Pengorbanan

Coffee Prince

“Opps! Chosong habnida! Maafkan saya!” SuJeong meminta maaf beberapa kali sambil membantu TaeHyung bangkit semula.

Jadi ini dia jodoh aku? Ahhh... Tak sakit... Tak sakit... TaeHyung bermonolog sendiri. Tergamam dia apabila melihat SuJeong dengan mata kepala sendiri.

“Awak! Neon gwenchanayo?” soal SuJeong menyepak TaeHyung dari dunia khyalannya.

“Gwenchana! Nan gwenchana. Sakat jatuh sikit, apalah sangat! Saya ni kuat tahu tak? Saya ada six pack tau. Mak saya selalu panggil saya kucing sebab saya selalu jatuh tapi tak rasa sakit pun. Ala~ macam kucinglah... Diorang kan ada sembilan nyawa.” Jelas TaeHyung penuh pembohongan sambil bangun dengan sendirinya tanpa menunjukkan sebarang kesakitan. SuJeong yang mendengar ketawa kecil, hatinya terusik rasa geli melihat sikap TaeHyung.

“Annyeong! Jeoneun Kim TaeHyung ibnida. Saya lagi tua dari awak. So awak bolehlah panggil saya oppa. Awak Jo SuJeong kan?” TaeHyung memperkenalkan dirinya apabila sudah berdiri dalam satu nafas.

“Macam mana awak tahu nam-” SuJeong menghentikan ayatnya apabila melihat sesuatu yanh aneh pada TaeHyung. Dia menatap wajah TaeHyung sedalam mungkin sambil tangannya menyentuh pipi lelaki itu.

TaeHyung tergamam. Aik? Takkan first time jumpa awek ni dah falling in love kat aku? Hurmm.... Hebat betul aku ni! TaeHyung memuji diri sendiri di dalam hati.

“Ada tepung?!” beritahu SuJeong yang hairan apabila mendapati tubuh TaeHyung dipenuhi tepung gandum. Sebaik sahaja berkata, SuJeong lantas terketawa besar.

“Hah, ni buatan unnie kesayangan awaklah!” ujar TaeHyung dengan nada yang bersahaja.

“Joy unnie?” Kedutan mula terlukis di dahi SuJeong. “Oh ya, macam mana awak tahu nama saya tadi?” SuJeong menyoal sekali lagi.

“Unnie awaklah yang bagitahu. Unnie awak tu kan baik sangat!  Dia selalu puji awak tau? Ini, tepung ni! Dia punya hal lah ni! Dia buatkan surprise birthday party untuk saya. Baik kan unnie awak tu?” beritahu TaeHyung. Sekali lagi penuh pembohongan.

“Jinjayo?” SuJeong menyoal seolah-olah tidak percaya. Mereka pun berbual panjang sambil kedua kaki melangkah ke tempat semua ahli keluarga berkumpul.

“Macam mana dengan adik saya, doktor?” YoungMin menyoal tergesa-gesa apabila Dr. Kim Jongkuk mendekati mereka.

“Keadaan Jney memang teruk. Jney masih tak sedarkan diri, tapi kamu dah boleh lawat dia sekarang. Kami perlukan 45 ribu untuk melakukan rawatan. Tapi saya ingatkan duit 45 ribu ni hanya untuk rawatan kali ni sahaja. Untuk stabilkan keadaan Jney, bukan sembuhkan Jney.” semua melopong kesedihan mendengar kenyataan Dr. JongKuk. Kesian Jney...

“Habis tu macam mana nak sembuhkan Jney?” Encik Jo menyoal lagi.

 

“Kalau nak sembuhkan Jney. Kami perlu lakukan pembedahan. Kami syorkan kamu bawa Jney ke Seoul. Hospital di Seoul tu lebih canggih, keselamatan pun lebih terjamin” beritahu pembantu Dr. JongKuk, doktor pelatih Lee KwangSoo. Semua senyap sahaja. Masing-masing masih memikirkan keadaan Jney.

“Okaylah. Kalau kamu semua setuju, boleh uruskan pembayaran dengan pembantu saya ni.” pesan terakhir Dr. JongKuk sebelum berlalu dari situ. Selepas itu, YoungMin orang pertama yang melawat Jney.

Keadaan Jney sangat memilukan. Pelbagai wayar telah di sambungkan padanya. Hati YoungMin sakit. Sebaknya rasa...

“45 ribu? kalau aku gunakan duit yang aku simpan tu... macam mana aku nak tolong Suzy? Kalau aku tak dapat tolong Suzy... macam mana Suzy nak belikan aku kedai untuk kafe aku? Belum di tambah lagi dengan pembedahan kat Hospital Seoul. Mesti kosnya lagi besar” kata YoungMin sendiri dengan nada berbisik sambil mengenggam erat jari jemari Jney.

Dia tahu keuarganya tiada wang sebanyak itu. Yang ada hanyalah dia! Tapi... perlukah dia korbankan wang itu yang disimpan untuk membantu keluarga Suzy? Haih... Dia keliru.

“YoungMin!” Suzy memanggil dari luar bilik itu. YoungMin yang mendengar lantas keluar dari bilik itu dan menemui Suzy.

“Awak fikir apa tu?” Suzy menyoal ringkas.

“Duit 45 ribu tu... Boleh tak saya gunakan duit kita dah kumpul tu?” YoungMin menyoal kembali.

“Eh, kenapa awak tanya saya pula? Itu kan duit awa-” belum sempat Suzy mahu menghabiskan ayatnya, En. Bae datang mencelah.

“Tak! Tak boleh!” YoungMin dan Suzy segera bangun untuk menunjukkan bantahan mereka. Mereka berdua kelihatan jelas terkejut mendengar kata-kata Encik Bae.

