a new life

we're just married!

Nenek memandang sebuah Honda Accord yang meluru masuk kehalaman rumahnya. Tak pernah-pernah pula ada orang nak datang rumahnya pagi-pagi macam ni. Nenek meletakkan penyapunya disebatang pokok sebelum berjalan menghampiri kereta mewah itu. Cermin yang gelap itu menyukarkan lagi nenek untuk melihat empunya kereta itu.

          Nenek mengetuk-ngetuk tingkap kereta itu untuk memanggil si pemandu. Enjin dimatikan sebelum Deana keluar dari keretanya.

          “takkan nenek tak kenal Nana pula? ANyeong!” tubuh nenek terus dipeluknya erat. Nenek tersenyum bahagia melihat Deana dihadapannya kini.

         “kenapa tak call nenek dulu sebelum datang sini? Saja buat nenek sakit jantung tadi. Ingatkan ah long mana yang datang nak minta duit…” rungut nenek sambil menampar belakang Deana kuat. Deana tersenyum kelat sebelum memperbetulkan cermin mata hitamnya. Kalau tertanggal cermin matanya, habislah terbongkar segala-galanya kerana matanya membengkak dengan teruk!

           “selalu ke ah long datang sini minta duit dari nenek?”

Nenek tersenyum sebelum menggeleng-geleng kepalanya.

             “nenek tengok movie hari tu…selalunya orang jahat pakai kereta mewah. Hah, mana Kai? Takkan tak ikut sekali?”

Deana tersentap. AGak dah nenek akan tanya juga lelaki itu.

            “dia kerja…sibuk dengan projek baru dia…Hah, kereta ni mana ada mewahnya. Biasa-biasa je…” bohong lagi. Maaflah nenek, terpaksa.

            “yang kamu ni, tak kerja pula? Tiba-tiba nak datang sini kenapa? Dulu bukan main liat ye kamu nak datang sini?”

Deana tersengih sumbing apabila disoal sedemikian. Jawab ajelah…

             “nenek lupa ke saya ni boss di bakery tu? Suka hati sayalah nak pergi kerja ke tak ke. Ke nenek nak halau saya pula dari sini?”

              “Tsk..ada-ada je alasan kamu ye? Hhmm…masuklah…”

Nenek tergamam melihat beg yang baru dikeluarkan oleh Deana dari bonet keretanya. Deana hanya tersenyum kearahnya sebelum berlalu membawa begnya kedalam rumah.

               “Nana, kamu ni nak pindah ke rumah nenek terus ke?” perli nenek sambil menarik dua buah lagi beg Deana. Deana hanya tersenyum lalu terus menolong nenek mengangkatnya apabila tiba di anak tangga.

                “tak adelah…saja nak bawa baju banyak-banyak. Musim luruh tak lama lagi kan?Nenek tak pergi melancong ke bulan ni?”

Nenek tersenyum kelat tatkala Deana cuba tukar topic. Nampak sangat Deana ada sembunyikan something darinya.

                 “suka hati Nanalah nak duduk sini sampai bila-bila pun. Tapi satu je yang nenek nak minta dengan Nana. Kalau Nana ada masalah di Seoul tu, janganlah larikan diri macam ni. Sepatutnya Nana kena berhadapan dengan masalah tu, cuba selesaikannya. Melarikan diri bukannya jalan yang terbaik untuk masalah tau. Dah, jomlah masuk. Pukul berapa kamu bertolak dari rumah ni?”

Belakang Deana diusap lembut. Deana mengetap bibirnya apabila mendengar kata-kata dari neneknya.

                “mmm…hmm…3 pagi Nana bertolak. Tiba-tiba rindukan nenek pula malam tu…” rengek Deana manja.

                “Suami Nana tahu yang Nana datang sini?”

Soalan killer. Lebih susah dari soalan KBAT @ HOTS untuk Deana menjawab soalan nenek itu. Simple je jawapannya, tapi Deana tahu akibatnya. Confirm kena siasat sampai tengah malam jawabnya…

          “nek, se..sebenarnya…Nana..ga..gaduh..dengan suami Nana.” Jawab Deana perlahan. Tak sanggup nak menipu lagi. Sebak didada segera ditahan. Wajahnya ditunduk sedikit, menyembunyikan butiran mutaira yang mengalir keluar dari matanya.

