Dia... Jo YoungMin

Coffee Prince

Dia Jo YoungMin, dilahirkan di Annyang-si, Geonggi-do, Korea Selatan pada 24 April 1995. Lelaki yang mempunyai ketinggian 180cm ini berdarah A. Dia adalah anak sulung dari lima adik-beradik yang juga merupakan anak lelaki tunggal keluarga Jo. YoungMin seorang lelaki yang biasa dari keluarga yang biasa yang berketurunan biasa dan mempunyai tahap pendidikan yang biasa. Dia mendakwa dirinya dikurnia wajah yang biasa biarpun sering dipuji 'jambu'. YoungMin juga menegaskan kalau pun dia berwajah jambu, jambu tersebut adalah jambu yang biasa bukannya jambu batu atau yang sewaktu dengannya.

Ok I tau lawak tak jadi. Apa apa pun ada satu perkara yang cukup luar biasa tentang diri pemuda yang baru melonjak ke usia 20 tahun ini iaitu...

“Sedapnya! Pandainya anak eomma bancuh kopi. Eomma suka sangat! Ini pertama kali eomma rasa kopi sefap Besar nanti YoungMin bolehlah buka kedai kopi sendiri, tapi YoungMin kena usaha sebab emma dan appa tak mampu nak tolong." Puji Puan Jo diselitkan sedikit nasihat sambil mengusap rambut anak lelakinya setelah merasai keenakan kopi buatan YoungMin yang ketika itu baru berusia tujuh tahun. 

Jo YoungMin memang berbakat, awalnya dia hanya membancuh serbuk kopi yang sedia ada dengan cara tersendiri. Namun, lama kelamaan dia semakin berani melakukan eksperimen bagi mencipta serbuk kopi hasil air tanggannya sendiri. Hasilnya, dia sering mendapat pujian yang melambung dari setiap bibir yang telah merasai kelazatan kopinya. Berkat pujian-pujian tersebut, maka terbinalah satu impian yang cukup gah. 

“YoungMin nak buka kedai kopi eksklusif jenama YoungMin sendiri dan jenama kedai kopi YoungMin sangat terkenal seantero dunia. Nanti, cakap saja nama Jo YoungMin semua orang dalam dunia ni kenal dan tahu bahawa YoungMin lah pembuat kopi yang terkemuka di alam semesta ni.” Terang YoungMin dengan penuh semangat dan sungguh jelas mengenai impiannya yang sangat luar biasa itu.

Namun dalam dunia realiti ini tiada apa yang boleh dikecapi dengan mudah. Segalanya harus mengharungi susah senang, pahit manis dan suka dukanya. Senang cakap segalanya perlu usaha. Bak kata pepatah 'Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang'.

Oleh itu, YoungMin telah berusaha keras demi mencapai impianya. Dia telah menjadi seorang yang sangat berani untuk menghadapi sebarang dugaan dan risiko terhadap pilihanya. Sebagai bukti, dia berani melakukan pelbagai ujikaji ke atas serbuk kopi bagi mencipta resepi serbuk kopinya sendiri. Jika ujikaji tersebut gagal, YoungMin akan bertanggungjawab menanggung segala yang telah dia lakukan. Dan lain-lain sikap seperti penyayang, sentiasa ambil berat, ceria, pemurah, baik hati, peramah, sentiasa bermulut manis adalah sikap semula jadi Jo YoungMin.

Maka tak hairanlah jika rata-rata gadis yang mengenali YoungMin hanya dari jauh menggangap dia lelaki yang sempurna. Contohnya seperti tiga gadis ini.,

“Cuba teka? YoungMin tolong angkat beg aku tadi! Aku gembira giler!” Ujar gadis pertama, kedengaran sangat gembira.

“Biasalah tu. Hari tu aku nampak dia masuk dalam satu parit semata-mata untuk selamatkan seekor anak kucing yang jatuh kat situ. Walaupun dia comot waktu tu. senyuman dia yang tak pernah lengkang di bibir. Aah~ cair aku!" Beritahu gadis kedua pula yang kelihatan cukup teruja.

