Ada rahsia?

Coffee Prince

“Selamat pagi, Suzy! Jemputlah minum” ucap mesra YoungMin sebaik sahaja Suzy masuk ke dapur rumahnya. YoungMin yang sudah bangun sejak pukul 7 pagi sangat mesra menyambut Suzy yang baru bangun tidur pada pukul 10 pagi dengan senyuman manis yang cukup menggoda.

Suzy menggosok-gosok matanya agar penglihatan menjadi lebih jelas. Matanya berkelip-kelip memerhati sarapan yang terdiri daripada Latte Coffee dan Brown Coffee Tiramisu.

“Awak yang buat ke?” Suzy menyoal seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan.

“Yup! Ini Latte Coffee yang saya bancuh menggunakan nisbah 2:3:2. Dalam Latte ni saya tak gunakan gula atau susu, sebaliknya saya gantikan dengan penggunaan susunan serbuk kopi itu sendiri” Selepas mengganguk laju, YoungMin menerangkan mengenai kopi buatannya dengan sangat terperinci lantas membulatkan mata Suzy.

“Awak tu pembantu peribadi sayalah! Bukannya orang gaji! Siapa yang suruh awak buat semua ni?” Suzy menyoal tegas sambil bangun semula lalu segera mencari orang gajinya yang lain. Suzy seboleh-bolehnya tidak mahu menggangap YoungMin sebagai pembantu. Ya, dia tidak mahu!

“Hajima!” YoungMin menghalang langah Suzy dengan pantas memegang tangannya. Suzy tergamam.

“Takde siapa yang suruh saya buat. Maaf kalau awak tak suka, tapi awak lupa ke? Ini sememangnya kerja saya, the coffee makker. Dan saya akan tetap menjadi pembuat kopi kalau awak tak hancurkan segalanya. Takkan saya nak bermimpi pun tak boleh? Saya rindu kerja saya” kata-kata YoungMin membuatkan Suzy akur. Mungkin dirinya terlalu kejam?

“Mia...mianhabnida” Suzy meminta maaf ringkas.

“Gwenchana! Awak nak sarapan tak?” YoungMin yoang tadinya sangat serius dan sinis tiba-tiba menjadi ceria dan mesra semula. Suzy yang tidak mahu melihat wajah Jo YoungMin kembali sinis, akur sahaja.

“Oh ya, pasal kedai kopi awak tu... Saya tak janji dalam masa yang tedekat, tau? Saya dah suruh pekerja ayah carikan lot kedai yang kosong, tapi... bukan mudah nak cari. Nak uruskan pemindahan namalah, urusan tanahlah and bla bla bla yang saya tak tahu, okey?” beritahu Suzy jujur pada YoungMin yang sedang berdiri di sebelahnya selepas meneguk secawan Coffee Latte.

“Takpelah... saya tak kisah. Asalkan awak berusha untuk tepati janji awak” YoungMin tersenyum manis membalas bicara Suzy.

Sejak hari itu, Suzy dan YoungMin tinggal serumah mereka berdua hanya menanti berita gembira mengenai kedai kopi. Suzy menjalani hari-harinya dengan sangat gembira. Dia manfaatkan setiap saat untuk cuba menggembirakan YoungMin demi menebus kembali kesalahannya. Sementara YoungMin pula cuba akur dan menerima hakikat yang kini impiannya berada di tangan Suzy.

Segalanya berjalan baik sahaja sehinggalah tepat 30 hari YoungMin berada di rumah Suzy. Ketika YoungMin dan Suzy sedang berenang dan bergurau senda di dalam kolam renang yang terdapat di dalam rumah keluarga Suzy. Mereka melihat salah seorang pembantu rumah berjalan keluar dari rumah dengan membawa beg pakaiannya.

“Itu... Puan NaHyun! Ken...kenapa dia pergi?” YoungMin menyoal sambil membetulkan rambutnya yang basah mengenai air kolam sebaik sahaja menyedari pembantu berusia awal 40-an tiba melepasi mereka.

“Pu... Puan NaHyun?” Suzy menggerutkan dahinya apabila mendengar soalan itu terpancut dari mulut YoungMin. Mata Suzy yang dari tadi terpaku memerhati tubuh YoungMin yang kelihatan sangat menggoda, kini beralih kepada Puan NaHyun.

