wedding ceremony~

we're just married!

Setelah 5 hari menyiapkan tempahan para pelanggan, akhirnya Yoona dan Deana mampu goyang kaki untuk menyiapkan kek Chorong! Tak ada tempahan dah!!! Kek yang direka oleh Deana itu taklah susah mana, just kek yang simple tapi nampak grand gitu! Yang susahnya hiasan pada tepi kek itu terlalu kecil! Perlu hati-hati nak buat corak reben! Mereka berdua juga tidak perlu bantuan Taehyun lagi~ So, aman sikit dapur Deon Bakery!!

    Yoona mengerling kearah jam dinding. Mulutnya terlopong luas melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam!

       “Nana…cepat Nana…lagi setengah jam kita kena hantar kat rumah Mr.Kim!!” terus Yoona menyiapkan hiasan pada kek itu secepat yang mungkin.

        “Kejap….sikit lagi!!” jerit Deana sambil memicit hujung tiub icingnya. Yoona sudah gelabah. Masa yang tinggal digunakan dengan meletakkan setiap tingkat kek itu kedalam kotak dan disusun kedalam keretanya.

        Deana mengambil replika pengantin baru yang dibuat dari coklat putih dan dicucuk ditengah-tengah kek ditingkat paling atas. Setelah siap, Deana meletakkan kek itu kedalam kotak sederhana besar dan turut membantu Yoona menyusun kotak-kotak kek kedalam keretanya.

        “Ayoyo…aku lupalah yang hari ni ada majlis perkahwinan kawan omma aku! Sorry sangat-sangat Yoona, tapi boleh kan awak handle kek ni kat sana nanti?” Deana memujuk Yoona dengan wajah sedih.

       “Hah? Serious ke? Hhmm..tak pelah..kau balik dulu. Alamat rumah Mr.Kim tu ada kat mana?!” tempik Yoona kuat kerana Deana sudah berlari menuju kearah keretanya.

       “bawah drawer!! Bawak elok-elok!” jerit Deana sebelum masuk kedalam keretanya dan memecut laju.

     

        Yoona masuk kedalam keretanya dan Mazda 8 itu dipandu laju. Tiba-tiba handfon Yoona berbunyi, panggilan dari Chorong. Yoona terus mengambil handfonnya dan panggilan itu dijawab olehnya.

       “anyeong…tak siap lagi ke kek tu?” soal Chorong lembut tapi terdapat sedikit nada risau.

      “Ha…In journey …dalam 45 minit sampai kot…” jawab Yoona sesuka hati.

      “Ok,ok…bawa kereta tu hati-hati ok..” pesan Chorong sebelum mematikan talian.

 

Setelah siap membersihkan dirinya, Deana terus mengenakan gaun labuh berwarna putih yang dihiasi dengan manic. Setelah mendandan rambutnya kemas, terus Deana mengenakan selapis bedak nipis dan lip bum sebelum turun kebawah.

       “haish..macam dia pula yang nak kahwin! Bersiap kalahkan puteri!!” bebel Taehyung yang sudah kebas punggung duduk diatas sofa kulit itu.

       “hehe..lambat nak buat kek untuk orang tadi…so,jom!” terus Deana mengenakan kasut putihbertumit tinggi dan kunci kereta BMWnya diambil di penyangkut kunci. Taehyung pula sibuk mematikan suis elektrik dan mengunci pintu rumah. Mrs. Kim Haenul, omma mereka hanya duduk rileks di kerusi sebelah pemandu.

       Setelah siap semuanya, terus anak beranak Kim itu bergegas ke rumah kawan baik omma mereka.

 

Deana memberhentikan keretanya dibelakang sebuah kereta Mazda yang berwarna merah metallic. Dalam hati terdetik rasa seperti itu kereta Yoona.

      ‘buat macam dia sorang pakai kereta macam ni?’ bisik Deana lalu turun dari kereta. Mereka bertiga terus masuk kedalam rumah Mrs. Kim Eunbi dan setibanya di depan pintu, Taehyung terkejut melihat Kai dihadapan pintu sambil sibuk melayan tetamu.

      “noona, mamat poyo ada kat sinilah!” bisik Taehyung perlahan ditelinga Deana. Segera Deana memerhati sekeliling untuk mencari mamat poyo yang dimaksudkan adiknya.

      “Mana ada Luhan oppa! Kamu ni rabun ke apa?” tempik Deana perlahan. Cover!!

      “sapa kata Luhan noona tu?? Maksud V, tu!! KIM JONGIN!!” bisik Taehyung lagi sambil menundingkan jarinya kearah Kai.

