Bermula di sini

Coffee Prince

Seminggu sudah berlalu, YoungMin bekerja dengan sangat baik. YoungMin juga berkawan baik dengan pekerja-pekerja Kafe Soo. 

“Wuargh~ akhirnya pelanggan terakhir balik juga.” DongHyun menguap beberapa kali setelah pelanggan terakhir pulang.

“DongHyun hyung! Tolong aku lap gelas-gelas kat belakang ni!” Minta MinWoo dengan nada yang cukup tinggi dari dapur.

“Yah! Aku penatlah!” Balas DongHyun juga dengan nada suara yang tinggi yang sudah melabuhkan punggungnya ke atas satu kerusi.

“Hyung.., MinWoo minta tolong tu. Jomlah tolong dia.” YoungMin menarik tangan DongHyun ke dapur.

“Haih... Arseo!” Ucap DongHyun kedengaran terpaksa namun dia akur dengan ajakan YoungMin lalu terus ke dapur membantu MinWoo mencuci gelas-gelas yang sudah tinggi menggunung bak gunung Kinabalu.

“YoungMin, aku tengok kau ni handsome lah,” puji HyunSeong yang entah datang dari mana.

“Betul! Macam kartun anime,” sahut MinWoo.

Mendengar pujian yang bertalu-talu dari sahabatnya, YoungMin mula menelan air liur bagi melegakan tekak yang tiba-tiba terasa kering.

“Apahal korang ni? Ri...risau pula aku duduk dekat-dekat dengan korang.” YoungMin mula rasa cemas.

“Apa kau ni? Maksud kitorang kau ni handsome, takkan takde yeoja chingu kut?” Soal DongHyun selaku yang tertua di situ.

“Apasal hyung nak try ke?” selesai berkata JeongMin ketawa besar sebelum kepalanya dihempuk oleh DongHyun. YoungMin dan tiga lagi rakannya yang memerhati hanya ketawa melihat gelagat mereka.

“MinWoo, kau bukan tak tahu perangai aku yang satu tu. Bukan senang perempuan nak terima lelaki macam aku ni” ujar YoungMin mengingatkan MinWoo perangai kuat merajuknya itu.

“Cinta tu buta. Kalau perempuan tu betul-betul sayangkan kau. Dia mesti terima kau seadanya,” ujar MinWoo membalas kenyataan YoungMin sementara rakan yang lain hanya tercengang memikirkan sikap YoungMin yang satu tu.

'Kalau wujudlah perempuan macam tu, aku pasti takkan lepaskan dia,'  getus hati YoungMin sambil mengukir senyuman lebar ke telinga.

“Hah! Ni dah apahal ni senyum sorang-sorang? Gila dah?” Soal JeongMin kehairanan apabila melihat senyuman panjang YoungMin.

“Aniyo, aku cuma terfikir korang sibuk-sibuk tanya aku, yang korang ni dah ada ke yeoja chingu?” YoungMin menyoal kembali cuba menukar topik perbualan.

“Eh, mestilah ada!” Jawab mereka serentak dengan penuh semangat.

“Awek aku paling cantik,” ujar DongHyun mendabik dada.

“Banyaklah kau! Awek aku lagi cantik dari awek kau!” HyunSeong turut memuji teman wanitanya.

“Ah, takde! takde! Awek aku yang paling cantik, comel kau memang gebom!” MinWoo juga memuji teman wanitanya. 

“La.. kau pun ada yeoja chingu?” JeongMin menyoal selamba.

“Mestilah! Kau ingat ape? Aku ni handsome tau?”

“kesiannn,” satu perkataan yang meluncur keluar dari mulut JeongMin berjaya mengukirkan seribu satu kedutan di dahi MinWoo. 

“Kenapa kau kesian kan aku pula?” MinWoo menyoal.

“Aku bukan kesiankan kau. Aku kesiankan awek kau sebab dapat namja chingu si mulut murai!” JeongMin dan rakan yang lain ketawa besar sebelum dia di kejar oleh MinWoo yang berang dengan kenyataan itu.

“Moya???! Sini kau, JeongMin!!!!!!!”

“Arghhh!!! Mianhae!!!”

Keesokan harinya, Kafe Soo sangat sibuk. Sepanjang masa Kafe itu dipenuhi orang ramai kerana suasana yang sejuk akibat germinis hujan yang tak henti-henti. Oleh itu, YoungMin terpaksa keluar dari dapur untuk menghantar sendiri pesanan.

“Cik, maaf tapi kereta rosak,”

“Apa?! Rosak?! Kereta ni rosak atau kau yang buat-buat rosak? Dasar pemalas! Tak guna! Dah lah, keluar dari kereta aku! Pergilah buat sesuatu untuk betulkan keadaan!” Arah Suzy penuh rasa bongkak. Apa lagi, pemandu kereta itu pun keluar dari kereta itu untuk meminta bantuan.

