hampehh!

we're just married!

Deana terkedu. Tak tahu nak berlakon macam mana sekarang. tak pernah terduga yang Luhan akan muncul waktu-waktu macam ni!

Jantung Luhan berdebar melihat Deana yang lengkap dengan dress pengantin. Dalam hati, dia mengakui yang Deana amat cantik sekali dengan dress itu. Perlahan-lahan Luhan berjalan dan menghampiri Chorong.

    "awalnya you sampai? boleh tunggu dalam 15 minutes more? Hah, kenalkan, inilah lelaki yang kau nak jumpa sangat Kai! my husband"

    "urr..anyeong..Xiao Luhan,"

    'Luhan? macam pernah dengarlah...mana erk?' bisik Kai sebelum memperkenalkan dirinya pula.

    "anyeong, Kim Jongin. Tapi boleh panggil Kai je...ni pula bakal isteri aku, Kim Deana!" terus tubuh Deana ditarik Kai, menyebabkan Deana terdorong untuk berdiri dekat dengan Kai. Tangan Kai terus memanjat keatas pinggang Deana dan deana hanya membenarkan.

     'masa inilah yang paling sesuai!' bisik hati Deana dengan penuh dendam.

Terus Deana tersenyum dan memeluk pinggang Kai balik. Walaupun Kai agak terkejut, namun acting tetap dijalankan!

     "oohh..." jawab Luhan ringkas sambil memandang Deana lama. Deana sudah tidak boleh duduk diam.

     "kenapa kau tengok aku macam tu, Luhan? kenapa, aku cantik sangat? well,, I dah bagitahu you yang I ni memang cantiklah darling!" dengan penuh manja Deana terus menolak Kai lembut sambil tertawa kecil. Apabila ditegur sedemikian, terus Luhan mengalihkan pandangannya. Perlahan-lahan Luhan mengatur langkah dan berjalan kearah sofa putih.

     'dia akan berkahwin...apa patut aku buat?'

      'kejap...bibir dia luka! takkan aku nak tanya pula kenapa dengan bibir tu? memang cari fasallah!' bisik Deana dalam hati.

Setelah berbincang akan harga yang ditawarkan, akhirnya mereka setuju untuk mengambil juga set baju pengantin tadi.

     "Oklah..sebenarnya kami berdua nak kena balik Busan sekarang...mak aku sakit disana..esok kita jumpa lagi ok..anyeong!!" terus tangan Luhan ditarik Chorong dan mereka berdua terus keluar dari butik itu.

     "kesian Chorong...sanggup siapkan kerja dulu sebelum balik kampung.." keluh Kai, prihatin terhadap kawannya.

     Deana hanya mendiamkan diri. Hanya memandang Luhan keluar dari butik. Tiba-tiba Luhan berpaling kearahnya, dengan wajah yang penuh makna. Deana terkejut.

      'tidak!! aku takkan jatuh ke tangan kau lagi Luhan!!' jerit Deana dalam hati lalu terus memandang Kai yang sibuk membuat pembayaran.

 

Akhirnya, hari yang amat-amat dinanti-nantikan tiba juga. Para tetamu mula hadir dan menikmati juadah yang disediakan. Sememangnya dewan hotel SM yang gah ini amat cantik sekali dengan tema 'Garden'. Pada awalnya, kedua-dua pihak bersetuju hendak mengadakan majlis di taman, baru nampak realistik. Namun, ekoran cuaca yang tidak menentu pada waktu ini, akhirnya mereka memutuskan untuk mengadakannya di hotel SM.

     Irene menepuk belakang Deana buat sekian kali.

     "Yah..aku dah berita kan, jangan menggelabah...rileks je...tengok, sekarang kau dah berpeluh! habis mekap kau ni..nak berapa kali aku kena tacap ni?" bebel rakannya merangkap juru mekapnya. Deana tersengih sebelum memandang Irene.

     "siapa tak gemuruh dengan hari sebegini? kalau kau gemuruh juga nanti bila kau kahwin, aku tembak kau!" gurau Deana sambil membuat aksi menembak kearah Irene. Sememangnya Deana amat rindu akan rakannya ini kerana Irene terpaksa berpindah ke L.A sebaik saja habis SPM. ADa bakat katakan..ramailah yang nak tawarkan pengajian!

      "Ok,ok...tapi janganlah teruk sangat! habis comot mekap kau! kau nak ke hari terpenting kau ni cacat? tak kan?...so, chill down..try dengar lagu rancak ke.." cadang Irene sambil membetulkan mekap Deana semula.

      "takpe! biar aku buat!" jerit Yoona gembira lalu terus memainkan lagu Mr.Mr dari handphonenya.

Sebaik saja lagu dimulakan, terus ketiga-tiga insan itu menyanyi lirik lagu itu sekuat hati yang mungkin.

      "AMboi!! ceria semacam je..sampai ke bilik mama dengar suara kamu bertiga!" tiba-tiba pintu bilik terbuka dan terjengol kepala omma Deana disebalik daun pintu.

       "auntie...! tengok Nana ni, berpeluh..habis mekap dia!" rungut Irene sambil menayang wajah meraih simpati.

       "Nana!! serious sikit....takkan nak set aircond ni bersuhu 0 darjah celcius, baru kamu stop berpeluh teruk macam ni? Kamu pergi mandi lain!"

       "What?ma...malaslah..."

      "sekarang!! mama tak nak pengantin hari ni berbau masam! lagipun Irene baru je sapu foundation! bukannya dah siap pun mekap kamu! sekarang!! nanti lambat pula majlis nak start!"

