first time meet with her

we're just married!

Luhan memandang pintu biliknya dengan pandangan kosong. Walaupun Deana sudah bersikap dingin terhadapnya, namun Luhan sudah gembira dapat berjumpa dengan Deana. Ya, sememangnya Luhan amat menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Deana masa lalu namun masa tidak dapat diundur lagi.

            Luhan menyandarkan tubuhnya pada kerusinya sambil terkenangkan kisahnya bersama Deana pada masa dahulu.

(FLASHBACK)

           Dengan langkah yang perlahan, Luhan dan Xiumin berjalan kearah kantin. Malas nak berebut-rebut dengan pelajar yang lain semata-mata hendak membeli ayam goreng special mak cik kantin. Sebab kenapa, diorang dapat special treatment dari mak cik kantin! Empat ketul ayam goreng awal-awal lagi telah disimpan oleh mak cik kantin atas jasa mereka berdua memberkas pencuri yang berjaya mencuri duit kantin.

           “Hei, hari ni nak makan kat mana?”

Luhan berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Xiumin.

           “Nak try makan di landscape tak?” cadang Luhan lalu Xiumin mengagguk laju. Kesemua kawasan sekolah diorang telah jelajah untuk menikmati ayam goreng dan beberapa jenis nugget beserta hot dog pada waktu rehat. Nasib baik ada jawatan pengawas, kalau tak memang kena penendanglah dengan cikgu disiplin sebab makan diluar kawasan kantin!

           Setelah membayar wang untuk hidangan tengahari yang ala kadar, terus langkah mereka dituju kearah Landscape sekolah.

          “Oh no,no,no..kau pergi dululah. Tiba-tiba aku nak menjawab panggilan alam pula!” rungut Xiumin sebelum menyerahkan plastic yang berisi makanannya kearah Luhan. Dengan laju Xiumin berlari kearah tandas untuk melepas hajat yang tak tertanggung.

            “tak habis-habis dengan perut dia~” rungut Luhan seorang diri sebelum meneruskan langkahnya kearah landscape sekolah.

Pepohon hijau yang mengindahi kawasan landscape ditenung lama. Luhan menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum duduk diatas kerusi batu yang disediakan.

             “Urghh!! Uhuk!!” tiba-tiba telinga Luhan berjaya menangkap suara seorang budak perempuan yang sedang terbatuk disitu. Perlahan-lahan Luhan melangkah kearah belakang pokok merimbun yang besar.

             “apa kau buat disini? Pergi makan di kantin!” tegur Luhan dengan tegas pada seorang pelajar perempuan yang sedang menenguk jus oren dengan rakus.

             “ Laa..orang tengah makanlah. Lagipun di kantin sesak, tak ada tempat duduk. So, aku datang sinilah…” ujar pelajar itu sebelum menyuap spaghetti carbonara kedalam mulutnya seperti tidak menyedari kewujudan Luhan.

            Luhan menarik nafas dalam-dalam untuk melembutkan hatinya yang sedang berbara. Nametag pelajar itu direnungnya lama.

            “Well Kim Deana, pelajar tingkatan 1 right?”

Warna merah pada tepi nametag Deana menunjukkan bahawa dia baru sahaja tingkatan satu. Luhan berdehem-dehem sebelum membetulkan tali lehernya dan mengeluarkan tag pengawas yang tersimpan didalam poketnya.

             “ Nampak tak tag ni?So, teringin nak jumpa cikgu disiplin tak?” perli Luhan lalu terus menyambar kotak bekal Deana.

            “Tak heranlah dengan pengawas chokia macam kau. Bagilah balik bekal orang…nanti orang adu pada cikgu kang baru tahu. Xiau Luhan, seorang pengawas sekolah membuli pelajar junior!” Matanya masih terlekat pada nametag Luhan yang berwarna kuning. Walaupun Deana kurang pasti Luhan berada pada form berapa, namun dia cukup yakin lelaki dihadapannya ini ialah seorang senior. Tapi Deana tak tahu bahawa warna kuning merupakan pelajar form 5.

              “Ingat cikgu nak ambil kisah kes remeh macam setakat rampas bekal?  Say nolah sebab aku ni seorang pengawas yang paling popular tau! Hei, jangan nak tukar topic pula. Pindah sekarang!” bentak Luhan garang. Deana menarik muncung masam apabila dijerkah sedemikian.

               “pengawas popular kononnya~  tak kira! Aku nak makan sini juga. Tulislah nama aku kalau berani..” bentak Deana lalu dengan pantas menyambar bekas makanannya dari Luhan namun nasib tidak menyebelahinya. Tiba-tiba kakinya tersadung pada akar yang menjalar keluar dan Deana hilang keseimbangan dirinya sebelum terjatuh dihadapan Luhan, menyebabkan tubuh Luhan turut terjatuh terlentang kebelakang manakala Deana selamat jatuh diatas tubuh Luhan. Selesa~

                “Woi?!! Apa yang korang buat tu?!” tempik Xiumin sambil tercengang. Deana dan Luhan tergamam. Bukan kerana kehadiran Xiumin, namun cikgu Jongkook (guru disiplin) yang sedang bercekak pinggang dibelakang Xiumin dengan api yang berbara dimatanya. CG effect~

         Segera Deana bangun sambil meribas-ribas uniform sekolahnya. Xiumin segera berlari kearah Luhan lalu menghulurkan bantuan pada sahabatnya.

