Pentas Cabaran

Coffee Prince

“Jeoneun Jo YoungMin ibnida. Saya berumur 21 tahun, dilahirkan di Annyang. Saya mengikuti program ini adalah untuk saya mencari ruang dan peluang untuk saya mengembangkan bakat saya. Sejujurnya saya hanyalah anak kampung yang biasa. Saya langsung tak tahu apa-apa mengenai pemilikan kafe atau cara penyediaan kopi yang profesional. Sehinggalah saya bertekad untuk berhijrah ke Seoul dan bekerja di Kafe Soo kerana di kampung saya tiada Kafe ekslusif. 

Pada mulanya saya merancang ingin mendekati diri dengan En. Soo, pemilik Kafe Soo jadi boleh lah saya belajar selok-belok pemilikan kafe. Tetapi... malang bagi saya apabila telah dipecat atas arahan Bae Suzy. Suzy yang rasa bersalah ingin menebus dengan memberi saya sebuah lot kedai untuk dijadikan kafe dan dia juga berjanji untuk mendapatkan kursus penyediaan kopi. Tiba-tiba keluarga Suzy bangrup. Saya ada menolong untuk cuba membayar hutang syarikatnya, jadi dia dapat menunaikan janjinya. Namun., adik saya jatuh sakit. Kami memerlukan wang untuk pembedahan.

Dan Suzy membelanjakan wang yang sepatutnya dia guna untuk membayar hutang syarikat untuk rawatan adik saya. Saya ingat nak berputus asa tapi kawan saya dah daftarkan nama untuk program ni. Saya takkan sia-siakan harapan dia. Saya akan berusaha untuk menjadi peserta terbaik!” cerita YoungMin panjang lebar penuh perasaan menyuntik jiwa-jiwa yang mendengar.

“Itu... Itu... Cerita paling meruntum hati yang pernah saya dengar! Wuhuhuhu~ Ini lah pengorabanan dan liku perjalanan untuk mencapai impian. Set... seterusnya,” kata HimChan yang kelihatan sedang menanggis teresak-esak. Entah betul, entah tidak air matanya itu, kita layan aje lah.

Bajetlah! Apasal semua orang kagum sangat dengan budak tu?! Aku yang sepatutnya jadi perhatian kat sini! Aku! Bukan orang lain! Aku ni anak pemilik kafe paling berjaya di Korea tahu? Siap kau, aku akan kenakan kau! Kata hati Ren berbicara berbaur amaran. Renungan matanya yang tajam jelas menunjukan bahawa dia amat membenci YoungMin.    

Sementara YoungMin melemparkan senyuman manis penuh keyakinan pada NamJoo sebelum dia meleparkan bola tersebut kepada gadis itu. Dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan...

“Eh, dahlah tu! Bukannya saya tak suka game ni tapi game ini banyak makan masa. Baiklah, kita akan pergi ke slot seterusnya iaitu '4Share'. Dalam slot ini saya mahukan seorang sukarelawan untuk memulakan perbualan dengan seseorang. Tak kiralah nak tanya apa pun. Faham?” semua peserta mengganguk menunjukkan tanda mereka faham drngan arahan yang cukup jelas oleh HimChan.

Perfect! Hati Ren melonjak gembira. Adakah sesuatu telah dirancangnya? Ia menjadi tanda soal.

“Jadi... siapa yang sukarela untuk jadi orang pertama?” HimChan menyoal menantikan respon positif dari merrka. Namun, dewan menjadi senyap seribu kata. Sehinggalah seseorang yang cukup berani mengangkat tangannya.

“Ren? Bagus! Macam nilah peserta terbaik. Okay, kamu nak tanya pada siapa?” Soal MC HimChan sambil mengangkat keningnya.

“Jo YoungMin. ” Bulat mata YoungMin mendengar Ren menyebut namanya dengan nada yang perlahan sementara mata Ren tidak pernah lepas dari menjeling tajam.

“YoungMin, kau tau tak apa maksud 'VIVA EL SABOR' ? Semua orang rasa dirinya layak menjadi mencuburi bidang kulinari patut tahu ungkapan ni. Terutama bagi orang yang bermimpi nak jadi profesional. Hah, kau tau tak?” tanya Ren pada YoungMin yang kelihatan tercengang mendengar perkataan asing itu.