          “apa korang ni? Bukan ke korang baru je kahwin. Masalah apa ni? Haish..tak faham nenek dengan pasangan zaman sekarang. Macam-macam!”

          “ benda kecil je..tak pe kan Nana duduk sini dulu. Kalau ada sapa-sapa cari Nana, please jangan kata Nana ada disini. Nana perlukan ketenangan sekarang. Jeabal…”

Nenek menarik nafas dalam-dalam sebelum bersetuju dengan permintaan karut cucunya. Kalau boleh sekarang juga nak brain wash cucunya namun tak sampai hati pula. Nampak berat je masalah yang ditanggung oleh cucu sulungnya itu.

             “habis omma dan appa kamu pun tak tahu kamu ada disini?”

Deana menggeleng-geleng kepalanya lemah. Berat ni!

            “Hhmm..pergilah mandi dulu, lepas tu kita sarapan sama-sama ye. Hah, minggu depan nenek nak pergi Venice. Nana nak ikut atau duduk sini je?”

Venice? Banyak kenangannya disana. Kenangan bersama Kai.

            “tengok dululah nek..Nana masuk bilik dulu ye?”

 

 Chorong memandng sekeliling garaj itu. Kereta Deana tiada disitu. Segera Chorong mematikan enjin keretanya lalu berlalu masuk kedalam rumah ‘tumpangannya’ itu.

            “mana Nana?” soalnya sambil mengheret begnya masuk. Dua hari meninggalkan rumah itu untuk mengikuti khursus. So, dalam 2 hari tu, apa-apa saja boleh berlaku kan?

            “dia keluar kejap..” jawab Kai sambil matanya masih tertacap pada kaca TV.

            “So, dalam rumah ni tinggal aku dan kau je? Haishh..seram ni. Aku dah beli satu kondo dekat-dekat sini juga. Lepas siap semuanya, aku pindah sana tau. Tak naklah bergantung pada korang je…Aku keluar dulu ye!” terus Chorong berlalu pergi. Takut pula apa kata jiran-jiran sebelah tengok Chorong dan Kai berdua-duaan dirumah itu walhal Deana tiada dirumah!

Kai merenung kearah balcony tingkat atas. Sunyi~ bilalah Deana nak balik rumah? Nak call, confirm sangat Deana tak akan menjawab panggilannya.

            Tiba-tiba ruang tamu itu digegarkan dengan bunyi lagu deringan Overdose, menunjukkan ada panggilan masuk. Kai mengambil handphonenya lalu terus menjawab panggilan dari Taehyung.

            “Hyung…noona pergi mana? Dia lupa ke yang dia ada tempahan kek dari Dato’ K? kenapalah pekerja dia cari V pula? V ni just pekerja sambilan je…” rungut V sebaik saja Kai mengangkat panggilanya.

           “anyeong V….lama tak jumpa?”

          “Tsk..hyung ni. Perli orang dialah champion! Anyeonghasaeyo Jongin hyung! Mana Nana noona?”

           “mana hyung nak tahu. Takkan dia tak pergi bakery kot?” Kai merenung jam yang tergantung di dinding rumahnya. Sudah pukul 10 pagi.

            “kalau dia datang, V tak call-lah hyung…V pun ada banyak benda lagi nak buat juga” menjadi mahasiswa katakan. Busy nak sesuaikan diri dengan suasana baru di UM tu.

             Kai terkelu. Terus talian dimatikan dan dengan laju Kai menaiki anak tangga. Pintu bilik Deana dibuka seluas yang mungkin. Bersih. ALmari baju Deana dibuka sebelum Kai terkelu. Kosong! Satu baju pun tak ada!

            ‘Nana lari dari rumah ke?’ kemudian Kai memandang kearah meja mekap. Kosong. Laci yang terdapat disitu juga kosong! Kai terduduk lesu dibirai katil. Dia lari malam tu juga?

 

Deana termenung panjang melihat daun-daun di pokok yang mulai gugur, menandakan musim luruh sudah tiba. ANgin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerbangkan daun-daun yang gugur keatas. Satu persatu kenangannya bersama Kai terpalit dalam memori.

