good bye oppa~

we're just married!

Deana memandang Luhan berat. Hatinya berat untuk melepaskan Luhan tatkala itu. Air mata yang mula bergenang dalam kelopak matanya cuba ditahan, agar tidak dikesan oleh Luhan. Deana dan Yoona hanya berdiri ditepi, memberi ruang kepada Luhan mengucapkan selamat tinggal pada ahli keluarganya.

        Setelah Luhan selesai berpelukkan dengan ommanya, Luhan terus melangkah kearah Deana sambil tersenyum.

      ‘haishh..boleh lagi dok senyum sokmo kat aku? Tak tahu ke perasaan aku sekarang?’ Deana cepat-cepat mengukir senyuman tetapi nampak ‘creepy’ pula sebab tak IKHLAS!

      “tak payahlah nak paksa diri nak senyum juga....biarlah I yang senyum saja hari ni...you nampak seram tau!” senyuman masih lagi dikekalkan pada wajah Luhan.

Deana terus mengetap bibirnya apabila ditegur sedemikian. EMERGENCY!!! Empangan nak pecah!! Cepat-cepat Deana berpaling kebelakang dan mengesat air matanya, agar tidak diketahui Luhan.

        “tak payahlah nak sorok-sorok...you bukannya kecil nak menyerok dari I...” tubuh Deana ditarik Luhan kedalam dakapannya. Deana terkejut. Yoona yang berdiri disebelah tersenyum nakal sebelum menjauhkan diri dari mereka berdua.

        “ I bukannya nak tinggalkan you selama-lamanya pun...I just pergi 6 tahun je...tak lama...” pujuk Luhan sambil mengusap-usap belakang Deana. Luhan hanya membiarkan Deana membasahi bajunya.

Deana cepat-cepat menenangkan diri dan terus keluar dari dakapan hangat Luhan. Air mata yang masih membasahi pipinya segera dikesatnya kasar. Deana mendongak sedikit, memandang wajah Luhan.

        “dahlah..nanti mata bengkak, siapa nak beli kek kat Deon Bakery nanti?”

Deana tersenyum sedikit. Sedikit-sebanyak berjaya menghiburkan hatinya yang sedang berduka.

         “ala....diorang tetap beli juga sebab Nana kan comel walaupun mata bengkak. Baru nampak macam panda...” giliran Deana pula membuat lawak.

         “Panda? Hhmmm...take care ok. Oppa takkan ucap Goodbye hari ni sebab, ini bukan hari terakhir kita bersama.... “ Luhan menunduk sedikit dan merapati telinga Deana.

         “And I’m going to say, ini baru permulaan bagi kisah kita...so, please wait for me,ok!” Luhan memandang Deana dengan gembira.

        “ Pinky promise?!” Deana menghulurkan jari telingkingnya dan Luhan turut membuat pinky promise dengan Deana.

       “pinky promise...so, I akan call you bila ada masa lapang...” Luhan menggosok-gosok kepala Deana sebelum memanggil Yoona pula.

       “well, kau kena janji dengan oppa yang kau akan jaga buah hati oppa ni baik-baik ok?!”

      “oppa jangan risau...sekor lalat pun Yoona akan cincang hidup-hidup!” Yoona dan Luhan mula tertawa. Amboi...orang berduka,mereka bergembira!

       “ok, oppa pergi dulu...” terus Luhan berjalan masuk ke dek menunggu tanpa berpaling kebelakang. Deana hanya memandang Luhan dengan perasaan yang sungguh berat.

 

Deana menyusun 12 potong Strawberries Cheese Cake kedalam show rack dengan penuh hati-hati. Kalau salah tekan penyepit, hancurlah kek tu!

       Setelah siap menyusun kedua-belas kek itu, Deana menutup pintu rack itu dan,

      “Anyeong!!” sapa Jongin ramah.

