accident

we're just married!

Pagi itu berlalu seperti biasa. Bergaduh soal tali leher dan aksi puji-memuji akan masakan pancake Deana. Tepat pukul 8 pagi, Deana dan Kai memandu kereta masing-masing menuju kearah tempat kerja masing-masing. Disimpang yang sama, lampu isyarat bertukar merah sebaik sahaja Deana menghampiri simpang itu.

           “malam tadi Luhan tunggu aku ke? Nasib kaulah Luhan…siapa suruh beria-ia sangat ajak aku sedangkan aku tak bagi jawapan lagi...” bisik Deana sambil memandang I-phonenya yang masih berdiam diri. Tatkala lampu isyarat bertukar hijau, pedal minyak terus ditekan sekuat hati.

 

Kai memandang plan bangunan pencakar langit itu dengan teliti sebelum mengalihkan pandangannya pada tapak pembinaan bangunan itu dihadapannya.

           “Amboi boss kita, datang awal nampak hari ni?” perli Kyungsoo sambil mengenakan topi keselamatan di kepalanya. Kai tersengih sumbing sebelum memandang jam tangannya.

                  “tengkorak kau aku datang awal?! Kau yang datang lambat sekarang ni ok! Potong gaji kang..!”

Kyungsoo tersengih melihat Kai yang mula naik radang.

                 “rilekslah boss…tahulah waktu tengahari macam ni, traffic jam lah. Bukan aku makan gaji buta…” perli Kyungsoo sebelum melirik kearah plan yang terbentang diatas bonet hadapan kereta Hilux milik syarikat papa Kai.

                   “tahu takut…jomlah start merendek!” plan itu digulung dengan laju sebelum mereka berdua berjalan kearah tapak pembinaan. Kai memandang pekerja-pekerja Bangladesh yang tekun melakukan tugas mereka sebagai buruh binaan.

                  “You, yang baju merah! Kemari kejap!” tegur Kai sambil tangannya memanggil seorang lelaki warga Bangladesh yang sedang mengangkat papan.

                 “Yess boss. Apa boleh saya bantu?”

Kai memandang tiang yang berada dihadapannya.

                “kenapa tiang ni ada retak? Kau tahu kan apa yang berlaku pada bangunan ni kalau tiang ni tiba-tiba roboh?” soal Kai dingin. Lelaki itu menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak tahu.

            “macam mana kau boleh kerja sini sampai benda basic macam ni pun tak boleh buat? Meh aku nak citer sikit kat kau, kalau tiang ni tiba-tiba BOOM. Satu bangunan ni akan….PIUNGG…” ujar Kai sambil menggayakan bangunan itu akan roboh dengan lengan.

              “kejap lagi kami akan betulkan tiang ni. Maaf boss!” ujar bangla itu sebelum berlalu pergi. Kai menggeleng-geleng kepalanya.

               “Haishh..buat kerja tak pernah nak ikhlas, macam nilah hasil dia. Jom naik atas, tengok apa pula surprise yang diorang sediakan untuk kita!” bentak Kai geram lalu tangga yang bercerun itu dipanjat dengan berhati-hati. Kyungsoo hanya mengangguk lalu mengekori Kai dari belakang.

Setibanya ditingkat kedua, tiba-tiba seorang warga bangla menjerit dengan bahasanya. Kai terkelu tidak memahami apa yang dikatakan oleh bangla itu. Kyungsoo mendongak keatas.

                “Kai!! Tepi!!” jerit Kyungsoo sebelum melarikan diri ke tempat yang selamat. Kai turut mendongak keatas dan apa yang dilihatnya kini ialah papan yang menyokong rangka bangunan itu runtuh dan sedang jatuh keatasnya.

Tiba-tiba tangga yang dibuat dari kayu itu turut runtuh dan terjatuh kebawah. Jantung Kyungsoo berdebar-debar. Perlahan-lahan Kyungsoo bangun lalu berjalan ketepi bangunan. Tiang disebelah dipegang erat lalu kepalanya dijenggul kebawah. Apa yang dilihatnya dibawah ialah selonggok papan dibawah dengan kaki Kai terjengul keluar dari timbunan papan itu.

 

I-Phonenya berdering berkali-kali minta diangkat namun Deana hanya memandangnya kosong kerana Deana amat kenal akan nombor yang mendailnya. Luhan. Setelah I-phonenya kembali mendiamkan diri, Deana terus berlalu pergi namun langkahnya tersekat apabila I-phonenya berdering lagi.

           “APa kau nak Luhan? Kau nak marah aku ke yang aku tak datang semalam?!!” tempik Deana kuat sebaik saja panggilan dari Luhan diangkatnya.

