Hakikat yang Kelat

Coffee Prince

“Haa... agaknya kenapa saya suruh kamu bagi penghargaan pada YoungMin? Hehe... Ceritanya macam ni, saya baru tiba dari Mokpo pukul 6 pagi tadi, time tengah nak masuk bilik berehat saya terjumpa YoungMin tengah membaca di mini library. Pukul 6 pagi tu!!! Yang lain mesti tengah tidur golek-golek lagi kan? Pastu saya berkenalan lah dengan dia. Saya suka! Baik budaknya. Gumawo YoungMin, awak buat aunty rasa muda,” Park Shin Hye menamatkan ceritanya dengan melakukan wink. (>.^)

Hah?! Gara-gara dia bangun awal, kita kena bagi pengharagaan kat dia?! Si*l!!! Tak tahu ke kenapa dia boleh bangun awal? Sebab aku tak kasi dia tidur dalam bilik, sebab aku! Argh, nampaknya aku terpaksa benarkan dia tidur aje dalam bilik. Tak guna betul! Kata hati Ren teriak kuat. Geram betul dia.

“Awak tak cakap pun yang awak dapat jumpa personal dengan Park ShinHye!” tegur NamJoo berbaur cemburu.

“Saya tak tahu pulak dia tu penceramah kita. Saya ingat dia peserta kem ni. So saya sembang dengan dia macam biasa ajelah,” beritahu YoungMin menggerutkan kening NamJoo.

