Hamparan Kekuatan

Coffee Prince

“Annyeong, YoungMin! Kenapa awak nak jumpa saya? Ren cari masalah dengan awak lagi ke?” Soal NamJoo apabila dia tiba di lobi.

“Hurmmm... Saya nak... tanya bila erh, kita nak kena berkumpul di dewan utama? Pukul berapa?” Jawab YoungMin agak tergagap menimbulkan sangsi pada NamJoo.

“YoungMin, mesti ada sesuatu yang dah berlaku antara awak dan Ren. Awak nak tahu tak? Saya tak suka tengok awak sedih. Boleh tak awak beritahu saya? Boleh awak anggap saya ni kawan baik awak?” NamJoo menyoal bertalu-talu dengan suara yang cukup lembut sambil memegang tangan YoungMin sekali gus menghangatkan hati lelaki itu.

“Aaa... Ne, memang Ren ada cakap sesuatu dengan saya. Tapi... biarlah saya tanggung sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak. Cukup dengan awak ada kat sisi saya,” balas YoungMin bernada tenang.

“Sanggup awak kan? Awak call saya nak jumpa saya tapi awak tak nak cerita hal sebenar.” NamJoo yang berasa sedikit geram memukul lembut lengan YoungMin.

“Mianhabnida. Lepas apa yang berlaku tadi.Saya perlukan seseorang yang bergaul baik dengan saya. Cukup buat saya rasa selamat, buat saya lupa perkara pahit. Tapi kalau awak nak pergi, saya tak halang.” Beritahu YoungMin mula rasa bersalah.

“Bukanlah.Haih.. Macam mana nak cakap eh? Lelaki dan perempuan kan dicipta berbeza. Apa yang boleh saya cakap, saya kagum dengan ciptaan lelaki. Mereka diberikan jiwa yang kental. Mudah bangkit. Muah lupakan kenamgan pahit. Tak macam perempuan kuat berdrama. Kalau saya kat tempat awak mesti saya dah menanggis, merenggek nak balik.” NamJoo meluahkan pendapatnya pada YoungMin.

“Awak ni puji ke perli? Macam saya terasa aje,” balas YoungMin.

“Eh? Saya puji lah. Apa pula perli?” NamJoo mencebik mengukir senyuman panjang di bibir YoungMin. “Dah nak pukul 8 lah. 7:45 sekarang ni. Jomlah kita pergi dewan,” ajak NamJoo yang terus melangkah menuju ke dewan.

“NamJoo!” panggilan YoungMin itu menghentikan langkah NamJoo. “Saya nak jadi kawan baik awak,” sambung YoungMin diterima baik oleh NamJoo lalu mereka berdua seiringan melangkah ke dewan utama.

“Annyeonghaseo!!! Macam mana dengan bilik you all?Okay kan? Aircone ada, shower ada, cukup dah semua so korang jangan nak komplain nanti. Okay cukup sudah omong kosongnya, kita ke slot seterusnya. Malam ini korang akan didedahkan perancangan awal untuk menjadi pengurus kafe yang berjaya jadi kami bawakan En. Lee DongHae iaitu pemilik 'EunHae Coffee&Breads'. Berikan tepukan,” MC HimChan mempersila Lee DongHae yang mengambil alih pentas.

“Okay, Annyeonghaseo! Jeoneun Lee DongHae. Saya dapat tahu ada seorang peserta yang dah bercerita serba sedikit perancangan untuk dia menjadi pengurus kafe. Siapa nama dia? Yeon... Yeong... YoungMin? Ah, Jo YoungMin! Boleh kamu datang depan dan terangkan lebih lanjut dengan perancangan asal kamu tu?” Minta Lee DongHae mengejutkan semua peserta dan yang paling terkejut adalah Ren.

Cis! Dia dapat perhatian lagi?! Tak guna betul! Budak kampung!!! Kenapa tak panggil aku?! Aku ni bakal pewaris kafe yang paling berjaya kat Korea ni! Lebih berjaya dari EunHae Coffee&Breads kau lah, Encik Lee DongHae. Teriak hati Ren menyumpah ranah. Geram betul Ren apabila bukan dia yang menjadi perhatian di kem ini. Habis digenggam kuat pen di genggamannya, hampir patah pen berjenama Poilet itu.