“Biar saya aje yang tanggung semua kos. Termasuk kos pembedahan di Seoul nanti.” sambung Encik Bae membuatkan YoungMin semakin terkejut.

“En... Encik Bae kenapa? Macam mana dengan syarikat Encik Bae? Aset encik?” YoungMin inginkan kepastian.

“Biarlah... Mungkin sebab hidup Suzy yang mewah sejak lahir yang membuatkan dia tak pandai nak berdikari. Tapi sejak kehadiran YoungMin, Suzy dah berubah. Anggaplah ini hadiah saya untuk kamu. Terima kasih sebab hadir dalam kehidupan Suzy” terang Encik Bae menerbeliakkan YoungMin. Sukar untuk mempercayainya.

Setelah hampir 3 jam Jney tikeliru dilawat oleh sesiapa, Dr. Haha memberitahu pesakit yang bernama Jo Jney sudah tiada di biliknya.“YoungMin!!! Jney hilang!!!” teriak Puan Jo memecah kehingan.

Selepas mendengar jeritan ibunya, semua orang segera menggiatkan usaha mencari Jney. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan, SuJeong dengan Kim TaeHyung. Encik Bae dan Encik Jo. Puan Jo dengan YouJung. Suzy dan YoungMin.

“Jney!!!” jerit Suzy apabila melihat kelibat Jney. Sebaik sahaja menyedari kehadiran YoungMin dan Suzy, Jney segera melarikan diri membawa badan yang masih lemah. Namun begitu, YoungMin dan Suzy berjaya menggejarnya.

“Jney! Kenapa lari dari oppa?” YoungMin menyoal ringkas sambil memegang tangan adiknya untuk menggelakkan Jney lari lagi.

“Lepaskan Jney! Lepaslah... Oppa” Jney merayu minta dilepaskan. Tangannya terasa sakit apabila dipengang kuat oleh YoungMin. YoungMin yang tidak sanggup melihat adiknya merayu kesakitan pantas melepaskan tangan Jney. Sementara, Suzy pula hanya berdiam diri.

“Sekarang bagitahu oppa. Kenapa awak lari? Kenapa awak lari bila nampak oppa?” YoungMin menyoal dengan nada lembut. Dia cuba sedaya upaya untuk berlembut hati dengan adiknya. Hatinya sakit apabia melihat air mata mula membasahi pipi Jney.

“Jney... Jebal! Bagitahu oppa” minta YoungMin lagi sambil mengelap air mata Jney.

“Jney... Jney tak... Jney tak nak menyusahkan oppa. Jney... Jney dengar... oppa cakap kos rawatan Jney mahal. Oppa terpaksa guna duit yang oppa kumpul untuk impian oppa. Jney tak nak... Jney tak nak jad... jadi penghalang antara oppa dan cita-cita oppa” beritahu Jney sambil menangis teresak-esak.

“Jney!” YoungMin mendakap tubuh Jney erat. Dia ingin menenangkan gadis itu.

“Apa awak cakap ni? Awak ingat oppa nak capai cita-cita oppa tu untuk siapa? Oppa nak berjaya untuk siapa? Untuk eomma, appa, Joy, SuJeong, YouJung dan nae cheonsa Jney. Kalau cheonsa oppa takde, apa guna oppa capai cita-cita oppa? Ye, memang oppa cinta cita-cita oppa. Tapi awak mesti tahu cinta oppa pada awak melebihi segalanya” selepas mendengar luahan hati YoungMin, Jney mengangis terharu.

Memang gila apa yang aku gikir aku akan buat! Michi! Michi!

Selepas kejadian itu, Jney telah dibawa kembali ke hospital. Esoknya kemudian, Jney di berikan rawatan untuk menstabilkan kembali keadaannya. Keadaan Jney sudah kembali normal. Namun dia perlu menjalani pembedahan di Seoul untuk menggeluarkan ketumbuhan itu dari jantungnya.

“Agaknya bila awak dan keluarga awak nak datang Seoul?” TaeHyung menyoal penuh rasa teruja.

“Entahlah... Kenapa?” balas SuJeong, menyoal kembali.

“Tak sabar saya nak sambut awak kat Seoul” ujar TaeHyung lagi penuh rasa gembira.

“Oh ya, awak ni bila nak balik Seoul?” 

“Hai, menghalau nampak cik adik? Tak baik tau awak ni” gurau TaeHyung berjaya mengukirkan senyuman di bibir SuJeong.

“Bukan menghalaulah! Saja aje tanya. Lagipun universiti awak macam mana? Takde kelas ke? Awak ponteng? Kalau Joy unnie bolehlah cakap seba adik sakit. Awak macam mana?” Bertalu-talu soalan diajukan SuJeong pada TaeHyung.

“Hehe... Memanglah ada kelas.Tap saya nak stay sini sampai keluarga awak dah decide bila nak pergi Seoul. Nanti saya cakaplah adik ipar sakit” selamba TaeHyung berkata-kata sambil ketawa.

“Adik ipar? Awak dengan Joy unnie coulpe, eh?” SuJeong menyoal cuba mencari kepastian. Terlopong luas mulut TaeHyung mendengar ayat SuJeong.

“Eh, awak ni ke situ pula? Awak tak nampak lagi ke saya cuba mengorat awak? Saya sukakan awak sejak pertama kali Joy tunjukkan gambar awak pada saya. Susah nak cakap. Tapu hati saya kuat mengatakan awak jodoh saya. Saranghanda!” Jelas TaeHyung dengan sedikit kebohongan bernada romantis.

“Erkkk... gitu? Hurmm... suka hati lah! Tapi pandai-pandai sendirilah ya?” Ujar SuJeong yang lantas meninggalkan TaeHyung di situ.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~