(flashback)

Deana mengesat peluh yang mula membasahi dahinya. Cuaca panas diluar rumah neneknya sememangnya panas! *takkan sejuk pula? Duduk dalam rumah lagi panas sebab elektrik terputus. So, baik duduk diluar sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi saja. Walaupun tak berjaya menyejukkan badannya, tapi kira baguslah nak kurangkan sikit haba dibadannya.

            “Yarghh!! Mana baju kau?!!” tempik Kai sambil menutup matanya berjalan masuk kedalam rumah. Baru balik dari beli barang dapurlah tu…

            “Ni bukan baju ke? Bukannya aku bogel pun sekarang…” rungut Deana lalu makin laju saja tangannya mengipas-ngipas tubuhnya. T-shirt biru muda tanpa lengan beserta dengan seluar pendek paras lutut. Biasalah kalau nampak orang lain berpakaian sedemikian dimusim panas ni.

            “Kalau ya pun panas, pakailah baju elok-elok sikit!”

           “Kira ni oklah…dari aku pakai bikini je….tak ke terliur kau tengok?” Deana mengangkat keningnya lalu terus menghampiri Kai.

           “what ever…kalau macam ni, kira aku pun bolehlah buka baju?” dengan cepat kai membuka bajunya lalu terus menarik  Deana kesisinya. T-shirt polonya yang berwarna kuning hijau dilempar kearah muka pintu.

           “Eeii!! Tak malu!! Pakai baju  balik!!” jerit Deana lalu terus melarikan diri. Dengan laju Kai mula mengejarnya tapi dengan langkah yang laju, terus Deana berlari kearah jalan yang menghubungkan pantai dibelakang rumah nenek. Jalan itu merupakan jalan yang terpintas untuk menuju kearah pantai yang terbentang luas!

Kai tergamam melihat keindahan pantai yang terbentang dihadapannya kini. Dengan berhati-hati Kai melangkah turun anak tangga lalu mengekori Deana dengan perlahan.

            Deana tersenyum jahat melihat Kai yang masih terpegun melihat air laut yang jernih. Perlahan-lahan Deana berjalan kearah Kai lalu dengan kudrat yang ada terus tubuh Kai ditolaknya kasar kearah air laut.

            “KIM DEANA!!” jerit Kai dengan kuat akibat terkejut. Nasib baik tak tersembam jatuh ke air laut. Deana terus berlari dengan laju sambil terkekek-kekek tertawa. Geli perut melihat wajah Kai yang terkejut berok tadi.

            Kai mengetap bibirnya sebelum berlari mengejar Deana dengan laju. Tatkala berjaya menghampiri Deana, terus tubuh kecil itu dipeluknya sebelum Kai menarik Deana jatuh kedalam air bersama-samanya.

           “KAI!!!”

(END OF FLASHBACK)

             Lamunan Deana terhenti tatkala handphonenya berdering. Nombor yang tertera di skrin ditatapnya lama.

            ‘V rupanya…jantan tu tak care langsung fasal aku!’ terus panggilan dari V djawabnya.

             “anyeong V? macam mana dengan U kamu?”

             “Noona jangan nak tukar topic pula! Sejak bila suka hilangkan diri macam ni? Pekerja-pekerja noona semua pakat cari noona tau! And, kenapa tak jawab call V dari pagi tadi?” Deana hanya tersenyum mendengar bebelan adiknya yang panjang lebar. Kalah mak cik tipah!

              “bateri habis…Ni baru je habis cas. Noona perasan tadi bukan main banyak nombor masuk…” jawab Deana sambil menguis-nguis tanah dengan sebatang ranting yang patah. Ya, macam-macam nombor masuk sehinggakan nombor yang tak dikenali turut masuk! Nombor yang Deana harapkan langsung tidak tertera dalam list panggilan terlepas.

              “Tengok! Alih topic lagi…noona call-lah pekerja-pekerja bakery noona tu balik. V sibuklah sekarang. And one more, pesan kat diorang jangan libatkan hal bakery dengan V!ANyeong!” terus talian dimatikan. Deana memandang skrin telefonnya yang sudah gelap.

             “Hhmm…macam-macam! Jangan harap noona nak call diorang semua!” Deana bermonolog sendiri di handphonenya sebelum handphonenya itu diletakkan disebelahnya. Hasil seni Deana yang terdapat diatas tanah direnungnya lama.

