mana awak?

we're just married!

Setelah mematikan enjin kereta,  Deana terus berlari keluar dari kereta dan menetuk pintu rumah neneknya. Kai turun dari kereta dan memandang sekeliling.

        “taklah secantik yang aku jangkakan…” perlahan, namun berjaya menggetarkan gegendang telinga Deana untuk memprosesnya dalam bentuk maklumat.

       “Tsk, gelap macam ni memang tak nampak lagilah…tunggulah esok pagi!” peril Deana dingin sambil menayangkan wajah dingin. Kai mencebik lalu terus membuka bonet keretanya. Beg mereka dikeluarkan lalu terus ditarik kearah Deana.

        “anyeong! Nek, ni Nana dan Kai dah sampai!” jerit Deana sambil mengetuk pintu kayu rumah yang berkonsepkan rumah lama.

         Tiba-tiba pintu terbuka. Deana dan Kai melihat nenek yang kelihata muram dihadapan mereka.

        “tak reti nak tengok jam sekarang sudah pukul berapa baru nak sampai? Bukannya nak telefon nenek kata sampai lambat….biar je nenek tunggu korang macam tonggol kayu! Masuk!!” tempik nenek dingin sebelum nenek berjalan masuk kedalam biliknya.

         “nenek nak sambung tidur balik…korang pilihlah nak tidur mana malam ni…semua bilik nenek dah kemas…” pesannya sebelum menghilangkan diri.

Kai memandang segenap inci rumah nenek dengan teruja. Cantik juga rumah nenek walaupun nenek tinggal seorang diri..

            “sudah,sudahlah duk scan rumah ni…jom masuk tidur sekarang..” Deana mengambil begnya dari Kai lalu terus menariknya kearah bilik belakang. Kai hanya mengekori dari belakang sambil matanya meliar-liar memandang rumah itu.

           “ well, selalu parents aku guna bilik ni bila kami datang sini…bilik-bilik yang lain semuanya kat hujung lorong tu…” ujar Deana sambil menundingkan jarinya kearah lorong disebelahnya. Kai memandang lorong yang kelihatan seperti tiada penghujungnya.

           “So, awak dengan Taehyung tidur dibelakang sanalah?”

Deana menangguk lalu terus membuka pintu bilik itu. Suis ditekan dan sekelip mata saja bilik itu bertukar cerah.

           Kai memandang bilik itu berkali-kali.

           “tak ada katil….” Rungut Kai perlahan smabil meletakkan begnya disebelah almari using.

          “sebab tak ada katillah you ken tolong I bentak cadar ni..” rungut Deana yang sedang cuba menarik cadar gebu itu keluar dari almari using itu. Segera Kai menghampiri Deana dan menolongnya mengeluarkan cadar itu.

          “ He’elehh…benda macam ni pun tak boleh buat…meh sini orang buat sorang-sorang je..” tubuh Deana ditolak ketepi sebelum Kai menariknya sekuat hati dan membentangnya ditengah-tengah bilik itu. Lai sekali masalah yang sama muncul!

         “Laa…bantal dah cukup tapi selimut tak ada pun..” rungut Kai smabil cuba menyelongkar lagi almari itu,

          “awak…keluar sekarang dari situ…risau aku tengok almari tu…” tubuh Kai ditariknya kebelakang. Giliran Deana pula yang menyelongkar almari using itu. Perlahan-lahan Deana membuka setiap laci yang terdapat didalam almari itu tetap selimut ‘spare’ masih tidak ditemui.

         BRANGG!!! Deana terkejut apabila laci kedua tiba-tiba jatuh dari kedudukannya. Kai sudah cuak.

        “hah,hah!! Tak tahu!!”

Deana mencebik. Segera serpihan laci itu diangkat keluar dari almari dan dicampak keluar melalui tingkap bilik itu. Kai ternganga tidak percaya.

          “Kan selesai? Rilekslah…nenek bukannya ingat pun rupa sebenar almari ni…Kalau macam tu, jom kita pergi cari di bilik belakanglah….aku rasa memang tak adalah selimut lain…” tangan Kai dipengang lalu terus Deana menariknya keluar dari bilik itu.

           “Hhmmm…awak cari bilik sana, I cari bilik ni…buka pintu slow-slow tau sebab nenek tu cepat terjaga!” pesan Deana sebelum masuk kedalam bilik dihadapannya. Kai mengagguk lalu terus berjalan kearah bilik yang terakhir.

                “Haishh..seram sejuk pula nak masuk bilik ni!!! Baru sampai je kena buat kerja? Daebak~” rungut kai sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya. Perlahan-lahan Kai membuka pintu lalu suis bilik itu ditekannya. Gelap…

               “rosak ke?” perlahan-lahan Kai masuk kedalam bilik itu dan cuba melihat sendiri sui situ. Butang suis itu ditekan berkai-kali dan tepat, rosak! Kai menghidupkan pula lampu suluhnya lalu terus menyuluh kesegenap bilik itu.

ZAPPP!!!
tiba-tiba sebuah lembaga yang besar memintas dihadapannya. Lampu suluhnya tiba-tiba tidak hidup. GELAP~ Tanpa befikir panjang, terus Kai berlari kearah pintu dan BANG!! Tertutup!

 

Deana masuk kedalam bilik itu perlahan-lahan. Rasa menyesal pula tidak suruh Kai temankannya! Suis dihidupkan lalu terus Deana mengambil kerusi didalamnya untuk menahan pintu itu. Takut kalau terperangkap dalam bilik itu sorang-sorang!

Almari yang kelihatan lebih using dari tadi terus dibukanya. Jeng,jeng,jeng! Berlungguk!

       Deana mengambil sehelai selimut sebelum keluar dari bilik itu. Jangan lupa pintu ditutup, takut Snowy masuk! *Snowy ialah kucing peliharaan neneknya.

       “Kai-ah…aku dah jumpa ni!” jerit Deana tetapi tiada jawapan. Perlahan-lahan Deana mengatur langkah menuju kearah bilik yang dimasuki Kai. Pintu tertutup!

       “Kai!! Buka pintu ni!!” jerit Deana kuat sambil mengetuk-ngetuk pintu itu. Tiada jawapan. Deana sudah cemas.

        “Kai!! Jangan buat lawak ni….I serious ni…bukalah!!” jerit deana sambil cuba membuka pintu itu. Perlahan-lahan air matanya mengalir, “KAI!!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!