Maafkan dia

Coffee Prince

''Wae... Kenapa YoungMin tak nak dengar penjelasan aku? Kenapa YoungMin pergi macam tu aje? YoungMin merajuk ke? Takkanlah lelaki merajuk sampai macam tu sekali. Argh, aku sayang dia sebab aku ingatkan dia lelaki sempura! Lelaki mana boleh merajuk macam tu! Lelaki kena ada jiwa ynag kental! Ahh.. Eotteoke?' bertalu-talu soalan di lemparkan di hati kecil Suzy sejak bayang YoungMin menghilang dari pandangan.

Fikirannya bercelaru memikirkan YoungMin yang sudah hilang enta kemana. Dia kini hanya mempunyai kurandmg dari satu jam untuk memulakan kerjanya di sebuah restoran. Patutkah dia ponteng kerjanya dan pergi mencari YoungMin atau... sebaliknya? Dia keliru lagi.

'Argh! YoungMin tu lelaki kenapa nak merajuk?! Daripada aku buang masa cari lelaki kuat merajuk tu, lebih baik aku terus kerja untuk tolong daddy bayar hutang syarikat. YoungMin tak tahu ke aku buat semua ni untuk dia juga?!'  Suzy bermonolog sendiri sebelum terus gagahkan diri melangkah laju ke restoran tempat dia bekerja.

Walaupun Suzy kelihatan amat nekad untuk sedaya upaya tidak mengendahkan pemergian YoungMin namun jauh di lubuk hatinya, dia merasa sangat kehilangan. Jiwanya tidak tenteram untuk melakukan semua pekerjaan di restoran. Di dorong perasaan resah gelisah itu, sesudah sahaja tamat waktu kerjanya dia terus bergegas pulang ke rumah villanya kerana beranggapan YoungMin sedang berada di situ. Namun malang, semua barang dan pakaian milik YoungMin sudah tiada di bilik.

Suzy tersentak seketika sambil badannya tersandar di pintu almari bilik YoungMin yang sudah kosong. YoungMin pulang ke kampung dia ke? Macam mana aku nak cari dia? Macam mana aku nak tahu kat mana kampung dia? Itulah satu soalan yang berlegar di minda Suzy. Tiba-tiba dia teringat tempat di mana dia dan YoungMin. kali pertama berjumpa. Kafe Soo!

Suzy terus berlalu keluar dari villa dan menuju ke Kafe Soo. Namun hasrat Suzy ingin berjumpa kawan-kawan YoungMin terkubur malam itu apabila mendapati Kafe Soo telah tutup. Huh~ Suzy menghela nafas berat sambil matanya membaca sesuatu di pintu kaca Kafe Soo.

Kafe Soo Close. We open at 9 am tomorrow o(^▽^)o

“Nampaknya esok jelah aku pergi, YoungMin” bisik Suzy sendiri sebelum beredar dan terus ke 7Eleven untuk memulakan kerjanya. Esok paginya, Suzy segera ke Kafe Soo dalam keadaan tergesa-gesa. Setibanya di sana, Suzy mengambil masa menenangkan diri.

Matanya mengerling sekeliling, mengingatkan dia pada pertemuan pertama dengan YoungMin. Rasa bersalah kian mengungung.

'Aku memang nak tanya kawan dia pasal YoungMin. Tapi... siapa yang patut aku tanya? Macam mana aku nak tahu dia kawan paling rapat YoungMin?' Suzg berteka-teki sendiri sambil memeluk tubuhnya di sudut Kafe sebelum tiba-tiba MinWoo menegurnya.

“Cik Suzy?” Suzy hanya tersenyum tawar membalas teguran MinWoo. “Cik Suzy tahu tak YoungMin pergi mana?” Suzy terkejut. Bukan aku ke yang patut tanya soalan tu? Suzy keliru namun mulutnya terasa amat berat ingin berkata-kata yang lantas membiarkan MinWoo meneruskan bicaranya.

