nenek?!

we're just married!

Deana mengeliat malas apabila tiba-tiba seseorang menariknya masuk kedalam dakapannya. Fuh…selesanya! Deana terus sambung tidur semula didalam dakapan itu.

1,2,3,4,5 saat. Mata Deana terus terbuka celik. Dengan cepat Deana meloloskan diri dari pelukan si dia. Kai?

      “amboi…sesuka hati je tidur sebelah aku and peluk aku? Ingat aku ni bantal kekabu dia ke? Bangun sekarang!!amboi….sedap tidur?” peril Deana apabila Kai mengeliat malas.

      “Hhmm…” terus Kai sambung tidur semula. Nampak gaya macam tak nak bangun je?

       “what everlah! Tapi aku cadang baik kau bangun sebelum appa aku naik. Nanti dia ketuk pintu, reban nanti!” pesan Deana sebelum masuk kedalam tandas.

       “Hhmmm..” jawapan yang sama saja Kai berikan.

      

Dengan laju Deana mengatur langkah turun kebawah dan terus duduk disebelah ommanya untuk  menikmati sarapan pagi bersama.

      “mana Kai?”

Deana tersengih meluat, “tak bangun lagi…bukan main liat dia nak bangun! Penat Nana nak gerak dia~” keluh Deana sambil menyapu jam coklat diatas rotinya.

       “e’eh budak ni…bertuah betul tinggal Kai macam tu je..!” terus roti yang sudah siap disapu Deana dirampas oleh ommanya.

       “pergi panggil Kai. Selagi dia tak turun, Nana tak boleh makan!” tubuh Deana ditolak ketepi dengan kasar.

        “ala..omma, bukan Nana tak gerak dia pun…dah berlepuh mulut Nana ni nak bangunkan dia…” rengek Deana manja.

        “sorry lambat…malam tadi tidur lambat~” tiba-tiba Kai memunculkan diri dengan segak mengenakan T-shirt Polo berbelang-belang. Terus Kai duduk disebelah taehyung, berhadapan dengan Deana.

        “tidur lambat? Kenapa, Kai tak boleh tidur ke malam tadi?”

Kai tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

         “Kai tak biasa sebenarnya…” jawab Kai sambil menyendok nasi goreng kedalam pinggannya. Deana mencebik meluat, ‘tak biasa konon…petang hari tu rileks je tidur sebelah aku? Saja bagi alasan tak munasabah!’

           Kai memandang Deana lalu tersenyum jahat. Deana tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh senyuman itu. Terus Deana menikmati sarapannya tanpa mengendahkan Kai.

Kai sudah panas hati. Terus kaki Deana dipijaknya. Apa lagi, terjeritlah Deana akibat terkejut.

          “kenapa pula tetiba je nak menjerit gila-gila pagi ni?” tegur appanya dengan wajah serious. Deana tersengih sumbing.

             “hehe…nothing…” jawab Deana sambil memandang Kai dengan pandangan yang menjengkelkan.

           ‘mamat ni pasal pa nak kacau aku? Bagi kang?’ terus kaki Kai ditendang Deana kuat, menyebabkan kali ini Kai pula yang terjerit.

           “appa, omma. tengok Nana ni…tendang kaki Kai!” rungut Kai jujur. Deana terlopong. Mampus!

          “Nana! Jangan nak main-main dpena rezeki!” pesan appanya serious. Taehyung menahan tawanya apabila melihat wajah cemberut Deana akibat dimarah oleh appa.

         “kenapa Nana sorang je kena marah? Kai yang mula dulu ..tadi dia yang…” belum smepat Deana menghabiskan ayatnya, Kai terus menyampuk.

          “appa, omma. Kami berdua dah bincang malam tadi. Kami nak buat keputusan nak pindah ke rumah sendiri. Boleh tak?”

Deana terlopong. Baru teringat akan perbincangan mereka semalam.

 

Malam tadi…(flashback)

Kai mengeluh melihat Deana yang langsung tidak mahu beralah untuk mengambil selimut untuknya. Nampaknya mati kesejukkanah pengantin baru ni!

         “Ok,  aku lepaskan kau..tapi kau kena janji dengan aku something. Boleh tak?”

Deana membuka matanya. Terus tubuhnya berpaling menghadap Kai yang masih terduduk dibawah.

             “apa dia?”

             “esok pagi, kau beritahu parents kau yang kita akan pindah ke rumah baru. Rumah untuk kita berdua je.OK?”

Deana termanggu, “guna pitis siapa untuk beli rumah baru?”

Kai tersenyum jahat, “kaulah!” tempiknya sambil menarik hidung Deana kuat.

               “Kalau macam tu aku tak nak! Aku ni bukannya kaya macam bapak kau..” keluh Deana perlahan.

                “Haishh…melawak je pon tak boleh? Duit akulah…yang pastinya sekarang, tugas kau hanya perlu pujuk parents kau untuk setuju je,OK?”

Deana mengangguk laju. Siapa tak nak rumah baru?

                “alright!!” jerit Deana teruja lalu terus menggulung tubuhnya dengan selimut itu dan kembali ke tempat pembaringannya yang asal.

(end of flashback)

Deana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa bersalah pula tak tunaikan janji.. Kai memandang Deana penuh perasaan geram.