"Woa~ jinjayo? Dia caring, berani dan penyayang. Lelaki sempurna!" Sambung gadis ketiga, terus-terusan memuji pemuda itu.

"Ya! Ya! YoungMin datang," gadis pertama memberi amaran. Ketiga-tiga gadis itu senyap dan memerhati sahaja YoungMin yang berjalan ke arah mereka. Sebaris senyuman yang dilemparkan YoungMin kepada mereka cukup membuatkan mereka histeria kemudian menjerit,

"NAE WANG-JANIM!!!"

Itulah anggapan biasa mana-mana gadis yang tidak mengenali dengan lebih dekat anak lelaki tunggal Puan dan Encik Jo ini. Kerana di sebalik sifatnya yang membuatkan dia kelihatan sempurna, terdapat satu sikap tersembunyi yang hanya orang yang betul-betul mengenali dirinya sahaja yang mengetahui. Sikap yang sangat jarang ada pada seorang manusia yang digelar lelaki. Sikap yang boleh buat orang pening kepala memikir untuk mengatasinya. Sikap yang sungguh tidak disangka-sangka.

“Eomma, izinkan YoungMin cari kerja di Seoul." YoungMin yang dari tadi tekun mengurut badan eommanya tiba-tiba meminta izin. Ada udang di sebalik batu rupanya!

“Seoul?! Buat apa cari kerja jauh-jauh? Kat sini kan banyak kerja kosong?” Soal Puan Jo sangat berlapik ingin menghalang niat anaknya itu.

”Omo~jebal eomma... Eomma kan tahu YoungMin nak buka kedai kopi yang terkemuka tapi result exam CSAT YoungMin bukannya bagus sangat, YoungMin confirm tak layak masuk Universiti. Kalau nak masuk kolej, perbelanjaan besar, YoungMin tak nak beban kan eomma dan appa. Lagipun YoungMin ada empat lagi adik yang perlu eomma dan appa tanggung.” Puan Jo yang tidak sanggup melihat wajah YoungMin menagih simpati itu cepat-cepat menutup pandangan dengan berpura-pura seperti sedang baca surat khabar yang sejak azali berada di sebelahnya. Entah surat khabar tahun bila punya, Puan Jo tibai je sebelum membuka mulut.

“Tapi YoungMin, eom-” kata-kata Puan Jo tergantung apabila dia menyedari bahawa YoungMin sudah tiada di sisinya. Hilang dari pandangan. Tanpa membuang masa, Puan Jo bingkas bangun dan pergi ke bilik YoungMin. Namun hampa, YoungMin tiada di biliknya. Puan Jo tidak berputus asa, dia menggiatkan usaha untuk mencari YoungMin di sekeliling rumah.

Masa terus berlalu. Saat berganti saat. Minit berganti minit. Setelah hampir satu jam si ibu mencari, hasilnya masih hampa. Kelibat si anak langsung tidak kelihatan. Puan Jo mula cemas, takt terjadi apa-apa pada anak bujangnya. Lantas Puan Jo berjumpa suaminya.

“Oppa, YoungMin hilang!” Beritahu Puan Jo dengan resah sekali pada Encik Jo.

“Haih... budak ni buat perangai lagi. Jom, jom,” keluh Encik Jo mengenangkan perangai YoungMin sambil menyarungkan jaketnya.

“Eomma, appa nak pergi mana?” Soal anak perempuan sulung mereka, Joy sebaik sahaja melihat ibu bapanya bersiap-siap untuk keluar.

“Oppa kamu hilang. Kami nak pergi cari dia. Kamu duduk rumah jaga adik-adik,” pesan Encik Jo sebelum melangkah keluar meninggalkan kesemua anak gadisnya.

Jam hampir menunjukkan pukul 12:30 tengah malam, namun YoungMin masih tidak ditemui. Puan dan Encik Jo mula berputus asa.

“Kita report polis jelah kalau sampai esok YoungMin tak balik," cadang Encik Jo diterima baik oleh Puan Jo. Mereka pun pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Sedang mereka ingin menapak masuk ke rumah, mereka dikejutkan dengan jeritan anak bongsu mereka iaitu YooJung yang datang dari bilik YoungMin. 