“Cik tahu tak, sejak YoungMin tak kerja sini, dia tak contact saya dah. Saya mesej, dia tak balas. Call, dia tak angkat. Saya pergi bilik sewa dia tapi... dia dah takde. Saya tanya keluarga dia kat Annyang pun diorang tak tahu. Saya rindu dia. Dari kecil saya kawan dengan dia, cik tau?” Ujar MinWoo dengan nada hiba. Suzy yang mendengar terlopong mulutnya, nampaknya tak perlu di tanya sudah dicerita oleh MinWoo. 

Sebaik sahaja mengenal pasti tempat asal YoungMin, Suzy bergegas meninggalkan Kafe Soo dan segera bertolak ke Annyang menaiki pegangkutan awam. Lebih kurang tiga jam kemudian Suzy tiba di hadapan sebuah rumah satu yang mempunyai kawasan luar yang sangat luas. 

“Kim TaeHyung!!! Apa yang kamu buat?” seorang dekan displin Universiti Seoul menyoal tegas TaeHyung selepas memanggil lelaki itu ke biliknya.

“Mywo? Naega aniya!” TaeHyung menafikan.

“Aniya?! Berkeliaran dengan singlet dalam kawasan universiti, kamu tak bersalah?” Dekan displin yang bernama Song JoongKi itu menyoal lagi.

“Haish, ni salah Joy lah! Kerja budak Joy tu! Dia memang nak kenakan sayalah! Masa tu saya kat dewan kuliah sorang-sorang tiba-tiba Joy datang, dia tumpahkan minuman dia kat baju saya. Aish, saya memang tak selesalah dengan baju melekit ni. Saya nak tukar baju jap dekat stor kecil dalam dewan tu. Time dalam bilik tu saya letak baju kotor dan baju nak tukar tu kat atas, tetiba ada orang ambil baju-baju tu. Dah sah lagikan terang minah Joy tu yang ambil!” Terang TaeHyung panjang lebar.

“Saya pun tak tahu apa masalah perempuan tu! Entah jelous kut dengan saya yang kacak bergaya dan cute ni!” Tambah TaeHyung lagi membuatkan Prof Song JoongKi menggelengkan kepalanya.

“Kamu jangan nak menuduh. Joy tu pelajar yang baik.” Tukas Prof JoongKi yang langsung tidak mempercayai kata-kata TaeHyung.

“Hajiman prof...” Belum sempat TaeHyung mahu menghabiskan ayatnya, Prof. JoongKi pantas mencelah.

“Takde hajiman! Hajiman! Prof bagi kamu 5 mata merit. Jangan ulang kesilapan. Ingat! Cukup 30 mata merit, kamu boleh dibuang Universiti,” peringatan Prof. Song JoongKi sebelum TaeHyung diarahkan keluar.

“Siput betul Joy ni!!! Siap sedia kau, aku akan balas! Aku akan balas!” Bisik TaeHyung perlahan mengumpul tekad. Sementara itu, Puan Jo menyoal lembut Suzy apabila mendapati gadis itu berdiri di hadapan rumahnya.

“Nak, cari siapa?”

“Saya cari YoungMin. Jo YoungMin. Nama saya Suzy. Saya kawan YoungMin dari Gangnam, Seoul.” Jelas Suzy kelihatan amat terdesak.

Seoul?! Tiba-tiba layar fikiran Puan Jo teringat akan sesuatu yang penting.

“Eomma! Kalau ada perempuan dari daerah Gangnam, Seoul cari YoungMin, jangan bagi dia masuk!” Pesan YoungMin pada eomma-nya.

Sebenarnya, sebaik sahaja tiba di Annyang, YoungMin terus menceritakan hal yang berlaku pada dirinya sepanjang dia di Seoul pada ahli keluarganya. Ya, memang mereka terkejut mendengarnya tapi... apa boleh buat? Semua dah pun berlalu.

“Ajumha? YoungMin ada kat rumah tak?” Suzy menyedarkan Puan Jo.

“Ada... hajiman... Chosong hamnida! YoungMin tak nak jumpa Suzy,” bulat mata Suzy mendengar ayat eomma YoungMin.

