BBQ 2

we're just married!

Deana tersengih sumbing apabila Kai masih tidak mahu bangun dari tidur. Idea jahat masih mekar dalam otak geliganya.

        “sayang…bangunlah…ke nak I kiss baru nak bangun?” Deana terus menghampiri Kai dan duduk disebelah Kai. Tangannya gatal menyisir rambut Kai yang menutupi matanya.

        “bangunlah sayang….I kiss!!” terus dahi Kai disentuh dengan dua jarinya (jari telunjuk&jari hantu), menandakan yang dia mencium dahi Kai.

        “Hhhmmm…more please?” rengek Kai sambil tersenyum miang. Matanya dibuka sedikit melihat Deana yang duduk disebelahnya. Tanpa warning, terus Kai menarik tubuh Deana keatas tubuhnya.

        “Apa kau buat ni??? Nak kena tembak dengan papa aku ke?!!” tempik Deana lalu terus bangun dari atas tubuh Kai. Hish..memang dasar miang!

        “kenapa pula papa akan tembak I? you ni halallah untuk I…lupa erk?”

       “ So, please bangun sekarang! Majlis BBQ dah nak start ni!!” tempik Deana sambil menarik Kai bangun. Kai yang masih mamai hanya ikut saja perintah isterinya.

       “oklah..untuk you, I ikut je..” terus Kai bangun dan mencium pipi Deana sebelum berjalan keluar dari bilik Deana. Deana terpaku.

        “laa..tadi kata suruh cepat…jomlah!” terus tangan Deana ditarik Kai lembut. Deana hanya membiarkan dirinya diheret Kai keluar dari bilik.

       “Hah, baru nak turun? Haish..tahulah penat tapi janganlah ter-overdose pulak!!” bebel omma Deana yang baru saja hendak naik tangga rumah, barangkali nak bengunkan mereka berdua.

Dengar saja perkataan ‘overdose’, automatic badan Kai mula menari lagu itu. Deana terus mencuit badan Kai yang tetiba menggila.

       ‘tiba-tiba je nak menari…gila ke apa mamat ni?’

 

Deana teruja melihat hanwoo yang sedang dipanggang diatas grill. Air liurnya mula meleleh melihat jus hanwoo yang mula mengalir keluar apabila Taehyung menekan daging itu. Pinggan kertas yang diambil tadi masih lagi tidak berisi kerana pinggan itu hanya akan dipenuhkan dengan hanwoo sebentar lagi!

         “Makanlah sikit sayur kalau tak suka pun…” tiba-tiba Kai muncul dan meletakkan beberapa helai salad kedalam pinggannya. Deana mendongak melihat Kai yang tinggi lampai.

         “Ala…tak nak! Sayur ni nanti-nantilah I makan….sekarang ni hanya hanwoo yang penting! Kesihatan, bentuk badan, tolak tepi dalam kes ni!” Salad yang berada didalam pinggannya diambil dan diletak semula kedalam pinggan Kai.

        “E’eh budak ni…makan sikit pun jadilah! Mengada! Awak tahu tak, kalau seorang perempuan kurang makan sayur-sayuran, nanti muka dia…tumbuh…jerawat!!” tipu sunat. Taka pa kan asalkan Deana makan sayur yang kaya dengan khasiat semulajadinya.

        “Ye lah…I makan…puas?” bentak Deana manja. Sememangnya sayurlah musuh utamanya kerana pahit! Yuks…

Kai tersenyum bangga kerana berjaya memujuk Deana yang berhati batu. Tanpa amaran, terus Kai duduk disebelah Deana dan turut memandang skill Taehyung memanggang hanwoo, kambing, ayam, ikan, udang, ketam, kerang dan sotong. Jangan lupa, juara memasak, Kyungsoo turut berada disitu. Harap-haraplah tak rentung macam hari tu…

        Deana terkelu melihat susuk tubuh yang sedang berjalan kearah mereka. Hati Deana berasa tidak tenteram. Serba tidak kena Deana rasa tatkala itu. ‘haishh..bukan ke kerja sebagai doctor ni busy? Macam mana dia dapat cuti semata-mata nak datang majlis aku? Eh, dia dah kerja ke belum? Itu tak kisah, acting perlu dimulakan!’ nekad Deana dalam hati.

        “amboi pengantin baru ni, dari jauh lagi aku dah nampak bukan main romantic bagai??” sakat Chorong sebaik saja dia dan Luhan berdiri betul-betul dihadapan mereka mereka berdua. Wajah Luhan kelihatan muram saja dari tadi.

        “ Of courselah…takkan nak masam mencuka je dalam hari bersejarah kami? Betul tak darling?” tangan Deana terus merangkul pinggang Kai dengan manja.

        “Uhuk…yelah..takkan masa majlis korang, korang masam mencuka je? Tak kan?” Kali ini giliran Kai pula yang memainkan watak dalam drama Deana.

         “Of course happy! Tapi sorrylah tak jemput korang untuk majlis kami…lagipun majlis kami diadakan di US. Sebab tu tak sempat nak call korang.” Jelas Chorong sambil menayangkan wajah meminta simpati..

