Permainan tamat!

Coffee Prince

“Annyeong hyung(s) semua dan MinWoo!  Joh-eun achim!” Ucap selamat YoungMin sangat ceria sebaik sahaja DongHyun, HyunSeong, JeongMin dan MinWoo melangkah masuk ke dalam Kafe Soo.

“Woa~ ceria betul kau ni! Inilah kawan aku!” HyunSeong menyangkuk bahu YoungMin. Rindu betul dia dengan sikap ceria YoungMin yang sudah lama menyepi sejak kehadiran Suzy.

“Dah! Dah! Tak payah nak berdrama sangatlah! Jom start buat kerja, prepare untuk buka Kafe.” Tegas DongHyun memberi arahan pada semua rakannya. Semua yang mendengar berdiri tegak, tangan di sisi dan mata tepat memandang ke arah bibir sang ketua.

“HyunSeong, pergi lap meja dan pastikan semua yang patut ada atas meja. JeongMin, pergi dapur pastikan pinggan, mangkuk dan gelas dah tersusun. MinWoo, kau dan YoungMin pergi susun jenis kopi an pastikan semua jenis kopi cukup. Dan aku bersiap sedia untuk susun manisa-” sedang DongHyun syok memberi arahan, tiba-tiba YoungMin mencelah.

“Eh, hyung! Takpe... Semua dah siap!” semua mulut terlopong mendengar ayat yang keluar dari mulut YoungMin. Mereka seolah-olah tidak percaya, mendengar ayat tersebut.

“Yeke? Janganlah melawak, YoungMin!” ujar MinWoo menolak sedikit tubuh YoungMin.

“Yellah, hari ni bukan April Fool!” JeongMin pula mempersoal sambil ketawa kecil.

“Dahlah, aku nak sediakan meja ni” HyunSeong ingin segera ke belakang namun dihalang YoungMin.

“Ya! Aku dah siapkan lah!!!” beritahu YoungMin lagi dengan menaikkan sedikit nada suaranya sambil menunjuk ke arah meja-meja makan yang sudah tersedia menu, tisu, garfu dan sudu.

Sekali lagi semua mulut terlopong sebesar mungkin. Mungkin di sebabkan YoungMin menyambut mereka dengan sangat ceria tadi, mereka telah mengabaikan segalanya yang berada di sekeliling. 

“Wait, aku check kat tempat lain” DongHyun selaku ketua segera pergi memeriksa di segenap ruang di Kafe Soo untuk memastikan kebenaran. Selang seminit, datang DongHyun sambil menepuk-nepuk tangannya.

“Yelah... Semua dah beres! Hebatlah kau, YoungMin ” DongHyun memuji penuh rasa kagum.

“YoungMin, aku tertanya-tanyalah. Jadi... boleh tak aku tanya?” soal MinWoo yang kedengaran sangat aneh. Tangkai jantung YoungMin yang sudah terusik perasaan geli hati hanya tersenyum lebar sambil mengganguk laju membenarkan MinWoo mengajukan soalan.

“Apasal kau happy semacam ni?”namun nasib tidak menyebelahi MinWoo apabila HyunSeong pula yang menyoal pantas.

“Yelah.. Senyuman panjang sampai ke telinga, nampak.” tambah JeongMin pula menutup peluang MinWoo. MinWoo mula membuat muka sepuluh sen.

“Ada apa cer? Share lah” selesai berkata YoungMin ketawa besar menimbulkan kesangsian pada rakan-rakannya.

“Aku dah berjaya lembutkan hati Bae Suzy! Tak lama lagi aku bebas dari cengkaman dia! YaHoo!!!” teriak YoungMin sangat gembira.

“Oh, maknanya kau tak perlu jadi kuli batak dia lagi lah?” selamba MinWoo menyoal sambil menongkat dagu.

“Amboi! Amboi bahasa kau~ Hina sangat ke aku ni?” YoungMin menjeling tajam ke arah MinWoo yang sudah ketawa berdekah-dekah melihat jelingan YoungMin.

“Haha... Mian.. Mianhae! Makaud aku kau tak perlu keeja dengan dia lagi ke?”

“Nak cakap ye pun tak, nak cakap tak pun tak!” balas YoungMin membuatkan semua rakannya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Apa maksud kau? Aku tak fahamlah... Cuba cakap tu kasi terang” ujar HyunSeong yang masih menggaru-garu kepalanya akibat kebinggungan.

“Aku baru je jadi chingu dia. Takkan aku nak terus cakap pasal tu, nampak sangatlah aku ni tak ikhlas nak kawan dengan dia. So nak tak nak, aku kenalah still keluar dengan dia. Tapi bukan macam dulu 24/7 tu, hanya macam sepasang chingu.” terang YoungMin sunghuh jelas pada rakannya yang tidak jenuh mendengar ceritera si gadis.

