new house!

we're just married!

Deana tersenyum gembira tatkala Kai membuka pintu rumah baru mereka. Perlahan-lahan Deana masuk kedalam rumah itu sambil matanya meliar-liar memandang segenap rumahnya.

         “Awak…kolam ikan awak!” jerit Deana gembira sambil menunding jarinya kearah kolam ikan disebelah dinding. Sebiji macam dalam lakaran mereka bulan lepas.

          “Yelah…Amacam? Cantik tak hasil kerja I?”

Deana mengangguk laju. Selama ini, Deana langsung tidak diberi kebenaran untuk melawat rumah ini. Alasan yang sering diberi Kai, merbahaya! Cis, rupanya saja nak buat surprise yang tak beberapa ni.

              “Kolam bentuk love tu awak buat tak?” tanpa menunggu jawapan dari Kai, terus Deana berlari kearah luar. Pintu dapur dibuka seluas yang mungkin.

Deana tergamam. Sama sekali tidak percaya apa yang dilihatnya kini.

             “Mana kolam? Haprak pun tarak?! Cis!” rungut Deana lalu mula menarik muncung tatkala melihat kawasan belakang rumah yang masih kosong.

             “Amboi..awak ingat dalam sebulan boleh siap kolam awak? Tunggulah dulu! Kos untuk bina rumah ini pun berlipat kali ganda hanya semata-mata untuk siap awal dari biasa. Awak ingat I ni cop duit ke?” terus Kai berlalu pergi. Segera Deana mengejar Kai lalu memeluknya dari belakang.

            “Alolo….busuk manja macam lembu ni…I melawak je tadi..apa-apapun, thanks untuk rumah ni!” Pipi Kai menjadi sasaran. Dalam sesaat, bibirnya sudah mendarat diatas pipi Kai. Kai terkesima. Segera Deana melarikan diri sambil tersengih malu.

          “la..malu-malu kucing pula…I tak rasalah tadi..one more please?” jerit Kai lalu mula mengejar Deana laju. Melihat Kai yang mula mengejarnya, terus Deana mempercepatkan langkahnya.

          “Tak nak!! Jangan nak perasan ok!!” jerit Deana kuat. Dalam hati, mula timbul satu perasaan yang amat-amat ditakuti oleh Deana. Namun perasaan itulah yang dinanti-nanti olehnya untuk Kai. Deana buntu.

 

Yoona tertawa kuat. Langsung tidak peraya apa yang baru diluahkan oleh sahabatnya itu. Perutnya dipegang kuat akibat terasa sakit.

          “Hehehe..tak salah lagi….memang betullah ni! Akhirnya apa yang I harap jadi juga!!! Congrate!” jerit Yoona kuat yang masih dalam sisa tawanya.

Deana mencebik masam, “sudah puas ketawa? Seriouslah sikit! Banyak benda lagi aku nak buat kat rumah baru sana tu!” tempik Deana marah apabila sahabatnya langsung tidak mahu berhenti tertawa. Buang masa datang jauh-jauh semata-mata hendak lihat Yoona tertawa?

            “Ok,ok..aku serious. Actually, KIM DEANA FALLING IN LOVE WITH HER HUSBAND!” Jerit Yoona kuat.

            “Apa yang kau merepek ni?!” jerit Deana cuba menyangkalnya. Tubuh keding rakannya ditampar kuat.

            “WHAT?? Seriously? Wow…Nana, sepatutnya dah lama kau ada perasaan ini tau! Anyway….dah lama aku impikan berita sebegini!” jerit Irene yang sedang berlari keluar dari biliknya dan terus memeluk Deana erat.

           “ishh…apa korang merepek ni! Sebenarnya…sekarang ni aku confuse.” Yoona dan Irene terdiam. Segera mereka duduk diam-diam sambil memandang deana serious.

              “Kau jangan kata yang kau masih..masih”

Deana mengangguk dengan soalan tak lengkap Irene.

              “Nana! Apa kau ni? Ya, memang untuk melupakan seseorang itu amat perit sekali. Tapi, cubalah untuk kebahagiaan kau dan Kai. AKu tengok korang berdua bukan main sweet lagi?”

              “Korang tak faham…bila kau terserempak dengan Luhan, hati aku ni…perit. Lagipun aku tak tahu sama ada Kai benar-benar ikhlas terima aku sebagai isteri dia atau hanya untuk membahagiakan mama dia saja. Aku takut nanti, aku ditinggalkan buat sekian kali oleh Kai…please, aku takut nak tempuh perkara itu lagi..” butiran jernih mula mengalir membasahi wajahnya. Yoona dan Irene segera memeluk deana erat.

