Angin cemburu

Coffee Prince

“Tapi... walau apa pun, oppa sangat menjaga kami. Dia takkan biar ada luka secalit pun pada tubuh kami. Kalau ada, mesti dia akan berusaha untuk hilangkannya. Kadang-kadang kami memang rasa macam kami ni puteri bila dengan oppa,” cerita SuJeong lagi menggagumkan Suzy. 

“Hurmm... nak tanya siket. YoungMin tu memang kuat merajuk ke? Ialah dari apa yang korang cerita, YoungMin tu macam Perfect Prince. Takkan Perfect Prince ada sifat macam tu pula?” Suzy menyoal dengan nada berbisik. Malu sebenarnya ingin menanya soalan sebegitu.

“Hah! Ni nak habaq mai nih!” Jney mengetuk meja menggunakan buku limanya. Habis terkeluar loghat Annyang dari gadis itu. Nampaknya isu ini amat serius.

“Sejujurnya memang tu perangai oppa. Dari kecil lagi. Tapi mood merajuk dia aktif bila dia tak tahan sangat. Maksudnya bukanlah hal kecik macam terlupa pun oppa nak merajuk. Contohnya masa oppa nak datang Seoul cari kerja, eomma tak bagi. Habis lah oppa dah hilang. Rupanya ada kat bawah katil. Cam apa aje,” terang YooJung sungguh jelas.

“Kata ramai yeoja minat kat YoungMin. Tapi takkan YoungMin tak pernah merajuk depan yeoja?” Soal Suzy lagi.

“Pernah ke?” YooJung menyoal kembali soalan itu pada SuJeong.

“Tak. Tak rasanya.” Jawab SuJeong ringkas sambil menggeleng kepalanya.

“A'ah kan. Baru perasan! Oppa merajuk bila ada eomma.” Jney membentangkan fikirannya pula.

“Yela... Sebelum ni mana ada orang lain pernah sakitkan hati oppa sampai boleh buat oppa merajuk. Semua orang suka oppa. Yellah, oppa kan perfect! Sorry, eonni.” beritahu SuJeong membuatkan Suzy terasa.

'So... aku sorang orang luar yang berjaya buat YoungMin merajuk? Daebak! Bagus kerja kau, Suzy. Mesti lebih susah untuk aku dapatkan YoungMin sekarang,' bicara lemah hati Suzy.

“Lagipun... hanya eomma aje yang mampu pujuk oppa sampai oppa elok balik,” ujar YooJung.

“Yellah, kan oppa anak kesayangan eomma?”Jney menyambung dengan nada mengejek.

“A'ah kadang-kadang YooJung pelik jugak dengan layanan eomma pada oppa. Sayang sangat. Macam... satu hari nanti ada orang nak ambil oppa pula. Padahal kita yang anak perempuan. Kita yang akan ikut suami kita bila dah khawin nanti,” 

“Eh, Suzy eonni pun boleh lah. Ingat tak hari tu?” Tukas SuJeong mengejutkan Suzy.

“Yela... Unnie pujuk oppa tak henti-henti. Kami pun tak mampu. Mungkin eonni calon isteri yang oppa nanti-nantikan?” Tersenyum sahaja Suzy mendengar kata-kata itu.

Selang dua hari selepas itu, Jney dibawa ke Hospital National Seoul untuk menjalani pembedahan. Menurut doktor yang bakal menguruskan pembedahan Jney, Dr. Yoo JaeSuk, Jney terpaksa ditahan di wad selama seminggu sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan.

Malang bagi YouJung apabila wad yang dimasuki Jney tidak boleh dilawati oleh pelawat yang berusia 18 tahun kebawah. Jadi ketika ahli keluarganya yang lain sibuk melawat Jney, dia terpaksa duduk tunggu diluar. Bosan... Keseorangan... Mau tidaknya paling kurang pun ahli keluarga melawat Jney adalah 4 jam!

Didorong perasaan itu, akhirnya YouJung membuat keputusan ingin tinggal sahaja di rumah Suzy. Buat apa aku pergi hospital sekali? No function! Teriak hati YouJung. Walaupun dalam rumah itu terdapat pelbagai barangan mewah dan berjenama, namun barang-barang itu langsung tidak dapat menghilangkan rasa bosan dari diri.

Haih... Joy unnie kat universiti. YoungMin oppa dan Suzy unnie tengah kerja. Appa Suzy pun tengah kerja. SuJeong, eomma dan appa masih di hospital. Aku sorang-sorang aje kat sini. Hish! Nak buat apa? YouJung bermonolog sendiri sebelum dia mendapat satu idea.

“SuJeong unnie! Tengok ni, Jney buat soalan add math!” beritahu YouJung teruja sebaik sahaja kakaknya menapak masuk ke dalam villa besar milik keluarga Suzy itu.

“Ah... YouJung, unnie penatlah” kata SuJeong dengan nada kepenatan seraya merebahkan badannya ke atas sofa mengecewakan YouJung.

“Ala, unnie! Tengoklah jap. Betul tak YouJung buat ni?” soal YouJung sekali lagi. Dia mahukan perhatian.

“YouJung, Jney akan dibedah lagi tiga hari. Ah~ takutnya!” luah SuJeong pada YouJung yang sudah kelihatan muram.

“Ala.. Apa bezanya YouJung tetap tak boleh jenguk unnie kan? YouJung tetap kena tinggal sorang-sorang!” tukas YouJung dengan nada geram sambil kakinya melangkah laju masuk ke bilik. Puan Jo, Encik Jo dan SuJeong yang melihat sikap gadis itu, mengukir seribu satu kedutan di dahi. Satu demi satu persoalan mulai timbul namun segalanya diabaikan sahaja kerana masing-masing sibuk memikirkan keadaan Jney.

