Di sebalik kabus

Coffee Prince

“Suzy, mana pergi kereta-kereta awak?” YoungMin yang keluar ke laman untuk menyiram pokok-pokok menyedari kehilangan kereta-kereta mewah milik keluarga Suzy.

“Errkk...” Suzy menjadi gagap untuk memberi jawapan lalu membuatkan YoungMin terus menyambung.

“Awak jual ke?” riak wajah Suzy jelas kelihatan berubah apabila YoungMin melemparkan soalan itu. Mukanya menjadi sangat ketat.

“Yah! Saya jual kereta?! Ofcourse no! Saya hantar kedai, saja nak polish bagi jadi lebih cantik” balas Suzy dalam satu nafas. Dia kelihatan amat terdesak menyebabkan YoungMin mengerutkan dahinya. Rasa curiga masih tidak beralih dari diri.

“Oh ya! YoungMin mulai esok, awak jaga rumah sorang-sorang ye? Saya takde kat rumah esok” beritahu Suzy agar dapat menhentikan YoungMin dari terus berfikir tentang kehilangan kereta-kereta itu.

“Mwyo?! Awak nak pergi mana? Nak kerja ke? Tak mungkin,, harta kelurga awak kan banyak. Nak belajar? Bukan awak dah habis ke?” YoungMin menyoal sementara tangannya sibuk menggaru-garu kepala yang memang gatal.

“Kerja? Hahaha... Tak mungkinlah!” Entah di mana lawaknya, Suzy ketawa besar sebelum menyambung,

“YoungMin... Ne, saya dah habis belajar level degree. Tapi tak bermakna saya tak boleh nak sambung, kan?” jelas Suzy sambil mengengitkan matanya pada YoungMin.

“Betullah. Tapi... kenapa tiba-tiba je?” YoungMin menyoal lagi ingin mendapatkan kepastian.

“Sebab...” Suzy sengaja menggantungkan ayatnya supaya menimbulkan perasaan suspen pada diri YoungMin.

“Sebab?” soal YoungMin ringkas smabil menelan air liurnya.

“Sebab suka hati sayalah!” Selesai berkata, ketawa Suzy mengiringi langkahnya meniti satu demi satu anak tangga menuju ke bilik. Sementara Joy pula...,

“Alien!!! Geramnya aku dengan mamat tu! Dah lah suka hati je ambil gambar SuJeong, cerek, bangga diri, nakal pulak tu! Hish, aku tak boleh biarkan si alien tu simpan gambar SuJeong. Manusia zaman sekarang bukannya boleh dipercayai. Ye, aku akan buat dia terseksa sampai dia bagi sendiri gambar tu. Joy, you're so clever! Hahaha” Joy ketawa jahat. Dia yang  terlalu leka berbicara sendiri sambil menatap wajahnya di cermin tandas tidak menyedari dirinya sedang diperhati.

“Joy, kau ni okay tak? Sakit ke? Atau... lupa makan ubat?” tegur LeeHi diselitkan dengan usikan sambil ketawa terbahak-bahak.

“Erkk...Hehe. Orang teringat tu! Pentas Maharaja Lawak final. Kelakar duh!” Joy yang panjang akal itu selamba sahaja menjawab soalan LeeHi sambil melangkah keluar.

“Fuhh, nasib baik! Hish LeeHi ni kacau ajelah!” rungut Joy sendiri setelah keluar dari tandas tersebut. “Okey, sekarang macam mana aku nak kenakan alien? Hurmm... lebih baik aku rujuk buku kat library! Yup!” selepas Joy selesai bermonolog sendiri, kakinya terus pantas melangkah ke perpustakan.

Macam mana nak kenakan TaeHyung? Itu satu soalan yang sentiasa berlegar-legar di layar fikiran Joy semasa menggelilingi ruang perpustakan itu demi mendapatkan idea. Sehinggalah dia tiba di satu sudut membaca yang agak terpencil dari yang lain. Di situ kelihatan Kim TaeHyung yang sedang asyik membaca sebuah buku besar sehingga menutup wajahnya.

Hairan melihat lelaki itu langsung tidak bergerak walaupun untuk menukar muka surat, Joy pantas mendekati. Setelah diamati sedalamnya, Joy bertindak mengambil buku itu untuk melihat wajah sang lelaki. Dan... seperti disangka TaeHyung sedang enak dibuai mimpi dalam tidur.

“Hurmm... aku patut manfaatkan peluang ni!” Joy mengumpul tekad untuk menggunakan peluang yang terhidang ini untuk mengenakan si lelaki.