Semua ahli keluarga pun segera bergegas menuju ke bilik tersebut. Jney, anak keempat terus memeluk adiknya apabila dia melihat YooJung dalam ketakutan.

“Waeyo?” Soal anak ketiga, SuJeong dengan ringkas. SuJeong memang garang sikit orangnya.

“YooJung, waeyo? Bagitahu lah unnie." Pujuk kakak sulung mereka, Joy menenangkan YooJung.

“Tadi YooJung nam...nampak ada tangan kat bawah katil,” beritahu YooJung sedikit gagap sambil jari telunjuknya menunding tepat ke arah bawah katil milik YoungMin.

“Tang...tangan?” Jney yang mendengar jelas terkejut.

“SuJeong, cuba tengok bawah katil,” arah Joy selaku kakLong di situ.

“Mwyo? Kenapa SuJeong?!” SuJeong tegas menyoal.

“Unnie SuJeong, pergilah tengok. Unnie kan berani,” desak Jney pula yang masih tidak melepaskan pelukkan erat YooJung.

“Araseo!!” ucap SuJeong dengan nada terpaksa lalu menjeguk ke bawah katil itu.

“Aaaaarghh!” SuJeong juga menjerit seperti YooJung, setelah melihat benda dasyat yang berada di bawah katil itu. Encik Jo dan isteri hanya memerhati kelakuan anak-anaknya dari luar bilik.

“Ada apa?” Soal Jney dan Joy serentak dengan perasaan ingin tahu.

“Yah, oppa!!!” semua mata terbeliak mendengar perkataan 'oppa' dari bibir SuJeong. Kini mereka tahu apakah benda dasyat tersebut.

“Op...oppa? Apa oppa buat kat bawah katil ni?” Joy menyoal penuh kehairanan sementara ibu dan bapa mereka sudah gelak golek-golek di luar bilik.

“Buang masa je kita round satu kampung, rupanya YoungMin ada dalam rumah” keluh Encik Jo lalu menekup muka.

“Yellah oppa ni, buat apa kat situ? Terkejut YooJung!” ujar YooJung disertakan dengan keluhan Jney.

“Oppa... Oppa...” semua orang sudah pening, sakit hati, sakit jiwa, sakit segala-galanya setelah mengetahui YoungMin berada di bawah katil sepanjang hari.

“Dah lah oppa, keluarlah!” arah SuJeong sambil menarik kaki YoungMin.

“Tak nak! Oppa tak nak keluar! Tak nak!!” tegas YoungMin mempertahankan pendiriannya.

“Hish, oppa kenapa ni? Cepatlah keluar!” kata Joy lalu membantu SuJeong menarik kaki abang sulung mereka.

“Tak nak!!! Oppa takkan keluar selagi eomma dan appa tak benarkan oppa cari kerja di Seoul!” YoungMin memegang kaki katil agar dirinya tidak mudah tertarik oleh Joy dan SuJeong.

“Heol? Seoul? Memang patulah eomma dan appa tak benarkan” selamba Jney berkata-kata membalas bicara YoungMin.

“YoungMin, keluarlah. YoungMin tak makan dari siang kan? Kalau YoungMin tak kesiankan eomma, YoungMin kesiankan lah tubuh YoungMin. Keluar ya, nak?” pujuk Puan Jo dengan nada yang sangat lembut.

“Eomma kena izinkan YoungMin ke Seoul baru YoungMin keluar!! Kalau tak YoungMin takkan keluar!! Oppa tak nak keluar!” YoungMin masih lagi dengan pendiriannya yang menyebabkan akhirnya si ibu pun mengikut kehendak anaknya.

Haih... itulah sikap rahsia YoungMin iaitu kuat merajuk! Selalunya orang perempuan je yang kaki merajuk ni tapi kali ni lelaki juga sama. Siapakah yang sanggup bersuamikan lelaki yang kuat merajuk ni agaknya?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~