“Unnie! Unnie Joy! Tolonglah angkat! YouJung nakkan sikit perhatian” bisik YouJung sambil menunggu panggilan telefonnya diangkat kakak sulungnya, Joy. Selangseminit, Joy pun mengangkat panggilan itu. YouJung yang tadi masam mencuka, terus mengukir senyuman panjang sebelum menjawab panggilan itu.

“Annyeong, Joy unnie! Cuba teka YouJung buat apa tadi?” soal YouJung berteka-teki.

“Annyeong, YouJung saengie. Jney macam mana? Maaflah Unnie tak dapat lawat selalu” ucap Joy dihujung talian bagaikan melibas jiwa YouJung. Hish! Aku suruh teka pasal akulah! Bukan Jney unnie!!! Hatinya memberontak.

Dia cuba berfikiran positif. Namun jiwanya tak tertahan lgi menangung seksanya rasa kurang kasih sayang apabila kejadian yang sama berulang setiap hari.

“Eomma, appa! Tengok ni YouJung lukis cantik tak?” YouJung menunjukkan potret yang dilukisnya pada ibu dan bapanya.

“YouJung, eomma takde masa lah. Eomma balik ni pun nak masakan Jney bubur. Unnie kamu tu teringin sangat nak makan bubur” beritahu Puan Jo. Sekali lagi hatinya disebat kuat.

“Appa?” pandangan mata YouJung beralih pada bapanya yang sibuk membelek surat khabar dan majalah.

“Nanti-nanti ajelah! Appa tengah cari artikel tentang grup D-Unit ni. Jney minat sangat grup hip hop tu.” balas Encik Jo yang langsung tidak menoleh wajah YouJung.

“Hajiman, appa... YouJung pun minat grup tu juga. Janganlah ambil semu-” YouJung memberhentikan bicaranya apabila ibunya tiba dari dapur membawa semangguk bubur yang sudah siap ditutup.

“YouJung, biarlah... YouJung boleh cari lain. Jney tak boleh. Kesian dia tau. Terperap aje dalam wad tu” ujar Puan Jo.

“Wah! Bubur eomma dah siap! YouJung nak! Nak!” YouJung pantas berlari anak ke dapur untuk mendapatkan bubur buatan ibunya. Setelah tiba di dapur, tangannya pantas membuka tutup periuk dengan harapan bubur masih ada. Namun malang, tiada sedikit pun bubur tinggal untuknya. 

YouJung memerhati tajam langkah ibu bapanya yang semakin menghilang dari pandangan. Tanpa disedari air matanya mengalir perlahan. Kenapa aku rasa macam ni? Sakitnya... YouJung menghapuskan air matanya sambil menapak masuk ke bilik.

Keesokkan harinya, ketika Suzy hendak pulang ke rumah waktu petang, dia terlihat YouJung berdiri di bahu jalan. Fikirnya, mungkin gadis itu mahu melintas jalan tapi seribu satu persoalan mulai muncul apabila YouJung kelihatan hanya berdiri memandang tanah walaupun tiada sebarang kerenderaan di atas jalan.

Suzy mula berasa tidak sedap hati lalu terus memerhati adik bongsu YoungMin itu. Matanya terbeliak apabila YouJung mula membuka langkah ingin melintas saat hadirnya sebuah lori bertayar lapan. Suzy yang tangkas cepat menyelamatkan YouJung. Mereka berdua terjatuh ke tanah.

“Michigeoseo? Apa yang YouJung buat ni?!” Suzy menyoal dengan nada tinggi.

“Argh! Biarlah YouJung kena langgar. Biar!!!” jerit YouJung kuat seraya cuba melepaskan diri dari Suzy.

“Waeyo?” Soal Suzy ringkas sambil memegang kuat tangan YouJung.

“Biarlah... Biar YouJung kena langgar. Biar YouJung sakit. Semua orang perhatian sangat kat Jney unnie sejak dia disahkan sakit. Sampaikan diorang abaikan YouJung. Mungkin... mungkin kalau... YouJung sakit. Diorang akan perhatian balik kat YouJung?” jelas YouJung sangat hiba.

“YouJung, pernah terfikir tak macam mana eomma unnie meninggal?” tiba-tiba Suzy menyoal dengan nada bersahaja.

“Sakit?” Suzy tersenyum pahit.

“Aniyo. Sebab unnie.” bulat mata YouJung mendengar perkataan 'sebab unnie' keluar dari bibir Suzy.

“Ne. Sebab unnie. Waktu tu unnie kecil lagi. Dalam 12 tahun, mungkin. Eomma dan appa unnie sibuk sangat . Sampai langsung takde masa dengan unnie. Unnie perlukan perhatian. Unnie mahukan perhatian. Jadi satu hari tu, unnie call eomma unnie cakap unnie sakit. Unnie bohong. Unnie nak eomma balik cepat. Tapi... kalau unnie tak buat macam tu mesti eomma masih ada lagi sekarang.”

“Apa yang jadi?” YouJung menyoal penuh minat.

“Eomma unnie panik bila tahu unnie sakit. Dia drive laju sangat. Sehingga... berlaku kemalangan yang meragut nyawa eomma,” YouJung diam mendengar cerita Suzy. Dia menekup mulutnya.

“YouJung tahu tak apa yang unnie cuba sampaikan? Every parents love their children. Kita tak tahu masa depan. Macam-macam boleh jadi. Kalau tadi YouJung kena langgar then sakit. Ye, memang semua orang akan perhatiankan YouJung. Tapi kos rawatan? Masa? Tenaga? Siapa yang tanggung?” Tambah Suzy lagi lantas membuatkan YouJung berasa insaf lalu memeluk dirinya kuat.

“YouJung pabo! Pabo ya!!!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~