Tutup Buku Lama

Coffee Prince

“YoungMin!!!” Suara lantang ibunya memanggil mengejutkan YoungMin dari tidur. Dia terus meluru ke arah ibunya yang menjerit dari laman rumah. Sebaik sahaja tiba di laman, mata YoungMin terbeliak mendapati Suzy pengsan di laman itu. Mukanya sangat pucat. YoungMin yang cemas terus mendukung Suzy dan menghantarnya ke hospital.

“You... Young... YoungMin?” Suzy membuka matanya perlahan-lahan. Dia sedar dia kini berada di hospital. Badanya terasa sangat lemah, kepalanya terasa sangat berat. Namun dia perlu bercakap... Dia mahu kepastian.

“Suzy?” YoungMin menggenggam tangan Suzy yang sangat sejuk itu setelah melihat gadis itu telah sedar.

“Nal yongseo haejwo. Cosong habnida,” ujar Suzy ringkas dengan nada suara yang sangat lemah.

“Ne! Saya maafkan awak!” Balas YoungMin lalu menggeratkan lagi genggaman sebelum menyambung. “Lain kali awak jangan rahsia apa-apa dari saya! Bila awak buat macam tu, saya rasa macam saya ni langsung tak penting bagi awak.” 

“Jangan cakap macam tu! Awak penting bagi saya, penting sangat. Awak semangat saya, awak jantung saya sebab awak cinta saya,” Suzy bermadah cinta sambil tangannya pula mengenggam erat tangan YoungMin.

'Gumawoya... Sebab sudi pujuk saya, tunggu saya, cinta saya. Awak memang baik. Mungkin awaklah perempuan yang saya cari-cari tapi... saya tak cintakan awak. Mungkin masa yang menetukan. Saya akan cuba mencintai awak'  kata hati YoungMin meluah rasa yang terpendam di lubuk jiwa, yang tak sanggup diungkapkan YoungMin.

“Opps! Maaf ganggu. Saya cuma nak berikan laporan kesihatan,” seorang doktor yang bernama Song JiHyo tiba-tiba menerjah masuk membuatkan YoungMin dan Suzy cepat-cepat meleraikan genggaman erat itu. Muka masing-masing memerah.

“Okay, Cik Bae. Kamu pengsan sebab kurang makan, terdedah kepada kesejukan melampau dan tekanan perasaan. Banyakkan berehat, makan banyak dan jangan terdedah pada sejuk. Oh ya, kamu main hujan ke semalam? Kamu di dapati demam panas. Kalau takde apa-apa, petang ni boleh keluar. Jangan lupa ambil ubat-ubat di farmasi dan pastikan makan ubat ikut time ya?” Pesan Dr. JiHyo dengan sangat pantas setelah bahunya dicuit-cuit Dr. Gary yang memintanya menemani makan tengahari.

 Selepas kejadian ini, YoungMin berjanji untuk membantu Suzy untuk membantu ayahnya melunaskan hutang syarikat. YoungMin berjanji ingin melupakan segala perbuatan Suzy yang lepas. Dia ingin tutup buku lama dan buka buku baru.

“Eomma, appa, YooJung, Jney dan cheonsa SuJeong. Janji dengan oppa jangan bagitahu Joy. Oppa tak nak Joy kecewa. Biar nanti kalau keadaan dah berpihak pada oppa, oppa akan jujur. Jebal... Rahsiakan semua ni dari Joy.” Pesan terakhir YoungMin sebelum bertolak ke Seoul bersama Suzy. Sekembali ke Seoul YoungMin juga mencari kerja yang memenuhi harinya persis seperti yang dilakukan oleh Suzy.

“Jinjayo?!” Joy menyoal terkejut.

“Iye... Mulai hari ni oppa kerja kat kafeteria Universiti awak!” Beritahu YoungMin ceria mengenai kerjanya sebagai penyedia minuman di kafeteria itu yang bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Habis tu macam mana kerja oppa dekat Kafe Soo?” soal Joy kehairanan.

