tell me

we're just married!

Kai membuka sampul surat itu perlahan-lahan. Segala kertas dan gambar yang terdapat didalam sampul surat. Kai kelihatan tidak terkejut melihat gambar yang baru saja dikeluarkan. Sepertinya apa yang dijangkanya malam itu adalah benar. Deana keluar semata-mata untuk bertemu dengan Luhan!

               “Hhmm..apa yang korang berdua tengah main sekarang ni? Apa kata kalau aku join sekaki?” Kai bermonolog sendirian sambil tersenyum jahat. Segala gambar dan dokumen itu diletakkan semula didalam sampul surat . Sebuah laci dibiliknya (bilik tingkat bawah) dibuka lalu sampul surat itu diletakkan didalamnya.

Pintu tiba-tiba dibuka luar. Segera laci tadi ditutup sebelum Kai memandang Chorong.

                 “lunch siap dah. Nak aku tolong kau ke?” soal Chorong dimuka pintu. Segera Kai menggeleng-geleng kepalanya sebelum bangun.

              “ingat aku ni bayi ke sampai nak jalan sendiri pun tak boleh? Apalah! Nana balik tak?” soal Kai dengan nada perlahan. Chorong menggeleng-geleng kepalanya lemah.

              “maybe sibuk kot…” jawab Chorong sebelum berlalu pergi. Kai menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum melangkah keluar.

              “ apa yang kau masak untuk lunch? Bubur?!” tempik Kai terkejut melihat hidangan itu diatas meja. Kepala Kai menjadi target sebelum tangan Chorong mendarat dengan kuat diatas kepalanya.

             “Hei, kalau bahan didapur kau banyak tak kalut! Dah ada benda basic untuk buat bubur, aku masaklah! Lagipun kau tengoklah keadaan kau tu, dah namanya sakit, kenalah makan bubu! Jangan nak banyak cakap, duduk dan makan! Bila Nana balik, aku nak keluar beli barang dapur. Tak boleh harap betul empunya rumah ni!” bebel Chorong panjang sambil memaksa Kai untuk duduk diatas kerusi. Sebuah mangkuk dikeluarkan lalu dengan geram Chorong menyeduk bubur kedalam mangkuk Kai.

             “Laa…masalahnya,, kawan aku nak datang lunch sekali. Takkan nak hidang bubur je? Jatuhlah standard aku..” rungut Kai sambil berpeluk tubuh. Loceng tiba-tiba berbunyi. Segera Chorong berlari untuk membuka pintu.

            “Nana!! Kyungsoo?” jerit Chorong tatkala pintu terbuka luas. Dengan segera Kai merapikan rambutnya sebelum menjemput meeka berdua masuk.

 

Kai menarik muncung panjang melihat yang lain menikmati Chicken Chop sedangkan dia hanya menikmati semangkuk bubur yang dimasak oleh Chorong!  Cis, memang tidak,tidak, tidak adil! Chicken Chop yang sepatutnya miliknya pula sesedap rasa dinikmati oleh Kyungsoo? Pandangan Kai mula beralih pada Kyungsoo dengan pandangan tajam.

            “nak sikit ke? Alolo…kesiannya kawan kita ni!! Jangan harap! Cepat makan, banyak benda aku nak bincang fasal projek mega kita!” dengan laju Kyungsoo menyuapkan ayam itu kedalam mulutnya. Deana mengerling kearah Kai dan Kyungsoo.

            ‘manalah aku nak tahu Kyungsoo nak datang rumah. Sebab tu aku beli 3 je chicken chop.’ Rungut Deana dalam hati. Faham sangat dengan peragai dengki Kai!

           Segera Deana memotong sebahagian besar ayamnya lalu diletakkan didalam mangkuk bubur Kai yang duduk disebelahnya. Kai hanya memandang ayam yang selamat ‘mendarat’ didalam mangkuknya. Dalam kepalanya,terancang satu prank untuk Deana.

Pinggan ayam Deana dipegangnya lalu dengan cepat mangkuknya ditukar dengan pinggan ayam Deana. Tidak dilupakan, ayam yang berada dalam mangkuknya turut diambil dan dimasukkan kedalam mulutnya sendiri. Deana merenung Kai dengan pandangan tajam.

                “apa?” soal Kai dengan mulut yang penuh. Deana mengetap bibir sebelum menyuap sisa bubur Kai kedalam mulutnya dengan laju.

 

Deana merenung Kai yang sibuk berbincang dengan Kyungsoo soal kerja mereka manakala tangannya laju sahaja mengelap meja makan dengan kain buruk. Haishh..tengah cuti sakit pun kena kerja ke? Tiba-tiba Chorong menyondol bahu Deana sambil mengajaknya keluar. Deana akur lalu terus meninggalkan kerjanya dan ikut Chorong keluar.

                 “masuklah…” segera Chorong masuk ke tempat duduk pemandu keretanya.