“Puan NaHyun, eodi-gago sipeo?” soal YoungMin yang bergesa meninggalkan kolam renang itu dan terus ke arah Puan NaHyun. Suzy yang tidak mahu ditinggalkn segera mengikut langkah YoungMin.

“Say.. saya... sa.. saya nak balik kampung. Ne, lama tak balik kampung” jawab Puan NaHyun kelihatan gagap menimbulkan syak wasangka pada YoungMin dan Suzy.

“Balik kampung?” Suzy menyoal menginkan kepastian. Puan NaHyun mengganguk perlahan sebelum terus berlalu pergi.

Keesokkan harinya, 

“Puan BoRam, Puan GyuRi! Nak pergi mana?” Suzy yang berasa hairan melihat dua lagi pembantunnya mahu keluar rumah dengn beg pakaian.

“YoungMin, Cik Suzy! Kam... kami... na... nak” Puan GyuRi yang ingin memberi jawapan namun sangat gagap segera dipotong Puan BoRam.

“Kami dapat kerja baru! Cik, takkan cik tak benarkan kami dapat kerja yang lagi bagus? Yellah... takkan sampai reput kami nak jadi pembantu rumah?” kias Puan BoRam menyembunyikan perkara sebenar sebelum terus berlalu pergi.

“Pelik... Kenapa Puan GyuRi jadi gagap? Ada rahsia ke?” soal YoungMin menimbulkan seribu satu persoalan di minda mereka.

keesokan harinya, 

“Daddy, kenapa halaman nampak layu je? ” Suzy menyoal apabila melihat menyedari pokok-pokok bunga yang sentiasa kelihatan segar kini tampak sangat layu dan kering.

“Yellah, Yang ajushi dan Kim ajushi pun saya tak nampak hari ni” beritahu YoungMin sambil menyiram pokok-pokok bunga di halaman taman.

“En. Yang dan En. Kim ambil cuti” jawab bapa Suzy ringkas lalu masuk ke biliknya.

Begitulah yang berlakunya pada hari seterusnya dan seterusnya. Setiap hari pasti ada pembantu rumah akan meninggalkan rumah keluarga Suzy dengan beg pakaian yang besar. Sehingglah hanya tinggal YoungMin, Suzy dan En. Bae sahaja di rumah villa tersebut. Adakah mereka pergi tanpa kembali?

“Suzy, awak tak pelik ke? seorang demi seorang pembantu rumah awak tinggalkan rumah ni. Diorang pergi dengan macam-macam alasan.Gagap pula tu. Apa awak rasa?” YoungMin mengemukakan persoalan yang sering bermain di layar mindanya pada Suzy setelah dia menghidangkan Suzy minum petang.

“Yellah... Rasa sunyi pula. Macam something wrong somewhere” balas Suzy sebelum mengambil seteguk White Coffee.

“Eh, En. Bae dah balik! Cuba awak tanya appa awak, mungkin ada rahsia?” mendengar cadangan YoungMin itu, Suzy mengikut sahaja. Dia segera mendapatkan bapanya. Dari jauh, YoungMin melihat En. Bae membawa Suzy masuk ke pejabatnya, mungkin mereka ingin membicarakan hal yang serius.YoungMin sabar menunggu ketibaan Suzy, dia sudah tidak sabar ingin mengetahui perkara sebenar.

Selang setengah jam, Suzy datang sambil melemparkan senyuman cukup pahit.

“Waeyo?” YoungMin menyoal ringkas.

“Aniyo. Amugeosda il-eonaji.Geoggieonghaji maseyo” Suzy menepuk bahu YoungMin sementara senyuman pahit tidak lekang dari bibirnya sebelum berlalu pergi naik ke biliknya.

'Mustahil! Takkan takde apa-apa?! Mustahil! Mesti ada sesuatu. Mesti ada rahsia!' YoungMin bermonolog di dalam hati. Hatinya terasa gundah. Aneh dengan apa yang sedang berlaku.

