time to draw our house~

we're just married!

Mrs. Eunbi  tersenyum melihat dua insan yang berdiri dihadapan pintu rumahnya.

       “Balik juga korang ye…Mama rindu dengan korang…Bilik untuk korang Mama dah siapkan. Bik, tolong angkat beg diorang masuk kedalam bilik tetamu ye!” tempik Mrs.Eunbi member arahan. Dengan segera bibik yang dimaksudkan terus keluar dan mengambil beg pakaian Deana dan Kai didalam bonet kereta Kai.

        “La…susah-susah je mama kemaskan bilik untuk kami…Lagipun Nana ok je tidur kat mana-mana…” jawab Deana dengan penuh kemesraan. Terus Mrs.Eunbi menarik Deana masuk kedalam rumahnya. Kai hanya mengekori mereka berdua dari belakang.

        “tidur dalam kandang kuda pun Nana selesa, ma…” sampuk Kai nakal. Deana merenung Kai dengan pandangan tajam. Biadap betul!

         “Ish kau ni! Malam ni mama letak kamu dalam kandang kuda baru tahu!” cubitan ketam terus hinggap keatas perut Kai tanpa belas kasihan.

         “E’eh…sakit…sorry…melawak je..”

Mrs.Eunbi merenung Kai tajam sebelum melepaskan cubitan berbisanya. Deana tersenyum jahat melihat layanan Mrs.Eunbi terhadap Kai.

           “tahu sakit! Dah, sekarang ni korang dah buat kepuusan nak tinggal dimana selepas ni?”

Soalan cepumas! Deana dan Kai terkelu. Tak sangka begitu awal Mrs.Eunbi menanyakan soalan sebegitu.

          Kai menyiku Deana perlahan, “bagitaulah mama!” bisik Kai keras. Deana tersenyum sumbing apabila Mrs.Eunbi memandang mereka berdua pelik.

         “Urr..ma, sebenarnya kami rancang nak beli rumah sendiri lepas ni…boleh tak?” soal Deana teragak-agak.

         “La…kenapa tak tinggal dengan mama je? Rumah ni bukan ke cukup besar untuk korang tinggal sekali?”

Deana mengaku memang besar rumah banglo milik keluarga Kai. Malah kalau sumbat berpuluh-puluh orang pun muat!

          “Ur…sebenarnya kami nak adil..lagipun omma pun cadang kami tinggal bersamanya…” giliran kai pula menjelaskan segala-galanya. Mrs.Eunbi kelihatan kecewa dengan jawapan Kai.

         “kalau macam tu…kamu berdua tinggallah bersama mama sementara nak beli rumah baru…boleh kan?” Mrs.Eunbi masih lagi memujuk.

         “Mama segaja beli rumah besar-besar agar semua anak-anak mama dapat tinggal bersama dengan mama bila sudah berkahwin. Kan senang mama nak jumpa cucu-cucu mama? Tapi tengoklah…kakak-kakak kamu semua keluar bila sudah berkahwin. Nanti bila kamu berdua pergi, tinggallah mama dan papa je disini..Hai, apalah nasib…?”

Deana meneguk air liurnya yang kelat. Adeh, drama sudah bermula! Nak jadi watak apa dalam babak sedih ni?

           “ma, sebenarnya, nenek Nana suruh kami berdua tinggal bersamanya sementara rumah baru hendak siap…sebenarnya…” Deana menggaru-garu kepalanya. Rasa bersalah pula nak cerita semuanya tapi apa boleh buat? Terpaksalah buka mulut juga!

Mrs.Eunbi mengangguk-ngangguk kepala apabila mendengar penjelasan dari Deana. Walaupun hatinya berat untuk melepaskan anak dan menantunya, tapi apa boleh dia lakukan?

           “takpelah…mama izinkan…tapi dengan syarat! Setiap hujung minggu kena datang sini ok!” pipi Deana dan Kai dicubit manja. Deana dan Kai segera menganggukkan kepala mereka. Malas nak susun alasan lagi!

 

Deana membuka pintu bilik yang dimaksudkan oleh pembantu rumah yang lengkap beruniform. Setelah mengucapkan terima kasih, terus Deana masuk kedalam bilik yang serba mewah.

          “huhu…cantik giler bilik ni…entah berapa banyak duit yang mama belanja untuk bilik ni saja kan?” rungut Deana sebelum menghempaskan tubuhnya diatas tilam bersaiz King dengan kuatnya.

       “Huhu…tak reban! Ahh…my dream room!!” jerit Deana teruja.

