jangan main-main!

we're just married!

Deana mengerling kearah Kai yang hanya mendiamkan diri disebelahnya. Hanya memandang diluar tingkap dari tadi.

             “nak makan diluar tak?”

Kai mengalihkan pandangannya kearah Deana sebelum menjawab.

                  “banyak duit nak belanja orang? Kenapa tak ajak Luhan sekali tadi?”

Deana terdiam, “bukannya banyak pun. Salah ke nak makan diluar sekali-sekala? Tak nak sudah, kita makan di rumah je. I yang masak sebab Chorong dan Taemin akan balik malam. Jawab Deana selamba lalu terus membuat U-turn, menuju kearah rumah mereka.

                  “wait,wait! Baik makan diluar. You bukannya pandai masak pun. Nanti cirit seminggu sapa susah?”

                  “amboi!! Janganlah nak perli macam tu sekali…I bukannya bubuh biawak dalam masakan I sampai nak cirit bagai~ Maybe tak sedap sikit je..” ujar Deana lalu terus memusingkan sterengnya kearah kiri.

                   “But I have a question. Kenapa tiba-tiba nak ajak Luhan sekali ni?”

  Kai hanya membiarkan soalan itu tergantung. Deana mengerling kearah Kai sebelum mencubit lengan Kai kuat sambil tangan kanannya setia mengawal stereng kereta.

                 “Sakit~!! Apa ni cubit-cubit orang?! Tsk…saja. Tak boleh? Dia kan kawan kita juga..or maybe lebih dari tu…” jawab Kai selamba. Deana mengalihkan pandangannya kearah Kai.

                “apa you merepek ni?!!” tempik Deana geram.

               “yang you ni kenapa tiba-tiba nak mengamuk tak tentu fasal? I just cakap je…bukannya betul kan? Ke sebenarnya you ada sembunyikan something dari I, right?”

Deana tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Kai. Soalan itu hanya dibiarkan bergantung tanpa jawapan.

 

Deana terbaring lesu. Tiba-tiba pula diserang sakit perut yang amat menyeksakan! Deana memegang perutnya kuat sambil berguling-guling diatas katilnya.

               “kenapa segugut pula…bukan dah lama ke tak kena?!!” rugut Deana sambil cuba menahan sakit.    *para pembaca (P) confirm tau kan betapa peritnya segugut?*

Peluh mula membasahi tubuhnya walaupun air-cond dipasang pada suhu yang amat rendah. Selimut tebal segera diambil dan membaluti tubuhnya yang kesejukkan. Deana cuba untuk tidur namun sakit itu kuat menyerangnya. Dia tiada pilihan selain memaksa dirinya tidur.

                 ‘tahanlah sikit…nanti kau tidur tak rasa dah…’

 

Kai merenung jam yang tergantung pada dinding dihadapannya. Sudah pukul 10 pagi namun suara Deana langsung tidak didengarinya.

                “pelik bin ajaib…sejak bila pula Nana stop menyibuk dalam bilik aku? Selalu waktu-waktu macam ni memang active mulut murai tu berceramah!…” Kai mencapai tongkatnya lalu keluar dari biliknya. Sunyi….bagai tiada penghuni di ruang bawah rumah banglonya. Kai mendongakkan kepalanya keatas, memandang koridor ditingkat atas yang sunyi juga.

               “takkan Nana ikut Chorong dan Taemin pergi main ski pula? Eh, musim panas ada ski ke? Lantaklah!” perlahan-lahan Kai menuju kearah tangga.

               “Nana!! Are you there?!!” jerit Kai sekuat hati namun tiada jawapan. Hanya bunyi suaranya yang bergema ditingkat atas.

               “ini sudah melampau! Keluar tapi tak bagitahu orang!! Nana!!” jerit Kai lagi sebelum berjalan keluar ke garaj kereta.

                “kereta dia ada…nak main hide-and-seek pula ke dengan aku ni?!” bentak Kai sebelum masuk kedalam rumah. Tangannya pantas sahaja menyambar ganggang telefon rumah lalu nombor Deana didail.

               “kenapa tiba-tiba nak call I walaupun I ada dalam rumah ni?” soal Deana dengan nada perlahan sebaik saja mengangkat panggilan telefon dari Kai. Ganggang telefon diletak semula ketempat asal sebelum Kai berjalan dengan laju kearah tangga rumah.

                “Nana!! Buat apa diatas tu? Turun cepat, teman I tengok bola!!”  jerit Kai namun Deana masih membisu. Kai sudah tiada cara lain.