            “Nana, bukan itu yang aku nak cakap sekarang ni…” rungut Luhan dihujung talian.

            “Habis apa? Nak minta jumpa lagi?! Hei dengar sini…”

             “Kai accident!!!” tempik Luhan memintas Deana. Deana terkelu.

 

Langkahnya dipercepatkan. Orang yang sedang lalu-lalang di lorong itu ditolak oleh Deana dengan kasar ketepi. Tidak kiralah tua ke muda, sihat ke sakit, semuanya sama! Yang ada didalam kepalanya kini ialah Kai. Ya, dia harus cepat.

         Kakinya laju saja membelok kekiri, kearah unit kecemasan. Luhan yang sedang berdiri diluar segera didapatinya. Bahu Luhan dipengangnya erat.

           “Mana Kai? Dia ok tak?!” jerit Deana sambil menggoncang-goncang tubuh Luhan kuat. Butiran jernih mula mengalir dengan laju membasahi pipinya.

             Luhan memegang lengan Deana kuat sebelum menghentikan perbuatan Deana.

              “You…listen here carefully. Sekarang ni dia ok. Tak ada apa yang you perlu risaukan.” Ujar Luhan dengan kuat.

Kata-kata Luhan sedikit sebanyak berjaya melegakan hati Deana. Segera Deana melepaskan lengannya dari cengkaman Luhan lalu terus berlalu pergi namun Luhan menyambar lengan Deana kembali.

            “apa ni? Lepaslah!!” jerit Deana sambil cuba meronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Cengkaman Luhan kali ini amatlah kejap untuk Deana melepaskan diri.

             “kenapa you ambil berat sangat fasal Kai? You sendiri dah dengar kan yang dia ok. So, apa lagi yang you nak tengok? Sekarang ni, you kena jawab apa yang I nak tanya you sekarang!” tempik Luhan kuat. Deana tergamam melihat Luhan yang mula naik angin.

               “apa hak you nak halang I jumpa dia? Lagipun dia tu suami I! Ok, SUAMI!! You siapa? Setakat ex-boy je..” perli Deana dingin sambil memandang Luhan dengan pandangan yang tajam.

             “nana..stop it! Ok, I admit memang I salah. But please, forgive me. I belive you masih sayangkan I kan?” pujuk Luhan lembut. Linangan air mata Deana bertambah laju.

              “Love? Heei benda bodoh macam tu dah lama mereputlah! You tahu pun yang you salah…tapi kenapa selepas kau bertunang baru nak beritahu aku?! Huh? You know, aku kecewa sangat! Kecewa dapat lelaki macam you!!” jerit Deana sambil menumbuk-numbuk dada Luhan dengan kuat. Segala dendam dan perasaan amarahnya dilepaskan melalui tumbukkan itu.

              “Kau tahu…aku sakit sangat…sakit sangat dilakukan sedemikian….you tak pernah fikir ke apa perasaan I bila you buat macam ni?!!” Deana mula menangis teresak-esak. Luhan terus menarik Deana kedalam dakapannya. Deana menangis semahu-mahunya didalam dakapan Luhan sambil tangannya masih lagi menumbuk dada Luhan.

               “I bodoh masa tu Nana…bodoh untuk memahami kesulitan you….And know, I menyesal sangat buat macam ni pada you..” ucap Luhan lembut. Deana tergamam. Segera tubuh Luhan ditolaknya kasar lalu Deana terus melepaskan diri dari pelukan Luhan. Satu tamparan hinggap dipipi Luhan

               “You know, orang macam you tak patut dimaafkan!!” tempik Deana lalu terus berlalu pergi. Air matanya dikesat sehingga kering lalu kakinya laju melangkah kearah kaunter pertanyaan.

              “Miss, boleh saya tahu dimana wad pesakit Kim Jongin?” soal Deana laju.

             “Boleh saya tahu apa hub…”

             “saya isteri dia..Kim Deana.” Pintas Deana. Jururawat itu mengangguk lalu terus menaip sesuatu pada keyboard computer.

             “Ok, puan boleh berjalan straight disana and then belok kanan. Disitu, puan carilah wad nombor 2.” Ujar jururawat itu sambil member tunjuk arah pada Deana.

             “Thanks!” ucap Deana lalu terus berlari kearah wad Kai seperti mana yang dimaklumkan oleh jururawat tadi. Pintu wad nombor 2 dibuka dengan luas. Deana terkedu melihat katil didalam wad itu kosong tidak berpenghuni.

              “You cari I? I keluar tadi, jumpa Luhan.” Ujar Kai yang berada dibelakang deana. Segera Deana berpaling lalu terus memeluk Kai erat.