       “Kau suka sangat ke dengan bilik ni?” entah bilalah Kai, masuk memang Deana tidak tahu. Terus Deana bangun lalu terus duduk dengan penuh sopan. Rambutnya yang kusut terus dirapikan.

       “Bilik ni? Hhmm…boleh tahanlah..kenapa? nak buat bilik I sebiji macam ni ke?” peril Deana dengan nada menjengkelkan.

       “well, kalau kau nak, aku boleh buat di rumah baru kita nanti~” jawab Kai sambil membuka jaketnya.

       “Ha, cakap fasal rumah, kau dah beli ke?”

Kai memandang Deana teruja. ‘amboi, tak sabar sangat ke?’

       “actually…..belum lagi…nak bincang dengan papa dulu. Kalau boleh, aku nak buat plan sendiri untuk rumah kita..amacam? bunyi bagus tak?” sebagai seorang arkitek yang berkaliber, haruslah menggunakan bakat yang ada kan?

       “seriously awak nak lakar sendiri? Wow, baguslah! Boleh tak aku cadang sikit untuk rumah kita nanti?” Deana terus bangun dan berdiri dihadapan Kai dengan menayangkan wajah polos, nak meraih simpati~

       “Oklah…malam ni kita lakar sama-sama nak?”

Dengan segera Deana mengangguk laju. Seronok tak terkata! Nasib baik dapat suami yang serba boleh macam Kai ni!

 

Kai membentangkan kertas putih yang besar diatas meja kopi didalam bilik mereka. Deana hanya memerhati dengan penuh gembira.

        “Ok, kita start dengan ruang tamu dulu!” dengan bersungguh-sungguh Kai mula melakar seperti mana yang berada dalam kepalanya.

        Deana hanya menjadi pemerhati. Nak sampuk, tapi dia bukannya arif soal lukis-melukis. Sesekali, Deana menyampuk, “ni apa?” soalnya sambil menundingkan jarinya pada lakaran yang kelihatan pelik.

         “Ni ke? Ni untuk kolam ikan. Cantik kan?”

         “awak nak letak ikan apa dalam kolam tu? Pelik betul imaginasi awak. Tetiba je ada kolam ikan dalam rumah..” rungut Deana manja.

         “awak tak suka ke dengan kolam ikan ni? I cadang nak letak ikan Koi and ikan Guppy. Ditengah-tengah klam ini terdapat satu kaca yang mengalirkan air kolam ini…amacam?”

Deana mengangguk laju. Sememangnya Deana suka dengan idea gila-gila Kai.

        “Ahh…kenapa bilik aku lagi kecil dari bilik kau?!” rungut Deana apabila perasan lakaran untuk biliknya kelihatan agak sempit berbanding dengan lakaran bilik Kai.

        “Laa…walau lama macam mana pun….awak tetap kena pindah ke bilik aku juga kan? So, bilik ni just untuk bagi kau masa  je…well…kau tahulah. Bilik ni bukannya akan jadi milik kau selama-lamanya pun! Amboi, dah rancang tak nak sebilik dengan aku erk?” rungut Kai geram. Deana memuncungkan bibirnya apabila ditegur sedemikian.

          “Hah, disini boleh tak awak buat lengkuk keluar sikit? I cadang nak buat tempat untuk letak telefon rumah. Hah…disini pula…” 2 jam berlalu, namun mereka berdua langsung tidak sedar akan masa yang cepat berlalu.

 

Mrs.Eunbi mengetuk pintu bilik itu berkali-kali tetapi empunya bilik langsung tidak beri sebarang reaksi.

        “Takkan tak bangun lagi dua orang tu?” perlahan-lahan Mrs.Eunbi membuka pintu bilik lalu menjenggukkan kepalanya kedalam bilik itu. Sunyi~

        “E’eh…sedapnya tidur? Entah pukul berapalah diorang tidur? Malam tadi bukan main lagi duk terkekek-kekek!” rungut Mrs.Eunbi sambil membuka tirai pada bilik itu. Sekelip mata saja sinar mentari berjaya menerangi bilik itu.

Deana dan Kai mula terpisat-pisat bangun akibat silauan sang mentari.

         “Bangun cepat! Papa tengah tunggu korang berdua untuk bersarapan sekali…” pesan mama sebelum keluar dari bilik mereka.

Deana termangu. Kai tidur sekatil dengan dirinya lagi? Haishh…ingatkan Kai nak lari bilik lain…Tapi nasib baik Kai tidak melakukan perkara yang tidak diingini malam tadi! Kalau tak, rasakan penangan sulung Deana!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!