“Ehem! Saya tahulah Kafe saya ni tak segah kafe ayah kamu, tapi boleh tak pandang depan, Choi MinKi?” teguran DongHae itu betul-betul memalukan Ren. Rata-rata peserta yang mendengar ketawa berdekah-dekah. Kini Ren sudah dicop sebagai peserta yang agak biadap. Tulah kau! Duduk barisan paling depan sekali, kan dah kena! Kata hatinya mencebik.

“You! You kata nak jadi peserta terbaik? Kenaoa you yak nak pandang depan? Tak nak dengar Encik Lee DongHae cakap? Dah lah kita duduk depan sekali ni!” Tegur SeolHyun berbisik pada Ren yang setia berada di sebelahnya.

“Hish! I bukan tak nak dengar Encik Lee DongHae tu cakap, I tak nak dengar budak kampung tu cakap lah! Menyampah tahu tak?! Disgusting!” Balas Ren berbaur benci.

“Haih... Kot ya pun, pura-pura pay attention. Malu nanti!” Jawab SeolHyun yang memaksa namja chingunya memberikan tumpuan.

Dengan tidak relanya, Ren terpaksa memandang ke depan. Memandang ke pentas yang terdapat tubuh seseorang yang amat dibenci. Kata-kata kejian tidak pernah lepas dari kata hatinya, melafazkan kata benci yang teramat pada lelaki itu.

“Selepas mendengar perancangan YoungMin tadi, apa yang kamu fikir? Baiklah saya akan menyatakan kelebihan dan kekurangan rancangan dia tadi. Dan selepas ini saya nak kamu semua sediakan rancangan kamu sendiri menggunakan panduan yang akan saya beri nanti. Kamu boleh mulakan rancangan itu sama ada dengan apa yang kamu sudah miliki sekarang atau dri titik permulaan. Means takde apa-apa macam YoungMin. Alright?” Lee DongHae memberi arahan.

Semua peserta menggaguk laju tanda faham. Setelah hampir satu jam setengah penerangan diberi, peserta sudah boleh mula merangka perancangan mereka. Termasuk juga YoungMin yang mula merangka strategi baru.

“Baiklah times up! Siapa nak kongsi? Put your hands up!” Kata Lee DongHae mengharapkan feedback positif dari peserta. 

“Ren! Ren! Ren!” Sebahagian besar peserta supaya meminta Ren berkongsi perancangannya untuk kafe terkemuka ayahnya iaitu 'Vintage Coffee Shop'. Ren tersenyum sendiri. Bangga dia kerana ramai yang menyokongnya.

“Ren? Boleh? Bakal pemilik Vintage Coffee Shop?” Panggil Lee DongHae sebelum Ren bangun dan membentangkan rancangannya. 

“Disebabkan kafe tu ternama, mungkin takde banyak perancangan baru perlu dibuat. Saya suka idea kamu untuk mempelbagaikan produk kafe VCS tu. Bagus-bagus! Tapi rasanya macam tak best pula dengar plan untuk kafe yang memang dah teguh akarnya. Jadi... orang lain? Ada nak kongsi?” Itulah komen DongHae yang menghangatkan hati Ren.

Akibat takut  Encik Lee DongHae memanggil musuhnya, YoungMin. Ren segera menyuruh SeolHyun ke depan. Walaupun tak rela, terpaksa direlakan juga oleh SeolHyun. Iyellah perancangan untuk restoran ibu bapanya iaitu My Love From The Star adalah merupakan hasil buah fikiran Ren semata-mata.

Melihat gadis itu berani tampil ke depan, lebih ramai peserta yang mula aktif menjadi sukarela.

“Sebelum kita akhiri, apa kata kita dengar rancagan terbaharu YoungMin? Sila ke depan Jo YoungMin!” Ucap DongHae itu benar-benar menikam hati Ren.

WTF?! What the hell?! Seriously?!!! Kau memang cari nahas dengan aku kan, YoungMin? Getus hati Ren menahan ammarahnya.

“Weh, korang naik bilik cepat. Aku nak kunci awal,” tegas suara Ren memberi arahan pada roomate-nya iaitu JR, MinHyun dan BaekHo.