             “Haishh…janganlah macam ni…sakitlah..” rungut Kai apabila dipeluk oleh Deana dengan begitu kuat sekali.

             “Ohh…sorry.” Tersipu-sipu Deana melepaskan pelukannya lalu terus menolak kerusi roda Kai masuk kedalam wadnya. Segera Deana membantu Kai untuk berbaring diatas katilnya.

Deana memanjat rasa syukur melihat keadaan Kai yang ok saja. Hanya kaki kanannya disimen dan wajah serta seluruh tubuhnya bercalar. Tiba-tiba dua nurse masuk kedalam wad Kai sambil membawa sebuah troli.

          “Encik Kim Jongin, masa untuk minum petang and makan ubat ye.” Pesan nurse sambil menghidangkan sepotong kek dan teh panas untuk Kai.

          “Nurse..boleh saya tahu keadaan suami saya?” soal Deana sambil menarik tangan nurse itu kearah pintu wad.

              “Ohh..puan tidak usah risau. Suami puan ok saja. Tulang betis dan paha kanan patah suami puan. Luka yang terdapat pada seluruh tubuhnya adalah disebabkan oleh serpihan papan yang roboh. Terdapat juga luka yang dalam dan terpaksa dijahit. Tapi puan jangan risau. Suami puan akan pulih seperti sediakala juga dan tiada masalah untuk berlari macam biasa.” Terang nurse itu panjang lebar. Deana mengagguk laju lalu berterima kasih kepada kedua-dua nurse itu sebelum mereka beredar.

               “macam mana you boleh jatuh di tapak pembinaan you?” soal Deana sambil membantu Kai bangun lalu duduk diatas katilnya.

               “ada masalah dengan bahan disana je.” Jawab Kai sambil memakan ubat yang disediakan oleh nurse tadi.

               “ Dahlah, I penatlah…I nak tidur kejap ye. Ubat yang nurse tu bagi buat I rasa mengantuk. well, selamat malam.” Ucap Kai lalu terus baring membelakangi Deana. Selimut ditarik sehingga paras dadanya lalu matanya dikatup dengan rapat.

               “Hhmmm…tidurlah…” ujar Deana sambil memandang belakang Kai kosong.

              ‘kenapa you bersikap dingin dengan I,Kai?’ bisik hati Deana yang terluka.

 

Kai berpaling kebelakang perlahan-lahan. Wajah Deana yang tertidur disebelahnya dipandang dengan pandangan sayu. Rambut Deana diselak sedikit, memberi ruang untuk dia memandang wajah itu dengan lebih dekat.

             “apa yang you sedang rancangkan Nana? Apa sebenarnya niat you untuk mengahwini aku?” soal Kai perlahan sambil mengusap wajah Deana lembut. Tiba-tiba peristiwa petang tadi bermain difikirannya.

 

(Flashback)

Chorong menolak kerusi roda Kai perlahan. Mulutnya masih tidak henti-henti membebel kepada Kai sebaik saja Kai menceritakan segala-galanya yang berlaku di tapak pembinaan.

              “Tulah…yang suka-suki je marah mat bangla tu apasal? Aku rasa kan mesti kerja dia…well, who knows?” 

Kai tersenyum mendengar tuduhan tak semena-mena oleh Chorong itu. Telinganya hanya mampu menadah bebelan Chorong yang mengalahkan mak cik!

              “Hishh..mulut you tu tak reti nak zip kejap ke? Dari tadi kau tolak aku, asyik pot-pet, pot-pet je..senang citer, baik aku tolak sendiri! Dah tepu taik telinga aku tadah bebelan kau!” perli Kai yang saja nak menyakat. Chorong menarik wajah masam. Segera Chorong menolak Kai kekiri dan apa yang terhidang dihadapannya kini amat-amat mengejutkannya.

Luhan sedang berpelukkan dengan perempuan lain! Segera Chorong berlari meninggalkan Kai keseorangan. Melihat Chorong yang mula melarikan diri ke tandas, hati Kai mula membara.

                ‘mamat ni main kayu tiga dengan Chorong? Memang nak kena belasah!’ bisik Kai geram lalu terus kerusi rodanya ditolak sendiri mendekati Luhan.

Perasaan yang panas dalam hatinya tiba-tiba bertukar duka apabila perempuan yang dipeluk Luhan ialah Deana! Segera Kai menolak kerusinya kebelakang semula, menyorok disebalik tembok.

Apabila Kai cuba menghendap disebalik tembok, Deana sudah tiada disitu. Yang tinggal hanyalah Luhan yang sedang terduduk diatas kerusi buat pengunjung hospital itu.

(end of flashback)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!