Siapa Bae Suzy?

Coffee Prince

'Apa aku dah buat ni? Cari maut? Padahlah jadinya!' 

“Tolonglah cik!!! Saya merayu pada cik!!! Saya sanggup buat apa pun asalkan cik jangan jumpa bos saya! Tolonglah! Saya janji saya akan buat semuanya yang cik minta. Jebal!!! Kesiankan saya!” YoungMin yang tadi elok berdiri tegak mempertahankan maruah diri tiba-tiba terduduk dan memeluk kaki Suzy. Suzy sangat terkejut dengan tindakan YoungMin yang meleset jauh dari sangkaannya. Namun begitu, dia sangat bersyukur.

'Selamat... Fuh, lemah semangat! Mati-mati aku ingat dia nak marah aku tadi. Nasib baik, dia tunduk juga kat aku. Bolehlah aku pergi ke langkah seterusnya!' Suzy menepuk dada rasa kelegaan.

“Okey! Okey! Bangun! Bangun! I takkan report kat bos you kalau you...” Suzy sengaja menggantungkan ayatnya. Debaran mula tercipta di dada YoungMin menanti perkataan yang bakal meluncur keluar dari bibir di gadis.

“Apa? Percayalah, walau apa pun saya sanggup!” YoungMin meyakinkan Suzy.

“Baguslah sebab mulai sekarang you are my personal maid. 24/7! Faham?!” Sambung Suzy membuatkan mata YoungMin membulat.YoungMin senyap tanpa sebarang balasan lantas membiarkan Suzy terus berkata-kata.

“You habis kerja pukul berapa?” Soal Suzy pada YoungMin yang sudah tak bergerak sebiji macam patung.

“Puk... pukul 10 malam,” jawab YoungMin sangat ringkas.

“Kalau you setuju, datang rumah I. I tunggu. Kalau tak, esok baik you jangan datang kerja,” pesan terakhir Suzy sebelum angkat kaki dari situ memandangkan pemandunya sudah melambai-lambai tanda kereta sudah siap dibaiki.

“Tapi...” kata-kata YoungMin mati apabila bayang Suzy hilang dari mata. “Macam mana aku nak pergi rumah dia? Dia tak bagi alamat pun! Haih... fikir lain kalilah! Sekarang baik aku sambung kerja,” kata YoungMin sebelum kembali masuk ke dalam Kafe Soo dan menyambung tugasnya.

“Fuh~ penat betullah,” keluh JeongMin sambil menukarkan tanda 'open' kepada 'close'.

“Kafe penuh sangat hari ni sampai tak pasal-pasal YoungMin jadi waiter pula,” sahut MinWoo mengiakan perkataan JeongMin sambil menepuk bahu YoungMin yang sedang mengelap meja.

“Ya! Apasal muka kau ketat semacam je? Terminum cuka ke?” Selesai berbicara DongHyun ketawa. Namun riak wajah YoungMin masih tidak berubah. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang sangat berat.

“YoungMin, waeyo?” HyunSeong menyoal sambil menyapu lantai Kafe itu.

“Perempuan tu lah!” Jawapan ringkas dan padat YoungMin itu telah menimbulkan seribu empat garis kedutan di dahi setiap rakannya.

“Perempuan? Perempuan mana? Bila?” Soal mereka serentak sambil meninggalkan kerja masing-masing. Nampaknya mereka begitu tertarik dengan masalah yang sedang dihadapi YoungMin.

“Dalam pukul 8:20 minit malam tadi. Perempuan rambut perang yang pakai headband, cantik, orang kaya, umur... sebaya aku kut,” semua mata terbeliak keluar apabila mendengar penerangan YoungMin itu.

“Bae... Bae Suzy!” Sekali lagi mereka berkata dengan serentak.

“Bae Suzy? Korang kenal ke?” Soal YoungMin kehairanan melihat air muka rakan-rakannya mula berubah.

“Gilerlah kalau tak kenal dengan singa betina Seoul tu!” tegas HyunSeong sambil bercekak pinggang.

“Mian sebab kitorang tak perasan dia masuk tadi, Kafe sibuk sangat. Jeongmal Mianhaeyo,” JeongMin yang meminta maaf menambahkan lagi kekeliruan pada YoungMin.

“Apasal ni? Siapa Bae Suzy tu?” Soal YoungMin lagi sangat memerlukan jawapan.

 “Bae Suzy tu anak usahawan yang berjaya kat Korea ni. Di lahirkan pada 10 Oktober 1994 di Seoul Ayah dia sangat kaya. Kekayaannya adalah antara top 20 'Orang Kaya Dunia'.  Suzy tu, kita perlukan setengah jam untuk kelilingi rumah dia menaiki helikopter. Bukan tu je, dia punya kaya, kalau orang pergi kedai kereta beli kereta, dia pergi kedai kereta beli kedai kereta! Disebabkan kekayaan bapanya, Suzy telah pun menjadi sombong, bongkak, takkabur, riak, bangga diri dan seumpama dengannya,” terang DongHyun sangat jelas.

“Amboi~ amboi mulut hyung... Sedap je mengata orang!” YoungMin yang memiliki hati emas menegur kelancanggan mulut DongHyun. 

“Memang tu pun perangai dia!” HyunSeong membela DongHyun.

