Seoul, aku datang!

Coffee Prince

“Seoul, Aku datang!” Bisik YoungMin sendiri sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Seoul. YoungMin tidak perlu susah-susah, segalanya telah disiapkan MinWoo yang sangat menantikan kedatangan YoungMin.

MinWoo, kawan YoungMin sejak kecil lagi. Mereka memang rapat sebelum MinWoo dan keluarganya berpindah ke Seoul. Namun begitu, hubungan mereka tetap utuh di atas talian dunia IT. Segalanya menjadi mudah apabila MinWoo berkata.,

“Engkau jangan risau beb! Semua aku dah sediakan. Aku dah carikan kan kau bilik sewa, kerja pun ada. Kau dengan aku di Kafe Soo. WuHoo!” Terang MinWoo dalam panggilan telefon kedengaran sangat teruja.

“Gumawo~ kau memang kawan aku. Tapi macam mana kau yakinkan bos kau untuk terima aku yang tak datang enterview ni?” Tanya YoungMin kehairanan.

“Aigo... Aku bagitau bos kau pembuat kopi terbaik kat Annyang!” Jawab MinWoo berjaya mengukirkan senyuman di wajah YoungMin. 

'Pembuat kopi terbaik di Annyang? Lepas ni aku akan jadi pembuat kopi terbaik di dunia'  kata hati YoungMin sambil tesenyum sendiri lalu meneruskan perjalanannya ke rumah MinWoo.

“YoungMin! Kawan baik aku! Bogoshipda!” Ucap MinWoo yang kelihatan begitu gembira apabila melihat YoungMin berdiri di hadapan rumahnya.

“MinWoo, bawalah aku ke bilik sewa yang kau cakap tu,” minta YoungMin apabila melangkah masuk ke dalam rumah teres milik keluarga MinWoo.

“Amboi, amboi... Kuang ajor kau ya? Aku je yang beriya-iya gembira jumpa kau, kau pandang aku sebelah mata je. Bukannya nak tanya aku sihat ke tidak, makan ke belum alih-alih tanya bilik kau pula? Apa jenis kawan lah kau ni?” Rungut MinWoo persis seperti bebelan nenek kebayan. YoungMin yang mendengar ketawa sebelum menyusun kata.,

“Ya! Aku pun rindu kau, gembira sangat dapat jumpa dengan mak tiri aku ni! Aku cuma terlalu teruja nak mulakan kerjaya sebagai pembuat kopi. Dahlah tu, ajumha! Jom, bawa aku ke bilik tu!” YoungMin menarik-narik tangan sahabatnya supaya MinWoo membawanya ke bilik tesebut.

“Kau panggil aku apa? Ajumha?! Apa aku ni nampak tua macam makcik ke? Engkau jangan tau, aku cuci muka setiap hari, kau tahu? Pakai losyen aku tak pernah lupa. Sekarang, ewah-ewah senang kau je nak panggil aku ajumha!” MinWoo mula bercekak pinggang berang dengan YoungMin yang memanggilnya 'ajumha'.

“Hehe.. bukan masalah muka lah. Tapi mulut kau tu, bising macam ajumha,” balas YoungMin ketawa kecil.

“Aargh! Stop calling me 'ajumha' !” Nada suara MinWoo dinaikkan namun sedikit pun tidak menggentarkan YoungMin.

“Kau bawa aku ke bilik sewa tu sekarang baru aku berhenti panggil kau 'ajumha', ajumha!” Ugut YoungMin.

“Hish! Araseo! Araseo! Meh, ikut aku.” Tanpa membuang masa MinWoo pun membawa kawan karibnya itu ke bilik sewa yang telah dicari menaiki vespa milik datuk MinWoo.

“Esok macam mana kau nak pergi kerja? Kau nak pergi sama-sama ke?” Soal MinWoo sambil menolong YoungMin mengemas bilik itu sebaik sahaja mereka tiba di sana.

“Boleh juga... Kalau nak pergi sorang-sorang, takut sesat pula,” balas YoungMin sementara kedua tangannya sibuk menyusun barang-barang di almari yang tersedia di sudut bilik itu.