“Wae?!” Suzy menyoal ringkas dengan nada terkejut. Dia menutup mukanya dengan tapak tangan berasa sangat terkilan dengan permintaan YoungMin pada ibunya. Pun begitu, Suzy bertekad YoungMin perlu tahu hal sebenarn

“Maaf...” Puan Jo menghentikan bicaranya seraya menuju ke sudut rumah itu. Jarinya di naikkan sedikit menunjukkan suatu tingkap.

“Tu bilik YoungMin. YoungMin ada dalam bilik. Suzy cakaplah dengan YoungMin sendiri” pesan terakhir Puan Jo sebelun berlalu masuk ke rumahnya.

“YoungMin!!! I-Suzy jiibnida!!! YoungMin, naga!!! Jebal naga... YoungMin! Mianhabnida!!!” Suzy menjerit kuat memanggil-manggil YoungMin untuk keluar namun tiada sebarang balas dari lelaki itu. Ya, YoungMin mendengar semua jeritan Suzy tapi kerana egonya, dia masih tidak mahu keluar. Suzy tidak berputus asa dia terus menjerit-jerit memanggil YoungMin keluar. Ucapan maaf tidak pernah lekang dari lidah si gadis, namun YoungMin masih teguh dengan pendiriannya. 

“YoungMin!!! Mianhaeyo!!! Saya takde niat nak tipu awak! Saya buat tu untuk awak juga! Syarikat ayah saya kena bayar hutang 17 juta dalam masa setahun! Saya nak tolong ayah sebab kalau daddy tak dapat bayar, semua aset akan di tarik! Kalau di tarik, macam mana saya nak belikan awak lot kedai untuk Kafe awak?! Saya tak nak bagitahu sebab saya tak nak awak rasa saya tak mampu nak tunaikan janji. Saya tak nak awak kecewa sebab saya sayang awak! Saranghabnida!!! Saranghaeyo YoungMin!!!” semua ahli keluarga YoungMin yang mendengar berasa sebak mendengar penjelasan Suzy.

“YoungMin oppa, maafkanlah dia!” YooJung tiba-tiba bersuara.

“Yela,oppa... maafkan dia,” sahut Jney pula.

“Entah oppa ni! Tak payah ngenada sangatlah, perempuan datang dari jauh nak minta maaf sebab dia sayangkan oppa? Maafkan dia...” Kata SuJeong dengan nada mengejek.

“YoungMin, maafkan dia. Kita manusia, masing-masing buat kesilapan,” beritahu Puan Jo.

“Awek cantik tu datang semata-mata nak minta maaf. YoungMin, maafkan dia. Jangan sampai terlepas,” pesan Encik Jo pula sambil menonton telivisyen.

“Argh! Maafkan dia! Maafkan dia! Maafkan dia! Tunggu seminit dua lagi, baliklah dia tu!” Bentak YoungMin seraya melangkah masuk ke biliknya. Rimas dengan permintaan keluarganya.

 Ketika di dalam bilik, hujan mulai turun renyai-renyai. Suara Suzy semakin sayup-sayup kedengaran. Awak hitam mula berombak datang. 

'Nampaknya hujan turun lebat malam nanti. Huh~ baliklah Suzy tu nampaknya. MinWoo, takkan ada perempuan sanggup pujuk aku macam mak aku' teka YoungMin sementara Suzy masih lagi menjerit-jerit di luar rumah.

“YoungMin saya takkan balik selagi awak tak maafkan saya!!! Saya sayang awak!!! Saanghaeyo!!! Saya ponteng kerja sekarang semata-mata untuk jumpa awak!!! YoungMin, jebal.... Mianhaeyo!!!” 

Hari semakin gelap. Hujan semakin lebat. Semua orang serta haiwan sudah berada di tempat perlindungan agar dapat melindungi diri dari angin kencang kecuali Bae Suzy. Dia masih berada di luar rumah milik keluargaYoungMin, mencuba sedaya mungkin menjerit melawan suara angin memanggil YoungMin.

Sesekali pipinya ditampar tiupan angin kuat, mulut dan matanya pedih dimasukki air hujan. Namun dia gagahkan diri untuk terus di situ. Menjerit... Menjerit... dan menjerit selagi adanya suara.

................................................................................................

i-Suzy jiibnida - Ini Suzy

Naga - keluar

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~