“Oh.. patutlah, semua kerja pun kau sapu” usik DongHyun pada YoungMin yang masih tersenyum lebar.

“Cuma ada satu lagi belum aku buat...” YoungMin menghentikan bicaranya lalu memuncungkan bibirnya ke arah tanda 'close' yang masih belum diterbalikkan.

“Biar aku buat! Aku buat! Aku buat! Aku nak buat!” teriak JeongMin lalu berlari anak ke arah tanda 'close' itu seolah-olah ada orang lain yang berebut mahu melakukannya juga.

“Buat jelah!” Tengking HyunSeong, menyampah dengan sikap kebudak-budakkan JeongMin itu.

“Entah kau ni! Cepatlah!  Dah nak pukul 10 ni!!!” marah DongHyun pula pada JeongMin yang mengada-ngada membuat slow motion pula saat menerbalikkan tanda itu.

Sebaik sahaja tanda ditukar kepada 'open' seorang demi seorang pelanggan mula memenuhi Kafe Soo itu. Mereka semua pun mula berpecah dan mula menjalankan tugas masing-masing. HyunSeong dan JeongMin sebagai pelayan. DongHyun sebagai penyedia manisan sementara MinWoo dan YoungMin sebagai pembuat kopi yang tak pernah keluar dari dapur. 

“YoungMin, kopi Latte dan White Americano Coffee satu!” 

“Okey!”

“MinWoo, Old Town white Coffee dan Vanilla Cream Ice Blend!”

“Araseo! Araseo!”

“DongHyun hyung, Tiramisu Chocolate! Hantar meja 7.”

“Berapa?” 

“Tujuh! Meja nombor tujuh”

“Aku tanya berapa Tiramisu dia nak?”

“Hik Hik Hik... Sorry-sorry”

Jam di dinding terus berdetik. Dari pukul 10 pagi ke 11 pagi ke 12 tengah hari an seterusnya. Mereka menjalankan tugas masing-masing dengan penuh riang dan bersemangat. Segalanya tiada yang aneh, sehinggalah jarum jam meniti tepat pukul 4 petang.

“YoungMin, awek kau datang!” beritahu HyunSeong dengan nada berbisik kepada YoungMin sambil membawa pinggan dan gelas kotor ke sinki dapur.

“Awek YoungMin? Masa bila YoungMin ada awek? Apasal aku tak tahu pun? YoungMin, apasal kau tak bagitahu aku? Sanggup kau kan!” Soal MinWoo bertalu-talu pada YoungMin yang juga sedang blur sambil tangannya sibuk memasukkan ais dan serbuk kopi ke dalam blender.

YoungMin yang sudah berkerut menjenguk keluar tamu kafe untuk melihat siapakah yang HyunSeong mengelarkannya 'awek YoungMin'. Dia di tembak perasaan terkejut apabila melihat seorang gadis berambut panjang yang sudah duduk menyilang kaki di sebuah meja Kafe Soo melambai-lambaikan tangannya pada YoungMin.

“Suz... Suzy?” satu nama meluncur keluar dari bibir YoungMin lalu kembali ke posisinya.

“Laa... Bila masa pula Suzy jadi yeoja chingu kau?” MinWoo menyoal selamba yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar, teringin sangat nak bagi flying kick kat dia ni.

“JeongMin, kau layanlah dia” arah YoungMin selepas menarik nafas panjang bagi menghilangkan ekspresi terkejut dari mukanya.

“Ah! Aku seramlah!” balas JeongMin sambil mengambil White Coffee Blended dari MinWoo. Mata YoungMin terkebil-kebil memerhati langkah JoengMin yang semakin menjauh darinya.

“Hurmmm... HyunSeong, kau tanyalah dia nak apa” arah YoungMin pada HyunSeong pula yang sedang mencuci pinggan mangkuk.

“Kau nampak tak aku tengah buat apa ni? Lagipun kalau aku tanya, jawapannya mestilah dia nak kau!” balas HyunSeong sungguh tegas.

“Errkk..  MinWoo, ka-” belum sempat YoungMin mahu menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba MinWoo mencelah.

“Kau jangan nak suruh aku, ya! Dah lah kau tak bagitahu aku kau couple dengan Suzy, lepas tu nak suruh-suruh aku pula. Kau pergilah layan dia sekejap, kau kan namja chingu dia” balas MinWoo yang membuatkan YoungMin hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum mara kedepan dan pergi menemui Suzy.

