Terbongkar sudah!

Coffee Prince

Seminggu sudah berlalu, seperti yang sudah di rangka oleh Suzy, walaupun dia dan YoungMin tinggal sebumbung namun sudah hampir seminggu YoungMin dan Suzy tidak berjumpa.

Suzy memulakan kerjanya di 7Eleven pada pukul 12 tengah malam. Pukul 6 pagi sehingga 9 pagi dia mengambil upah menjadi clener di Gangnam airport. Pukul 9, dia bekerja di sebuah kedai bunga dekat perumahan mereka sehingga pukul 7 malam. Pukul 8 sampai pukul 11 malam, Suzy bekerja sebagai pelayan di restoran.

Begitulah kehidupan sehari-hari Bae Suzy sejak syarikat ayahnya diahkan berhutang sebanyak 17 juta. Segala yang berlaku menimbulkan seribu empat persoalan di minda YoungMin. Namun YoungMin cuba sedaya mungkin untuk positifkan diri, dan terus menghitung hari Suzy akan mengotakan janjinya.

“Hyung, apahal kau nak tahu kat mana tempat duduk budak Joy tu? Sekarang kau tercegat je depan kelas dia ni apahal? Kau takde kelas ke hari ni?” bertalu-talu soalan yang ditujukan oleh Jimin iaitu kawan kepada TaeHyung yang juga rakan sekelas Joy.

“Takde! Aku takde kelas lah! Hyung masuklah dulu! Kelas hyung nak mula tu!” balas TaeHyung sambil menolak tubuh rakannya supaya memasuki kelas tersebut.

“Yah! Bagitahulah dulu!!!” Jimin yang sudah masuk ke dalam kelas itu menyoal tegas.

“Argh! Just wait and see...” ucap terakhir TaeHyung sebelum kelas itu bermula. TaeHyung memerhati tajam dari luar agar segala perancangannya berjalan lancar. Dari tempat dia berdiri, jelas kelihatan para penuntut bangun untuk memberi ucap hormat pada dekan yang mula memasuki ruang di hadapan kelas.

Selang seminit, semua penuntut diminta kembali duduk di tempat masing-masing termasuklah Joy yang menjadi tumpuan mata TaeHyung. Tiba-tiba satu bunyi yang begitu tidak menyenangkan datang dari Joy. Semua mata di dalam kelas itu tertumpu pada Joy sementara TaeHyung pula sudah gelak sampai tergolek-golek di luar kelas.

Muka Joy kian memerah menahan malu. Dia bingkas bangun dan menyedari terdapat kusyen kentut di atas kerusinya. Di atas kusyen kentut tersebut ada tulisan yang cukup membakar jiwa Joy iaitu...

Ahahahaha!!! Kelakar kan? -The most handsome guy on the earth, Kim TaeHyung a.k.a V 

Selesai sahaja membaca, Joy menjerit melepaskan geram sambil mengengam kusyen kentut itu tanpa memperdulikan lagi seluruh manusia di kelas itu sudah ketawa berdekah-dekah pada dirinya.

Tamat sahaja kelas, Joy ialah orang pertama yang keluar dari kelas itu. Itulah satu-satunya cara untuk dia meloloskan diri dari insiden yan memalukan tadi. Keluar sahaja kelas, wajah pertama yang di lihatnya adalah Kim TaeHyung yang masih tidak berhenti ketawa.

“Neo!!! Arghhhhhh!!!” kalau ikutkan hati, nak aje Joy menumbuk lelaki itu. Namun dia cuba sedaya mungkin untuk bersabar. Malas ingin bergaduh dengan mamat tu, bukannya dapat faedah alih-alih tambah sakit hati, tambah kedutan!

“Siap kau, alien!!! Aku akan balas dengan lebih teruk!!!” Joy menumbuk anak patung beruangnya yang elok di simpan sebagai penghias katil sambil mengatur startegi. Sedang dia memikir cara untuk membalas dendam, Joy teringat bahawa esok adalah hari cuti. Esok cuti? Aku nak buat apa ye? Joy berfikir sejenak mencari idea bagi memanfaatkan hari cutinya. 

“Oh ya! Oppa!” Joy memetik jari penuh gembira sebaik sahaja mendapat idea. Dia terus mencapai telefon bimbitnya yang di letakkan di birai katil, sebelum jarinya menari di atas skrin telefon bagi menaip mesej.

 Annyeong oppa! Oppa, esok orang cuti. Orang nak spent time dengan oppa ya? Esok pagi orang pergi Kafe Soo.Sent2aYoungMinOppa

Annyeong nae cheonsa Joy. Kafe Soo?! Tak payahlah... Sent2MyAngelJoy

Wae??? Esok orang cutilah! Orang janji orang tak ganggu oppa kerja...Sent2YoungMinOppa

Ne... tadikan awak dah bagitahu. Ye, oppa tahu awak budak baik. Masalahnya, esok oppa cutilah. Awak datang nak buat apa? Sent2MyAngelJoy

Jeongmalyo? Aih... Ne, araseo! Sent2YoungMinOppa

Ne... Awak ingat oppa tipu awak ke? Sent2MyAngelJoy

Jumpa kat mana ni? sent2YoungMinOppa

Hurmmm... Oppa datang Universiti awaklah. Barulah macam putera datang menjemput puterinya. Sent2MyAngel

Serius? Haha... okay >_^ Sent2YoungMinOppa

Ne... Waeyo? Awak tak suka ke oppa datang? Sent2MyAngelJoy

Takdelahh... hajiman... tak bestlah citer sekarang. Kita sembang esok jellah Sent2YoungMinOppa

Araseooooo... Arataaaa...Neomuuu bogoshipooo... Neomu saranghaeyooo... See ya! Sent2MyAngelJoy

Ne! Ne! Araseo... See you tomorrow. Neodu saranghaeyo. Neodu bogoshipda! Sent2YoungMinOppa

 Entah kenapa setiap kali Joy bermain mesej dengan abangnya, hatinya berbunga-bunga, terasa sejuk aman dan damai sekali. Tanpa sedar sakit hati yang tercipta oleh TaeHyung, hilang serta merta.