Selang setengah jam, TaeHyung yang sudah puas tidur petang membuka matanya perlahan-lahan. Dia yang ingin keluar dari situ bingkas bangun lalu meregangkan seluruh urat di tubuhnya. Tiba-tiba seluruh manusia di perpustakan itu ketawa melihat TaeHyung.

TaeHyung mulai bingung, dia segera keluar dari perlustakan. Namun aneh apabila di luar perpustakan juga warga Universiti sibuk ketawakan dirinya. Kim TaeHyung yang berperangai selamba, cuba untuk menghiraukan mereka dan menemui rakan-rakannya.

“Ahahhahahahhahaha!!!” ketiga-tiga rakan yang ditemui ketawa besar sebaik sahaja TaeHyung tiba.

“Hyung, hari ni hari gelak sedunia ke? Apasal aku tak tahu? Aku tengok semua orang seronok sangat.” soal TaeHyung yang amat memerlukan penjelasan.

“Ahahaha!!! Ta...Tak boleh, Ahahahaha!!! Tak boleh cakap!” Suga cuba memberi jawapan namun tidak terdaya kerana ketawanya sangat besar.

“Apahal?! Michigeoseo?! Kalau sambut hari gelak sedunia, apasal hyungs tak ajak aku?” soal TaeHyung dengan muka yang sudah berkerut dan nada suara yang semakin meninggi.

“Kau pun... hahahaha!!! Kau punya Ahahahahahaha!!!” Lelaki yang mempunyai nama persis seperti nama sebenar 'Big Nose Hyung' iaitu SeokJin juga tidak tertahan untuk terus ketawa berdekah-dekah.

“Aku?! Aku punya apa?!” TaeHyung yang masih tidak berpuas hati, menyoal lagi.

“Ahahaha!!! Kau tengok lah muka kau sendiri! Ahahaha!!!” J-Hope memberi TaeHyung cermin mukanya yang disimpan dalam poket.

Setelah di amati, kini TaeHyung sedar semua orang bukannya gelak dengan dia tetapi gelakkan dia. Pada wajahnya terdapat contengan dan amaran yang berbunyi 'Banyak lagi yang menanti kalau kau tak bagi gambar tu!'. Kini tahulah dia siapa punya angkara. Tanpa memperdulikan keadaan sekitar, dia bertindak menjerit melepaskan ammarah.

“Joy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11 malam, YoungMin tidak berasa enak sendiri di biliknya. Sejak seminggu lalu sesuatu yang aneh telah berlaku. Dia yang tidak tertahan lagi menangung beban soalan lantas ke bilik Suzy.

“Suzy! Esok awak berangkat pukul berapa? Nak saya tolong kemaskan apa-apa?” selepas mengetuk pintu bilik Suzy, YoungMin terus melancarkan soalan.

“Takpe, saya dah cukup susahkan awak. Mungkin awak takkan jumpa saya esok.” jawab Suzy dengan nada yang sangat hiba semakin menggelirukan YoungMin.

“Apa maksud awak?” YoungMin menyoal dengan nada dan raut wajahnya sangat serius.

“Aigo~ esok kan first day. So saya kenalah datang awal. Mungkin saya berangkat sebelum awak bangun lagi. Who know?” ujar Suzy menjawab persoalan YoungMin.

“Oh! Jeongmalyo? Takpe, takpe nanti saya kunci jam loceng pukul 4 pagi! Okey?” YoungMin menyakinkan Suzy sebelum keluar dari bilik itu dan masuk tidur memandangkan dia mahu bangun awal pagi.

Jarum jam tangan di pergelangan tangan Suzy, menjengah ke pukul 3 pagi. Suzy sudah bersiap sedia untuk keluar. Beg sandang berwarna biru yang di gunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen telah kemas di atas bahunya.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilik YoungMin agar bunyi dari tapak kakinya tidak mengganggu YoungMin yang sedang lena dibuai mimpi.

“Mianhabnida YoungMin” bisik Suzy sangat perlagan selepas dia mematikan penggera jam milik YoungMin lalu terus mengambil langkah keluar dari rumah itu.

“Suzy, kalau Suzy betul-betul nak tahu. Daddy boleh terangkan tapi Suzy janji jangan terkejut, maafkan daddy dan...jangan bagitahu sesiapa terutama kawan lelaki Suzy tu” jelas ayah Suzy, En. Bae dengan nada dan riak wajahnya sangat serius.

“Woa~ it sound serious. Ye, Suzy janji” balas Suzy berjanji sambil bermain-main sebatang pen di meja ayahnya.

“Daddy dah bankrup” ringkas En. Bae berbicara.

“Mwyo?!” Suzy menyoal kembali.

“Syarikat daddy dah bankrup. Daddy dah bankrup” beritahu En. Bae sekali lagi.