              “Hehe…lagipun kami nak privacy sikit..betul tak honey?” acting dimulakan sevara automatiknya!

Kai mengangguk laju.

             “ala..tapi rumah ni banyakkan bilik kosong.  Tinggal ajelah dengan kami…nanti pasti rumah ni sunyi je bla korang berdua pindah..tak payahla ya?” pujuk omma Deana manja sambil memeluk Deana manja.

Kai sudah mati akal.

             “Pindah je! Nenek bagi!!” tiba-tiba ruang makan digegarkan dengan suara perempuan tua.

             “MAKK!!”

 

Ruang makan bertukar sepi. Nenek Deana duduk ditempat appanya dan menikmati juadah sarapan manakala yang lain teragak-agak hendak menyuapkan nasi kedalam mulut. Kai berasa hairan dengan suasana tegang ini.

           “Ok, so kira semalamlah majlis perkahwinan Deana dan kau kan?”

Kai terkelu apabila nenek Deana yang berwajah begis mula memandangnya serious.

            “A…aa..ya…nek” jawab Kai tergagap-gagap.

              “Hei, cucu menantu aku ni gagap ke? Cuba jawab dengan penuh gaya lelaki sikit!” tegur nenek Deana tegas. Kai menagngguk laju.

               “Ya nek. Semalam majlis kami..” jawab Kai semangat.

             “Haa…barulah betul!  Nasib abik kau ada rupa, kalau tak la ni juga aku nak kau ceraikan cucu aku ni…” tegas betul nada yang digunakan oleh nenek deana.

             “mak, actually Kai ni anak Kim Eunbilah…” sampuk appa Deana perlahan. Nenek terkejut. Terus tubuh Kai ditariknya masuk kedalam dakapannya.

             “Laa…yeke? nasib baik kamu kahwinkan Nana dengan dia juga! Bagus,bagus! Oklah. Sekarang ni mak nak cakap sikit dengan korang berdua.”

Parents Deana mula tersedak.

              “Hei, belum apa-apa lagi dah tersedak? Mak nak tanya kenapa tak tunggu mak balik dulu baru langsungkan majlis Deana? Saja kan pinggirkan mak? Tu pun nasib baik mak terbuka account Wassup mak. Tu cepat-cepat mak balik dari Sabah, Malaysia tu!”

Parents Deana terkelu.

              “actually mak, bukan ke kami dah beritahu mak  bulan lepas lagi sebelum mak bertolak kesana?”

Nenek Deana terkelu. “ye ke? Mak terlupa…hah, kamu pun tahu yang mak ni pelupa, tapi kenapa tak pesan awal-awal sebelum mak pergi Sabah?”

Omma dan appa hanya mengangguk perlahan. Faham sangat dengan peragai yang nak menang je.

            “Ok, selesai. Nana! Kenapa tak minta omma kamu tangguh dahulu majlis perkahwinan kamu? Chichah, nenek memang sangat-sangat sedih dengan kamu…Nana dah lupakan nenek ke? Sampai hati Nana pinggirkan nenek untuk hari terpenting Nana?” nada kesal jelas kedengaran.

           Deana serba salah, “nenek, Nana minta maaf…Nana dah tanya omma kenapa nenek tak datang tapi omma pun tak tahu…” jawab Deana perlahan sambil menundukkan wajahnya. Tak berani nak mengangkat wajahnya.

            “ Hhmm..benda dah jadi..tapi nenek takkan lepaskan korang berdua macam tu je! Nenek ada denda untuk korang berdua sebagai akibat meminggirkan nenek!”

Seluruh isi rumah terus memandang nenek dengan pandangan yang curiga.

 

Loceng yang berdering berkali-kali memang memanaska ati penghuni rumah itu. Dengan cepat Mrs.Eunbi berjalan laju menuju kemuka pintu dan membuka pintu rumahnya dengan luasnya.

          “kau siapa nak datang sini pagi-pagi macam ni? Ganggu orang nak bersarapan je!!” tempik mama Kai garang apabila melihat perempuan muda dihadapannya. Langsung Mrs.Eunbi tidak mengenali perempuan itu.

           “auntie, saya ke sini hendak berjumpa dengan Kai oppa. Dia ada tak?” soal perempuan muda itu dengan manja.

             “dia tak de…boleh auntie tahu kamu ni siapa?”

 Perempuan muda itu tersenyum, “anyeong, saya Krystal. Jung Krystal.”

               “Hangul please…tak nak ambil tahu nama English kau!” bentak Mrs.Eunbi dingin. Krystal terkejut apabila dilayan sedmikian.

               “ Ahh…Jung Soo Jung…maaflah saya baru balik dari rumah parents di San Fransisco…tu yang terbiasa dengan nama Krystal. Auntie masih tak jawab soalan sayalah…Kai mana?”

               “Dia ada kat rumah isteri dia…” jawab Mrs.Eunbi tanpa berlapis. Seperti yang dijangkakan, sememagnya Krystal kelihatan terkejut dengan jawapan omma Kai.

              “Dia…what?”

             “Yes…100% correct! Dia baru ke kahwin, so auntie rasa baik Krys…ur, Jung Soo Jung balik sekarang…and, auntie kesian dengan kamu sebab ditinggalkan macam nni…Alolo..kesiannya!”

PANG!! Terus pintu ditutup kasar. Krystal termanggu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!