“Erh.... Aa... Seb... Opp... Oppa buat part time lah! Yup, part time. Tahu ajelah kos sara hidup dekat Seoul ni tinggi. Bukannya macam awak, dapat tajaan penuh.” Jawab YoungMin penuh pembohongan.

Walau di mana sahaja YoungMin menyediakan kopinya, pasti ramai yang menyukai. Buktinya sejak kehadiran YoungMin di Kafeteria Universiti, ramai penuntut lebih gemar menghabiskan masa di situ berbanding dengan sebelum ini kebanyakkan penuntut suka berlepak di luar.

“Sedapnya!!! Pertama kali aku rasa kopi yang sedap macam ni!!!” luah seorang penuntut perempuan, Lee Hi.

“Ne! Ne! Sedap giler kut! Dahlah yang tukang buat kopi pun handsome giler!” luah rakan Lee Hi yang juga trlah merasai kelazatan kopi YoungMin, Z. Hera.

“A'ah! Siap... siapa nama dia? Young... YoungMin!!! YoungMin oppa! Ah~ neomu meosissda!” puji ChanMi sebelum mulutnya menyedut lagi kopi Late blend yang berada di genggamannya.

Itulah antara puji-pujian yang di terima YoungMin sejak dia bekerja di situ. Sama ada lelaki, perempuan, ajumha, ajushi ataupun harabeoji semuanya sangat menyukai kopi buatan YoungMin.  Mungkin kerana kelebihan yang terdapat pada wajah YoungMin, rata-rata gadis di ipt itu gemar untuk menghabiskan masa di kafeteria dan berbual-bual dengan YoungMin.

Situasi ini membuatkan Joy berasa tidak selesa. Hari ni seperti biasa ketila Joy ke kafeteria, lebih kurang sepuluh gadis sedang mengelilingi YoungMin. Hatinya terbakar. Malas ingin terus melihat adegen itu, dia segera mengangkat kaki beredar dari situ.

“Wae? Kenapa aku rasa sakit? Aku jealous dengan perempuan tu ke? Hajiman wae?! Argh... Bencinya!!! Nak je aku jerit kat situ, jangan kacau oppa! Dia oppa aku! Aku sayang dia! Aku cin...” Joy menghentikan bicara gilanya. Apa aku fikir ni?! Dia cuba menenangkan dirinya. Dadanya ditekup tapak tangan.

“Aish, oppa pun satu yang pergi layan kenapa?!” Joy yang geram, secara automatik menyepak batu yang berada di hujung kakinya.

“Woi! Apahal?! Mental?!” TaeHyung yang entah datang dari mana tiba-tiba menepuk bahu Joy.

Joy yang sedang bengang langsung tidak membalas. Mukanya masam mencuka. Aish, mamat ni!!! Time aku tengah moddy juga kau nk ganggu aku! Blah lah, syuh! Kata hati Joy mengusir TaeHyung.

“Hah! Aku tahu apasal muka kau macam baru tertelah spanar!” Selamba TaeHyung berkata-kata. Tertelan spanar?! Tak lawaklah!!! Aku telan kau pula kang, tak pasal-pasal masuk berita. Hati Joy bergumam.

“Ni mesti kes kau tak dapat beli minuman kat penyedia baru tu kan? Hahaha... Padan muka kau! Dah tahu ramai suka beli kat situ, lain kali datanglah awal-awal macam aku! Tengok ni aku beli Capocinno Choco Blend.” TaeHyung menunjuk-nunjuk Capocinno Choco Blend yang dibelinya tepat ke muka Joy. Joy menggerutkan keningnya namun mulutnya masih kemas terkunci rapat.

“Weh, sedap betullah kopi yang penyedia itu tu buat! Ini first time aku suka beli kat kafeteria. Tapi... tulah mamat yang buat kopi ni hurmmm... ada rupalah. Bukan aku cakap dia handsome, tapi siketlah... Bukan apa orang selalu bandingkan aku dengan dia. Tu yang aku tak suka! Kau tahu tak?” Cerita TaeHyung lagi cuba untuk berbual dengan Joy.