              “Shuu…aku yakin, Kai takkan buat sebegitu kat kau. Dari anak matanya, aku nampak dia ikhlas menerima kau…”

Deana terdiam. Air matanya segera diseka. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia lemah dalam soal cinta.

              “Hehe…korang yakin Kai takkan tinggalkan aku seperti mana bastrad tu tinggalkan aku? Kalau dia tinggalkan aku, tak pasal-pasal daging korang jadi korban tahun ni!” Deana tertawa kecil.

             “oohh..nak sembelih kitorang? Dengar sini puan Nana! Jangan nak act melebih pula! Tu, hubbie call. Angkat cepat!”

Deana memandang handphonenya yang asyik bergetar, “hehe…terlupa nak tukar mode tadi..” segera Deana menjawab panggilan dari Kai. Tidak dilupakan, speaker turut dibuka atas permintaan sahabatnya!

              “Anyeong..! awak ada dimana ni? Sampai kepetang tak balik-balik? Jangan awak kata awak berfoya-foya dengan jantan lain ye!” tempik Kai sebaik saja Deana mengangkat panggilannya.

              “kalau I kata I keluar dengan mat salleh macam mana? Hensem gila dia!! Sekarang ni dia tengah duduk depan I sambil memerhati I bercakap dengan awak.” Yoona menjenggilkan matanya tajam. Kurang asam punya bini!

             “Heh? Ingat I nak percaya cakap you? Mat salleh mana nak keluar dengan awak? Rupa pun tak ada…kalau betul pun apa yang you cakap, dia keluar dengan awak semata-mata sebab business I! Dah, pergi jauh-jauh dari dia!” tempik kai geram. Egonya tercalar dengan sikap Deana yang tidak serious soal rumah tangga mereka.

             “Eleh…I tak ada rupa pun you sanggup…” Deana terdiam. ‘takkan nak cakap disini? Malulah diorang ni dengar nanti!’ bisik Deana kelat.

Irene dan Yoona tersengih jahat melihat Deana yang serba tidak kena mengatur ayatnya.

            “ You nak cakap apa? Cepat cakap you ada dimana ni? Nanti I suruh polis yang cari you tak ke susah?”

            “Haishh…I ada di rumah Yoona dan Irene. Kenapa tiba-tiba cari I ni?” jawab Deana jujur. Untuk lebih privasi, segera Deana  mematikan  speaker.

            “Alaa….” Rungut Yoona dan Irene apabila Deana terus meletakkan handphonenya ke telinganya. Deana tersengih sumbing sambil menjelirkan lidahnya pada kedua-dua sahabatnya.

            “kat mana rumah diorang? Biar I ambil you…”

Deana sudah cuak. “kenapa ni tetiba je berbaik dengan I? baik cakap cepat?” dada Deana mula berdebar-debar.

              “cakap ajelah kat mana rumah diorang…I dah masuk highway ni!” jawab Kai dengan nada menjengkelkan. Banyak tanya pula, cakap ajelah kat mana!

             “Haishh..I ada kat Busan! You baliklah terus. Nanti I drive pulang. Nak tunggu you, berjanggutlah!” perli Deana lalu terus mematikan taliannya. Handphonenya terus dimasukkan didalam begnya dan kunci kereta dicapai.

             “Girls…I balik dululah ye…suami tercinta panggil balik. Kalau ada apa-apa hal, aku call ajelah…drive sini? Tengok berdasarkan kerajinan! Bye!”

 

Deana memarkingkan keretanya secepat yang mungkin apabila mendapat arahan dari Kai. Enjin kereta dimatikan lalu segera Deana berjalan keluar kearah suaminya.

            “Ada apa ni?” saol deana cemas. Tanpa menjawab soalan Deana, terus tangan Deana ditarik Kai lalu Deana dipaksa untuk masuk kedalam keretanya.

           “emergency..kejap lagi awak tahulah..” jawab Kai serious. Enjin keretanya dihidupkan lalu dengan sekuat hati Kai menekan minyak keretanya. Dada Deana mula berkencang hebat melihat reaksi Kai.

Deana termanggu apabila Kai membelokkan keretanya kekiri, menuju ke KLIA. Hendak bertanya namun tidak berani untuk membuka mulut apabila melihat wajah Kai yang masih serious.

            “awak bawa passport awak sekarang?” soal Kai serious sambil tekun memandu perlahan ekoran banyak kereta pada waktu itu. Dengan segera Deana menyelongkar beg sandangnya.

            “Ada..kenapa? takkan kita nak flight sekarang juga?” soal Deana risau. Kai mengangguk laju.

            “ tadi..mama baru telefon I yang appa you….” Kai berjeda seketika, cuba memberi ruang buat Deana.