Esoknya, tepat pukul 9 pagi YoungMin keluar dari villa besar milik Suzy untuk berjumpa adiknya. Sekali sekala terbit rasa bersalah di jiwa kerana pergi tanpa beritahu Suzy dahulu memandangkan Suzy masih majikannya. Tapi bila difikirkan kembali bagaimana hendak dia beritahu, sedangkan bayang Suzy sangatlah susah ditemui.

Memandangkan YoungMin tinggal di Seoul lebih lama berbanding Joy, jadi secara tidak langsung YoungMin menjadi tour guide kepada Joy. Hari itu, mereka menghabiskan masa mengunjungi Namsan Tower. Namsan Tower adalah antara tempat pelancongan yang paling romantik di Seoul. Di puncak menara ini terapat ruang yang mana menempatkan ratusan mangga kunci cinta.

“Joy, tengok ni oppa beli apa?” YoungMin menunjukkan Joy sebuah manga kunci.

“Mangga? Mangga kunci? Mangga kunci cinta?” Tangan Joy pantas mengambil mangga kunci itu lalu membelek-beleknya seraya mengutarakan soalan. YoungMin hanya mengangguk lahu menjawab persoalan Joy.

“Oppa nak tulis nama oppa dengan yeoja chingu oppa ke?” Joy menyoal dengan nada yang semakin rendah. Hatinya tiba-tiba disuntik rasa hiba. Dia mengalihkan pandangan dan memeluk tubuhnya lagak seperti sedang merajuk.

“Ne... Oppa memang ada yeoja chingu” YoungMin berbisik pada Joy sambil memeluk gadis itu dari belakang. Joy diam seribu bahasa, pelukkan pada dirinya semakin dieratkan.

“Nama yeoja yang bertuah tu... Joy!” Mata Joy membulat mendengar namanya disebut YoungMin. Kenapa YoungMin berkata begitu? Adakah YoungMin juga rasa apa yang Joy rasa? Dia meleraikan pelukkan YoungMin itu sebelum mereka berdua memasangkan manga kunci yang sudah tertulis nama 'YoungMin 💙 Joy' di puncak menara Namsan.

Jarum jam di pergelangan tangan YoungMin sudah menunjukkan pukul 5 petang. Joy telah pun pulang ke kampusnya. Kini tiba masanya YoungMin untuk kembali pulang ke villa milik keluarga Suzy. 

'Hurmmm... agaknya Suzy dah balik tak? Kalau dia balik, confirm dia marah tau aku keluar tak bagitahu dia. Baik aku belikan dia sesuatulah! Sejuk sikit hati dia nanti' Hati YoungMin berteka-teki sendiri sebelum dia bertekad pergi ke kedai bunga.

“Cik, saya nak cari bunga untuk sejukkan hati orang, ada?” YoungMjn menyoal pekedai bunga yang sedang sibuk menyusun bunga-bunga tanpa melihat wajahnya kerana matanya sibuk meliar memerhati segala bunga yang terdapat di situ.

“Sejukkan hati? Perempuan ke lelaki?” si pekedai menyoal sambil mendekati YoungMin.

“Perem-” kata-kata YoungMin tergantung apabila dia melihat wajah pekedai itu.

“Suzy?!” Ya, Suzy memang bekerja di kedai bunga itu. Nampaknya segala rahsia dah terbongkar.

“YoungMin?!” Suzy membulatkan matanya. Dia langsung tidak menyangka pelanggannya itu adalah YoungMin.

“Suzy, awak kerja sini?! Awak tipu saya ke?!” YoungMin menyoal tegas. Hatinya tetasa bagai di palu kuat apabila mendapati Suzy telah menipunya.

“Ne... Hajiman ani..,” jawab Suzy gagap. Perkataan yang keluar dari mulut YoungMin bagaikan pahlnahan petir yang telah memanah hatinya.

“Apa awak cakap ni?! Ya ke tak? Awak tipu saya! Awak penipu!!!” teriak YoungMin sebelum melarikan diri dari situ. Memang Suzy mahu segera menggejar dan menghentikan langkah YoungMin agar dapat dijelaskan segalanya, namun dia tahu dia adalah pekerja di situ. Dia terikat pada polisi yang menyatakan srmua pekerja di larang keluar dari kedai sebelum tamat waktu bekerja.

Mahu tidak mahu, dia terpaksa merelakan pemergian YoungMin. Tanpa di sedari air matanya mengalir perlahan. Rasanya sakit... Sakit sangat saat dirinya di teriak oleh YoungMin.

'Kau tipu aku, Suzy!!! Kau tipu!!! Kau cakap kau pergi sambung belajar tapi apa kau buat? Kerja? Wae?!!!! Aku ni memang bukan sesiapa bagi kau ke?! Hina sangat ke aku ni sampai kau sanggup tipu aku?!' Dada YoungMin bergelora hebat. Rasa terkilan, kecewa dicampur dengan rasa ammarah semakin berbukit di jiwanya.

Memang pantang bagi YoungMin, orang menipu dirinya! Dia sudah tekad, dia ingin pulang ke tempat asalnya, Annyang. Biarlah harapan keluarganya padanya mungkin terkubur kerana dirinya sudah tidak tertahan menanggung derita akibat dikhianati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~