“Daddy, tak kelakarlah! Tell me the truth!” Suzy mulai tidak sedap hati. 

“Ne. Kita dah bankrup. Sebab tu daddy terpaksa berhentikan pembantu kita. Syarikat kita berhutang 17 juta dengan bank. Kalau daddy tak bayar dalam setahun, bank akan sita semua aset daddy termasuk rumah ni” terang En. Bae dengan nada bersahaja. Dia cuba sebaik mungkin untuk menenangkn diri di hadapan anak tunggalnya. 

“Ani!!!” Suzy sedikit menjerit akibat terlalu terkejut dan tidak boleh menerima hakikat. Pen yang berada di genggamannya jatuh menyentuh lantai.

“Daddy tak boleh bankrup! Suzy dah janji dengan YoungMin yang Suzy akan belikan YoungMin satu lot kedai. Kalau daddy bankrup macam mana Suzy nak kotakan janji Suzy?! kal... kalau rumah ni kena sita, Suzy nak tinggal kat mana? YoungMin nak tinggal kat mana? YoungMin mesti marah Suzy sebab Suzy tak mampu nak tunaikan janji” luah Suzy dengan nada yang sangat hiba. 

“Tak! Daddy tak boleh bankrup! Suzy akan bantu daddy dapatkan 17 juta tu! Suzy akan cuba!” kata-kata Suzy mengejutkan ayahnya.

“Suzy nak kerja ke? Tapi Suzy kan tak pernah ke-” bicara En. Bae dipotong laju Suzy.

“Suzy memang tak pernah kerja. Tapi tak bermakna Suzy tak boleh. Suzy tak nak hilang dan kecewakan YoungMin lagi.” ujar Suzy sambil mula menggangkat kaki ingin keluar dari bilik itu. En. Bae tidak mampu mengungkap sebarang kata, matanya terkebil-kebil melihat perubahan positif anaknya.

“Oh ya, esok Suzy nak jual kereta-kereta Suzy ye?” ucap terakhir Suzy sebelum keluar dari bilik itu.

'Kejadian tu asyik bermain-main di minda aku. Daddy bankrup? Sampai sekarang aku susah nak terima. Huh~ aku kena berusaha' getus hati Suzy yang sedang berjalan di jalan kota untuk mencari kerja.

Dia sengaja ingin mencari kerja pada 4 pagi ini. Memang sudah dirancangnya, dia ingin 24 jamnya di penuhi dengan berkerja.

Setelah 30 minit berjalan akhirnya di menemui kedai yang masih beroperasi tatkala ini. Kedua kakinya diberhentikan lalu segera memasuki kedai tersebut. Namun hampa, tiada jawatan kosong di situ. Suzy tidak berputus asa dia terus mencari sehinggalah jam sudah meniti ke pukul 5 pagi.

“Bae Suzy, awak di terima!” 

“Jinja?! Oh, kamsahabnida!” akhirnya Suzy di terima berkerja di 7Eleven untuk syift pagi. Matahari mulai terbit, Suzy perlu cari kerja untuk syift siang pula dan seterusnya petang dan malam. Begitulah bagaimana Suzy menghabiskan hari ini. 

Keluar rumah pukul 3:30 pagi dan pulang tepat pada 10 malam.

“Hai... lewatnya balik. Awak melencong kat mana?” soal YoungMin yang menyambut kepulangan Suzy sambil mencekak pinggang persis seperti gaya seorang ibu tiri. Melihat gaya YoungMin, hati Suzy terusik rasa geli hati. Dia ketawa kecil.

“Mana ada saya melencong! Saya buat study group lah!” Suzy menipu.

“Haih, first day pun nak buat study dah?” YoungMin menyoal lagi sambil tangannya mengambil beg sandang milik Suzy.

“First day lah saya nak buat study group. Mid year nanti senanglah. Araseo?” Suzy tegas mempertahankan penipuannya.

“Ne! Ne! Araseo! Tapi sampai balik pukul 10 malam, lewat sangat ni. En. Bae risau nanti” kias YoungMin sambil menutup semula pintu rumah villa itu.

“Daddy je risau? Awak tak risau?” soal cipu emas Suzy yang semakin mendekati YoungMin.

“Mestilah saya risau! ” mendengar ayat itu keluar dari mulut YoungMin Suzy tersenyum bahagia.

“Oh ya, sorry sebab tak hantar awak pagi tadi. Alarm saya rosak. Esok jangan lambat lagi tau. Awak nak minum apa-apa? Boleh saya buatkan” pelawa YoungMin.

“Just... surprise me!” ujar Suzy ringkas membalas pelawa YoungMin.

'Jangan lambat lagi? Maaflah YoungMin... Esok mungkin kita takkan dapat jumpa pun.' 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~