kerana terpaksa?

we're just married!

Kai masih berdiri kaku tidak percaya. Taehyung sudah gelabah. Terus Taehyung berjalan kearah Kai dan menarik tangan Kai pergi dari situ tetapi Kai enggan. Kai terus merentap tangannya lalu terus berjalan kearah Luhan yang sedang mengesat darahnya.

      “kau kenapa nak bergaduh dengan adik aku?” adik yang dimaksudkan Kai ialah Taehyung sebenarnya!

      “a’ah…hyung…sebenarnya…tak ada apa-apapun…just masalah sikit je dengan dia hari tu…that’s all. Hehe…jom hyung, pujuk Nana noona…” Taehyung memengang tangan Kai dan terus mengheret Kai pergi.

       “masalah? V ada masalah dengan  Luhan ke?” teka Kai sesuka hati.

      “Hah…betullah tu…dahlah…jom! Semua tak penting..sekarang ni Nana noona lagi penting..”

Kyungsoo, Yoona, Irene dan Myungsoo cepat-cepat meredakan keadaan yang tegang dengan memancing para tetamu dengan hanwoo baru!

Chorong memandang Kai dan Taehyung pelik. Terus Chorong berjalan kearah Luhan dan memaut lengan Luhan erat.

       “kenapa oppa bergaduh dengan adik Nana?” soal Chorong manja sambil mengheret suaminya keluar dari halaman rumah Deana.

       “mana ada oppa yang gaduh dengan dia..tiba-tiba je dia yang tumbuk oppa dulu!” bentak Luhan geram lalu terus berjalan laju kearah keretanya. Chorong serba salah.

       ‘takkan nak balik dah? Haishh…’ Chorong menggaru-garu kepalanya sebelum berlari masuk kedalam halaman rumah Deana semula. Tempat memanggang ditujunya lalu terus Chorong membuka mulut.

        “korang…sorrylah, aku kena balik ni! Anyeong, jumpa lagi!” jerit Chorong gembira sebelum berlari kearah kereta Luhan balik.

Yoona, Irene, Myungsoo dan Kyungsoo hanya menggangguk sambil tersenyum.

        “memang aku dah agak benda macam ni akan jadi punya…” bentak Yoona geram sambil membalikkan ayam yang dipanggangnya. Kyungsoo memandang Yoona pelik.

        “maksudnya?”

Irene dan Myungsoo mengeluh. Adeh..mampus!

        “taklah…urm…sebenarnya….urr….”Yoona tergagap-gagap apabila tersedar akan kesilapannya.

       “Actually, aku ada masalah sikit dengan Luhan hyung..just accident  kecil je” tiba-tiba Taehyung muncul dan menjelaskannya kepada Kyungsoo. Bohong lagi…haish..berapa banyak punya dosalah yang dah tercatit?

        “oohh..tapi takkan Chorong tak tahu akan hal tu? Yang Luhan pula, kenapa dia tak blah je bila nampak Nana tadi…actually tadi aku ada terserempak dengan Luhan kat hotel tadi..so, dia dah tahu majlis yang diuruskan Chorong ialah majlis untuk Nana, tapi kenapa malam ni dia datang juga? Ke dia tak tahu yang kau ni adik kepada Nana?” soalan berjela-jela mula terpancul keluar dari mulut Kyungsoo. Yoona dan Irene sudah mati akal.

         “manalah aku nak tahu…try tanya dia sendiri…” yes! Akhirnya ada juga jawapan yang mampu menutup terus cerita Luhan! Thanks Myungsoo!

         “hehe..entah-entah dia nak buat kacau untuk balas dendam..betul tak??” teka Kyungsoo sesuka hati.

         “Ha..ya,ya,ya..betullah tu…” rungut Taehyung malas. Macam-macam pula Kyungsoo ni.

 

Kai membuka pintu bilik Deana perlahan-lahan. Tiada. Kai mengeluh perlahan. Dalam hati sudah tertanya-tanya mana pula perginya si Nana.

        “You tunggu I ke? Sorrylah sebab tinggal you macam tu je…jom kita turun?” tiba-tiba Deana keluar dari tandas dan terus memaut lengan Kai dengan wajah yang ceria.

        “awak ok tak?”

Deana menggangguk laju. Terus lengan kai diheret Deana laju turun kebawah.

        “awak..kejap!” terus Kai membatukan diri. Deana berpaling dan memandang Kai.

      “kenapa?”

       “I nak minta maaf sebab tidak tahu hal yang sebenarnya..mianhee..” tangan Deana digenggam Kai erat.

        “maksud you?” Hati Deana sudah berkocak kuat. Kai sudah tahu ke identity Luhan yang sebenarnya?

       “yang sebenarnya keluarga V bermusuh dengan Luhan. You know what, I rasa bersalah sangat sebab Ilah yang jemput Luhan sebenarnya. Mianhe..” tangan Deana dikucup ikhlas.

       ‘si Taehyung ni duk mereka cerita apa pula kat Kai ni?’ bentak Deana geram.

        “err…ok. I maafkan you. Bukannya benda besar pun. Lagipun tadi…ur…I nangis pun sebab rasa geram dengan diorang sebab bergaduh pada majlis kita. Kalau nak selesaikan masala diorang, privacylah sikit! And you, janganlah nak over sangat minta maaf…You ingat I ni hati batu ke sampai kena cium sebegini rupa?” peril Deana dengan nada mengejek. Hati Kai berasa lega. Akhirnya Deana yang sebenarnya telah kembali!