      “haish..kau ni....dari dulu smapai sekarang...kerja nak sakitkan hati aku..nasib baik aku tak pegang kek,kalau tak memang dah lama aku baling kat muka kau tu!” tempik Deana geram akibat terkejut. Nasib baik sumpah keramat tak terkeluar..kalau tak memang tersentaplah jantan ni!

        “amboi..garangnya...macam ni ke layan customer? Teruk betul service Deon Bakery ni...kena report kat...”

Belum sempat Kai menghabiskan ayatnya, Deana cepat-cepat memintas dengan nada menjengkelkan.

        “ Hai...selamat datang ke Deon Bakery! Encik mahu pesan apa?” satu senyuman menyampah diukir pada wajahnya.

        “bagus...hhmmm....I dont know nak beli apa tapi, semua ni dijamin sedap tak?”

       “of course sedap encik...tambahan pula kami ada chef yang berbakat yang datang dari Italy..” tambah Deana lagi.

      “well..maksud awak Chef Kim Deana tu? Well, aku pun agak respect dengan dia juga sebab dapat habiskan pengajiannya di Italy dalam bidang pastry ni.. tapi aku tak beberapa nak yakin dengan kemampuan dia....”

Deana mengetap bibir dengan kuat. ‘hei, nampaknya hari ni ada juga nak makan penendang Deon Bakery!!’

       “encik nak pesan kek apa?” terus Deana mengalih topik. Malas nak layan jantan poyo!

       “well, let me think first!” terus Kai berjalan kearah rak roti dan matanya meliar-liar memandang pelbagai aneka roti di atas rak itu.

      Kai mengeluarkan I-phonenya dan nombor ommanya didail.

      “give me five minutes!”

Deana memandang Kai dengan wajah menjengkelkan.

      ‘tak kuasa aku nak tunggu! Banyak lagi kek yang nak kena siap tu!’ Deana terus berjalan pergi meninggalkan Kai tetapi Kai memengang tangan Deana erat.

        “lepaslahh....orang banyak kerja lagi ni!” bisik Deana keras sambil cuba meloloskan dirinya dari genggaman Kai. Kai yang maish bercakap dengan ommanya hanya memberi isyarat tangan supaya tunggu sekejap.

         Deana berhenti bergelut dan berdiri dengan wajah masam. Kai tersenyum melihat Deana dan terus melepaskann genggamannya. Myungsoo yang kebetulan sedang membawa tray Bun Mexico terus dipanggil oleh Deana.

         “awak tolong layan customer ni kejap..biar aku yang susun bun ni...” Tray Bun Mexico bertukar tangan dan Deana terus berjalan pergi dari Kai,membiarkan L yang layan Kai poyo tu!

Kai terkejut melihat Deana yang baru saja tukar ‘syif’ dengan Myungsoo untuk melayannya pada hari itu.Panggilannya dengan ommanya terus dimatikan dan cepat-cepat Kai menarik Deana balik. Perbuatan kai itu menyebabkan Deana hilang keseimbangan, menyebabkan Deana terdorong untuk jatuh kebelakang tetapi cepat-cepat disambut oleh Kai.

      Bun Mexico habis jatuh bertaburan ke lantai tetapi Kai dan Deana masih tidak bergenjak. Deana terkejut melihat Kai yang menyambutnya dan kini mereka berdua bertentangan mata. Deana dapat rasakan sedikit getaran dalam hatinya namun dia tidak dapat mentafsir maksud getaran itu. Apa yang dia rasa sekarang adalah...gembira.

        “sayangnya...habis Bun Mexico!” rungut L sambil mengutip kembali bun yang telah jatuh itu.

Terdengar saja suara L, terus Kai mengangkat Deana agar berdiri semula dan mereka berdua diam menyepi.

       “mianhe fasal bun tu...biar I ganti semula...” kelam-kabut Kai mengeluarkan dompetnya dan Deana berlagak tenang.

       “ L, tolong senaraikan kos harga untuk Bun ini sahaja...”