“Dia peserta kem? Yah, awak tahu tak beza umur kita dengan dia? Awak cakap awak layan dia macam biasa? Dengan ayat manis awak tu? Sifat caring and gentelmen awak tu?” Bertalu-talu NamJoo menguarkan persoalan ketidakpuasan hati. Kenapa? Ia menjadi tanda tanya.

~~~

“Korang, program hari ni dah tamat. Kemaskan barang dapur. Pastikan dapur bersih. Itu etika. Kalau dah siap, boleh balik bilik masing-masing,” arah MC Kim HimChan apabila jarum jam tangannya tepat menunjukan pukul 10 malam.

 Program terakhir hari ini ialah, 'kenali biji & jenis kopi' yang dijalankan di dewan masakan. Untuk pengetahuan, setiap peserta mempunyai dapur sendiri yang lengkap dengan pelbagai keperluan dapur. Dengar sahaja arahan MC, semua peserta mulai menggemas barang dapur masing-masing termasuk YoungMin yang ditempatkan bersebelahan dengan MinHyun.

“Erhmmm... You- ah! Youn- Argh... Jo, ergh. Ah!” MinHyun yang memerhati YoungMin sejak program pertama hingga sudah tamat program cuba memanggil YoungMin tetapi entah kenapa rasanya terlalu berat. Sejak dipeluk YoungMin, MinHyun ingin sekali mengenali lebih dekat lelaki itu.

Betul ke YoungMin ni penyebab En. Bae bangkrup? Betul ke apa yang Ren sangka? Macam mana dia boleh rapat dengan Suzy? Mesti ada sebab Suzy pecat dia, dia dah buat salah ke? Dia tak  bagitahu pengurusan ke apa yang Ren dah buat kat dia? Banyak soalan yang berlayar di fikiran MinHyun. Ah, aku nak tahu!!!

“YoungMin!” Dan akhirnya dia memberanikan diri memanggil YoungMin dengan nada suara yang serius setelah tarik dan hembus nafas 19 kali.

“Ne. Wae?” Ringkas YoungMin menyoal sambil membasuh periuknya.

“Kau... tak bagitau pengerusan ke apa yang Ren dah buat?” Dengan agak gagap-nya, MinHyun menyoal.

“Ani. Aku tak nak besarkan perkara. Tidur kat luar bersandarkan pintu? Aku rasa aku dah lalui yang lebih teruk. Lagipun tak seronoklah join kem ni kalau asyik nak cari salah siapa. Aku terima aje apa yang orang buat. Asalkan aku terus usaha capai cita-cita aku. Apa yang orang fikir pasal aku, bukan masalah aku. Sebab korang tak tahu apa yang aku dah alami, apa yang aku nak, untuk apa aku nak. Korang tak kenal aku,” jawab YoungMin panjang bernada tenang sahaja sambil mengukir senyuman manis seolah-olah tiada apa yang berlaku pada dirinya itu mengharukan MinHyun.

“Kau cakap kitorang tak tahu pasal kau, so kenapa kau tak nak terangkan?! Jangan buat kitorang salah faham! Terutama Ren! Kau tau tak betapa bencinya dia kat kau?!” Tiba-tiba MinHyun menaikkan nada suaranya. Mungkin dia marah akan sikap Ren terhadap YoungMin.

“Tak boleh. Cerita aku hanya untuk kawan aku. Buang masa dan kering air liur aje, bercerita kat haters.” Balas YoungMin mengejutkan MinHyun yang lantas membuatkan lelaki itu tersentak seketika.

“MinHyun, kau... nak jadi kawan aku?” YoungMin menyoal sambil menghulurkan tanganya untuk berjabat tangan sebaik sahaja dia selesai mengemas.

MinHyun senyap sahaja tanpa sebarang jawapan. Dia mengerling sekeliling memerhati peserta lain yang sibuk mengemas. Entah apa yang difikirnya.

“Tak pelah. Aku pergi dulu. Harap-harap aku boleh tidur dalam bilik hari ni. Annyeong,” ucap terakhir YoungMin sebelum terus berlalu keluar dari dewan masakan meninggalkan MinHyun yang sudah kelihatan seperti patung itu.

 Ketika YoungMin sedang berjalan selepas meninggalkan NamJoo di bilik Yeoja2, tiba-tiba dia ditarik seseorang ke belakang bangunan dan dipeluk kuat.

“YoungMin-ah, aku nak jadi kawan kau! Aku suka kau!” beritahu MinHyun sedikit menjerit keterujaan selepas meleraikan pelukan erat itu. Kejutan MinHyun itu telah membuatkan YoungMin kaku. Terkejut dia.

'Dah apahal mamat ni?' Getus hati YoungMin mulai risau.

“Weh, kau pahal macam nampak maknyah aje ni? Jangan risaulah, aku ni straight, okay?!” MinHyun menyiku YoungMin bagi mengejutkannya.

“Dah tu kenapa kau peluk-peluk aku kat tempat gelap ni pulak?” YoungMin menyoal, memerlukan penjelasan.

“Aku peluk sebab aku rasa aku dapat rasa kebaikkan dan kekuatan diri kau yang buat aku rasa bersalah bersekongkol dengan Ren untuk buli mental kau. Dan... sebab aku tarik kau kat tempat ni aku tak nak Ren nampak aku mesra dengan kau. Mesti dia marah. Sorrylah weh, tapi aku tak sekuat kau. Jadi boleh aku jadi kawan kau? Kan? Kan? Kan?” Jelas MinHyun sungguh terang pada YoungMin.

“Mestilah. Mulai sekarang kau, kawan aku!” Ujar YoungMin lalu membuat perjanjian jari kelingking dengan MinHyun.

Begitulah yang berlaku paa hari seterusnya dan seterusnya, seorang demi seorang yang dihasut Ren untuk membenci YoungMin akhirnya sedar akan kebaikkan dirinya dan menjadi kawannya. Kawan YoungMin yang dahulunya hanya NamJoo, kini bertambh ramai. Hampir semua peserta kem tersebut merupakan kawan YoungMin. Yang lantas membuatkan YoungMin semakin berpengaruh.

Namun MinHyun, BaekHo dan JR hanya berani berkawan dengan YoungMin dibelakang Ren, sehinggalah suatu hari di mana Ren ternampak JR, BaekHo dan MinHyun berbual mesra dengan YoungMin di belakang bangunan. Hatinya terbakar hangus! Dia kini tahu bahawa dirinya telah ditipu oleh lakonan hebat mereka yang seolah-olah mereka di pihak Ren. Dalam diam dia merangka strategi untuk mengenakan mereka. Padah apabila bermain dengan Choi MinKi.

Malam itu seperti biasa Ren, JR dan MinHyun pulang ke bilik bersama-sama. Ketika pintu sudah dibuka, Ren tiba-tiba mendepakan tangan kirinya bagi menghalang yang lain masuk ke bilik itu.

“Dah apahal ni Ren?! Bagi lah kitorang masuk,” JR menyoal tegas. Hairan dengan sikap Ren.

“Dah lah, korang jangan ingat aku tak tahu. Aku nampak korang berbaik dengan budak kampung tu! Apa hal korang ni?! Terpengaruh dengan dia jugak?! Dia tu cari simpati aje!” Jelas Ren dengan nada suara yang sedikit dinaikkan.

“Budak kampung?! Budak mana?” MinHyun menyoal bodoh cuba memperdayakan Ren.

“Huh? Korang ingat aku bodoh macam korang ke, hah?!” Ren mula menjerit sambil menolak kuat kepala MinHyun.

“Mi... Mianhabnida! Ren-shi!” MinHyun menunduk lalu memohon maaf.

“Mian?! Kau dah berbaik dengan si pencari simpati tu, lau just nak cakap mian?! Oh aku tahu, apa yang aku kenapa korang kawan dengan dia, korang pun nak jadi pencari simpati macam dia kan? Kalau macm tu baik korang jadi pengemis!!!” Kata Ren lagi menghamburkan kata hinaan pada mereka bertiga.

“Dah lah, Ren. Cukuplah kata-kita cacian kau tu. Kau kena terima hakikat yang kelat!” Balas JR juga bernada tinggi.

“Hakikat yang kelat?” Soal Ren hairan.

“Iye... Hakikat yang YoungMin tu memang bagus.”Jawab JR berjaya membisukan Ren. “Dan mungkin... Dia lebih bagus dari kau!” Tambah JR lagi lalu melanggar tubuh Ren untuk masuk ke dalam bilik.

“Kau patut berterima kasih kat YoungMin dan kitorang.l sebab tak laporkan perbuatan kau.” MinHyun pula bersuara.

“Aku tak sangka... korang kianat aku!” Ujar Ren berbisik.

“Aku pula tak sangka, Choi MinHo ada anak pendengki macam kau!” Balas JR menaikkan ammarah Ren.

“Kau jangan berani nak bawa-bawa nama ayah aku!” Ren yang marah itu mencengkam kuat kolar baju JR sebelum BaekHo yang bertubuh sasa itu datang dan memegang tangan Ren.

“Badan kau ni kecil je berbanding kitorang, kalau kitorang jentik kau siket aje mesti kau dah jatuh. Tapi kitorang takkan buat macam tu sebab kitorang hormat sesama manusia,” jelas BaekHo membuatkan Ren berputus asa bagu mencari pasal dengan mereka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~