                “kita nak pergi mana ni?” soal Deana sambil masuk kedalam kereta Chorong. Chorong hanya tersenyum kearah Deana sebelum menjawab soalannya.

                “kita nak pergi supermarket!” jawabnya riang. Deana tersengih sebelum masuk kedalam kereta Chorong.

 

Deana menolak troli perlahan mengikut Chorong dari belakang. Banyak betul barang yang dibeli oleh Chorong.    Tapi kebanyakkannya ialah barang dapur. Tiba-tiba memorinya membeli  barang dapur bersama Kai bermian difikirannya . Sememangnya Deana akui dia amat merindui situasi sebegitu. Tapi apakan daya secara tiba-tiba Kai menjadi dingin.              

              “nana.. berangan la tu. Haish, sos cili di rumah kau dah habis ke belum?” soal Chorong sambil memandang rak sos cili dibahagian kirinya.

               “Huh? Urr…umm…rasanya ada lagi kot.” Jawab Deana kelam-kabut akibat terkejut dijerkah oleh Chorong. Chorong mengangguk lalu terus berlalu pergi dari rak sos.

               “Nana,  janji dengan aku yang kau tak marahkan aku bila aku tanya satu soalan. Janji?!” tiba-tiba Chorong berjalan kearah Deana dan berdiri disebelah Deana.

              “apa dia? Aku tak marahlah..” jawab Deana sambil menolak trolinya perlahan-lahan.

              “actually…kau dengan Kai ada masalah erk?” soalan yang keluar dari mulut Chorong menyebabkan Deana terhenti. Deana berdiri kaku sambil memengang trolinya erat.

             “ a..ap..apa yang kau merepek ni? Tak adalah..” pintas Deana lalu terus menolak trolinya laju. Dengan pantas Chorong mengejar Deana sebelum menghalang Deana.

             “aku bukannya nak busybody dalam hal rumah tangga korang. Tapi aku rasa, mesti ada kaitannya dengan aku. Lagipun korang berdua dah banyak tolong aku. Aku tak naklah pula merosakkan rumah tangga korang hanya disebabkan oleh kehadiran aku dalam rumah korang. Please, bagitahulah aku perkara sebenarnya…maybe sedikit sebanayk aku boleh tolong ke?” tangan Deana digosoknya lembut sambil menayangkan wajah simpati.

               Deana melepaskan keluhan yang berat.

              “boleh kita singgah di mana-mana café? Sambil kita minum petang, aku akan ceritakan perkara sebenar.” Deana sudah tiada pilihan. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mengembalikan kebahagian dalam rumahnya.

 

Deana menghirup teh panas perlahan-lahan sebelum membuka mulut.

                “ Yang sebenarnya, kami pun senasib dengan kau Chorong.” Deana berjeda sebentar sebelum satu keluhan dilepaskan.

               “maksud kau apa ni?”

               “perkahwinan kami pun atas permintaan parents kami, Chorong. Kami tak ada pilihan lain selain terima saja walaupun semua itu ambil masa 3 bulan untuk aku fikir masak-masak. Pada mulanya aku cadang dengan Kai untuk kahwin kontark je. Genap setahun, cerai. Namun Kai tak benarkan. Alasan dia, tak nak jadi duda terlalu awal. Rumah tangga kami hanya bergantung pada keadaan je. Sejak Kai jatuh di tempat kerja, dia berubah. Langsung tidak sama dengan Kai yang lama. Nada dia dingin saja apabila bercakap dengan aku.” Deana bejeda sambil berpaling kebelakang lalu air mata yang berjurai dikesatnya secepat yang mungkin.

                “bila aku tanya dia kenapa, ada je alasan dia nak elak dari menjawab soalan aku. Maybe kau pun perasan kan masa makan lunch tadi?” soal Deana sambil mengesat air matanya apabila berpaling kebelakang. Tidak mahu Chorong melihatnya menangis.

                 “Ya. Aku perasan tu. Sejak korang balik kerumah korang aku dah perasan semua tu, Nana. Masa tu aku tak berani nak tanya. Tapia pa yang dia buat masa lunch, tu memang obvious sangat! Kau ada buat dia marah ke, Nana?” soal Chorong lembut sambil menghirup tehnya. Deana menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

                     “aku tak tahu Chorong. Takkan dia jealous dengan Myungsoo ataupun Kyungsoo, kawan baik dia? Hanya mereka berdua yang aku jumpa setakat ni.”

Luhan? Takkan pernah disebutnya sebab layanannya terhadap Luhan dengan L&D.O adalah berbeza. Sama sekali berbeza.

                      “ tak,tak…aku tahu Kai bukannya seorang yang  cepat berburuk sangka. Mesti…kau ada rahsiakan sesuatu dari aku kan? Nana…cerita ajelah semuanya…please!" pujuk Chorong manja. Deana terdiam.

                      'nak cerita segala-galanya ke?'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!