Pilot Cafe

Coffee Prince

Sementara YoungMin pula sedang melangkah masuk ke dewan utama Pilot Cafe. Satu demi satu anak tangga dinaikki tanpa memandangnya, kerana kedua matanya sibuk memerhati sekeliling yang membuatnya begitu teruja. Sehinggalah... Dbush!!!

“Mianhae! Mianhae!” YoungMin meminta maaf apabila dia terlanggar dengan seseorang. Sedikit sahaja perlanggarannya, hanya berdesir bahu. Namun sudah cukup menimbulkan rasa bersalah yang menebal pada diri YoungMin.

“Chosonghabnida! Maafkan saya, cik.” Ujar YoungMin lagi tetapi orang tersebut langsung tidak membalas, malah hanya menjeling tajam tepat ke anak mata YoungMin. Tajam sekali bak sembilu!

“Hish, apasal perempuan tu? Kan aku dah minta maaf?” bisik YoungMin sendiri. Namun bisikan itu didengari seseorang.,

“Memang patut lah dia marah,” YoungMin terus mengalihkan padangannya pada si pemilik suara. Dia ialah seorang gadis yang berambut pendek paras bahu, yang nampak ayu dengan senyuman dan baju kemeja yang dipakainya.

“Wae? Kenapa pula? Kan saya dah minta maaf? Ini dah dua kali saya dilayan macam ni oleh gadis Seoul,” balas YoungMin dalam nada keluhan.

“Dah tu yang awak panggil dia cik tu kenapa?” gadis yang masih belum memperkenalkan namanya menyoal sambil ketawa kecil.

“Dia kan perempuan. Panggilan hormatnya 'cik'.” Jawab YoungMin yang sudah mengerutkan dahi penuh tanda soal.

“Memanglah perempuan, panggil hormatnya 'cik'. Tapi... yang awak langgar tadi tu lelaki!” Melopong luas mulut YoungMin mendengar penyataan gadis itu. Seperti terkena renjatan elektrik, dia kaku seminit sebelum turut ketawa.

“Saya NamJoo,” beritahu gadis itu sambil bersalaman dengan YoungMin.

“Jo YoungMin ibnida,” sambut YoungMin pula. “Eh, betul ke dia tu lelaki? Dia cantik lah,” YoungMin menyambung.

“Betul lah. Nama dia Choi MinKi atau nama glamornya Ren. Dia tu anak kepada En. Choi MinHo dan Pn. Krystal Jung.” Jawab NamJoo memajukan perbualan mereka.

“Choi MinHo? Bukan itu pemilik Vintage Coffe Shop ke? Kafe orang korea yang popular seluruh dunia? Yang disama taraf dengan Kafe Starbucks Coffee, OldTown White Coffee dan Secret Recipe?” Bertalu-talu soalan diajukan YoungMin. Dia sangat teruja mendengar nama idolanya. Choi MinHo!

NamJoo yang mendengar mengganguk laju. Mengiakan semua kata YoungMin. 

“Tapi... Mesti dia marah sebab saya panggil dia cik tadi,” ujar YoungMin lemah.

“Eleh, salah dia juga! Siapa suruh cantik sangat? Saya yang perempuan ni pun kalah. Jealousnya tengok dia!” selesai berkata, mereka berdua ketawa bersama. 

“Eh, sembang kat sini pula. Jom lah masuk dalam. Saya tak daftar lagi,” ajak NamJoo lalu dia memikul beg pakaian yang kelihatan sangat berat. Yellah.., sebulan duduk sanalah katakan.

“NamJoo! Biar saya tolong awak angkat,” minta YoungMin mengejutkan NamJoo. Gentlemen giler mamat nih! Hatinya menjerit.

“ Hish, tak payah lah. Saya ni gagah.” Balas NamJoo cuba menolak pertolongan YoungMin.

“Takpe. Malah saya rasa bersalah pula tengok perempuan angkat benda berat sedangkan saya lelaki ada kat sini,” kata YoungMin untuk meyakinkan NamJoo. Ya, memang itilah sifat semulajadi YoungMin.

“Bersalah apanya? Ini beg pakaian sayalah,” namun begitu, NamJoo masih teguh mempertahankan pendiriannya.

“Okay. Kalau awak tak benarkan saya angkat beg awak, adakah awak benarkan saya angkat awak?” kata YoungMin lagi dengan nada dan senyuman yang cukup manis menggoda.

Aish! Biar betul mamat ni? Dah lah muka handsome, baik budi perketi, pandai buat madah pula. Jangan sampai aku jatuh cinta kat kau sudah! Hati NamJoo bermonolog sambil dia menelan air bagi mengerinhkan tekak yang tiba-tiba terasa kering.

“Haih... Yellah-yellah saya benarkan awak angkat beg saya,” dan akhirnya NamJoo akur.