      “nama dia Jongin? Mana V tau?”

      “Of course I know sebab hari tu dia tetiba je mai lepas tu dok bagitau nama dia..” ujar Taehyung perlahan. Baru saja mereka hendak mengekori omma mereka yang sudah jauh kehadapan, satu lagi kejutan yang berlaku!

      “JONGIN?! Bila balik Seoul?” sapa omma Deana ramah. Kai tersenyum sebelum menjawab soalan Mrs. Kim Haenul.

      “dalam minggu lepas jugalah…” jawab Kai ramah.

      “ohh…hah, ni Nana, kawan kamu masa kecil dan ni V. Masa tu kamu tak jumpa lagi kot dengan V ni..Hah,nana..kamu dah lupa dengan Kai?”

Soalan ommanya membuatkan Deana ternganga luas.

      “Kai?? Yang duduk sebelah rumah kita dulu?!!” jerit Deana terkejut. Mrs.Kim Haenul mengangguk sambil tersenyum.

     “Oklah..auntie masuk dulu…Nana sembang-sembanglah dengan Kai ye..” terus Mrs.Kim Haenul menghilangkan diri.

    Kai, Deana dan Taehyung hanya berdiam diri. Tak tahu nak sembang apa sebab dah lama gila tak jumpa!

     “so, memang kau dah lupa erk best friend kau?” perli Kai sambil tersenyum sinis. Wajah Deana sudah merah padam.

      “macam manalah aku boleh lupa dengan mamat poyo yang suka buli orang ni?” perli Deana balik.

      “Huhu..tu kisah silam…sekarang, Kim Jongin dah jadi gentlemen…mother father gentlemen!” Kai mula menari lagu Gentlemen dari PSY itu tetapi dicubit oleh Deana, membuatkan Kai berhenti menari.

     “stop it! Buat malu je!!” terus Deana melangkah pergi dari Kai. Tanpa disedari seseorang telah merempuhnya dari tepi, membuatkan kedua-dua mereka hampir terjatuh.

     “ohh..mianhe! salah saya…” Deana terkelu apabila melihat gadis yang melanggarnya tadi ialah Chorong!

      “Hai…cantiknya dress awak. Tapi kenapa awak tak datang dengan Yoona?” soalan Chorong membuatkan Deana gelisah.

     “maknanya kek yang awak tempah tu untuk pengantin perempuan keluarga KIM ke?”

Chorong mengangguk sambil tersenyum manis.

      “WHATT??!! Habis mana Yoona?!!”

Chorong menundingkan jarinya kearah laman rumah banglo Kai.

     “dia tengah touch-up balik kek tu…saya pergi dulu ye..ada benda nak buat ni..” Chorong terus berlalu pergi. Deana terus berlari menuju kearah Yoona dan ya! Memang Yoona ada disitu!

       “Yoona!” jerit Deana sambil berlari menuju kearah Yoona. Seperti jangkaannya, Yoona memang terkejut!

     “Nana! Kau buat apa kat sini? Jangan kata yang kenduri…tu..”

Deana menggangguk. “serious aku pun tak tahu yang Chorong buat tempahan kek untuk kawan omma aku! Memang aku terkejut beruk ah tadi bila terserempak dengan Chorong tadi!”

Yoona memandang Deana atas bawah. “amboi..untunglah sempat bersiap..aku ni pakai baju kerja je..bau pun masam!” rungut Yoona dengan wajah meluat.

       “kalau macam tu..jom! ikut aku! Aku ada benda nak buat kat kau!” terus tangan Yoona ditariknya ke bilik kakak Kai.

      “Unnie! Emergency ni!!” terus Deana serbu masuk kedalam bilik kakak Kai .

      “Nana! Kenapa?!!”

     “hehe..boleh tak kawan Nana nak pinjam baju unnie? Kesian dia tak sempat nak bersiap…” Deana segaja buat muka sedih, nak minta simpati katakan…

     “Nana punya fasal..on je!” terus kakak Kai membuka almari bajunya. Baju yang sesuai untuk Yoona dipilih sementara Yoona membersihkan diri. 15 minit kemudian, Yoona sudah siap memakai gaun putih dan rambutnya diikat sanggul.

     “so, jomlah turun…ke nak masuk bilik unnie Hayoung?”

Cepat-cepat mereka berdua menggeleng.

      “takpelah unnie…kami busy nak buat kerja kat bawah! Bye, and thanks for this dress!” jerit Yoona gembira.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!