Bogoshipda Chingu

Coffee Prince

Seminggu selepas Jney selamat dibedah, kini Jney telah dibenarkan keluar hospital. Maka YoungMin sekeluarga bertekad ingn pulang ke Annyang. Mereka tidak mahu mnyusahkan Suzy sekeluarga lagi. Jadi YoungMin pun menyatakan niat mereka sekeluarga pada Suzy di waktu makan tengahari.

“Apa?! Awak sekeluarga? Mean awak pun akan balik Annyang? YoungMin, awak kan tahu saya sayangkan awak. Susah saya nak lepaskan awak. Kerja awak macam mana?” Seperti yang djangka itulah reaksi Suzy. Walaupun telah pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini, namun Suzy masih setia mencintai lelaki yang langsung tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

“Saya tau. Terima kasih sebab setia mencintai saya. Tapi jujur saya katakan yang saya langsung takde perasaan kat awak. Dan...kadang-kadang saya masih anggap awak ni majikan saya. Maaf~ tapi awak kena faham. Niat saya datang Seoul untuk capai impian saya. Bila saya kena pecat, ia satu tamparan bagi saya. Izinkan lah saya rehat dulu. Kalau ada jodoh, adalah.” Panjang lebar YoungMin menjawab persoalan Suzy.

Sementara Suzy pula sudah masam mencuka mukanya. Kecewa teramat. Namun dia terpaksa relakan. Tak mungkin bagi dia untuk memaksa YoungMin lagi. Dia tiada apa-apa sekarang.

“Pasal kerja saya tu. Hari ni saya dah bagi notis 24 jam” tambah YoungMin lagi sambil tersenyum mqnis lalu meneguk seteguk air mineral.

“Araseo! Bila awak nak berangakat?” Soal Suzy dengan nada terpaksa. Kedua anak matanya hanya mampu meneling tajam ke arah YoungMin. Nak tunjuk protes lah tu!

“Esok petang” dua perkataan yang meluncur perlahan dari bibir YoungMin cukup memeranjatkan gadis Gangnam itu sehingga membuatkan Suzy berdiri.

“ESOK? WAE??!” Suzy sedikit mejerit tanpa memperdulikan orang sekeliling yang mula memerhatikan dirinya.

“Sebab... sebelum saya berangkat, saya nak jumpa MinWoo. Lama tak jumpa dia,” jelas YoungMin bersahaja.

“MinWoo? No MinWoo? Dia lah yang bagi alamat rumah awak kat Annyang tu. Dia ada bagitau yang awak tak pernah contact dia lepas awak kena pecat. Kenapa ya?” Selepas mndenqr soalan itu, YoungMin hanya tersenyum manis menggoda dan membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Sementara itu, di Universiti Seoul.

“Kat sini rupanya kau! Lama aku cari,” tegur TaeHyung sebaiksahaja melihat anak dara sulung keluarga Jo itu.

“Hah, ni mesti alien nak kenakan orang kan? Cepatlah...” TaeHyung naik hairan apabila Joy bertindak merelakan dirinya dikenakan oleh TaeHyung.

“Mywo?! Michigeoseo?”

“Yellah... kan last kita jumpa, orang yang kenakan Alien. Sekarang ni mesti Alien nak balas dendam kan? Cepatlah!” jelas Joy membuatkan TaeHyung ketawa berdekah-dekah.

“Kau ni... Tenggok muka aku ni, dah lah handsome, cute, suci, murni pulak tu! Takkan aku nak buat macam tu” kata-kata yang diucapkan TaeHyung membuatkan Joy menggerutkan dahinya. Rasa geli geleman betul, bila dengar orang puji diri sendiri.

“Aku datang ni nak minta tolong nuna.” terbeliak mata Joy mendengar lelaki yang nyata lebih tua darinya memanggilnya kakak.

“Nuna? Sape nuna?!”soal Joy tegas. Yellah, perempuan mana tak marah bila dipanggil sebegitu rupa?

“Kau lah nuna Joy! Ala, lambat laun alu jadi adik ipar kau juga kan, bila aku dah kahwin dengan SuJeong. So, nuna boleh tolong tak?” selamba aje si Taeahyung ni membalas tanpa perduli wajah Joy suah berubah kemarahan.

“Janganlah panggil orang nuna!!!” Joy menjerit kegegeraman.

“Yolah! Yolah!” akur Taehyung.

“Alien nak minta tolong apa?” Joy menyoal sambil berpeluk tubuh. Jadi TaeHyung pun menyatakan bahawa dia sebenar mahukan nombor telefon SuJeong. Kerana masih segar di mindanya yang SuJeong menyuruhnya meminta dari abang atau kakaknya. TaeHyung juga menceritakan sikap SuJeong terhadap dirinya yang dilihat tidak begitu menyenangkan. 

Namun, selesai bercerita, Joy hanya ketawa besar.

“Alien tak kenal lagi SuJeong tu. Lelaki yang bertuah je boleh dapat dia tau? Dan orang harap orang tu bukan si alien 4D!” tersentak mendengar kenyataan Joy yang mentertawakan dirinya, TaeHyung pantas menolak kepala Joy yang hanya berda di paras dadanya.