               “siap kau…kau jangan nak cabar aku Nana! Aku naik kejap lagi, siap kau.Aku lumat-lumat juga daging kau nanti!” rungut Kai sambil bersusah payah menaiki anak tangga. Walaupun kaki kanannya sudah tidak perlu disimen lagi, namun sakitnya masih berbisa kalau berjalan tanpa tongkat. ‘Holder’ tangga dipegang dengan kejap, cuba menampung berat badannya melalui holder tangga itu.

Satu persatu anak tangga berjaya dinaiki Kai dan akhirnya Kai berjaya juga tiba ditingkat atas. Perlahan-lahan Kai berjalan kearah bilik Deana yang terletak disebelah bilik ‘ori’-nya.

                “Nana! Jangan nak main-main!!” jerit Kai bengang. Terasa seperti diperbodohkan pula oleh Deana.

Pintu bilik Deana dibuka dengan luas. Kai dapat melihat Deana hanya membungkam didalam selimut tebal sambil merekot diatas katil. Kai berjalan kearah Deana sebelum duduk disebelah Deana. Takkan nak berdiri pula, sedangkan tongkatnya ditinggalkan dibawah!

               “nana! Jangan nak pura-pura tidur pula! Bangun sekarang!!” tempik Kai sambil tanggannya laju sahaja menarik selimut itu dari tubuh Deana.

                “apa ni? Kacau je orang nak tidur..!” rungut Deana perlahan sebelum menarik semula selimut itu dari tangan Kai. Kai terdiam.

            “You…you demam erk?” laju sahaja tangan kai meraba-raba dahi Deana. Tak panas pun…Kai menyelak rambut Deana namun dihalang oleh Deana.

            “janganlah kacau I..I tak laratlah nak layan you. Pergilah main jauh-jauh..” rungut Deana sambil matanya masih terpejam. Kai memegang tangan Deana erat, sejuk!

             “You sakit ke? Cakaplah you sakit apa ni?” soal Kai cemas melihat Deana yang tidak bermaya. Deana tidak menjawab soalan cepumas Kai.

            ‘takkan aku nak kata yang aku ni segugut pula? Habislah rahsia aku…’ rungut Deana dalam hati. Geram pula dengan sikap Kai yang tiba-tiba prihatin bagai.

             “alaa…sakit perut sikit je…dah, I nak”

             “Sakit perut?! Jom pergi klinik sekarang! Nanti merebak siapa susah?!!” jerit Kai sambil cuba menarik tubuh Deana untuk bangun. Deana hanya mampu menarik nafas dalam-dalam melayan kerenah Kai.

            “sikit aje ni…nanti ok….” Jawab Deana lalu terus merebahkan semula tubuhnya diatas katil lalu berpaling membelakangi Kai. Deana cuba untuk memejamkan matanya namun tiba-tiba tubuhnya bertindak balas secara automatic untuk bangun dan berlari kearah tandas. Nak termuntah!

            “Uwekk!!”

Kai menggeleng-geleng kepalanya tatkala mendengar suara Deana yang sedang muntah. Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah tompokan merah yang terdapat diatas katil Deana.

             “apa tu? Darah?!” bisik Kai cemas.

Setelah semua isi-isi yang terkandung dalam perutnya habis dikeluarkan, Deana terus berjalan perlahan-lahan kearah katilnya.

              “You..You luka ke? Kenapa berdarah katil you?!” Kai segera bangun lalu berjalan kearah Deana dengan laju. Deana memandang katilnya yang jelas kelihatan tompokkan merah.

               ‘erk??....mampus aku…macam mana pula boleh bocor?’ rungut Deana sebelum cepat-cepat menarik cadarnya lalu berlari masuk kedalam tandas. Perlu ‘cuci’ seluarnya juga! Kai semakin resah tatkala Deana langsung tidak menjawab soalannya.

               ‘Nana ada penyakit ke? Sebab itu ….dia selalu berjumpa dengan Luhan?’ bisik Kai. Dengan kejap Kai memegang erat tiang katil Deana sebelum terduduk diatas tilam Deana.

               “nana…ceritalah…you ada penyakit kan?” soalan Kai berjaya menggelikan hati Deana. Nak gelak tapi tak ada mood sebab sedang tahan sakit! So, hanya tersengih sebelum kembali berbaring diatas tilamnya setelah keluar dari bilik air dengan seluar baru.

               “janganlah nak merepek. Dah, I nak tidur dulu..”

Kai memandang wajah polos Deana yang sedang melelapkan matanya. Tahu sangat Deana bukannya tidur lagi~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!