rugi satu juta won di sebabkan saya kena tipu dengan kawan saya. Peristiwa tu buat saya takut nak berkawan, takut nak jadi baik pada orang, takut kepala saya akan dipijak sekali lagi. Jadi... boleh tak saya jadi chingu awak dan di sini adalah tempat lepak rasmi kita?” terang Suzy panjang lebar sungguh ikhlas dari hatinya. YoungMin yang sudah tersentuh mendengar cerita Suzy itu, mengukir senyuman cukup manis sebelum membalas.,

“Mulai sekarang awak anggaplah saya, Jo YoungMin sebagai kawan baik awak, Bae Suzy!” Ucap YoungMin ceria lalu menyangkuk bahu Suzy sekali gus mewujudkan debaran pada hati Suzy. Dan tanpa sengaja...

“Saya nak anggap awak lebih dari seorang chingu, YoungMin!” luah Suzy sedikit menjerit kerana terlalu teruja.

“Apa?!” YoungMin menyoal kembali. Bukannya tidak mendengar tetapi lebih kepada tidak mempercayai apa yang didengarinya.

'Babo ya!!!' Suzy menjerit dalam hati menyedari kesilapan sendiri.

“Err.. awak selalu buat apa kat sini?” Suzy yang sedikit gagap masih pandai mencari akal untuk menukar topik perbualan bagi terus mengkias mengenai agendanya. Dan nampaknya YoungMin sangat menanti-nantikan itu kerana apa yang dia selalu lakukan di sini adalah merancang impiannya.

Oleh itu, dengan semangat yang penuh waja YoungMin pun meceritakan pada Suzy segala perancangannya dari mengambil pengalaman dari Kafe Soo sehinggalah ke puncak kejayaan.

“Oh ya, macam mana awak tahu saya tahu pasal kes kerugian keluarga awak tu?” tiba-tiba banyak pula mulut YoungMin ni. Dari satu ke satu soalan dia ajukan.

“Ala... Awak chingu JeongMin kan? Saya kenal lah JeongMin tu! Lagipun dulu saya ada hati dia” kata Suzy dengan nada yang beransur rendah.

“Oh ya? Sekarang?” YoungMin menyoal lagi penuh rasa ingin tahu.

“Itu dulu punya cerita lah” 

' Sebab sekarang punya cerita, hati saya hanya untuk awak, YoungMin. Hanya ada Prince YoungMin dan Princess nya Suzy' 

.......................................................................

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~