         “Tak kisahlah…Ha,Luhan. Kenapa tak cakap apa-apa pun…tengahari tadi bukan main membisu kau ye? Banyak sangat ke kerja?” kata-kata Kai mengejutkan Luhan yang sedang termenung.

         “Hah? Taklah…lagipun aku tak kerja lagilah…minggu depan baru start kerja…just busy jadi driver sementara Choronglah sebab kereta dia rosak haritu…” jawab Luhan sambil tersengih sumbing.

Deana mendengar kata-kata Luhan dengan penuh berminat. Tapi dalam hati, bukan main rancak dok mengejek, ‘oohh..tak kerja lagi. Jadi driver isteri sendiri pun penat ke? Mengada!’

         “Ok! Sapa nak BBQ? Mari sini cepat sebelum habis!!” tiba-tiba halaman rumah deana digemparkan dengan jeritan taehyung. Apa lagi, bukan main laju sepupu-sepapat Deana dan Kai hurung Taehyung dan Kyungsoo.

         “Ohh..siap dah..jom ambik cepat sebelum habis nanti!” jerit Kai teruja lalu terus memandang Deana. HILANG??

        Kai tersengih melihat reaksi Deana yang kelam-kabut berebut dengan sepupu-sepupu mereka yang masih kecil untuk mendapatkan sepinggan penuh hanwoo.

       “Ni, utamakan pengantin baru dulu sebelum korang ambik ok! Kalau bukan sebab unnie, mana nak ada majlis BBQ ni!” ugut Deana geram apabila budak-budak itu kelihatan tidak mahu mengalah.

       “berkira taik punya Nana noona!” bentak sepupunya yang baru berumur 9 tahun. Amboi, ayat dia, jangan nak buat main!

       “Eh budak ni, aku luku kang!” terus Deana merampas penyepit dari tangan Taehyung dan mula memilih hanwoo yang terbaik dari atas pemanggang.

      “Nana!! Tolong ambil seafood untuk omma dan mama please!!” pinta mama Kai dari anjung rumah. Deana hanya mengganggukkan kepalanya. Takkan nak kata tak boleh? Biadab namanya tu! Sebagai menantu yang baik, kenalah ikut je apa yang dipinta!

 

Setelah menghantar sepinggan besar makanan seafood kepada omma dan mamanya, terus Deana menyusun langkah kembali ke tempat duduknya tadi, disebelah Kai.

        “Nana, boleh oppa nak cakap sikit?” dengar saja suara itu dibelakangnya, terus mood Deana jatuh. Tanpa mengendahkan si pemanggil, terus Deana melangkah pergi.

       “nana…oppa nak cakap sikit…” terus tangan Deana direntap Luhan dari belakang, menghalang Deana untuk pergi.

Taehyung sudah panas hati melihat adengan itu. “macam mana pula jantan ni datang sini?? Tak undang tapi gedik nak buat kacau!” bentak Taehyung lalu terus bergegas meninggalkan tugasnya dan berjalan kearah Luhan dan Deana.

        “please, lepaslah! Tak malu ke pegang-pegang orang macam ni? Tambah-tambah lagi depan kaum kerabat aku?” bentak Deana lalu terus menarik tangannya kasar.

        “Nana…maafkan oppa. oppa nak minta….”

BUSH!! Deana terkejut apabila Taehyung muncul lalu terus menumbuk Luhan kuat.

       “minta apa? Sebelum kau minta macam-macam, boleh aku minta kau pergi dari sini? Hey, sapa jemput kau datang huh?tak malu!” tempik Taehyung geram. Para tetamu yang terkejut dengan adengan itu mula melarikan diri.

Kai terkejut dengan keadaan yang huru-hara secara tiba-tiba. Segera pinggannya diletak ditepi lalu terus Kai mula berjalan kearah Taehyung yang dari tadi asyik tempik menempik.

     ‘takkan V bergaduh pula kat sini? Gilalah!’ bisik hati Kai sambil mengatur langkahnya denan begitu laju.

     “Ini tak ada kena mengena dengan kau ok…so jangan nak sibuk!” bentak Luhan lalu terus menumbuk Taehyung balik. Selama ini Luhan hanya mampu bersabar dilayan sedemikian, namun tidak hari ini.

     “apa kau buat ni !!” tempik Deana lalu terus menampar Luhan kuat. Senyap…Luhan dan Taehyung berhenti mencekak kolar baju masing-masing

      Tiba-tiba air mata Deana mengalir laju. Terus Deana berlari masuk kedalam rumahnya semula tanpa mengendahkan tetamu-tetamu yang lain yang mula membuat andaian masing-masing.

Kai terpaku melihat semua kejadian yang berlaku. Taehyung terkejut melihat Kai yang berdiri dibelakangnya dengan wajah terkejut.

       ‘Kai hyung nampak semua ni ke?’ bisik hati Taehyung takut. Sememangnya tak pernah terduga benda sebegini akan terjadi pada hari yang amat bersejarah buat Deana dan Kai.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!