Awak, awak apa khabar ? ,Sent2MyAngelJoy 

Ne... I'm good, I'm hot, I'm fresh, I'm fly! Haha...Oppa? ,Sent2YoungMinOppa

Oppa okey juga... Awak jaga diri tau? Kalau awak sakit oppa yang sedih ,Sent2MyAngelJoy

Haha! Oppa ni melebih-lebih lah... Ne, araseo! ,Sent2YoungMinOppa

Maj-a! Cheonsa gateneo~ ,Sent2MyAngelJoy

Gumawo oppa! Oppa pun cheonsa bagi orang. Oh ya, kerja oppa macam mana? Orang tak sabar nak realisasikan impian oppa :) ,Sent2YoungMinOppa

Err... Boss oppa panggillah. Oppa pergi dulu. Annyeong~ Saranghaeyo...muah 💜 ,Sent2MyAngelJoy

“Main mesej dengan namja chingu ye? Senyum panjang nampak” tiba-tiba seseorang menegur perbuatan Joy yang sentiasa tersenyum panjang tatkala menatap skrin telefonnya. Malu dengan teguran itu, Joy pantas memasukkan telefonnya poket semula sebelum membalas dan mengangkat mukanya memandang si penegur.

“Ani... Ini abang say-” kata-kata Joy tergantung apabila melihat wajah orang yang menegurnya.

“Kim TaeHyung si alien!!!” Joy menjerit kuat. Kini baru dia sedari orang yang menegurnya adalah orang yang telah merampas gambar adiknya, Kim TaeHyung.

“Well~ You know me! Aku handsome, aku cute, aku hebat. I know. I know”  TaeHyung memuji diri sendiri penuh rasa bangga dengan reaksi Joy itu.

“What the?! Ya! Orang tak habis cakap dengan alien lagilah waktu tu!” Joy menaikkan nada suaranya menandakan dia benar-benar marah.

“Apa lagi kau ni?! Aku dah bagi gambar aku sebagai ganti!” TaeHyung juga meninggikan suara membalas kata-kata Joy.

“Gambar alien?! Hish, orang tak ingin lah gambar tu, da lah alien! Nah, ambil balik!” Joy menggeluarkan gambar milik TaeHyung dari poketnya lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

“Halo, halo ajumha! Kau tau tak ramai perempuan berebut nak gambar aku hah?” ujar TaeHyun lagi masih membangga diri sambil mengangkat dagunya.

“Ajumha?! Ya! Orang ni lagi muda lah. Alien lah Ajushhi! Orang tak naklah simpan gambar alien, ambil balik!!! Lepas tu bagi balik gambar adik orang!!!” Joy menengking sambil menjengketkan kakinya agar kelihatan lebih tinggi.

“Hohoho!!! Aku?! Ajushhi? Ya! Kau ni buta ke rabun? Mata ada mata?! Kau punya mata kat mana?! Kat kepala lutut ke?! ” TaeHyung menolak dahi Joy agak kuat menyebabkan si gadis yang sedang menjengket hilang keseimbangan.

“Yellah, kau kan ajumha! Mata tu tak betul sangat dah! Dahlah buta, perasan pulak tu! Yah! Sebab tulah ada pepatah berbunyi 'ukur baju di badan sendiri'. Bukan kat badadfn SuJeong!i Aku pun tak ingin bagi kau gambar aku yang bernilai tinggi tulah!!! Aku nak kau bagi gambar tu kat Jo SuJeong, araseo?!” sambung TaeHyung tegas mempertahankan diri.

“Andwae!!! Ah, orang tak kisah alien nak panggil orang apa. Yellah, alien kan alien. Mana boleh faham bahasa manusia.  Hajiman, bagi gambar SuJeong balik!!!” Bentak Joy segera mengejar TaeHyung yang ingin melangkah pergi.

“Apasal lah kau ni kedekut nak mampos hah?!!!” TaeHyung menyoal dengan nada tinggi sambil terus menyusun langkah. Dia berang dengan sikap Joy yang tidak berputus asa untuk mendapatkan gambar gadis yang telah mencuri hatinya.

“Bukan kedek-” Bicaranya terhenti apabila si lelaki yang sengaja masuk ke dalam tandas lelaki untuk menggelakkan diri dari terus diekori Joy.

“Alien!!!” Joy menjerit lagi melepaskan rasa marah yang dipendam. 

...............................................................................

Amugeosda il-eonaji - Takde ape

Geogjeonghaji maseyo - jangan risaulah!

 Neomu kyeopta yeoja - Comelnya perempuan ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~