YoungMin cuba mendapatkan bantuan NamJoo tetapi,

“Kalau kau minta jawapan dari orang lain,  kau memang pengecut!” Ujar Ren lagi. Berdesing telinga YoungMin mendengar perkataan pengecut itu dari mulut Ren. 

“Haih... Inilah orang-orang zaman sekarang. Mimpi tinggi, tapi berusaha macam entah apa-apa. Perkataan itu bermaksud Fɛɛʟ tɦɛ Flaʋօʊʀ yang diambil dari bahasa spanish. Oh, atau kau tak faham bahasa inggeris? Maksudnya rasa perasa. Ini ialah ungkapan magik bagi menaikkan semangat chef untuk mencipta hidangan unik dan istimewa. Araseo?”

Muka YoungMin kian memerah menahan malu. Namun dia hanya mampu berdiam diri dan kembali duduk selepas dimalukan. Ada yang ketawa melihat YoungMin yang tercengang, Yellah... kata nak jadi pembuat kopi terbaik, perkataan asas macam tu pun tak tahu! 

“Saya tahu maksud perkataan tu. Tapi, Ren cakap macam tu pula,” beritahu NamJoo sebaik sahaja YoungMin kembali duduk. Masam mencuka mukanya.

“Haih... dia sengaja nak malukan saya ke?” soal YoungMin lemah seraya menunduk diri. Mood YoungMin yang ingin merajuk hampir diaktifkan.

“Erhm... betul ke awak kenal rapat dengan Bae Suzy? Anak usahawan Korea yang berjaya tu?” Namun NamJoo yang pandai menukar topik itu berjaya mengubah mood YoungMin.

“Ne. Rapat sangat sampai... dia boleh terjatuh cinta pula dengan saya,” jawab YoungMin yang tadi kelihatan lemah kini kembali tenang dan bersahaja.

“Jatuh cinta? So awak sekarang dah berpunya?” Pantas NamJoo menyoal lagi. Entah kenapa hatinya bagai digoncang kuat mendengar penyataan YoungMin tadi.

“Eh, taklah! Saya tak terima.” Jelas YoungMin masih bernada tenang.

“Wae?” NamJoo memajukan lagi perbualan. Dia berasa sangat ingin tahu.

“Kan saya dah cerita, dia lah penyebab saya kena pecat. Mungkin saya dapat forgive, tapi tak mungkin bagi saya untuk forget perbuatan dia,” terang YoungMin sambil mengukir senyuman manis seribu makna. Sementara NamJoo kelihatan tergamam mendengar penerangan YoungMin. Dia senyap sahaja. Langsung tiada reaksi balas. Entah apa yang difikirkannya.

“Eh, dah lah. Baik kita fokus apa yang HimChan hyung cakap,” kata YoungMin apabila melihat NamJoo seolah-olah membenarkan dia menybung.

“Okay, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Sebelum kamu semua dibenarkan makan tengahari, saya diberikan kuasa oleh penganjur untuk memecah-belahkan kamu. Hehe... maksud memecah-belah di sini bukan bergaduh, ya. Saya akan mula membahagikan bilik. Di sebabkan kem ini lain dari yang lain, jadi kami telah cadangkan supaya kamu semua haruslah memasak sebarang makanan untuk makan tengahari.

Kita ada 10 bilik untuk namja iaitu dari Namja1 sehingga Namja10 dan begitu juga untuk yeoja. Jadi satu bilik akan ada 5 orang. Susanan bilik mengikut makannan mana yang paling laku dan paling banyak undian. Jurinya adalah para penganjur dan saya sendiri. Selepas mengasingkan makannan untuk para juri, kamu semua pun boleh makan. Tapi korang nak ke makan masakam orang lain? Hehe. Apa-pun, the race start 1 hour from now!”

Pemberitahuan HimChan mengenai pertandingan memasak itu betul-betul mengejutkan semua peserta. Yellah, nak makan kena masak sendiri? 

“Haih... Apa ni?! Nak bahagi bilik dan makan pun kena masuk pertandingan bagai. You cakap you daftarkan I for this camp just untuk temankan you. Tapi kalau, macam ni rosak lah reputasi I! Masak megi, pun I tak reti,” SeolHyun merungut manja pada Ren iaitu namja chingunya. Dahinya mula berkerut geram dengan peraturan kem ini.

“Honey, don't worry. I ada kat sini. I akan tolong you. Jangan risau, ya? You yeoja chingu kepada bakal pewaris Vintage Coffee Shop, you mesti boleh buat,” Ren memenangkan yeoja chingu nya sambil membelai lembut rambut SeolHyun.

