Kehidupan Baru?

Coffee Prince

“Dah agak lama orang tinggalkan rumah dan mulakan hidup baharu di kota Seoul. Eomma, appa, YooJung, Jney, SuJeong dan YoungMin oppa rindu orang tak?” Joy yang sedang duduk sendiri di kafeteria Universiti mengamati satu demi satu keping gambar setiap anggota keluarganya yang diselit dalam sebuah buku. Memanfaatkan suasana yang aman untuk meluahkan kata rindu yang bersarang di jiwa.

Segalanya baik sahaja sehingga tiba-tiba ada seorang lelaki berlari ke arahnya. Angin yang tercipta dek larian pantas lelaki itu menerbangkan hampir kesemua keping gambar tersebut.

“Ya! Hati-hati lah!!!” teriak Joy geram dengan tindakan lelaki tersebut lalu mengutip gambar-gambar yang sudah mendarat di lantai. Lelaki itu tidak membantu Joy malahan dia menoleh dan menjelir lidahnya tepat ke muka Joy.

Melihat tindakan si lelaki membakar lagi jiwa dan raga Joy. Lantas si gadis cepat mengejar lelaki yang berambut pink itu sebelum memberikan nasihat.

“Ya! Apa maksud awak jelir-jelir lidah tadi hah? Awak ingat lidah awak cantik sangat?! Tak eloklah jelir-jelir lidah kat orang!” kata Joy dengan muka yang kian merah menahan marah.

“Suka hati aku lah lidah aku! Kisah apa kau?” balas lelaki itu dengan nada mengejek mengajuk cara Joy bercakap.

“Kisah apa? Orang cuba hormat awak, awak panggil orang aku-kau je? Awak ni orang jenis apa?! Alien?!” Lelaki yang berdiri tegak di hadapannya tidak memberi sebarang balas,  matanya kelihatan fokus memerhati sesuatu dalam genggaman Joy.

“Ya! Alien, tengok apa?!”Joy menyoal tegas sambil memeluk tubuh. Hairan dengan lelaki itu.

“Woa~ neomu neomu kyeopta yeoja!” puji lelaki itu seraya mengambil satu daripada gambar di genggaman Joy.

      

“Ya! Itu adik oranglah! Bagi balik!” arah Joy mendongak sedikit keana si lelaki tinggi menggalah.

“Ya! Pabo! Mestilah adik orang takkan adik monyet pula, awek cun melecun gebabom ni!” sindir lelaki itu sementara matanya terus fokus mengamati foto yang kini berada di genggamannya.

“Maksud aku tu gambar adik aku lah! Bagilah balik!” Joy menjengket, dia cuba mengambil foto tersebut. Namun tidak berhasil.

“Jinjayo?”lelaki yang masih belum di ketahui namanya menyoal sambil mengangkat keningnya.

“Mestilah!!!” jawab Joy yang masih mencuba untuk mencapai foto adiknya.

“Oh ya? Kalau betullah ni adik kau, siapa nama dia? Takde lah... Zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Manalah tau, kau tu perdangang manusia” lelaki yang sudah jatuh hati pada adik Joy menyoal lagi.

“Excuse me? Nama dia Jo SuJeong!” Joy menjawab ringkas.

“Oh... cantiknya nama! Tarikh lahirnya?” lelaki itu menyoal lagi menggerutkan dahi Joy.

“19 November 1997. Dahlah, bagilah balik!!!”

“Dia lagi muda dari aku. Hurmmm, bagus-bagus. Tinggi dia?” dan... si lelaki menyoal lagi tanpa memperdulikan arahan Joy.

“lebih kurang 168cm. Waeyo?! Alien tak percaya lagi dia ni adik aku?” Joy menyoal sambil bercekak pinggang. 

“Betullah... ni adik kau!” ujar lelaki itu menggembirakan Joy. Akhirnya sesi soal jawab sudah tamat.

“Tau pun alien! Hah, bak balik gambar tu!” Joy menghulur tangannya dengan mengharapkan si lelaki akan memberikan kembali foto tersebut.

“Kalau SuJeong ni adik kau maknanya kau ada lebih banyak gambar dia so gambar ni bagi aku jelah! Jangan nak kedekut” Joy melopong luas mendengar ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.

“Mana boleh!” Joy tegas berkata-kata.

“Nah, sebagai ganti aku bagi gambar aku! Tak perlu uncap terima kasih, cukup kau kena belanja aku lunch esok. Ye? Bye tata titi tutu!” ucap terakhir si lelaki sebelum berlalu pergi bersama gambar SuJeong selepas memberikan gambarnya kepada Joy.