 

Taehyung meraung kesakitan apabila ommanya tertekan keatas luka pada bibir Taehyung. Nasib baik sikit je…

        “Nilah akibatnya tumbuk orang tak pakai helmet! Lain kali tengok juga awak ni ada kat mana…nasib baik mama Kai tak perasaan yang korang bergaduh! Ambik ni!” lagi sekali rumah Deana bergema dengan jeritan Taehyung.

         “Arghh!! Sakitlah…sorrylah omma. V geram sangat tengok muka hodoh tu! Kalau boleh nak sepak je dia tapi V pun ada rasa perikemanusiaan. Yang V geram, dia balas balik?!! Haishh..tu yang mendidih tu!” rungut Taehyung geram.

        “dahlah…omma malas nak tengok kamu bergaduh lagi dengan dia. Janji dengan omma yang kamu takkan serang dia lagi, ok?”

       “tapi tadi dia kacau Nana noona! Tu yang mendidih!” bentak Taehyung tidak setuju dengan cadangan ommanya.

        “kalau dia kacau pun, Taehyung halanglah dia..jangan nak tumbuk dia pula! Haishh…cerdik betul anak teruna aku ni!”

         “Hah, omma..nanti kalau Kai hyung tanya apa-apa fasal Luhan hyung, kata V ada masalah dengan Luhan hyung…accident kecil je ok? Tadi Taehyung yang reka tu…pesan kat appa juga tau!” Kalau seorang start dengan satu pembohongan, maknanya semua orang perlulah mewarisi embohongan itu!

        “La…kenapa tak beritahu Kai je yang Luhan tu ex-boy Nana? Kan senang…cuba kalau omma tersasul, macam mana? Nak bohong lagi?” kepala Taehyung terus diluku dengan kuat. Plaster dikeluarkan dari kotak first aid lalu terus dilekatkan pada luka Taehyung.

        “kira V tak bohonglah omma sebab memang betul V ada masalah dengan dia. So, apa susah-susah?” jawab Taehyung sesedap perasa. Kerja nak menang.

        “Okey, siap..kamu susun balik ubat-ubat ni. Omma nak naik tidur!”

 

Kai memandang Deana pelik. Rasa nak tertawa pun ada tapi hanya ditahan ajelah…nanti mengamuk pula. Tapi serious, geli hati pula tengok Deana sekarang

     “Puahahaha!!” akhirnya, terletus juga gunung berapi Kai. Tak tahan, seriously tak tahan dengan Deana sekarang.

     “Kau ingat aku ni nak rogol kau ke sampai pakai baju berlapis-lapis?” Kai masih lagi dengan sisa baki tawanya. Mana tak lawaknya, gaya macam nak pergi main salji kat puncak bukit je…siap berjaket bagai lagi!

   Deana memandang tubuhnya kembali.

  “mana ada lawaknya kat baju aku. Lagipun salah ke aku pakai baju tebal-tebal malam ni?a..aku..m..memang kena pakai baju tebal-tebal kalau nak tidur…” tipu lagi…haish..telan ajelah Kai oi!

   “hhmm…tidurlah kau dengan baju macam tu!” Tanpa amaran, terus kai terjun keatas katil Deana dan berbaring diatas katil Deana dengan selesanya.

       “Aahh….kau tidurlah kat bilik lain…minta je dengan omma, dia bagi punya!” rungut Deana sambil cuba menarik Kai bangun tetapi kai berkeras.

       “malaslah…aku dah mengantuk gila ni! Selamat malam!!” selimut ditarik lalu terus Kai memejamkan matanya.

         “Haishh..jangan nak malas-malas! Baik bangun sekarang!!” jerit Deana sambil cuba menolak Kai turun dari karilnya pula.

         “Alah…tadi petang ok je you tidur dengan I…I ni bukannya tidur buas sangat..Kalau hidung tersumbat je I berdengkur sikit…dah…pandai-pandailah you nak tidur mana malam ni, tapi I tetap nak tidur sini. Muktamat!” terus Kai mengiring kekanan, membelakangi Deana.

Deana terus turun dari katilnya sambil menghentak-hentak kakinya perlahan.

       “apa kau ingat aku tak berani nak tidur sebelah kau? Hello, ni Kim Deana ok!” terus Deana baring disebelah Kai dan merampas selimut yang digunakan oleh Kai.

        “Kalau nak selimut, pergi cari sendiri kat stor lobi. Ada berlungguk!” bebel Deana sambil memejamkan matanya. Badannya segaja dibaringkan kehujung katil dan mengiring kekiri.

       “Urghh…I mana nak tahu stor lobi kat mana..awaklah pergi ambil..I kan tetamu?” rungut Kai sambil cuba merampas kembali selimut Deana lalu terus membungkus tubuhnya macam kimchi.

       “lagipun kau kan dah pakai baju tebal macam nak main ski, so aku yakin seratus peratus yang kau takkan panas sebab sekarang ni di penghujung musim bunga. Tarak sejuk manalah…” rungut Kai dengan suara serak. Mengantuk sangatlah tu…

         “aku tak kisah! Selimut ni aku punya, so aku ada hak nak pakai!!” tempik Deana sambil cuba membuka *gulungan kimchi* yang berinti Kai.

        “you,you,you!! Slow sikit!!nan…!!” belum sempat Kai menghabiskan ayatnya, akhirnya apa yang ditakutkannya terjadi jua. Terjatuh dari katil!

          “padan muka!” segaja Deana menjelirkan lidahnya sebelum berbaring ke posisi asalnya tadi. Malas nak fikir apa-apa, terus Deana terlelap.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!