           “kenapa dengan appa di Jepun?!!” jerit Deana gementar. Tangannya mula menggigil ketakutan. Hampir seminggu appanya terbang ke Jepun untuk membuat kajian disana. Kajian apa, jangan tanyalah sebab Deana mana nak faham berkaitan sains!

          “awak..rileks..I ada…appa awak selamat sekarang. Shuu..” tangan Deana digenggam Kai erat. Setelah Kai berjaya mencari parking untuk meletakkan keretanya, segera mereka berdua berjalan kearah dek perlepasan antarabangsa.

         “wait!! How about ticket?”

         “Do not worry..Taehyung dah beli..dia tengah tunggu kita berdua je ni!” tangan Deana dipegang kemas sebelum Kai mula berlari menarik Deana. Tiga minit berlalu, akhirnya mereka berdua bertemu juga dengan Taehyung yang sedang duduk menunggu mereka berdua.

          “Jom cepat! Semua dah terbang..tinggal kita bertiga je!!” ujar Taehyung lalu terus berjalan kearah dek perlepasan antarabangsa. Deana dan kai hanya membuntuti dari belakang.

         “V, appa macam mana?!”  tubuh Taehyung digoncang oleh Deana kuat.

         “Noona, V tak tahu…sekarang ni kita pergi dulu ye? Mana passport korang?” soal Taehyung cemas. Segera Kai dan Deana mengeluarkan passport masing-masing lalu terus dirampas oleh Taehyung. Tiket penerbangan segera diselit kedalam passport mereka berdua.

         “Nah..hyung punya!” jerit Taehyung sambil menghulurkan passport Kai terlebih dahulu kepada pengjaga pintu perlepasan.

           “Ok, next!” arahan pegawai itu dipatuh. Kai terus masuk ke dek perlepasan dan menanti Deana dan Taehyung pula untuk diperiksa. Segera Taehyung menghulurkan passport Deana pula.

          “Ok, next!” arah pegawai itu apabila selesai memeriksa passport dan tiket Deana. Taehyung bergenjak ketepi, membenarkan penumpang yang lain untuk diperiksa terlebih dahulu.

          “V, jangan nak main-main! Cepatlah!” tempik Deana yang sudah berada didalam kawasan perlepasan.

         “Bye!! Enjoy your trip!” jerit Taehyung riang sambil melambai-lambai tangannya kearah Deana dan Kai. Deana dan Kai termanggu.

        “Please, do not stand here sir, miss. You block the others way…please, follow me..”  arah seorang pegawai kastam perempuan. Belakang Deana dan Kai ditolak sedikit untuk member arahan kepada mereka berdua menuruni escalator itu. Dengan terpingga-pingga, mereka berdua hanya menturuti sambil memandang taehyung yang asyik melambaikan tangannya kearah mereka berdua dengan gembira dari atas.

         Handphone Deana segera dikeluarkan lalu nombor Taehyung didail.

         “Yah!! Apa semua ni??!!” tempik Deana sambil memandang Taehyung diatas.

        “Yeah! Sebenarnya noona dan hyung kena goreng hidup-hidup dengan kami semualah!!” jawab taehyung gembira. Tiba-tiba omma, mama, kedua-dua kakak Kai dan papa muncul disebelah Taehyung sambil melambaikan tangan kearah mereka berdua. Kai menepuk dahi tidak percaya. Segera tiket yang terselit didalam passportnya dikeluarkan.

          “V! baik cerita dengan noona baik-baik! Nanti noona naik atas, noona belasah kang!” Kai mencuit bahu Deana sambil menunjukkan tiket penerbangan mereka berdua. Venice?

Taehyung tertawa jahat, “actually, semua ni plan omma dan auntie Eunbi! V hanya jalankan tugas…Sebenarnya, tiket itu untuk honeymoon korang berdua!”

Deana tergamam. “Honeymoon?”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah korang tertanya-tanya, “mcm mana dgn baju diorang?”

 *klu x , jgn baca notice ni…just skip and tekan butang NEXT. ^^

Well, actually, beg baju yang diorang kemas malam tu dah diselongkar oleh Mrs.Eunbi (mama Kai). Bila habis je Kai letak beg tu dalam kereta, terus mamanya ambil kedua-dua beg diorang dari bonet kereta Kai! So, diorang pergi ke rumah baru without their beg!

Kira petang tulah Deana pergi Busan, and Kai pergi rumah mamanya. Nak tanya pasal beg dialah, tetiba je hilang! Pastu, dia dpt panggilan dr Taehyung. Katanya appa mereka sakit di Jepun. Taehyung menyeruh Kai membawa Deana ke airport masa itu juga!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!