“Haih... Apa lah nasib aku ni? Ada pemandu, tak berguna! Balik nanti beli kereta barulah,” rungut Suzy yang duduk di sebelah tingkap di dalam kereta Maserati nya. Dari tingkap itu, jelas kelihatan orang ramai berpusu-pusu memasuki sebuah kedai kopi.

'Kafe Soo?  Hurmmm... elok juga singgah, minum kopi untuk hangatkan badan. Sejuk ni'  hati Suzy bermonolog sendiri sebelum melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke Kafe itu.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam Kafe Soo, Suzy terpukau dengan bau-bauan yang sangat enak menusuk hidungnya. Bau-bauan aroma kopi yang sangat menerujakan. Bau-bauan yang berjaya membuat Suzy hilang dari realiti. Enak dibuai angan sehingga menyebabkan Suzy leka. Suzy terus menapak masuk ke Kafe itu tanpa pedulikan apa-apa atau siapa-siapa pun di hadapannya.

Namun suatu kejadian telah menyepak jauh angan dan mimpinya iaitu Suzy telah melanggar Jo YoungMin. Mata Suzy terbeliak memerhati air kopi yang tumpah di bajunya. Ingin sekali Suzy menjerit di situ juga namun belum sempat Suzy mahu membuka mulut, YoungMin pantas menarik gadis itu keluar Kafe.

“Aaaaaaaaarghhhhhhhh!!!!!!!!! What the hell you do?!!” Teriak Suzy sungguh marah dengan renungan tajam yang tidak pernah lepas dari matanya.

“Mian... Mianhae!!! Mianhaeyo!” YoungMin menunduk sambil meminta maaf.

“You know what,  you ni memang rude!!! Dah lah you tumpahkan air kopi kat baju I then you tarik I keluar dari Kafe tu. Are you crazy enough? And now, you just said 'mianhaeyo'? You ingat dengan 'mianhaeyo' you tu you boleh ganti balik baju I? Hell No! Gaji you setahun pun tak mampulah nak beli baju I. There's no way else! I nak jumpa bos you, suruh dia pecat you now!” Suzy membelakangi YoungMin yang masih tertunduk lalu ingin melangkah masuk ke Kafe Soo. Tetapi,

“Jebal!! Tolonglah, cik! Kasianilah saya. Saya baru je kerja kat sini. Saya datang dari Annyang, kalau dah kena pecat macam mana saya nak survive kat Seoul? Tolonglah, cik! Jangan beritahu bos saya.” YoungMin memegang tangan Suzy dari belakang bagi menghentikan langkah gadis itu.

“I peduli apa?!” Suzy menghempas tangan YoungMin sambil memusingkan badannya. Pada masa ini, mata mereka bertentangan. Suzy melihat wajah YoungMin, YoungMin melihat wajah Suzy. Masa bagaikan terhenti.

'Alamak ai mamat ni punya muka! Cair aku dibuatnya! Rambut dia, mata dia, bibir dia semuanya sangat sempurna. Raut wajah dia tak tumpah macam anime. Segalanya sangat aku suka. Adakah aku jatuh cinta? Ya, aku dah jatuh cinta dengan dia. Saranghaeyo! Neon naekkeoya!'  

 “Cik, tolong jangan laporkan pada bos saya! Saya merayu pada cik,” rayu YoungMin lagi.

'Nampaknya dia takut sangat kalau kena pecat. Aku mesti gunakan peluang ni untuk lebih dekat dengan dia. Yup, aku takkan biarkan kau terlepas!'  Suzy tersenyum jahat sebelum mula berkata.,

“Serious? What if I say I don't care?” Ujar Suzy sambil mengangkat keningnya dan memeluk diri mengharap pujukan dan rayuan lagi dan lagi dari YoungMin.

“Pergilah!” Suzy tergamam. Dia sangat terkejut mendengar perkataan itu keluar dari mulut YoungMin. Walaupun dengan nada yang bersahaja namun gayanya sangat sinis.

“Awak nak report sangat kan? Hah, pergilah! Saya sedar berapa kali saya merayu kat awak pun, awak takkan kisah langsung sebab awak orang kaya. Awak langsung tak tahu macam mana hidup orang macam kami. Hidup harus ada usaha untuk kumpul duit. Bukannya macam awak, yang awak usaha adalah habiskan harta mak ayah awak!” 

'Betul ke apa yang aku dengar ni? Kalau betul, macam mana aku nak terus dekati dia? Arghh! Rosak plan aku!' Suzy merungut di dalam hati. Dia nyata terkejut mendengar luahan YoungMin sebentar tadi.

“Ap... Apa awak cakap?!” Soal Suzy sedikit gagap. Dia takut ingin mendengar jawapan dari YoungMin.

“Saya cakap...”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~