Bersabarlah...

Coffee Prince

“Cik Suzy nak pergi mana?” Suzy tersenyum gembira apabila YoungMin akhirnya melontarkan soalan.

“Good question! Kita pergi first date!” balas Suzy yang sungguh ceria itu menerbeliakkan mata YoungMin.

“Fir...first date?” soal YoungMin yang jelas sangat terkejut mendengar pekataan itu keluar dari mulut Suzy.

'Babo ya! Apahal lah aku bagitahu dia? Malu shiot!' Suzy senyap sepuluh saat, merintih di dalam hati sebelum berkata.,

“Aaa... I cakap dinner! I nak pergi dinner kat restoran paling mewah di Seoul lah!” jawab Suzy sedikit gagap.

“Oh, Cik Suzy tak makan lagi ke?” Soal YoungMin kelihatan tidak syak apa-apa. Suzy mengurut dada tanda lega. Mujur tak pecah lubang!

“What do you mean? I ada maid kat rumah yang boleh masakan untuk I bila-bila and apa-apa sahaja. I sengaja nak bagi you rasa makan di restauran mewah” 

“Jinja?” YoungMin menyoal ingin mendapatkan kepastian.

“Of course!” Suzy membalas ringkas.

'Okey! Aku dah takde idea nak cakap apa.' YoungMin sudah menaikkan bendera putih. Pasrah, malas ingin terus berbual dengan Bae Suzy.

'Ofcourse I nak bawa you ke sana! Of course! Sebab aku dah prepare special event untuk kita! My first date, I come!' sementara Suzy pula ada udang di sebalik batu.

Jam tepat menunjukkan pukul 11 malam, mereka tiba di restauran 'My Love From The Star' merangkap restoran paling mewah di Seoul. YoungMin tidak menjamah walau sedikit hidangan meskipun telah dipelawa oleh Suzy. Keadaan ini membuatkan Suzy berasa tidak puas hati lantas segra memesan lebih banyak makanan walaupun makanan yang siap terhidang di atas meja, masih banyak.

“Cik! Kenapa pesan lagi? Makanan kat meja tu pun belum habis. Siapa nak habiskan nanti?” tegur YoungMin jelas takut jika berlaku pembaziran.

“Maj-a! Omo~ eotteohke? Siapa nak habiskan? I tak mampu” Suzy berpura-pura kelihatan cemas sebelum tersenyum puas melihat rancangannya berjalan lancar.

“Haih... Araseo. Saya tolong cik” YoungMin yang dari tadi berdiri di sebelah Suzy, kini telah mengambil tempat duduk di hadapan Suzy. Pada mulanya, niat YoungMin menikamati makanan itu hanyalah untuk menggelakkan pembaziran namun lama kelamaan dia mula leka kerana keenakan sajian tersebut.

Suzy tidak menunggu lama, dia pantas membuat isyarat kepada pemilik restoran itu supaya mematikan semua lampu di restoran itu. 

“Black out? Macam mana nak habiskan makanan banyak lagi ni” luah YoungMin yang sedang menikmati daging kambing gril pada Suzy yang langsung tidak kelihatan dalam kegelapan. YoungMin nyata sangat terkejut apabila pelanggan lain bergegas keluar dari restauran seolah-olah terdapat suatu kecemasan.

“Cik tunggu sinilah. Biar saya cakap dengan owner restoran ni” YoungMin bingkas bangun ingin terus melaksanakan niatnya namun terbatal apabila Suzy mencegah dengan memegang tangannya.

“Wait! Tengok!” Suzy menunjuk ke arah seseorang sedang membawa lilin merah ke arah mereka.

“Maaf, Encik, Puan. Kamu berdua adalah pelanggan yang bertuah. Restoran kami akan menjadikan makan malam encik dan cik sebagai private date.” beritahu pelayan lelaki itu sambil meletakkan lilin tersebut ke atas meja.

“Apa?!” YoungMin masih belum jelas dengan keadaan sebenar namun pelayan itu terus berlalu pergi meninggalakan Suzy dan YoungMin berduaan.

“That's why I love this restaurant! Full of surprise. YoungMin you memang bawa tuah! Baik kita guna peluang ni to know each other”  kata Suzy kedengaran sangat menggoda. 

'Dia ni nak goda aku ke? Gilerlah... Jangan mimpilah, YoungMin! Mesti ada something ni’  getus hati YoungMin penuh syak wasangka.

“Ok...okey,” setelah hampir satu jam mereka di restoran itu, YoungMin masih tidak menunjukkan tanda-tanda minatnya pada Suzy. Suzy benggang lalu segera ke lokasi seterusnya, Gangnam night market. Sebenarnya, YoungMin bukannya tidak perdulikan Suzy tetapi, dia ingin lebih berhati-hati, takut tiba-tiba dikerjakan oleh Suzy pula.

“Kita nak buat apa kat sini?” YoungMin menyoal bodoh dengan nada yang kuat di sebabkan suasana di Gangnam night market sangat bising.

“Dah kita ada di Gangnam night market, mestilah kita nak shopping! Takkan nak memancing pula!” balas Suzy yang sudah mula terlompat-lompat menari mengikut irama lagu 'Iyah' dari kumpulan Boyfriend yang dipasang kuat sekali.

“Heol?! Shopping? Cik, sekarang pukul 12 tengah malam lah” YoungMin menunjukkan jam tanggannya pada Suzy dengan tujuan bukan hendak menunjuk-nunjuk.

“Do I care?” Balas Suzy menimbulkan ketidak puasan hati YoungMin.

“Cik Suzy, kalau awak tak kisah pun. Awak kisahlah pasal pemandu awak tu. Dia dah ngantuk. Kesian dia kena berjaga, dia dah tua tau?” balas YoungMin yang sangat kasiankan pemandu Suzy itu.