“Serious? Promise? You will make me one dishes first before you make for you?” tanya SeolHyun ceria apabila mendengar tutur kata Ren sebentar tadi dengan menggunakan bahasa inggeris.

“Ofcourse, darling.” balas Ren lalu segera ke dewan pertandingan.

Sementara di sisi YoungMin,

“YoungMin, awak nak masak apa?” NamJoo menyoal sambil otaknya juga ligat memikir idea untuk menyediakan masakan.

“Entahlah... Saya selalu buat kopi aje. Makanan berat untuk makan tengahari tak adelah. Awak macam mana?” YoungMin kembali menyoal NamJoo sambil mereka berdua melangkah seiringan.

“Mollayo~” NamJoo mengangkat kedua-dya bahunya mendakan dia tidak tahu.

“Bukan awak cakap family awak buka kedai makan ke? Call lah eomma awak, mungkin boleh dapat idea,” cafangan YoungMin diterima NamJoo. Dia pun terus mencari tempat yang agak sunyi untuk meelnelefon eommanya.

'Aku pun nak call cheonsa Joy lah. Lagipun aku dah janji nak call dia dulu.' 

Tanpa membuang masa YoungMin terus mengeluarkan telefon bimbit berjenama Nokia miliknya dari poket kanan seluar jeans biru yang di pakainya. Lalu jari jemarinya pantas menari di papan kekunci untuk mendail nombor Joy.

“Annyeong cheonsa! Okay tak, yeoja kesayangan oppa ni? Rindu oppa tak?” ucapan pendahuluan YoungMin yang kedengaran sangat mesra.

“Kata daftar pukul 8, sekarang baru oppa call orang?” soal Joy bernada tidak puas hati.

“Hihihi. Awak dah rindu oppa sangat-sangat lah tu! Mianhae, dalam dewan dilarang guna phone. So baru sekarang oppa boleh call. Awak percaya oppa tak?” bicara YoungMin. Lemah lembut sahaja nadanya.

“Mestilah orang rindu! Orang kan sayang oppa! Ne, orang percaya sebab oppa sayang orang juga kan? Oppa tak diganggu mana-mana yeoja kan? Oppa kawan dengan lelaki aje kan?” bertalu-talu soalan dilempatkan Joy. Dia ingin memastikan abangnya setia di sana.

“Maj-a! Mestilah oppa sayang awak sangat-sangat. Awak kan cheonsa pertama oppa? Digangggu mana-mana yeoja? Err... buat masa sekarang takde lagi. Haha. Taklah, oppa tak dapat kawan dengan lelaki lagi. Mereka agak dingin. Oppa dapat kawan yeoja. Namanya NamJoo,” terang YoungMin yang terketawa kecil pada Joy secara terperinci.

“NamJoo?! Yeoja?! Oppa!!! Orang tak sukalah oppa dekat dengan yeoja. Geli tau? Geli!!!” Joy yang sedang menikmati makan tengaharinya di kafeteria Univeresiti Seoul menjerit kuat. Hampir sahaja memecah gegendamg telingan YoungMin.

“Sabar awak. Sabar... Oppa kawan dengan dia gitu-gitu aje lah. Baru aje oppa dimalukan oleh seorang namja ni. Haih... tolonglah faham oppa. Takkan cheonsa, nak oppa sorang-sorang kat sini? Dah lah mereka semua kebanyakkan mewarisi kedai kopi yang sedia ada. Oppa rasa kecil kat sini. Awak tak kesian kat oppa ke?” balas YoungMin dengan nada yang boleh melembutkan hati mana-mana perempuan saja.

“Yela-yela! Jangan rapat sangat tau! Jangan bertukar nombpr telefon! Jangan pegang-pegang! Jangan main eye-contact!  Oppa, kalau ada yeoja kacau oppa, cepat-cepat bagitau orang. Biar orang smack down aje yeoja tu! Ingat tau!” bicara Joy berbaur ugutan. YoungMin milik aku aje! Milik aku sorang! Hatinya berteriak.

“Ne...Ne... Araseo, sarang.”

“Hah, ni sekarang oppa tengah buat apa?” Joy menyoal dengan nada manja.

“Inilah, oppa nak bagitau awak. Oppa kena masak masakan tengahari. Awak ada idea tak?” YoungMin kembali menyoal. Meminta pendapat adiknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~