“Orang tahulah! Dia tu abang orang! Nae oppa!” Balas Joy dengan sedikit menjerit.

“Abang kau?! Fuyoo... Untung giler kau! Selama kau hidup kau dapat minum kopi yang sedap ni!” Puji TaeHyung seraya mulutnya sibuk menyisip air kopi miliknya. 

“Eh, jap! Aku ingat suara kau dah takde sebab tertelan spanar! Rupanya elok aje. Ahahahahahaha!!! Ubat sakit tekak apa kau guna?” TaeHyung ketawa besar.

“Hish, bukanlah! Orang geramlah dengan oppa tu! Ramai perempuan dengan dia! Yang oppa layan diorang apahal? Macam orang tak wujud kat universiti! Orang kan sentiasa ada untuk oppa kenapa oppa nak cari yang lain?!” Luah Joy secara tidak sengaja. Hambik kau, aku hamburkan semua!

Sementara TaeHyung yang mendengar jelas terperanjat. Apahal minah ni? Dia jatuh cinta dengan abang kandung dia ke? Gila...

“Erhmmm... Aku tak tahu apa masalah kau dengan abang kau tapi kau kenapa faham yang diorang tu semua pelanggan dia. Mestilah dia layan baik-baik. Kang kalau abang kau halau, macam mana dia nak dapat duit? Take it easy. Lagipun kau patut bersyukur kau dapat luangkan masa dengan abang kau. Kedudukan kau, boleh buat perempuan-perempuan tu jealous balik. SimplySiti!” Nasihat TaeHyung panjang menerbeliakkan mata Joy. Tak sangka Joy yang TaeHyung akan bercakap sesuatu yang menyenagkan hatinya.

“Dah lah, aku nak pergi main basketball. Nah!” TaeHyung menghulurkan Joy secawan kopi Mocha Special.

“Mywo? Takpe... Tak nak lah!” Joy cuba menolak sedaya upaya. Namun,TaeHyung terus meletakkan kopi tadi di dalam genggaman Joy.

“Takpe... Aku belanja,” ujar TaeHyung lagi sebelum pantas berlalu meninggalkan Joy sendiri.

Hurmmm... Baik juga alien ni. Tak sangka aku... Mungkin aku patut berhenti panggil dia 'alien'. Dan... Mungkin aku patut biarkan dia simpan gambar SuJeong? Hati Joy bermonolog seraya bibirnya mula menikmati kopi mocha tersebut. Sebelum tiba-tiba...,

“Yah!!! Kau lah yang curi mocha aku!!!” Jerit seorang lelaki yang jelas memakai tag nama 'DaeHyun' sambil berlari ke arah Joy.

“Mocha?! Orang curi?” Joy terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

“Yelah! Buat-buat tak tahu pula! Aku tahulah kopi ni susah nak beli. Kau tahu tak aku beratur setengah jam tau, nak beli. Bila aku dah beli, senang kau je curi. Bagi balik!” DaeHyun merampas air kopi di tangan Joy sambil meluahkan perasaanya.

“Siapa cakap orang curi?!” Soal Joy dengan muka yang sudah memerah.

“Kim TaeHyung!” Jawab DaeHyun ringkas. Mulut Joy terlopong besar, kini dia tahu dia sudah dikenakan oleh TaeHyung. Argh!!!! Aku tarik balik semua pujian kat alien!!! Tak guna kau, Alien!!!! SEKALI ALIEN SELAMANYA ALIEN!!! SIAP KAU, AKU AKAN BALAS!!!!!!!! TAK GUNA!!!!!!!! 

Begitulah kehidupan seharian Joy dan Kim TaeHyung. Masing-masing sibuk mengenakan antara satu sama lain. Sehinggalah satu hari...

............................................................................

Nal yongseo haejwo - maafkan saya

Chosong habnida - saya bersalah

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~