 

Deana gugup. Tangan sahabatnya digenggamnya erat.

     "Nana..tahulah takut...tapi janganlah nak cengkam tangan aku macam ni..sakitlah!" rungut Yoona dan Irene mengiakannya.

      "ohh..ye ke? sorrylah...aku takut gila ni! Lagi takut dari majlis akad nikah tadi!" bebel deana sambil mengusap-usap tangannya yang sejuk beku.

      "Rileks je...ni hanya majlis bersanding je..kau hanya perlu berjalan dengan Kai kearah pelamin, duduk, fotoshoot, tegur sapa dengan tetamu and then habis! simple je..." pesan Irene sambil mengusap-usap belakang Deana lembut.

       "cakap senang! cuba kalau aku tersadung ke, terbersin ke, gatal ke..." belum sempat Deana menghabiskan ayatnya, ommanya terus memotong.

       "jangan nak cakap bukan-bukan Nana! dah..jom turun..kamu dah lambat 5 minit ni!" terus omma menarik tangan Deana, Irene dan Yoona masuk kedalam lif.

 

Kai merenung jam tangannya buat sekian kali. Peluh mula membasahi wajahnya dan D.O terus mengelap peluh itu dengan sapu tangan yang dikhaskan untuk mengelap peluh sahabatnya.

       "apa kau ingat aku ni hamba kau nak lap peluh kau? rilekslah...perempuan memang macam tu...nak mekap bagai..renyoh!" bebel D.O yang dari tadi setia berdiri dengannya.

      "Itu aku tahu D.o, tapi dia dah lambat 5 minit! berapa lama aku nak tunggu dia kat sini? panaslah kat sini..." rungut kai smabil mengipas-ngipas tubuhnya dengan kad jemputan yang ditinggalkan diatas meja. Sememangnya diluar dewan agak panas kerana aircond yang tersedia terhad.

      " Hish..kau ni..banyak mulutlah..senang tak payah kahwin! kan senang?"

     "amboi kau...senang cakap? bagi kang!" D.O tersengih. peragai masih macam dulu!

Tiba-tiba mereka berdua dikunjungi oleh Chorong yang cantik mengenakan dress putih labuh. Tapi taklah sampai meleret...nanti orang kata apa pula...wedding planner yang melebih!

      "Kai, mana Nana? AKu call dia tapi tak angkat...walkie talkie Yoona pun tak dapat ni!" di wajah Chorong jelas menunjukkan yang gadis itu resah.

[mana nk dpt ber-walkie-talkie dgn Yoona skarang sbb diorang dlm lif]

       " mana aku nak tahu..aku hanya ikut je segala plan yang kau buat...sepatutnya aku yang kena tanya kau mana Nana? apalah..hempuk kang.." Kai cuba mengacah tetapi Chorong langsung tidak beri sebarang reaksi.

       "bukan masa yang sesuai dengan lawak bodoh kau ok!" tempik Chorong sebelum menghilangkan diri. Mencari pengantin perempuan barangkali.

Tak sampai beberapa saat, Chorong muncul semula dengan wajah yang cuak.

       "cepat bersiap sedia Kai!!" jerit Chorong kelam-kabut. Dibelakang Chorong, Kai dapat lihat Deana berjalan dengan laju mengekorinya.

        "Fuh...sorry lambat!" Deana menghela nafas penat. Kai hanya tersengih. 'cantiknya kau Nana!!'

        "well, I ingat you lari tadi..."

Deana memandang kai dengan pandangan yang tajam.'ingat aku ni kejam macam tu sekali ke?'

        "gila ke I nak lari...nilah hari yang paling bahagia buat I ok! pandai pula you buat lawak!" terus tubuh Kai ditolak Deana manja.

        "Alala...manjanya pasangan ni...cepat perbetulkan apa yang kurang..kejap lagi pintu ni nak buka!"

Deana dan Kai kelam-kabut membetulkan baju yang tersarung. Tidak dilupakan, rambut juga ok! Nasib baik rambut Deana hanya diikat sanggul. Just rambut yang dibiarkan lepas diperbetulkan.

       "Hand please?" 

Deana terus menyelitkan tangannya pada lengan Kai dan pintu dibuka. Perlahan-lahan mereka berdua berjalan masuk dengan senyuman yang cantik terukir pada wajah. *malam tadi dah practise siap2 nk senyum mcm mana*

      Para jurugambar sibuk menangkap gambar mereka bertiga dan para tetamu mula menepuk tangan. Puteri-puteri kecil yang berbaris disepanjang karpet merah mula menjalankan tugas dengan membaling bunga ros merah kearah mereka berdua sepanjang mereka berdua berjalan diatas karpet merah itu. Melodi yang dimainkan oleh DJ amat sesuai dengan suasana. Sedikit sebanyak, Deana berasa gembira dengan perkahwinan itu.

    Deana mengalihkan pandangannya kearah Kai yang asyik memangdang kehadapan.

     'aku akan cuba untuk cintakan kau, KAI'

 

Disebalik beratus-ratus tetamu yang hadir pada hari itu, hanya ada seorang tetamu yang berasa cemburu dengan pasangan sejoli itu.

     "cantiknya kau Nana...aku nak sangat tempat Kai digantikan dengan aku! semua yang terjadi bukan disebabkan kemahuan aku Nana...aku terpaksa...tolonglah maafkan aku kalau kau tidak boleh menerima aku semula. Melihat senyuman kau dari jauh cukup menggembirakan aku, Nana..." bisik Luhan dari jauh.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!