“Aaa... YoungMin, aku kena mandikan kucing aku lah. Kang bising mak aku. Pop pet pop pet je. Mian aku tak boleh tolong kau kemas. Sorry sesangat!” MinWoo meminta diri.

“No MinWoo!” YoungMin memanggil sahabatnya sebelum MinWoo sempat keluar dari bilik itu.

“Yes, something wrong somewhere?” MinWoo menyoal kehairanan. 

“Aniyo, neomu kamsahabnida.” Ucap terkhir YoungMin dengan senyuman yang cukup manis.

Esoknya seperti yang dijanjikan YoungMin dan MinWoo berangkat kerja bersama-sama. Walaupun Kafe itu berada agak jauh dari bilik sewa YoungMin, namun YoungMin lebih suka berjalan kaki ke Kafe tersebut. Katanya supaya dia lebih mudah mengingati selok-belok jalan di Seoul.

Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit, MinWoo sibuk bercerita. Bercerita tentang Kafe Soo lah, tentang kehidupan di Seoul lah, tentang betapa rindunya dia pada kopi YoungMin lah dan macam-macam lagi. Memang guna bateri AA mulut si MinWoo ni, langsung tak kelihatan penat.

Setiba sahaja YoungMin di Kafe Soo, YoungMin terus di temu duga oleh bos kafe tersebut. Boss Kafe Soo, En. Soo kelihatan senang dengan YoungMin.

“Macam mana Encik Soo? Saya boleh kan kerja di sini?” soal YoungMin setelah di soal pelbagai soalan oleh Encik Soo.

“Mestilah! Saya senang dengan awak. Awak peramah, mesra dan bermulut manis. Saya suka. Itulah ciri-ciri yang patut ada pada setiap pekerja di Soo Kafe,” puji Encik Soo terhadap YoungMin. 

“Kamsahabnida. Neomu neomu kamsahabnida!” ucap YoungMin berterima kasih pada Encik Soo atas pujiannya sambil tersenyum lebar.

“Oh ya, MinWoo juga beritahu saya awak pembuat kopi terbaik di Annyang, betul ke?” Encik Soo mahukan kepastian.

“Er..... macam mana saya nak cak-” Kata-kata YoungMin terhenti apabila Encik Soo bangun dari kerusi empuknya dan menepuk bahunya sebelum berkata,

“Jangan terlalu merendah diri. Mulai sekarang awak pembuat kopi di Kafe Soo. Do your best,” ucap Encik Soo lalu keluar dari biliknya dan keluar dari kafe itu.

“Wassup, new boy! Macam mana first time jumpa Encik Soo?” Soal seorang lelaki yang juga pekerja di Kafe itu.

“Firstly tu memanglah gugup. Lemah jantung aku tapi last-last dia puji aku. Tapi... Kau ni siapa? Macam mana kau tahu aku pekerja baru kat sini?” YoungMin jelas sangat terkejut dengan lemparan soalan dari seseorang yang sangat asing baginya.

“Siapa lagi, si mulut murai tulah, MinWoo!”

“Kau pun setuju dia tu mulut murai?” YoungMin ketawa besar apabila mendengar perkataan 'mulut murai' meluncur keluar dari bibir lelaki itu.

“Memanglah, semua pekerja kat sini pun panggil dia macam tu. Mulut dia tu kalahkan ajumha aku!” Beritahu lelaki itu lagi penuh semangat.

“Kau pun panggil dia ajumha? Give me five!” YoungMin menepuk tangan bersama lelaki yang masih tidak diketahu namanya sambil ketawa semakin besar.

“Aku HyunSeong. Rasanya aku lagi tua dari kau. So kau boleh panggil HyunSeong hyung,”

“Aku Jo YoungMin,”

“Dan aku No MinWoo,” tiba-tiba datang MinWoo menjadi selat antara mereka berdua. “Dah, dah lah korang! Jangan nak sesi pengenalan sangatlah! Korang ingat ni kem ke, nak ada sesi ice breaking bagai? Dah lah jomlah siap-siap, Kafe dah nak buka ni.” tambah MinWoo lalu menyebabkan semua pekerja bergerak ke tempat masing-masing dan bersiap sedia.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~