              “kenapalah pula nama jantan ni aku tulis?!!” Nama Kim Jongin yang terukir segera dipijaknya. Ranting kayu itu terus dilemparnya jauh. Ada penunggu barangkali di ranting itu sampai Deana tertulis nama lelaki itu.

              “O pocot durian runtuh!! Nana!! Kerja kamu ye baling ranting ni?!! Nasib baik tak kena kepala nenek tau!!” jerit nenek kuat dari dalam hutan sebelah rumahnya. Deana meneguk air liurnya kelat. Mampus! Kena kerat 14lah jawabnya~

 

Chorong mendail nombor Deana berkali-kali dan berkali-kali lagi…hampir sepuluh kali jugalah nombor yang sama didailnya namun tidak diangkat pula. Bukan itu saja, mesej turut dihantar!

 

            TO: Nana

            TEXT: kau ada kat mana ni? Cptlah blk!! Xkan aq nk duk dgn kai je kt umah kau?

 

Chorong melempar telefonnya ke seat sebelah sebelum memecut laju meninggalkan rumah banglo mewah milik Kai dan Deana. Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Chorong tersenyum lebar lalu terus mengangkat panggilan itu. Dalam fikirannya, Deana!

               “ anyeong Nana! Baru reti nak call aku balik?!” tempik Chorong gembira.

              “urr…actually ni Luhan.”

Pedal brek terus ditekan dengan kuat. Jantung Chorong mula berdegup-degup dengan kuat.

 

Perlahan-lahan Chorong turun dari kereta lalu terus berjalan kearah seorang lelaki yang setia menanti kehadirannya. Walupun berat hatinya untuk bertemu dengan lelaki yang sudah dianggap asing baginya, namun desakan dari lelaki itu berjaya merobohkan tembok egonya.

                  “apa yang mustahaknya awak nak jumpa saya ni?” Chorong terus duduk disebelah lelaki itu tanpa memandang wajah itu.

                 Luhan menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum membuka mulutnya.

                  “ saya harap awak boleh kembali ke sisi saya semula, sebagai seorang isteri yang saya cintai…” tangan Chorong diusapnya lembut namun dengan kasar Chorong menepisnya.

                  “jangan nak merepeklah Luhan! Kita dah berpisah kan?!”

                  “siapa kata saya dah jatuhkan talak pada awak? No! awak tetap isteri saya ok…”

Jawapan dari mulut Luhan berjaya melembutkan hati Chorong sedikit sebanyak. Chorong mula memandang wajah Luhan dengan pandangan yang lembut.

                  “Sa…saya tahu saya banyak sangat buat salah pada awak. Tidak cukup hanya dengan meminta maaf pada awak untuk menebus segala kesilapan saya dahulu. Bila awak keluar dari rumah kita, hati saya jadi kosong. Saya hilang arah tuju…saya tahu awak tinggal di rumah Kai dan Nana kan? Saya tak cukup berani untuk berhadapan dengan awak selama ni…bukannya saya tidak mahu kembali pada awak. And, Seohyun tu hanyalah…kawan saya. Tidak lebih dari itu. Please, percayalah apa yang saya cakapkan ini. Saya berharap sangat awak dapat maafkan atas tindakan saya dahulu. Saya mengaku, dulu saya buta dalam menilai cinta yang awak berikan. Saya masih terkejar-kejar pada cinta saya yang lalu. Maafkan saya Park Chorong~” Luhan terus berlutut dihadapan Chorong. Cincin perkahwinan mereka dahulu dikeluarkan dari poketnya lalu terus disarungkan pada jari manis Chorong.

                   “awak…awak jumpa cincin ni?”

Luhan menggangguk laju, “awak tinggal dalam kotak mekap awak…”

                  “Eii!! Tak malu! Awak selongkar kotak mekap saya!!” jerit Chorong manja lalu terus menampar belakang Luhan laju. Luhan tersengih lalu terus duduk disebelah Chorong. Tanggannya dipaut pada bahu Chorong lalu tubuh Chorong ditariknya kearahnya. Sememangnya, Luhan amat-amat menantikan saat ini dari dulu lagi.

                  “suka hati sayalah nak kacau barang awak…even, laci almari awak saya selongkar tahu!”

                   “XIAU LUHAN!!!” 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!