“Then? You can drive?” Suzy menyoal sambil dirinya masih leka dengan gerak tari lagu tersebut.

“Boleh..” satu perkataan meluncur keluar dari mulut YoungMin dengan nada yang sangat lembut. Rendah diri agaknya.

“Seriously? Kenapa tak cakap awal-awal?! Kalau cakap dari awal kan senang, I keluar berduaan dengan you je” ucap Suzy sangat gembira sambil meletakkan tangannya di bahu YoungMin.

“Apa? Keluar berduaan dengan saya?” YoungMin yang tidak percaya mendengar kenyataan Suzy lantas menyoal kembali sambil menolak tangan Suzy yang berada di bahunya.

'Arghhh!!! Apasal mulut aku ni lancang sangat?!' Suzy merungut di dalam hati mengenangkan sikap mulutnya yang sangat lancang.

“Mana ada I cakap macam tu! I cakap pergilah!” mendengar kata Suzy, YoungMin terus ingin menapak mengangkat kaki dari situ.

“I cakap suruh lah pemandu I tu pergi balik! Bukannya you, YoungMin. You stay with me” Suzy menghalang langkah YoungMin dengan memegang tangannya. YoungMin akur sahaja kehendak Suzy. Malam semakin lewat, namun Suzy masih leka berbelanja menghabiskan wang bapanya seperti air yang mencurah-curah. 

Tiada kata yang mampu diungkap YoungMin untuk menhalang Suzy. YoungMin mengikut setiap langkah anak tunggal En. Bae itu tanpa sebarang rungutan. Segala barang yang dibeli Suzy yang jika di timbang boleh sampai sepuluh kilogram, semuanya dibawa oleh YoungMin. Pembantu peribadilah katakan~

Keesokan pagi di Kafe Soo,

“Wuarghhh~” YoungMin menguap. Matanya terkebil-kebil sambil tangannya sibuk menyusun jenis-jenis kopi di dapur Kafe Soo. Sesekali dia terlentok jua di sebabkan terlalu mengantuk.

“YoungMin! Gwenchanayo? Masuk kali ni aku tengok dah 72 kali kau menguap. Mengantuk betul!” JeongMin yang juga sedang menyusun jenis-jenis kopi menyedari YoungMin yang kelihatan sangat penat.

“Yellah! Selalunya kau yang semangat sangat nak mulakan kerja. Kena rasuk hantu ke?” usik MinWoo lalu ketawa kecil apabila terdengar percakapan JeongMin.

“Aniyo. Ni semua sebab Bae Suzy tulah!” ringkas YoungMin menjawab soalan mereka.

“Ha! Ha! Apa yang kau buat semalam dengan Suzy hah?” DongHyun yang datang untuk mengambil manisan turut tidak ketinggalan untuk mengusik YoungMin.

“Apanya? Semalam Suzy tu pergi shoping kat Gangnam Night Market. Pukul 4 pagi baru, balik. Dahlah tangan aku ni lenguh angakat barang-barang dia. Lepas tu, awal-awal pagi tadi dia datang suruh teman dia berjoging. Nasib baik dia bagi aku pergi, dia pun hantarlah aku pergi kerja tepat pukul 10 pagi. Argh.. Aku minta maaf sangat sebab aku tak bersemangat macam selalu tapi aku memang penat dan ngantuk sangat ni” cerita YoungMin dengan mata yang terpejam.

“Gananhan nae chingu” ucap simpati MinWoo lalu membelai rambut YoungMin sebelum menyoal “Habis macam mana ni, DongHyun hyung?” 

“Hurmmm...” DongHyun berfikir panjang lalu “Kau tidur dululah kat bilik belakang tu.”

“Takpe ke? Boss tak marah?” MinWoo menyoal DongHyun selaku pekerja tertua di situ.

“Takpe kut... Boss selalunya masuk lewat, kecuali hari isnin” jawab DongHyun kelihatan teragak-agak.

“Eh, takpelah! Aku boleh lagi. Mian sebab menyusahkan korang. Aku pergi cuci muka jap” YoungMin yang tadi lena, tiba-tiba bangun dan segera ke sinki yang berada di tempat DongHyun berdiri.

“Takpe, malam ni kau tidurlah puas-puas sebab esok cuti” HyunSeong memberi pendapat dengan nada yang gembira sekali. Nampaknya dia memang menanti hari cuti.

“Takde maknanya! Sebelum aku masuk kerja dia dah ingatkan aku, esok aku kerja dengan dia full time! 24 hours!” kata YoungMin lagi dengan nada mengeluh.

“Sabarlah wahai Jo YoungMin! Sesungguhnya orang yang sabar pasti ada ganjaranya. Macam DongHyun hyung cakap, nak tak nak kau kena berusaha jadi kawan dia. Berusaha dalami hati dia. Supaya kau boleh hentikan permainan ni. Supaya kau berhenti jadi boneka permainan Suzy ” selesai JeongMin berkata, dia menerima tepukan gemuruh dari rakan-rakannya.

“Fuyoo! Daebak! Tak pernah aku dengar kau cakap macam ni. Macam ahli falsafah!” puji MinWoo untuk JeongMin yang tercengang.

'Dah dua kali aku terima nasihat ni. Betul tu, YoungMin! Nak tak nak kau kena jadi kawan Suzy. Aku nak hentikan permainan ni! Aku tak nak jadi boneka kau, Suzy! Aku nak capai impian aku!!!” Sekali lagi YoungMin mengumpul tekad.

....................................................................................

Maj-a - betul tu

eotteohge - apa saya nak buat

Gananhan nae chingu - kesian kawan aku

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~