“Kenapa kau cakap macam tu?!” soal TaeHyung tegas.

“Yak!!! Sebab nilah! Alien tu dah lah banyak buat salah kat orang pastu tak rasa bersalah. Dah lah bonggak, bangga diri, suka puji diri sendiri. Berbulu telinga orang dengar lah! And... Alien tu pencuri! Alien curi gambar SuJeong! Kalau SuJeong tau, mengamuklah dia.” terang Joy. Fuh~ puasnya dapat hina dia depan! Padan Muka! 

Sementara itu, TaeHyung yang mendengar berpura-pura sedang menangis. 

“Wuhuhuhuuu... Sampai hati kau kutuk aku macam-macam!” 

Joy yang malas nak layan karenah budak tak cukup umur tu segera melangkah pergi dari situ. Setelah membuat mimik muka sebegini ->( ̄~ ̄)

“Op! Op! Joy, tolonglah aku!” TaeHyung menghalang langkah Joy.

“Hish, alien ni! Orang ada kelas lah! Alien mintalah kat YoungMin oppa,” balas Joy yang terus melangkah.

“YoungMin? Dia takde lah. Makcik kantin cakap dia dah berhenti.” 

“Berhenti?! Andwae! Kenapa oppa tak bagitau?” ujar Joy sendiri lalu berlari meninggalkan TaeHyung dan segera menelefon abangnya.

“Yah, oppa! Betul ke oppa dah berhenti kerja kat sini?! Kenapa oppa tak bagitau Joy?!” bertalu-talu soalan diajukan Joy sebaik sahaja YoungMin mengangkat panggilan.

“Sabar, cheonsa. Jangan cemas sangat. Oppa kan ada kat sini. Oppa ingat Joy dah tahu. Esok kan oppa dan keluarga nak balik Annyang. So oppa berhenti lah” balas YoungMin dengan nada yang tenang sahaja.

“Oppa kan kerja kat Kafe Soo? Kenapa oppa nak ikut diorang balik? Oppa kan nak ikut plan oppa untuk capai impian oppa?” soal Joy lagi. Nadanya sangat terdesak. YoungMin yang membisu secara tiba-tiba menambah lagi debaran di dada.

“Oppa! Kenapa senyap?! Oppa! Jawablah!” dia berasa sesuatu yang tidak baik.

“Oppa!”

“Hurmmm... seb...sebenarnya oppa... oppa” kata-kata YoungMin tersangkut-sangkut.

“Moya?! Oppa!”

“Oppa dah kena pecat.” Joy tersentak. Bibirnya tidakampu berkata-kata.

“Dah lama dah kena pecat. Suzy yang suruh boss oppa pecat oppa. Awak tahu kan, Suzy tu anak orang kaya? Sebab tu oppa tak pernah benarkan awak datang bilik sewa oppa, oppa dah keluar dari bilik tu. Oppa terpaksa tumpang rumah Suzy. Dia janji nak tolong oppa. Tap-” belum sempat YoungMin mahu menghabiskan ayatnya, Joy pantas mencelah.

“Oppa jahat! Oppa tipu orang selama ni!!! Oppa jahat!” Joy mematikan panggilan seraya air matanya jatuh berlinangan. Entah kenapa rasanya sakit sangat. Seolah-olah dia ditipu oleh kekasihnya.

“Maafkan oppa. Cheonsa Joy”

............................

Keesokkan harinya, di hadapan rumah MinWoo. YoungMin cuba sedaya-upaya untuk menenangkan diri selepas membunyikan loceng rumah MinWoo. Menunggu pintu dibuka.

MinWoo yang sedang leka menonton rancangan variety popular; Runningman sambil makan snek segera membuka pintu selepas mendengar bunyi loceng ditekan. Selepas sahaja pintu dibuka, MinWoo tersentak. Matanya terbeliak. Tubuhnya kaku. Snek yang tadi kemas digengamannya jatuh ke lantai. Terkejut dia melihat orang yang berdiri dihadapanya. Seolah-olah mimpi.

“MinWoo?” YoungMin mengejutkan MinWoo menyebabkan MinWoo tiba-tiba bertindak ingin menutup pintu. Mujur YoungMin pantas menghalang.

“MinWoo! Aku minta maaf! Aku tahu aku salah! Dah ama aku tak contact kau. Maafkan aku , MinWoo! Aku rindu kau” luah YoungMin. Namun MinWoo hanya membisu, membuatkan YoungMin bersuara lagi.

“MinWoo! Maafkan aku! Kau kawan baik aku yang terbaik. Aku perlu kan kau. Aku sebenarnya malu nak jumpa kau sebab aku dah kena pecat. Maaflaa sebab aku tak bagi tau kau apa-apa” rayu YoungMin lagi. Namun masih tiada balasan dari MinWoo yang berpeluk tubuh.