Mereka tidak membantah, malah sebaik sahaja tamat program pada malam itu mereka bersama-sama Ren balik ke bilik. Dan selepas itu Ren terus bertindak mengunci pintu bilik itu. Maka tinggalah YoungMin keseorangan diluar yang kini dia masih leka berborak dengan NamJoo.

“Macam mana dengan YoungMin?” BaekHo menyoal kehairanan sambil mencapai tuala biru tua miliknya.

“A'ah. Kan YoungMin sebilik dengan kita?” Soal JR pula.

“Jangan sebut nama jijik tu depan aku!” Ren sedikit teriak.

“Tapi You- eh, dia nak tidur mana?” MinHyun pula menyoal Ren yang sudah panas.

“Hish, korang tak nampak ke? Apa yang dia buat kat dewan tadi? Cari simpati! Sekarang korang hormatkan aku tau dia?” Ucap terakhir Ren sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air bagi menyegarkan tubuhnya.

“Eh, Ren! Aduh! Aku nak masuk dulu!” Rungut BaekHo yang sudah bersiap sedia untuk mandi.

“Tu lah kau, buat dia marah lagi!” JR sengaja menaikan ammarah BaekHo.

“Eleh, kau pun sama! Lagipun betul jugak cakap Ren. Kalau terus macam ni memang YoungMin tu akan jadi anak emas program ni. Bahaya tu,” balas BaekHo yang mula berfikir semula.

“Yeap! Disebabkan dia tu start from zero dia ingat dia boleh jadi hero? MinHyun, apa pendapat kau?” JR menuju ke arah MinHyun yang kelihatan termenung jauh.

Sementara di sisi YoungMin, 

“Dah lama kita sembang, awak tak pergi buka pintu bilik awak ke?” Soal YoungMin.

“Saya pass aje kunci bilik kat budak lain.” Selamba NamJoo berkata-kata.

“Budak? Bukan roomate awak sebaya ke?” NamJoo menganguk mengiakan perkataan YoungMin. “Apa pula panggil diorang tu budak? Tak baik lah.”

“Yellah. Encik perfect 10!” Balas NamJoo dan membuatkan YoungMin ketawa.

“Dah lewat ni. Baik saya balik bilik dulu. Jaga diri tau. Ingat esok kita jumpa lagi,” YoungMin melangkah pergi balik ke biliknya.

 Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu oleh YoungMin jelas kedengaran. Tok! Tok! Tok! Tok! YoungMin mengetuk lagi apabila tiada sebarang balas dari dalam.

“Weh, korang! Ni akulah, YoungMin.” Beritahu YoungMin memperkenalkan dirinya sebelum mengetuk lagi pintu itu mengharap seseorang akan membukanya.

“Bukalah! Aku bilik ni juga lah!” Teriak YoungMin semakin meninggi nada suaranya. Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

“Jangan ada sesiapa berani buka pintu tu!” Ren yang baru sahaja keluar dari bilik air memberi amaran membuatkan BaekHo, jR dan MinHyun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Weh... Buka lah pintu! Aku nak masuk,”

“Ren, buka lah. Aku nak tidur. Bukalah pintu,”

“Ini akulah! YoungMin! Aku nak masuk. Bukalah,”

YoungMin merintih sambil mengetuk pintu bilik itu sedaya mungkin namun tiada sesiapa yang memperdulikannya. Setelah hampir satu jam dia mengetuk sambil meminta belas ehsan roomatenya untuk membuka pintu, kini dia dia sudah kehilangan tenaganya. Penat sangat~

‘Wae? Kenapa diorang buat aku macam ni? Apa salah aku? Hina ke aku ni sampai tak layak tidur satu bilik dengan mereka? Apa salah aku? Eomma, appa, YoungMin sejuk sangat kat luar ni. Tolong YoungMin,’   kata hati YoungMin meronta kesedihan.

Hampir sahaja YoungMin mengalirkan air mata bagi mengalirkan segala duka, namun niatnya terbatal apabila jiwanya tiba-tiba ditusuk hamparan kekuatan apabila telefonnya bergegar tanda mesej masuk.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~