L mengangguk dan terus menghilang diri kedalam dapur bersama-sama dengan bun yang jatuh. Deana dan Kai terus berjalan kearah kaunter pembayaran tanpa sepatah perkataan.

 

        Myungsoo masuk kedalam dapur dengan senyuman yang tak lekang pada bibirnya. Sambil Myungsoo membelek-belek fail Deon Bakery, Myungsoo tersengih dan tertawa. Perbuatan itu membuatkan Yoona berasa pelik dengannya.

      “apa yang lawaknya dalam fail pengurusan tu, L?” tegur Yoona sambil berjalan menuju kearah Myungsoo. Yoona agk terkejut melihat bun mexico yang baru dibuatnya dihantar semula ke dapur dengan keadaan yang teruk.

      “bun ni jatuh ke L?”

    “ next time aku cerita kat kau...Hehehe....” terus L berlalu pergi setelah mendapatkan jumlah harga bagi bun itu.

 

     Kai memandang sekeliling. Tetiba je rasa segan nak usik si Nana ni!

    “Well, tolong bungkus untuk aku 2 potong Strawberries Cheese Cake tu...” baru teringat yang ommanya mahu kek itu! Nasib baik ada juga topik nak buka mulut. Tanpa banyak tanya, terus Deana pergi mengambil dua potong kek yang dimaksudkan. Segan nak duduk lama-lama dengan Kai!

      “Hah, L. Berapa semuanya? Pastikan tak ada discount ok!” pesan Deana apabila l berjalan kearahnya.

      “semuanya XXX won.”

Kai terus menghulurkan kad kreditnya dan L menyambut kad itu. Setelah membuat pembayaran bagi kek itu juga, terus L menghulurkan semula kad kredit Kai.

       “ nah...terima kasih kerana mengunjungi Deon Bakery!” setelah menghulurkan dua buah kotak kecil, terus Deana berlari masuk kedalam dapur. Dalam hati, bukan main malu lagi!!

       “Nana, siapa yang bagi jatuh bun aku ni?” Deana tersentak apabila diterjah oleh Yoona.

       “urrmm...customer tadi..tapi dia dah bayar balik untuk ganti rugi...”

       “uishhh..nak tahu tak kenapa bun tu jatuh? Macam ni...adalah...”

Belum sempat L memulakan cerita, Deana terus menekup mulutnya.

      “Hehe..tak interesting pun cerita ni...kann L?!!”

Deana menjenggilkan matanya tanda amaran agar L tidak menceritakannya kepada Yoona.

         “ A’ahh..tak interesting.....” ujar L teragak-agak.

         “kan?...ok, jom kita sambung buat kerja!”

 

Setelah Deana mengunci pintu bakery, terus Deana berjalan masuk kedalam keretanya tanpa berkata apa-apa. Setelah Deana memandu pergi, L terus berjalan laju kearah Yoona.

         “Hah..apa cerita?”

L tersenyum jahat sebelum menceritakan segala-galanya tentang incident itu. Dari A hingga Z, tak ada huruf pun yang tertinggal!

        “ Seriously?? Patutlah marah benar dia tak nak bagi kau cerita...Hehehe...lawak betul Nana ni!!”

       “But, janji dengan aku dulu yang kau takkan cerita benda ni kat Nana...mampus aku dia pecat kang...”

        “Tu kau jangan risau...adalah apa yang aku nak buat...” Yoona tersengih jahat. Idea jahat sudah datang!

        “Share sikit idea jahat tu...orang nak dengar juga!”

 

Deana memandang skrin telefonnya lama. Hampir 2 bulan Luhan sudah tidak telefonnya. Sibuk belajar ke?

           ‘takkan aku pula nak call dia? Entah-entah dia busy dengan assigment dia..’ Deana cuba menyedapkan hatinya. Terus handfonnya dibaling keatas katil dan badannya turut direbahkan disebelah handfonnya. Dalam hati, Deana berharap sangat Luhan akan call balik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!