“MinWoo, kita dah kawan lama dah. Takkan kau nak putuskan kat sini? Maafkan aku! Suzy yang pecat aku! Aku malu. Aku malu. Tolonglah faham” walau sebegitu. MinWoo masih diam seribu bahasa. Membuatkan YoungMin putus asa.

“Kau tak nak maafkan aku? Okay, aku pergi!” YoungMin ingin melangkah pergi, namun dia segera menghentika langkahnya apabila...

“Hah, mula lah tu! Hish kau ni! Dah berapa kali aku cakap cuba kikis sikit perangai kau yang kuat merajuk tu! Patutnya aku yang merajuk bukannya kau! Kau tau tak, kalau kau tetap macam ni, susah kau nak cari yeoja chingu nanti. Sikit-sikit merajuk. Dahlah susah nak pujuk! YoungMin, aku bagitau untuk kebaikan kau. Tolonglah ubah perangai ka-” kata-kata MinWoo  tergantung apabila YoungMin tiba-tiba memeluk erat sahabatnya.

“Bogoshipda chingu. Selamat kembali ajumha” bisik YoungMin lembut.

Walaupun terkejut, MinWoo tersenyum bahagia. 

“Selamat kembali chingu. Neodu bogoshipda” balas MinWoo sebelum...

“Apasal kau tetiba menghilang hah?! Kau tau tak aku risau giler nak mati?!” Soal MinWoo dengan nada menjerit sambil melepaskan tumbukan padu tepat ke pipi kanan YoungMin.

“Yah!!! Aku dah lah cerita tadi.” Balas YoungMin dalam satu nafas kerana terkejut dengan tindakan spontan rakannya itu.

“Oh ye ke? Hehe... Sorry-lah. Kau duduklah dulu. Sakit ke?” MinWoo yang rasa bersalah segera cuba melihat pipi kanan YoungMin yang telah menjadi mangsa tumbukan hikmatnya.

“Nan... Nan gwenchana.” Ujar YoungMin berpura-pura gagah perkasa semntara tangan masih memegang pipinya, menahan sakit yang hanya dia rasai.

“Eh, mana Suzy? Aku nak cari perempuan tu! Mana dia?! Hish, geramnya aku dengan perempuan kaya manja tu!  Disebabkan dia selama ni kau hidup ketakutan. Disebabkan dia, kau terpaksa jadi pembantu peribadi dia. Disebabkan dia, kau kena pecat. Disebabkan dia, kau dan aku terpisah. Melampau betul singa betina Seoul ni! Mana dia?!!! Biar aku ajar dia!” Bebel MinWoo yang sudah mencekak pinggang persis seperti gaya mak tiri Cinderella.

“MinWoo, tenang. Aku dan dia dah okay lah sekarang. Lagipun... keluarga dia dah jatuh bangkrup.” Jelas YoungMin dengan nada yang bersahaja. Selepas mendengar, MinWoo lantas ketawa besar drngan nada yang jahat.

“Hohoho. Bangrup? Padan muka dia!”

“Hish, kau ni tak baiklah! Kan aku cakap aku dengan dia dah okey. Dia pun dah berubah,” 

“Jeongmalyo?” selepas itu, YoungMin pun menceritakan semula segala kejadan yang telah berlaku selepas dia dipecat dari Kafe Soo sehinggalah cerita dimana adiknya, Jney terpaksa dibedah.  YoungMin juga memberitahu bahawa Suzy mencintainya. Dan ini... adalah satu masalah!

“Hahaha! Kitorang dah agak yang dia tu cuma nak kan kau!” kata MinWoo sambil ketawa lagi.

“kitorang?” YoungMin menyoal penuh kehairanan.

'Kitorang? MinWoo dengan siapa? Macam pernah tahu. Tapi... eodiyo?'

“Kau dah lupa ke? DongHyun hyung? HyunSeong hyung? JeongMin hyung?” MinWoo menyebut kembali nama-nama orang ang pernah menjadi akan sekerja YoungMin.

“Mianhabnida. Aku banyak prob lah. Tapi bila kau dah sebut nama diorang tu..., aku dah ingat dah.” kata-kata Youngmin itu menyenangkan hati MinWoo yanng sudah bersiap sedia menyusun kata untuk menyamlaikan satu lagi bebelan.

“Jap, berbalik pada cinta Suzy tadi, kau memang tak nak terima ke? Takde lah sebab kau ada cakap yang kah nak perempuan yang boleh pujuk kau macam mak kau. Berdasarkan cerita yang kau cerita, aku rasa dialah orangnya.” soal MinWoo yang panjang lebar serta disampaikan dengan serius itu hanya mendapat ketawa kecil dari YoungMin.

“Ne... Bila difikirkan waktu dia pujuk aku tu, dia memang tak putus asa. Tapi... bila teringat balik impian aku, hati aku jadi keras.” Nada suara YoungMin kedengaran sangat hiba. 

 

“Cakap pasal impian kau, aku teringat sesuatu. Jap eh, aku pergi ambil,” kemudian, MinWoo terus meniti satu ke satu anak tangga untuk menaikki ke biliknya, meninggalka YoungMin dengan perasaan ingin tahu yang menebal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~