         “cikgu, sebenarnya-“ belum sempat Luhan menceritakan hal yang sebenar, Jungkook sudah menggeleng-geleng kepalanya. Sambil berjalan kearah mereka berdua dengan laju.

          “sebenarnya apa? Jangan nak bagi alasan,Luhan. Kamu…Kim Deana. Tak nak cakap apa-apa?” pandangan cikgu Jungkook bertukar kearah Deana pula. Deana menyedup nafas dalam-dalam sebelum membuka mulutnya.

          “saya tengah makan disini. Tiba-tiba sunbae Luhan datang lalu rampas bekal yang omma saya buat. Dia ugut saya supaya saya makan di kantin tapi cikgu pun tahu kan kantin crowded gila!saya manalah nak tahu sangat peraturan ni sebab saya kan masih form 1, baru je daftar masuk minggu lepas. So, saya nak ambil balik bekal saya tapi tersadung pula. Nasib baik Luhan sunbae ada, selamat sikit wajah saya ni…” terang Deana panjang lebar sambil menepuk-nepuk pipinya yang gebu.

          “Hhmm..panjang pula cerita kamu ye.Macam manalah saya nak tulis laporan panjang-panjang macam ni?tak boleh nak bagi simple erk? Macam nilah. Saya ada benda special untuk korang bertiga.ikut saya.”

Mereka bertiga hanya akur. Deana memandang spaghettinya yang bertaburan di landskap sekolah dengan pandangan hiba sbeelum mengekori cikgu Jungkook dari belakang.

           “cikgu..please. Not this. Kami tak buat apa-apa pun!!” rungut Luhan tatkala melihat padang yang luas dihadapannya. Faham benar apa yang akan dikenakan olehnya.

            “betul cikgu. Lagipun cikgu pun tahu kan saya baru je sampai situ tadi. Takkan nak kena denda juga?” rungut Xiumin dengan nada membodek.

            Deana hanya mendiamkan diri. Tak mahu nak menyampuk, nanti tersalah kena hempuk pula!

Cikgu Jungkook tersenyum sebelum meletakkan tangannya diatas bahu Luhan dan Xiumin serentak. Tubuh dua sahabat itu terus ditariknya rapat ke ketiak cikgu Jungkook.

            “ Cikgu bukannya denda korang sebab drama hindu tadi. Tapi ini akibat korang bertiga rehat diluar kawasan kantin!” ujar Jungkook sambil memulas cuping telinga Luhan dan Xiumin dengan kuat.

            “Dan kamu Kim Deana. Ingat ye salah satu peraturan di sekoalh ni. Tak boleh makan diluar kawasan sekolah walaupun kantin  tu crowded gila… Hah, denda double untuk korang berdua sebab menggunakan nama ‘pengawas’ untuk makan di landskap. Sepanjang kamu berlari, cerita semua peraturan sekolah ni pada Deana. Selagi Deana tidak dapat ingat, jangan harap nak berhenti! GO!!” jerit cikgu Jungkook tegas sambil menolak belakang ketiga-tiga pelajar itu padang.

Dengan langkah berat, mereka bertiga hanya akur.

           “perempuan, dengar sini. Semua peraturan disini sama saja. Sekolah rendah kau boleh ke makan diluar kawasan kantin?! Takkan…so,”

           “boleh je…sampai cikgu disiplin pun bagi aku makan di kolam ikan depan pejabat sekolah…So, apa yang salahnya?” pintas Deana sebelum Luhan dapat habiskan ayatnya.

           “Cik adik, sekarang lain. And, peraturan disini ketat sikit. Pelajar yang berlainan jantina tidak dibenarkan berdua-duaan walaupun dikhalayak ramai. Kalau tak, memang makan dendalah dari Sparta tu…” terang Xiumin lembut. Deana mengangguk laju.

        “tapi…sapa Sparta?”

        “cikgu Jungkooklah!!” tempik Luhan dan Xiumin serentak. Nasib baik ingatan Deana kuat. Tidak sampai setengah round mereka berlari keliling padang, mereka boleh berhenti.

(end of flashback)

         “doctor! Doctor dengar tak saya ni?!!!” jeritan seorang nurse berjaya mematikan lamunan Luhan. Segera Luhan duduk tegak sebelum memandang nurse itu.

         “Ye apa dia?” soalnya dengan nada yang cool.

         “doctor lupa ke yang doctor ada appointment dengan doctor Seohyun dari hospital pakar metro? Dia sedang menunggu diluar.”

Luhan mengagguk-ngangguk laju mendengar nurse itu.

         “Wait! DOKTOR Seohyun KE??!! KENAPA TAK BERITAHU SAYA AWAL-AWAL?? PANGGIL DIA MASUK SEKARANG!!” jerit Luhan kelam-kabut. Macam mana pula boleh terlupa dengan appointment yang penting ni?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!