“Cik nak order apa?” YoungMin menyoal sementara tanganya sudah kemas tersedia buku nota dan pen mata berbulat.

“YoungMin! Kan saya cakap tak perlu panggil saya 'cik' lagi” kata Suzy dengan aura kegedikkannya dan wqja yang tak pernah hilnag dari senyuman yang menggoda.

“Mian! Mian! Suzy, awak nak order apa?” 

“Tak! Saya tak nak order apa-apa. Saya nak tunggu awak habis kerja je. Boleh kan?” ujar Suzy membulatkan mata YoungMin.

“Jeongmalyo?” YoungMin menyoal ingin mendapatkan kepastian. Suzy hanya mengganguk mengiakan kata YoungMin. 

'Biar betul Suzy nak tunggu aku sampai aku habis kerja?! Ah~ mengarutlah! Takkan dia sanggup nak tunggu aku sampai tujuh jam? Haih.. Seminit dua lagi dia blah lah tu.' getus hati YoungMin berbicara sendiri sebelum melangkah masuk ke dapur dan meneruskan kerjanya.

Ayat klise, saat berganti saat. Minit berganti minit dan jam berganti jam. Namun Suzy tetap setia menunggu di situ dan menyimpang jauh dari sangkaan YoungMin yang menyangka si gadis tidak betah menunggu lama.

Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang, Suzy masih di meja makan itu menongkat dagu memerhati pintu dapur yang menyimpan jasad sang putera. Sedang dia termenung sendiri, tiba-tiba...

“Nah, Latte Shake Vanilla milk ciptaan saya” ucap YoungMin yang entah muncul dari mana.

“Saya tak orderlah!” tegas suara Suzy menyatankan.

“Takpe... saya belanja. Rasalah” kata YoungMin lagi yang bersimpati pada Suzy yan setia menunggunya.

“Okey...” Suzy kemudian terus menyisip penyedut minuman. Suzy terpana seketika apabila titisan minuman tersebut mendarat di lidahnya. Rasanya indah, enak dan lazat tak terperi. Semuanya cukup! Tak manis sangat, dan tak tawar sangat. Rasa Latte, vanilla dan susunya yang sangat seimbang membuatkan Suzy lari dari dunia realiti.

“Suzy, macam mana rasanya?” YoungMin menyoal sekali gus menyepak Suzy keluar dari alam fantasi.

“Biasa je” balas Suzy penuh penipuan. YoungMin hanya tersenyum mendengar balasan Suzy lalu masuk semula ke dapur. Dia tahu Suzy berbohong. Biarlah... bukan senang nak berubah jadi baik.

Jam sudah menunjukkan pukul 9: 55 malam, sudah hampir tujuh jam Suzy masih di situ. Tinggal lagi lima minit, Kafe Soo akan tutup dari beroperasi dan semua pekerja mahu pulang. Suzy yang terlena dek menunggu si putera, segera dikejutkan YoungMin. Selesai mereka menutup Kafe dan JeongMin sudah menukarkan tanda 'open' kepada 'close', YoungMin dan Suzy terus memecut kereta menuju ke tempat lepak rasmi mereka. YoungMin menggunakan semua peluang yang ada untuk merapatkan hubungan mereka sebagai chingu.

Keesokkan paginya,

“Pergi rumah YoungMin!” arah Suzy kepada pemandunya. Tanpa sebarang bantahan pemandu itu terus memnadu kereta menunju ke rumah tumpangan YoungMin.

'Agaknya YoungMin marah tak aku datang jumpa dia awal pagi walaupun aku dah janji aku takkan ganggu dia awal pagi lagi? Ah~ lantaklah! Lagipun aku nak pulangkan buku YoungMin yang tertinggal kat dalam kereta Lamborgini aku semalam'  bicara Suzy sendiri di dalam hati sambil mengigit jari dan matanya memandang ke arah luar tingkap kereta.

Selang 15 minit, kereta Suzy tiba di rumah tumpangan YoungMin. Suzy sengaja memakir agak jauh, kerana jalan di hadapan rumah  itu sangatlah sempit. Baru sahaja Suzy ingin membuka langkah menuju ke rumah YoungMin, jantungnya bagaikan gugur apabila melihat seorang gadis menemui YoungMin.

Paling mematahkan lagi hati Suzy apabila YoungMin bertindak memeluk dan mencium pipi gadis tersebut. Hatinya hancur, dia tidak sanggup melihat kejadia itu. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta membawa hati yang lara lalu mengarahkan., 

“Kita pergi ke Kafe Soo sekarang caused the game is over!” 

..............................................................................................

Joh-eun achim - selamat pagi - good morning

Jeongmalyo? - betul ke? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~