Joy yang terpaku dengan tindakan lelaki itu hanya mampu mengamati gambar lelaki itu yang kini selamat berada di gengamannya. Di gambar tu terdapat tulisan, 

'tɦɛ ʍօst ɦaռʄsօռɛ ɢʊʏ օռ tɦɛ ɛaʀtɦ, Kɨʍ TaɛHʏʊռg a.ҡ.a V' 

V? Kim TaeHyung?! Mamat tu memang tak rasa bersalah ke?!! Joy bermonolog sendiri.

“ARGHHHH!!! DASAR ALIEN!!!” teriak kuat Joy melepaskan segala ammarah dalam jiwa persis seperti Kingkong yang sedang berada di puncak menara sambil memerhati langkah lelaki yang bernama Kim TaeHyung itu.

Sementara Suzy yang sedang memusingkan tombol pintunya, mempelawa YoungMin yang sedikit terpukau memerhati rumah mewah milik keluarga Suzy. Tanpa sebarang kata, YoungMin terus mengikuti langkah Suzy yang kini sudah meniti anak tangga.

“Jom, saya bawa awak ke bilik awak.” YoungMin mula berasa hairan apabila Suzy yang ingin membawanya ke bilik, terus-menerus naik ke atas.

“Tadah!” Suzy yang ceria, menunjukkan bilik yang berhadapan dengan biliknya. Bilik itu sangat luas, reka bentuk dan perabotnya juga mewah. Langsung tidak sesuai untuk seseorang yang digelar pembantu.

“Awak kata saya masih sebagai pebantu awak, kenapa bilik saya kat atas?” YoungMin melemparkan soalan memecah sepi.

“Lohh... Awak kan pembantu peribadi saya, so awak kena lah dekat-dekat dengan saya! Araseo?” Suzy membalas sambil mencekak kedua pinggangnya. YoungMin yang mendengar, mengunci mulut semula lantas menyebabkan Suzy pun ingin berlalu masuk ke biliknya.

“Suzy! Gomawoya! Saya janji saya akan bayar balik nanti. Saya janji!” janji YoungMin sebelum Suzy sempat melangkah keluar.

“Takpelah! Anggap je awak sekarang sedang berkerja dengan saya tanpa gaji sebab gaji awak saya potong untuk belikan awak lot kedai, okay?” balas Suzy tersenyum mesra lalu segera menyambung langkahnya terus masuk ke bilik.

Aneh bukan? Suzy sangat sukakan YoungMin namun mengapa Suzy yang bergesa-gesa untuk meninggalkan YoungMin? Hal ini adalah kerana Suzy sendiri masih berasa sangat keliru dengan situasi yang telah, sedang  dan akan dia hadapi kini. 

YoungMin yang sifatnya seperti seorang putera tiba-tiba berkelakuan sedemikian. Ya, memang Suzy tahu peebuatannya memang melampau. Tapi... sebagai lelaki yang dianggap sempurna, mengapa dia boleh bertindak sebegitu? Tak pernah dia jangka, tak pernah dia sangka. Adakah setelah mengetahui sikap tersembunyi YoungMin itu, Suzy masih berdiri teguh mahu mempertahankan cintanya? 

'YoungMin sekarang kat rumah aku... YoungMin akan tinggal serumah dengan aku... Bilik dia berhadapan dengan bilik aku... Kali ni dia betul-betul ada untuk aku 24 jam! Omo~ geugeos-eun kkum? Segalanya berjalan dengan sangat cepat. YoungMin merajuk ke petang tadi? Itu memang perangai dia ke? Haish! Dia tu wangjanim! Takkanlah wangjanim ada perangai macam tu! Ne, Ani! Ani!' hati Suzy berteka-teki sendiri.

“YoungMin neon naekkeoya!!!” Suzy menjerit gembira sambil terlompat-lompat di atas katil empuknya demi menafikan sangkaan negatifnya pada sang putera.

'Betul ke apa aku buat ni? Boleh percaya ke dengan Suzy tu? Haih... nak tak nak aku kena peecaya juga memandangkan dia dah hancurkan impian aku. Ah~ bila difikirkan balik aku memang rasa nak balik Annyang je. Tapi... eomma, appa, Joy, SuJeong, Jney dan YooJung harap berjaya. Apalah jadi dengan nasib aku sejak jumpa Suzy ni...' keluh YoungMin di dalam hati seraya menghela nafas yang ssngat berat memikirkan nasib yang menimpa diri.

Sudahlah pada awalnya dia terpaksa merayu pada Suzy kemudian dia terpaksa mengorbankan diri, masa dan tenaga untuk menjadi pembantu peribadi si gadis. Dan... akhirnya dia dipecat juga. Bagai 'Sudah jatuh, ditimpa lif!’ Adakah ini kehidupan barunya?

......................................................................................

geugeos-eunkkum? - aku bermimpi ke?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~