“Annyeonghaseyo! Saya Kim HimChan, fasilitor kamu semua dalam masa sebulan ni. Sepanjang 31 hari kamu di sini kami harapkan kerjasama kalian. Yellah, korang ni walaupun dah ditapis-tapis, jumlah korang ni banyak tau. Keseluruhan korang adalah 100 orang! Jadi please behave yourself,” ucapan pendahuluan oleh fasilitor dan jugga MC utama majlis sebaik sahaja semua peserta termasuk YoungMin dan NamJoo telah mengambil tempat duduk di dalam dewan utama.

“Bagi memulakan program kita. Saya nak buat sikit punya ice breaking, supaya kita mengenali antara satu sama lain. Permainan pertama, Smiley Ball! Sesiapa yang mendapat bola ini, sila bangun dan memperkenalkan diri. Nama siapa? Asal mana? Umur berapa? Paling penting, kenapa menyertai program ini?” para peserta mulai membuat bising mendengar ayat HimChan itu. Mereka berasa amat teruja selepas HimChan menerangkan mengenai permainan ice breaking ini sambil menunjukkan sebiji bola bersaiz bola tenis yang berwajah senyum.

“Hana, dul, sets! Game start!” HimChan yang berada di atas pentas memusingkan badannya kemudian dia membaling bola tersebut. Dan bola tersebut terkena pada seorang gadis yang berambut panjang ikal mayang yang duduk di sebelah Ren di barisan paling hadapan.

Tanpa membuang masa, gadis itu pun bingkas bangun. Matanya memerhati sekeliling. Jantungnya berdegup kencang. Gementar bukan kepalang mengenangkan terdapat 99 pasang mata sedang memerhati dirinya.

“Err... Nama saya Kim... Kim SeolHyun. Lahir di Seoul. Saya... saya masuk pro... program ni sebab... sebab... sebab pragrom ni mesti daebak!” beritahunya dengan gagap sekali. Aish! Kenapalah ada soalan macam ni?! Aku masuk ni sebab Ren ajak aku masuk! Lagipun dia bayarkan yuran untuk aku! Argh! Benci! Rosak reputasi aku! Hatinya berbicara sendiri.

“Oh you're my Soul! Sekarang kamu boleh baling bola tu pada sesiapa yang kamu nak kenal,” Dengan muka yang merah padam, gadis yang bernam SeolHyun itu pantas membaling tepat ke arah Ren.

“I think everyone had know me enough. But you all can call me Ren. I was born in Seoul on 1995. The reason why I am here is because...” tiba-tiba HimChan mencelah saat Ren seronok memperkenalkan dirinya dalam bahasa inggeris.

“Oh ya! Maafkan saya! Saya lupa nak mengumumkan anak pemilik kepada kafe yang terkenal; Vintage Coffee Shop turut menyertai program ini. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran awak,”

“Mwyo?! Dia join sekali?!” YoungMin nyata terkejut apabila mendapat tahu bahawa anak kepada idolanya juga menyertai program ini.

“Memanglah. Kalau tak, kenapa dia datang sini?” NamJoo menyoal kehairanan.

“Saya ingat dia jadi pengajar atau tetamu khas nanti.” jawab YoungMin lemah. Dia sedikit kecewa. Walaupun gembira kerana ada peluang untuk dia mengenali lebih rapat dengan idolanya tetapi dengan pengaruh yang di miliki Ren sudah pasti senang baginya untuk menjadi peserta terbaik.

“Berikan tepukan gemuruh! Moga-moga selepas ni, peserta-peserta dapat kopi percuma dari Vintage Coffee Shop. Hohoho~ Ok, sambung-sambung,” semua peserta ketawa mendengar cara MC HimChan yang selamba itu kecuali YoungMin dengan mukanya yang masih berkerut.

“Macam yang saya kata tadi, sebab saya join program ni untuk saya buktikan pada semua orang. Saya nak buktikan yang saya bukan sahaja pewaris Vintage Coffee Shop, tetapi saya memang layak memiliki sebuah kafe. Saya pasti akan jadi peserta terbaik!” YoungMin menelan air liur bagi melegakan tekak yang tiba-tiba kering. Berdiri bulu romanya mendengar ucapan dari Ren.

Sedar tidak sedar, sedang YoungMin masih leka menelan air liur sebiji bola yang tersenyum dilempar tepat ke arah dahinya. Aduh! Dia tidak sempat mengelak. Semua yang melihat ternganga mulutnya. Sama ada kagum dengan lemparan penuh tenaga dan gaya oleh Ren ataupun simpati terhadap YoungMin.

“Aaaa...” Begitu juga dengan MC HimChan yang sudah terlepas mikrofon dari genggamannya. “Ren, saya tak suruh awak baling lagi. Apa-apa pun, yang dapat bola tu, sila bangun dan perkenalkan diri,” kata HimChan selepas mengambil kembali mikrofonnya.

“Jeo... jeoneun” pada mulanya, YoungMin juga gagap seperti SeolHyun tetapi apabila dia memejamkan mata selama 10 saat. Dia dapat membayangkan seolah-olah dia kini sedang ditemu ramah oleh wartawan yang ingin mengetahui biodata pembuat kopi terbaik di dunia, Jo YoungMin. Suasananya sangat indah!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~