“Hajiman aku rasa dia jadi macam ni sebab dia sunyi. I mean, aku sebenarnya pernah satu sekolah dengan Suzy. Yang aku tahu firstly, dia memang ramai kawan. Tapi kawan-kawan dia tu semua berkawan dengan dia ada maksud tersendiri. Aku dengar keluarga dia pernah rugi hampir satu juta won sebab Suzy kena tipu dengan chingu dia. And sejak tu dia takut nak berkawan dengan sesiapa," JeongMin pula bercerita penuh perasaan. Semua rakannya mendengar dengan khusyuk sekali.

“Sedih pula aku dengar.” Ujar HyunSeong sambil berpura-pura mengelap air mata di pipi.

“Yalah, susah juga jadi orang kaya kan?” MinWoo menyiku YoungMin yang kelihatan masih berada di alam sendiri.

“Hurmmm... jadi korang tahu lah kat mana rumah dia kan?” Soal YoungMin.

“Rumah dia? Kenapa kau nak tahu pula?” MinWoo menyoal YoungMin kembali penuh rasa ingin tahu. Mendengar soalan MinWoo, YoungMin pun meceritakan kembali kejadian yang berlaku dua jam lalu. Kejadian yang bakal mengubah perjalanan hidupnya. Semua rakannya jelas terkejut dan bersimpati terhadap YoungMin, namun begitu mereka mengaku kuasa Suzy sangat kuat.

“Aku rasa cara untuk hentikan permainan ni hanyalah kau kena cuba jadi kawan Suzy, YoungMin.” Pesan DongHyun dengan nada serius.

“So... korang boleh tolong bawa aku ke rumah dia tak?” YoungMin menyoal. Tiada satu pun rakan-rakannya ingin membantunya. Masing-masing gentar ingin berhadapan dengan gadis itu.

“Ala... korang tolong tunjukan aku rumah dia je. Jebal!!!” YoungMin menyusun sepuluh jari memohon dari rakan-rakannya.

“Araseo! Araseo!” Akhirnya mereka setuju untuk menghantar YoungMin ke rumah Bae Suzy. Mereka ke sana menaiki bas kerana rumahnya terletak di daerah gangnam, daerah elit gitu. Takkan nak jalan kaki pula? Selang dua puluh minit,

“Dah sampai!” Ucap JeongMin. Jarinya menunjuk tepat ke arah sebuah rumah yang dicat oleh warna jingga yang juga merupakan rumah yang paling besar di situ. Sekali pandang nampak macam bangunan sekolah pun ada.

“Kamsahabnid-” YoungMin menghentikan kata-katanya apabila menyedari rakan-rakanya sudah bertempiaran melarikan diri.

“Huh~” YoungMin menarik nafas panjang sebelum jarinya menekan loceng di pagar itu. Degupan jantung semakin laju, YoungMin cuba sebaik mungkin untuk menenangkan diri.

“I knew you will come! Even you're late about 30 minutes!” kata Suzy ceria sebaik sahaja pintu pagar automatik itu dibuka. Suzy yang dari tadi tersenyum sangat manis menyambut YoungMin terus membuang senyuman itu apabila tiada sebarang respon dari YoungMin, lelaki yang berjaya menambat hatinya. YoungMin senyap sahaja, bersedia menerima arahan persis seperti robot.

“Ya! Dahlah, jom keluar!”

“Keluar? Sekarang ni dah pukul 10:30 malam. Awak nak pergi mana? Tak baiklah anak gadis keluar lewat malam” YoungMin yang jelas membantah niat Suzy itu terus memberi nasihat. Haha...abang kepada empat adik perempuan in the house!

'Hish mamat ni! Lain yang aku harap dia bersuara, lain pula jadinya!'  Rungut hati Suzy.

“Do I ask your opinion?” YoungMin menggeleng. “So just shut-up!, masuk!” Suzy mengarahkan YoungMin memasuki kereta Merchendes Benz miliknya. Terdapat seorang pemandu lelaki yang berusia 40-an duduk di hadapan, manakala Suzy dan YoungMin duduk di belakang.

“Cantik tak kereta baru I?” Soal Suzy bangga bangga diri dan mengharapkan pujian dari YoungMin. Namun, YoungMin hanya mengganguk mengiakan kata Suzy. YoungMin langsung tidak menunjukan minat terhadap kereta kepunyaan Suzy, walaupun inilah kali pertamanya YoungMin menaiki kerenderaan mewah. Keadaan ini membuatkan Suzy berasa bosan lantas meneruskan bicara. 

“Tadi waktu I pergi Kafe you tu, I pakai kereta Maserati sekarang I pakai Merchendes. Gara-gara pemandu nilah! Entah tau bawa ke tak,  asyik rosak je! Dasar tak guna!”

“Suzy! Tak baiklah cakap macam tu, hormatlah! Dia tu lagi tua dari kita,” tegas suara YoungMin menasihati Suzy.

'Hish! Dia ni, tu salah, ni salah! Kalau tak akur nanti nampak kurang ajar pula. Kalau dia anggap kau kurang ajar macam mana dia nak ambil aku sebagai yeoja chingu dia? Haish...' Suzy merungut lagi di dalam hati.

“Oh ya, by the way what's your name?” Suzy menyoal dalam bahasa inggeris. Mahu membuka arena perbualan antara mereka.

“Jeo-neun Jo YoungMin ibnida,” jawab YoungMin ringkas sahaja. Mulutnya terasa sangat berat ingin berbual dengan gadis itu.

'Eh, DongHyun hyung ada cakap cara untuk hentikan permainan ni adalah jadi kawan Suzy. Yup, aku akan cuba jadi kawan dia. Aku takkan biarkan perbualan ni mati kat sini je'  YoungMin bertekad dalam hati lantas memajukan perbualan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~